Tuesday, October 18, 2016

Hatyai - 3rd Time!!

Haaaaaaaaaaa.....

Dah 3 kali aku pi Hatyai. Jangan tanya aku apa best kat sana. Sebab kalau aku kata best, ada orang kata tak best.. kalau aku kata tak best, kang ada plak yang kata best.

So..... Meh la aku cerita apa yang best pada aku kat Hatyai tu sampai 3 kali aku pi menyibuk kat sana.

trip kali ni ramai. Selain dari regulars seperti aku, Harney, Angah dan Kak Long Alin.... Cik Zai ngan anak dia Suhada pun join gak. Then kawan-kawan Harney satu tempat kerja seramai 9 orang pun join juga. Kami naik bas dari Hentian Duta jam 11.00 malam. Bas ke Hatyai dah tak de kat Pudu Sentral ye... semua dah kat Hentian Duta. Tambang bas, RM 58.50 sehala, bas Konsortium.

Kami sampai ke Changlun dalam pukul 5.40 pagi, 30 September 2016. Ngam-ngam untuk Solat Subuh. Maybe tempat tu perlu penambahbaikkan sebab surau nya kecik sungguh. Untuk perempuan, satu line tu muat 3 orang je. Tapi bas berderet-deret. Nasib kami baik, sampai je terus pi surau dan dapat solat dulu. Haaa..dan satu lagi, tempat wuduk kat depan. kat tempat orang ramai dok gosok gigi, cuci muka semua kat situ. Alahaiiii laaaaa......

Sampai ke Sadao dan jam 10.00 pagi... Beratur punyalah panjang. Punyalah lama.....sampai kering tekak.

Suhada, Harney & Me.... Tunggu cop pasport di Imigresen Thailand di Sadao

Untuk yang haus dan lapar, almaklumlah... last makan waktu subuh kat Changlun kann.. boleh la beli makanan dan minuman kat tepi sempadan tu. Ni Teh Tarik makcik kat tepi pintu sempadan Malaysia / Thailand. Harganya RM 2.50 je. Masih boleh pakai RM kat sini walaupun dah masuk Thailand.


Sabtu, 1 Oktober 2016

Aktiviti pertama lepas check in Hotel adalah.... MAKAN!!

Ini Restoren Salma. Memandangkan kami tinggal di Hotel Regency, kami just jalan depan sikit, turn left dan terus jumpa restoren ini. Ini restoren muslim. Memang ramai orang Malaysia kat sini. Rasanya masa kami datang..semua orang dalam restoren ni, orang Malaysia. Hahahhaha. Oh dan.... yang paling best, Wi-Fi nya laju giler. Hihihi

Tomyam ayam, kerabu mangga, kailan ikan masin dan ikan siakap 3 rasa. Ini portion untuk 6 orang. Berbaloi bayar sampai lebih1000 Bhat  sebab sedap giler. Untuk yang gemar dengan masakan Thailand, boleh cuba la kat sini.. Memang sedap.

Lepas makan, kami naik Tuk Tuk pergi Robinson. Disebabkan trip ni pendek, kami kena manfaatkan masa sepenuhnya untuk membeli belah. Robinson ni mall biasa je. Tapi barangnya banyak dan murah jugak lah. Kalau nak jalan-jalan beli barang... boleh la pergi Robinson. Naik je Tuk Tuk tu..... sorang 20 Bhat. Kira-kira RM 2.40 la kalau ikut currency sekarang ni. 

Lepas asar, kami naik Tuk Tuk pi Floating Market. Okay... kalau nak pi sana, kena lah ramai-ramai. Sebab diaorang akan offer tunggu kita kat sana. kalau pergi tak ramai... mahal gak la. sebab diaorang charge 500 Bhat per Tuk Tuk. Pi reramai... boleh la share. Kat sini ada floating market yang jual makanan dalam sampan. Harga dalam range 20 bhat - 30 bhat. Murah-murah je. Bukan nak makan sampai kenyang pun. Sekadar nak merasa je. Then..untuk souvenir, boleh la beli kat sini jugak. Ada macam-macam jenis dan boleh tawar menawar.

Aku hanya beli ais kepal dengan cream. Harganya... 30 Bhat. Sedap jugak. Bekas clay tu boleh la dibawa balik rumah buat perhiasan.  

