Monday, April 20, 2015

A Trip To Bandung ( 16 – 18 April 2015 )

Trip ke Bandung..Acara ibu dan anak untuk membeli baju raya. Hehehhehe.

Actually aku plan nak ke Jakarta untuk menonton filem Guru Bangsa : Tjokroaminoto. Tapi memikirkan nanti aku hanya akan melompat from one city to another city, lebih baik aku ke Bandung. Boleh juga membeli belah untuk raya. So, selepas bertanya kepada beberapa teman dari Indonesia, mereka kata di Bandung pun ada cinema yang menayangkan filem secara serentak seluruh negara. Soooo...to Bandung we goooo...

Aku arrange trip “Free & Easy” dengan mak. Maksudnya, kami tak ada itinerary. Travel agent hanya siapkan hotel, flight ticket, transport dan driver. Yang lelain pepandai la setel sendiri.

16 April 2015

Maka lepas subuh, aku dan mak pun berangkatlah ke KLIA 2 yang giler bapak besar itu. Kebetulan aku baru je buat stunt kat depan Maybank Dayabumi dan terseliuh kaki, jadinya perjalanan dari kaunter check in ke air bridge adalah sangat memenatkan. Huhuhuhuuhu..

Kami “terbang” pada jam 9.50 tepat. Sepatutnya sampai ke Bandung jam 10.30 pagi ( waktu Bandung terkebelakang 1 jam dari waktu Kuala Lumpur), tapi pesawat tak boleh nak mendarat kerana pesawat Presiden Indonesia, Pak Jokowi pun nak mendarat di Airport Husein Sastranegara. Jadinya... kami berlegar-legar dalam sejam lebih di ruang udara Bandung dan selamat mendarat pada jam 11.45 pagi. Hehehhe.. Aku terserempak dengan kak E kat dalam flight. Giler ah... dok dekat-dekat umah tapi tak jumpa, dalam pesawat pulak boleh jumpa.

Bandara Husein Sastranegara, Bandung.

Kat airport kami jumpa dengan Pak Mal yang sangat baik, dia lah yang bakal jadi supir kami. Pak Mal bagi tau yang Presiden Jokowi datang meninjau Bandung kerana ada Kongres Asia Afrika pada 24 April nanti. Jadi, Pasar Baru dan kawasan sewaktu dengannya ditutup sampai petang. So, kami check in Hotel Zodiak, Kebon Kawung , mandi dan siap-siap dan lepas tu mulakan perjalan di Bandung... Dengan menjauhi kawasan Pasar Baru.

Lokasi pertama : Nasi Padang

Dah sampai Indonesia jangan tak makan nasi padang. Tu je pesan aku. Dan jangan lupa cuba sambal hijau yang sangat sedap itu. Lama juga kat situ sebab hujan. Kami makan bertiga dalam IDR 80k. Hehhehhee. Tak lah mahal pun. Janji makanannya memuaskan hati. Pesanan lagi, jangan tinggalkan supir anda. Hahhahahahah

Lokasi Kedua :Ciwalk.

Tiket wayang filem Guru Bangsa : Tjokroaminoto

Sebenarnya bila dapat je wifi hotel, aku terus search jadual filem GBT di Cinema XXI. Bila tunjukkan kat Pak Mal, dia kata kat Ciwalk ni bagus cinemanya. So, kami ke Ciwalk terus. Kebetulan, masa tu baru jam 3.20 petang. Sampai kat XXI, aku terus ke kaunter dan tengok jadual. Cik kat kaunter tu kata, “ masih baru, mau masuk sekarang?”.. Lohhhh ingatkan nak masuk yang jam 6.00 petang. Aku balik ke Pak Mal, dia kata masuklah...dia tunggu. Yeayyyyyyy!!! Maka hari ini dalam sejarah, aku menonton filem di panggung wayang di luar negara. Wakakkakakakaka...

