Thursday, May 8, 2014
Habibie & Ainun di Astro Citra
Yeayyy!!!!!!!!
Akhirnya ASTRO CITRA tayang jugak filem ni. Huargghh hahhahaha.. Memang ketawa besar aku.
Sebab?
Sebabnya dulu aku dah rakam kat ASTRO BEST, tapi dia ilang. Hahahhaa..kuikuikuikui
Memang dah agak dah, sebab bulan lepas Astro Citra tayang filem 5cm. Dah memang kedua-dua filem ni ditayangkan di tahun yang sama (2012) . Jadi, memang akan ada chance lah H & A akan ditayangkan jugak. hehhehee. Pandai tak aku acah-acah agak?. Hahhaha
Kalau aku kata aku belum menonton H&A sebelum ni, memang aku tipu lah lah. Dah berpuluh kali kot. Tapi di youtube je lah. Then aku download ke dalam tablet guna youtube downloader ( Media Clip namanya ) Download application ni dari playstore kalau korang pakai android. Ada lambang bintang kaler kuning. Ini bagus!! Even hasilnya tak lah bombastik sangat, tapi boleh lah kalau saja nak tengok kat handphone atau tablet.
Kenapa aku happy sangat? Haaaaaaa... Ini sebab-sebabnya.......
PERTAMA, aku tak pandai berbahasa Indonesia.Apatah lagi bila mula pakai loghat daerah. Aku tengok filem ni berpuluh kali pun aku masih tak dapat banyak perkataan. Main assume je sebab versi di youtube tak ada subtitle. Kalau ada english pun dah ok dah. Tapi apa pun tak ada.
KEDUA, cara bercakap Habibie yang slurring dan terlalu cepat. Kadang-kadang tak tahu apa biji butir nya. Aku dok pakat tengok muka dia je lah. Sebab ekspresi muka dia yang "bercakap" lagi jelas dari mulut dia. Hahahha
KETIGA, ini yang paling kritikal. Aku tak nampak subtitle bahasa jerman di youtube sebab gambar kembang. So. setiap kali mereka ini bercakap dalam bahasa jerman, aku tengok je lah blankly. Hehehhehee.. Nasib baik bukan keseluruhan cerita berbahasa jerman. Kalo tak, memang tak tengok lah jawabnya.
Selain dari itu, mungkin sebab aku nak tengok dalam resolution lagi tinggi, ala-ala HD di TV canggih umah aku tu. hahahhaa.. Tak pasal-pasal puji TV canggih.
Okay then... Tu je lah. Aku simpan filem ni dalam PVR. Kalau tak ada tangan yang gatal delete, ada lah dia kat dalam tu sampai MAYBE aku buat keje giler pi cari DVD filem ni kat Indonesia.
p/s : Frust tak dapat pergi Bali tahun ni...........Grrrrrrrrrrr
Sunday, May 4, 2014
Mini Showcase, "Yours Truly, Nubhan"
Official poster yang kami tampal sana sini di alam maya untuk lebih dua bulan.
Alhamdulillah, aku baru saja selesai working on a showcase.
Kedengaran mudah kan? Tak semudah yang disangka. Aku belum pernah
terlibat dengan menyelenggara satu persembahan secara langsung macam
ni. Yang aku selalu buat adalah gathering Fan Club.
Berbeza besar!!
Gathering hanya
memerlukan seseorang artis untuk menyanyikan dalam sebuah dua lagu,
jalan sana jalan sini, ambil gambar, beramah mesra. (Kalau artis tu
penyanyilah) Kalau artis sakit tekak tak boleh keluar suara, boleh je
ditutup dengan mingle around. Peminat suka bila artis “jinak” dan
mahu bergambar mesra. Contohnya rela untuk selfie bersama.
Kemudian
jadilah gathering yang indah even masa artis perform pun suara pergi
kelaut. Yelah, they pay a sum of money to get personal dengan artis
pujaan mereka saja. Who cares dia nak menyanyi camne bunyinya pun
kan.