Balik dari floating market, aku dan harney singgah kat town makan pulut ayam. Ayam gorang ni panas lagik dan pulut nya memang sedap. kalau datang ke Hatyai, jangan lupa makan pulut ayam, pulut durian, pulut mangga. Aku tak makan durian, so..aku makan pulut ayam je. Satu set Pulut Ayam ni dan Teh Tarik Ais... 100 bhat. Berbaloi.
Ahad, 2 Oktober 2016

Kami kena manfaatkan hari ini sepenuhnya sebab bas balik KL kol 7.00 malam ( 8.00 malam waktu Malaysia). So, pagi-pagi hari lepas sarapan kat Restoren salma ( Lagik!!!) kami pun ke Bazar. Kami berpecah, ikut je la sesapa sebab masa tak banyak nak jalan segerombolan. So, aku memilih untuk berjalan dengan Suhada. Budak ni senang nak bawak jalan sebab tak ada karenah apa pun. Dia ikut aku, aku ikut dia. Nak pi Bazar.. naik Tuk Tuk 20 Bhat sorang. Lepas beli belah.... Tuk Tuk ada je banyak kat depan Bazar. Just tell them nak pi mana.... diaorang akan bawak.

Lepas beli barang kat Bazar, aku ngan Suhada pi Robinson lagik. Lepas tu pi Odean, lepas tu masuk tak tahu berapa banyak mall kat town. Naik hotel kejap untuk solat, lepas tu sambung berjalan lagik.


Jalan punya jalan...lepas tu lapar. So... kami lepak kat Restoren Salma (laaaagiiiikkkk ) . Makan nasik Padprik. Honestly, ini nasik padprik paling sedap aku pernah makan. Nampak simple je kan? Tapi sedap. Namanya pun memang kat Thailand. Hehehheheh.

Petang tu kami extend dua bilik, satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan. Untuk kami letak barang, mandi, siap-siap dan solat sebelum bas bergerak balik ke Kuala Lumpur. 

Aku sampai ke Hentian Duta pukul 4.00 pagi. Naik teksi sampai Setiawangsa kena RM 40.00. Hahhahahaa..belasah je lah. sampai rumah, letak beg, tanggal tudung dan terus tidur kat atas sofa, kat ruang tamu. 

Well..tak jugak boleh tidur lama. Sebab memang tak reti nak tidur lama. Nasib baik public holiday... so, ada lah masa nak kemas barang dan melepak sepanjang hari.


Besides my best friends, I don't really remember nama kawan-kawan lain yang datang dari Seremban. Tapi you guys adalah kawan trip yang fun. Thanks dan see you guys in the next trip.








Best friends, travel buddy, kawan bertekak, sahabat mengadu....



p/s : Vietnam lagikkkkkkkkkk...Next year.


All pictures are from my instagram & Harney's

Tuesday, August 2, 2016

Kisah Seorang RUDY HABIBIE.


Once in a while..doing something crazy is nescessary

Dan.......sangat perlu untuk aku menonton Rudy habibie di negara asalnya, Indonesia.

Jadi.. pada 24 Julai, berangkatlah aku dan Kak Sofie ke Jakarta, tepatnya ke Bekasi untuk menonton filem ini yang sebenarnya dah masuk minggu ketiga tayangannya ini.

Tapi.....I'm not going to review this film. Aku hanya nak bagi point yang membuatkan aku sampai ke hari ini masih memikirkan si Rudy.... dan juga karakter-karakter lain yang wujud didalam nya.



The title character, Rudy Habibie ni orang nya keras kepala, degil, bijak, berani, confident, lantang.. tapi lembut hati dan......... MANJA!. Hahahha. Aku tak tahu samada it's Reza Rahadian yang berada diposisi watak itu atau memang Rudy asalnya sebegitu, tapi watak tu sangat melekat kuat dan meyakinkan. Sampai aku tak nampak Reza Rahadian kat situ. Hanya nampak Rudy Habibie. Giler dasyat mamat nih... !! Dia buat aku terkagum-kagum sampai tak mahu nak alih mata dari skrin tu setiap kali dia muncul. Macam kerasukkan Habibie!!


Walaupun filem ini filem serius, tapi ada scene yang buat orang yang menonton..ketawa sendiri. Contohnya ketika Rudy di cabar mengingat semua menu yang di order oleh pelajar-pelajar senior kat sebuah cafe. Dia menang cabaran tu sebab dia ingat semua dan akhirnya dapat meal free selama 3 hari. Ini memang scene balas dendam paling best tahun ini. Well...... provided la kalau kamu secerdik, sebijak dan segenius Rudy. Kalau aku, aku ingat roti je. Lain tak ingat.