Lokasi Ketiga: Mi Ayam

Lepas tengok wayang, lapar.. sebab filem tu 2 jam 40 minit. Pak Mal bawa kami makan kat satu gerai simple je kat mana ntah. Kami semua pesan Mi Ayam dan makan sama-sama. Entah sebab lapar, entah sebab puas hati dapat tengok Tuan Tjokro atau memang mi ayam tu sedap tahap dewa dewi.. maka tak sampai 5 minit... licin mi tersebut. Alhamdulillah.......

Lepas makan, kami balik je ke hotel sebab kebanyakan kedai tutup jam 6 petang. Aku tengok mak mengantuk dah. Letih pun ada tu. So, 16 April tu.. kami hanya menonton wayang, makan dan kemudian...... Tido!!!

"Rumah" sementara kami, Hotel Zodiak Kebon Kawung

17 April 2015

Kami janji dengan Pak Mal jam 8.00 pagi lepas sarapan. Aku suka pagi di Bandung, sejuk dan nyaman je. Ada satu rombongan dari Terengganu pun tinggal di hotel yang sama. Kami tak bertegur sapa sangat, hanya sembang dengan sorang lelaki yang kawannya tercabut kasut. Hahahhaha

Lokasi Pertama : Pasar Baru

Lumayan laaaaa bertingkat-tingkat. Dah la kaki masih sakit. Tapi shopping kat sini boleh jadi giler kot. Aku ngan mak sampai duduk kat sofa, siap di bagi mineral water sebab lebih sejam dok situ pilih kain. Habis gak sampai angka juta rupiah kat satu kedai. Hehhehhee

Disebabkan ter psycho dengan kain-kain batik di filem GBT, aku dok cari batik. Kalau nak yang cantik memang mahal, so aku ambik batik printing. Okay la jugak.. cantik!! Dapat kat aku 3 pasang baju untuk raya nanti. Mak pun beli jugak untuk dirinya sendiri dan family terdekat. Lain kali nak ke Pasar Baru, bawak lah duit seguni. Sebab geram dengan kain. Hahahhaha

Lokasi kedua : Toko Tiga

Kat sini baju yang dijual ada jenama. Tapi lebih murah. Aku beli baju untuk Adam & Aisy. T-Shirt kanak-kanak kat sini dalam IDR 65k je camtu. Kedainya tak lah besar sangat, tapi dapat coupon. Setiap pembelian akan dapat souvenir. Aku dapat 2 biji keychain yang akhirnya aku bagi kat Adam & Aisy.

Lokasi Ketiga : Ayam Penyet Surabaya

Jangan tertipu dengan kecantikannya.... Ini adalah amat pedas!! Hahahhaha

Pak Mal bawa kami yang dah kelaparan kat satu restoren kecil yang sesak ramai orang. Hahhahhaa. Nampaknya ayam penyet nya sangat sedap sampai nasi kotak yang tengah di pack kat sebelah tu menimbun-nimbun banyak nya. Sampai kat kami.. haaaaaa ambik ko!!! Ayam penyet tu memang sedap!! Tapi...... Pedas!! Sampai berair-air mata makan. Aku suka cara yang macam ni. Duduk makan dengan orang tempatan, bayar sendiri dan nikmati perjalanan yang simple. Tak ada sesiapa yang mengatur.

Lokasi Keempat : Rumah Mode

Untuk penggemar pakaian berjenama... Kat sini memang boleh jadi giler..... 

Lepas makan, kami ke Rumah mode. Lebih kurang sama dengan Brasco yang aku pergi dulu kat Bali. Aku kesini hanya nak beli baju untuk abang ipar aku yang cerewet itu. Hahhahhaha. Dekat sejam jugak berlegar-legar kat dalam dan akhirnya jumpa juga yang berkenan. Tapi Bandung hujan di waktu petang, nak keluar dari rumah mode ke kereta, berlari-lari ayam kami.