TAPI.........
Showcase tak boleh. Setelah
semuanya diselesaikan, it's up to the artist to sing. To be on stage
and entertain. If you pay RM 100, the performance should be RM100
worth of performance. Tak siapa akan tolerate dengan performance
tahap fun fair when they pay duit sebanyak itu kan?. Semua kena in
order, kena jalan smoothly tanpa hiccup. Salah penonton ke bila ada
expectation? TAK!! Kita minta bayaran, so kita kena perform up to the
level. Mahu atau tidak.
Okay, Enuff aku merepek meraban. Anyway, untuk yang pergi memang akan tahulah apa yang terjadi disitu. Tak perlu untuk aku kasi tau apa yang berada di dalam auditorium.
Meh aku cerita apa yang berlaku di belakang a.k.a yang berlaku wayyyy back before the event take place.
Meh aku cerita apa yang berlaku di belakang a.k.a yang berlaku wayyyy back before the event take place.
Aku suka daun maple yang gugur disepanjang lagu. Gugur je tapi tak botak-botak gak pokok tu.Hahah
* Nak tahu dari mana datangnya nama " Yours Truly"? . Okay, nama ni keluar selepas aku ngan Harney nak pecah-pecah segala urat kepala di Starbucks KLCC sambil minum Java Chips Venti sorang satu. Hahhahaa. Disebabkan ini pertama kali Nubhan akan ada showcase, kami bayangkan ianya satu surat cinta. Konon nya lahhhh. Surat terima kasih pun boleh. So, surat ni akan "bercerita" kisah terima kasih dia kepada semua peminat dia. Dan bila habis surat akan ada tandatangan kan? Itulah signature dia
Yours Truly,
Nubhan
Tulah dia... Itu yang kami interpret kan pada nama Showcase ni.
* Yang kami tak tahu, nak buat event kat premis gomen ni nak kena lesen dari DBKL. Errkkk.... TIGA kali aku turun naik lift Menara DBKL tu untuk dapatkan lesen. Dah takat-takat nak lemas dah baru dapat. Hahahhaa.. Hambekk ko!!! Nasib baiklah dapat.
* Tu baru part DBKL. Belum part MaTIC nak buat technical meeting lagi. Technical? Aku dan Harney bukan orang technical. Kami tak tahu apa-apa. Rasa nak cabut lari jer. Nasib baiklah Nova hantar 4 orang untuk join meeting. Hehhehe.. First time meeting ngan Abang Eddie Hamid. Bila derang cakap pasal hal-hal technical, kami cenyuummm jee. Sobssss..Sobbssss..Tak paham.. Uwaaaaaa!!!!
Cantik kan mini auditorium ni.
* Tak abih lagi part DBKL ngan MaTIC, muncul plak part POLIS. Hahhahaa. Tergedik-gedik lah aku berjalan kaki ke Balai Polis Dang Wangi nak dapatkan surat pelepasan Polis untuk buat event. Pertama kali aku masuk balai polis. Perrggghhh!! Panik sekejap.
* Nova "datang" dalam event in less than a month. Nak lancarkan single "Kisah Kasih". Ini menambahkan ke excited an kami. Tapi dalam masa yang sama telah menambahkan tekanan. KERANA...... mereka nak bawa MEDIA CETAK dan MEDIA ELEKTRONIK . Tetiba terasa showcase yang kami rancang cam cincai boncai la plak. So, kami rombak banyak benda. Sampai rasa nak rabak kepala berfikir.
* Rehearsal pada 11 April memang kelam kabut. Sampai jam 11.30 malam pun masih banyak yang tak setel. Back line tak berbunyi, gitar tak kuat, reverb bunyi ke laut. Gambar kat monitor belakang kejap ada kejap tak der. Bila buat dry run, terus jadi banjir run. Kami balik ke rumah masing-masing pasrah je la apa nak jadi keesokan harinya.