Lokasi Kelima : Paris Van Java

Ada show kat sini. Tapi aku tak tahu siapa yang menyanyi. Tak ada buat apa sangat, hanya jalan-jalan menikmati mall yang sangat besar dan beli sehelai baju Airish. Harga barang kat dalam ni memang tahap biasa je. Kalau murah pun, yang ada diskaun. Tapi kalau rasa nak jalan-jalan dan blend dengan orang tempatan... Okay je. Tempat pun selesa.

Lepas dari situ, kami balik ke hotel dan singgah kat kedai ala 7E untuk beli kudap-kudapan. Aku kalau duduk dalam hotel memang nak mengunyah je lah jawabnya. Malam tu kami kemas beg yang makin membesar gara-gara terlebih shopping. Hahhahahhaha


18 April 2015
Selfie kat Airport.... Tunggu nak check in

Kami terpaksa gerak awal dari hotel sebab katanya ramai diplomat asing akan turun ke Bandung melalui Jakarta. Jadi lalulintas akan jadi sesak. Almaklumlah.. jalan di Bandung tu agak kecik. So, jam 7.30 kami dah gerak ke Bandara a.ka Airport. Lama juga la menunggu since flight kami jam 11.50 pagi.

Kat situ kami berkenalan dengan orang Malaysia yang datang ke Bandung untuk bisnes. Mak aiiiiii..bertingkek-tingkek barang eh. Hahhahahha. So, sembang-sembang buat hilang boring sampailah checik in, sampailah kami menuju ke pesawat. Untuk pengetahuan anda yang belum pernah ke Bandung, airport Husein Sastranegara kecik dan untuk ke pesawat, kena jalan kaki di tarmac macam LCCT dulu. Tapi no complaint lah. Janji dah puas hati dapat shopping dan dapat mengintip Tuan Tjokro kat cinema. Wakakakakakaka ( Tak abih-abih Tuan Tjokro)

Kami sampai ke KLIA2 dengan selamat dan jalan kaki laaagggggiiiiii!! Tak boleh besar lagi ke airport tu?? Ngeeeeeeee

QZ 173.. Flying home...


p/s : Masa flight balik, aku duduk kat seat A, makanya di tepi tingkap. Aku suka sebab boleh tengok luar, awan cantik berkepul-kepul macam kapas. Dan mengingatkan aku pada simbol kekabu di filem GBT. Tapi kalau anda cepat gerun, elakkan lah. Sebab sesekali tu timbul jugak gerun bila pesawat masuk kedalam awan, kemudian keluar balik, masuk balik...... Hahhaha.  

Sunday, April 19, 2015

Tjokroaminoto : Sang Guru Bangsa


Jangan salah terkam atau salah fikir.

Ini BUKAN Review.

Siapalah aku nak me review filem pengarah sehebat Garin Nugroho dan kerja pasukannya yang sehebat ini.

Mission accomplished!! Akhirnya, setelah beberapa tahun menyelusuri karier, filem demi filem milik Reza Rahadian, pada 16 April lepas aku berjaya menonton sendiri, first handedly filem si actor, Guru Bangsa : Tjokroaminoto. Nanti aku ceritakan bagaimana aku sampai lepas ke Indonesia. Sekarang ni aku lagi excited nak bercerita tentang filem ini.

First of all, saranan aku kepada sesiapa yang masih belum menonton filem ini, baca dulu dan buat sedikit homework tentang HOS Tjokroaminoto terutamanya ketika beliau bersama Serikat Islam, latar belakang dirinya, siapa yang duduk bersamanya di Rumah Peneleh serta latar belakang mereka more or less sehingga tahun 1921. Kalau tak baca, anda akan kelaut atau masuk ke gaung kerana tak faham cerita. Jangan harap durasi 160 minit itu akan spoon feed anda se detail-detailnya.