Ini lagu seadanya aku kalau tak silap. Sebab background tu gambar paya berkabus dengan pokok tinggal ranting yang sangat lonely..hihihi
* Microphone dan monitor panel kat pentas tu adalah yang terbaru sekali. Kami yang rasmikan. Lampu pun baru plot. Pendek kata semuanya serba baru. Dan bateri microphone itu saanngaatttt lah MAHAL!!!
* Kumpulan Conscience tukar lagu berkali-kali sebab tak ada minus one. Nasib baik masa event derang perform okay. Dah la dari berempat, jadi bertiga je sebab sorang ahli eksiden.
* Highlight of the show is the flute. Khayal sekejap dengan bunyi flute yang mendayu ditambah dengan video bunga yang memanjat-manjat kat monitor. Dari rehearsal lagi setiap kali Safuan habis tiup flute, kami semua tepuk tangan. Hahhaaa
* Kami tak expect Media akan seramai itu. Langsung tak expect. Memang sediakan goodie untuk Media. Ingatkan cukup sebab according dari allocation from Nova, kami dah terlebih sedia. Tapi lastnya ada yang balik tak dapat goodie bag. Maaf ya semua.
Kisah kasih. Single baru yang bakal keluar di radio bulan Mei ni.
* T-shirt crew baru pertama kali diperkenalkan. Baru siap dan baru dipakai fresh di hari event. Cantik tak? cantik tak?. hehehe
* Mereka-mereka termasuk media yang berada di dalam Mini Auditorium tu adalah first batch yang dengar lagu baru Nubhan "Kisah Kasih" secara LIVE. Crew member ( kecuali aku ngan harney) pun tak dengar lagi sebenarnya lagu tu sebab masa rehearsal lagu tu tak dinyanyikan.
Korang nak tahu apa yang berlaku belakang pentas masa Showcase berlangsung?
* Nubhan dengan riang gumbiranya melompat-lompat terjah aku ngan Fit sebaik saja habis segmen akustik sambil hi five berkali-kali. Nak tahu kenapa? kan sebab masa rehearsal semua spoil. Tapi masa showcase semua mengalir dengan perfect. Caya tak? Kami pun terkejut kenapa jadi camtu. Hahhahahahaa..
* Rombakan aturcara dilakukan impromptu. Pengacara di brief sejam sebelum showcase bermula. Nova music minta Encik Rosmin untuk berucap sebelum perlancaran Kisah Kasih dan ini effect aturcara. Tapi semua dengan penuh suksesnya di atur. Thanks Deejay Suria FM yang sudi bekerjasama dengan kami. Walau macam mana rush pun, still boleh bergerak dengan smooth.
* Rombakan aturcara dilakukan impromptu. Pengacara di brief sejam sebelum showcase bermula. Nova music minta Encik Rosmin untuk berucap sebelum perlancaran Kisah Kasih dan ini effect aturcara. Tapi semua dengan penuh suksesnya di atur. Thanks Deejay Suria FM yang sudi bekerjasama dengan kami. Walau macam mana rush pun, still boleh bergerak dengan smooth.
Gambar selepas showcase di Saloma Bistro. Kira-kira ni acara lepas siksa. Hahahha
Okay, tu je lah aku nak share ngan korang yang membaca post ni.
Insya-Allah akan ada lagi event, tapi aku tak tahu bila sebab aku nak rehat dulu. Showcase ni banyak makan masa aku, tenaga dan certainly banyak men stress kan. So, buat masa ni, rehat dulu..Rehat sampai lebam. Nanti baru fikir lain.
Thanks everybody yang terlibat dalam showcase ni. Terima kasih kepada semua yang hadir. Thanks banyak-banyak.
Crew members. You guys are the best. Thanks banyak-banyak
ALL PICTURES CREDIT TO SHUTTER ADDICTION PHOTOGRAPHY.
VISIT THEM ON THEIR OFFICIAL FACEBOOK FANPAGE
THANKS ARIF & ARIEF
p/s : Mana-mana yang salah silap tu mohon maaf ye. Kami budak baru belajar. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)