Aku sendiri hanya tahu kewujudan Tjokroaminoto ketika terserempak dengan gambar Reza & Maia di instagram. Aku ketawa ( ini serius) melihat misai yang agak pelik itu. Tapi bila aku search nama tokohnya... Ye, ini bukan bahan ketawa ye adik, ini bahan serius.

Beberapa highlight yang aku nak cerita tentang filem ini. Ye, seperti biasa kepada yang selalu singgah disini.. hanya dalam bentuk point. Kerana aku bukan seorang yang teknikal atau expert dalam bidang apa pun. Aku bercerita dari pandangan mata dan pemikiran aku saja. Mungkin akan berlainan dengan pendapat orang lain diluar sana.

* Adegan favourite aku dalam filem ini adalah bila Tjokro marah dengan seorang orang belanda yang menengking-nengking seorang lelaki yang terketar-ketar memegang teko panas. Teko itu diambilnya perlahan-lahan dan tehnya dituang sehingga tumpah, penuh dipiring dan meleleh ke lantai . Dialognya keras dan tajam, kemudian berlalu meninggalkan sang belanda yang naik angin sampai kekepala. Pemberontakan yang sangat berani dan menyeramkan.

* Tjokro & Soeharsikin main kekabu, duduk santai diatas tunggul kayu. Walaupun dialog Tjokro “potong stim” sangat sebab tiba-tiba bercakap pasal kematian, tapi itulah satu-satunya adegan yang anda akan lihat selama 160 minit itu, wajah Reza yang manis ketawa. The rest.....masam, keras dan nampak sangat degilnya. Hehehhehe


* Aku tak tahu apa nak panggil cara shoot itu. Blocking kot. Tapi aku suka dengan shoot yang sebegitu. Semua orang bercakap dalam masa yang sama. Masa scene orang jawa dan orang cina bergaduh, Tjokro datang melerai. Bersama-sama Tjokro ada beberapa orang lagi. Dan mereka bercakap serentak. Itu memang “hidup”.

* Selepas Soeharsikin meninggal dunia, walaupun scene itu tidak seharu dan sesedih scene di Habibie & Ainun, tapi berhasil membuatkan kami semua terdiam sekejap ( Ada ibu-ibu dibelakang aku yang berbual macam kat kedai kopi dalam panggung wayang tu). Tuan Tjokro hanya duduk pegang bantal diruang tamu dan memain-mainkan kekabunya. Scene beralih ke anak nya Oetari yang menangis dalam pelukan mbok... tapi bila beralih semula ke kerusi Tjokro, dia dah tak ada disitu. Itu sangat dalam.......Pada aku.


* Hijrah!! Beberapa kali..sampai ke hujung filem ini kita akan dengar perkataan Hijrah dari mulut Tuan Tjokro. Sampai dia bertanya pada Agus Salim “ Sudah sampai kemana Hijrah kita?” Akhirnya Agus jawab “ Ke Arafah”. “ Hidjrah juga ditulis di penjara ”... Kemudian di depan cermin ketika dia memakai songkoknya. Hijrah dan Iqra' ni lah teras filem selain simbolik kekabu yang berterbangan.

* Mungkin semua orang dalam dunia moden ini tak pernah berjumpa dengan Tuan Tjokro yang sebenar. Tapi kalau dilihat dari filem ini, Tuan Tjokro memang berani dan tegas. Lihat saja bila dia ditangkap, dia berjalan sendiri. Dia masuk sendiri dalam sel penjara, pandangan matanya tajam bila disentuh orang belanda. Dia enggan tunduk kepada penjajah. Itu semangat “orang lama'. Tapi orang sekarang??? Sendiri mau ingatlah...

* Scene Interrogation dalam penjara yang sesekali muncul itu adalah antara scene yang paling kuat dalam filem ini pada aku. Tak nampak pun raut ketakutan dalam wajah Tjokro walau dibentak-bentak dan disoal siasat sebegitu. Dengan tegasnya, orang Yaman itu pula yang disuruhnya duduk. Kemudian dia buka pintu sel sendiri dan tutup sekuat hati. Perghhh!!!!

* Batik yang dipakai oleh kesemua pelakon dalam filem ini serius sangat cantik. Terutama yang dipakai oleh Reza. Mereka membuat aku mencari batik right after aku keluar dari cinema. Hahhaha

* Adegan muzikal dalam filem ni agak pelik sebenarnya. Tapi aku okay sebab nyanyiannya semua sedap. Yang paling sedap tentunya “Terang Bulan” oleh pasangan Tjokro & Soeharsikin. They should sing more keroncong after this. Dengan iringan muzik yang mendayu-dayu, aku jadi lupa yang lagu Terang Bulan ni sebenarnya sama dengan lagu Negaraku. Ngeeeee

* Paling mengejutkan adalah Putri Ayudya. Jujur je..masa dapat tahu dia yang akan jadi isteri Tjokro, aku terfikir juga, boleh ke dia ni berlakon? Okay!! persoalan itu meleset sampai ke lautan Hindi. She is Soeharsikin. Wanita yang lemah lembut, penyayang, ibu dan isteri yang sangat baik. Tapi tegas. Pada akhirnya panggilan “ Mas” dan “dek” itu bunyinya sangat romantik. Tapi jangan harap lah akan ada adegan romantik ala filem cinta. Mereka nampak seperti suami isteri biasa, ada chemistry... tapi tidak melebih-lebih.


* Lupakan rupa paras Reza Rahadian yang tidak jawa atau tidak perlu potong hidungnya supaya tidak mancung ( Hahhahaha). Dari mula dishoot kakinya sehinggalah ditutup filem ini, anda akan melihat Tuan Tjokro. Bukan lagi Reza Rahadian. Berkarisma, degil, berani, keras kepala tapi ada soft side yang sangat manis serta approachable.Tuan Tjokro ditangan Reza adalah cukup sempurna. Dia seorang yang bercerita dengan mata. Jadi, bila dia bercakap, pandang matanya.... kerana disitu lagi kuat dialognya.

* Christine Hakim, Tanta Ginting, Deva Mahendra, Ibnu Jamil,Chelsea Islan dan semua yang terlibat dalam filem ini adalah team yang terbaik. Watak-watak mereka sangat hidup dan memorable. kadang-kadang watak-watak inilah yang memancing ketawa atau menambahkan ketegangan.

Walaupun filem ini grand dan hampir sempurna, tapi ada juga kelemahannya. Tapi aku tak mahu ceritalah yang itu. Bukan sebab ini filem orang, tapi sebab kita belum tentu boleh sampai ke tahap ini. Baik dari segi apa pun. Kecuali filem “Terbaik Dari Langit”, “ KIL”, “Hanyut” atau beberapa filem lain yang sudah pun menerima award atau setidak-tidaknya appreciation dari pihak antarabangsa, kita sebenarnya masih kekurangan filem bermutu.



Berhentilah buat filem yang tidak menjana minda. Aku menonton filem “Guru Bangsa: Tjokroaminoto” ini bukan kerana aku tak berbangga dengan negara dan sejarah negara aku sendiri, tapi pada aku... sejarah itu walau datang dari negara mana pun, itu adalah pelajaran. Lagi-lagi sejarah bagaimana nenek moyang kita dulu memperjuangkan negara kita sehingga jadi sehebat sekarang ini.

Untuk orang Indonesia... Pergilah menonton. Anda akan belajar sesuatu dari filem ini.


P/s :Aku suka sangat dengan trem nya. Tapi sayang, bila melihat posting-posting netizens yang datang ke bekas lokasi filem ini, Trem itu dah jadi mangsa vandalisme. Sedih.....

Semua gambar adalah ihsan pakcik gugel..Hehhee