Rudy kata dia anak kanibal, ayahnya bagi dia makan otak orang Jerman. Sebab tu dia pandai cakap Jerman. Hahahhahaha. Ini memang lawak. Memang dasar budak nakal tak makan saman.


 Earnest Prakasa sangat “mencuri” perhatian aku sepanjang filem ini. Honestly aku tak kenal dia siapa. Tak pernah tengok performance dia pun. Kemudian baru aku tahu, dia adalah stand up comedian. Bila fikir komedian, maksudnya orangnya kelakar lah kan. Tapi Lim Keng Kie dalam filem ini langsung tak buat kelakar. Dia adalah opposite dari Rudy. Sahabat sejati yang tenang, baik hati dan sentiasa ada dengan Rudy.

Satu lagi watak yang mengejutkan adalah Ayu dari Indah Permatasari. Yang ni lagiklah..aku belum pernah tahu pun Indah ni wujud sebelum ini. Hahahha. But she nailed it. Grace and beauty of a princess gitu. Statement dia jelas, jangan bagi seorang wanita kecewa. Sebab bila wanita itu kecewa.. dia mampu buat apa saja.


Aneh nya aku tak rasa sumbangan yang intense dari Chelsea Islan. Yes dia cantik....sangat cantik!! Dan bila dipasangkan dengan Reza, comel la sangatttt. Just aku tak terasa impak nya macam impak BCL masa di Habibie & Ainun. Tapi honestly, bila Ilona menangis, aku akan ikut menangis. Sebab Chelsea menangis macam sedih giler. Sama macam masa di Guru Bangsa Tjokroaminoto dulu bila dia bertanyakan ke Pak Tjokro tentang kewarganegaraan dia. Terasa sedihnya mendalam.

Bahasa Jerman. Terkelam kabut aku membaca subtitles sebab banyak dialog dalam bahasa jerman. Terutama untuk Reza a.k.a Rudy. Well, he sounds very good. Macam bahasa harian dia je cara dia bercakap tu. So, untuk anda yang nak menonton filem nya nanti....jangan alihkan mata anda. Sebab kalau tertinggal, ini bukan astro beyond... tak boleh nak reverse pun untuk baca balik. Ahaks!!


Pesanan paling kuat yang kita boleh ambil dari filem ini adalah..jangan tinggal Solat. Rudy boleh solat bawah tangga beralaskan surat khabar, kenapa kita tak boleh solat dalam surau yang memang terang-terang ada sejadah? Nak baik ke buruk ke kehidupan ini, jangan lah tinggal Solat.

Scene yang paling menyentuh hati adalah antara scene yang di hujung.. ketika di stesen keretapi. Ini scene yang paling kesian bila Ilona (Chelsea Islan) berlari ke belakang keretapi dan menangis disitu. Berharap Rudy akan berpaling. Rudy pulak langsung tak menoleh.. hanya berjalan terus sambil meleleh-leleh air mata. Hahahhahahaa... aku fail!! Sama ikut merebeh macam aku plak Ilona.. hahahhahahaa


And yes... flashback kisah Rudy masa kanak-kanak tu memang menyentuh perasaan. Tentang akrabnya dia dengan ayah nya, kehidupan yang serba kekurangan kerana perang. Untuk adik-adik yang tengah belajar, sila ambil perhatian. Dulu nak belajar tinggi tak cukup fasiliti, tak cukup duit pun gigih si Rudy nak belajar. Sekarang ni tak dapat iphone macam tak dapat nasi. Semua nak senang je. So, please learn from him. Tak mati pun kalau ada yang kurang. Yang boleh bawak mati tu kalau gagal.

Kalau anda pernah menonton Habibie & Ainun, anda akan rasa filem Rudy Habibie ni agak “kasar” dan 'huru hara”. Sebab dalam Habibie & Ainun, kisahnya lembut dan kisah cintanya penuh satu filem. Kisah cinta dalam Rudy Habibie hanya sebagai perencah je. Kebanyakkan yang diceritakan adalah kisah kehidupan Rudy dari sisi lain. 


 Jadi.....untuk ukuran sebuah filem Asia Tenggara, ini filem yang memang tak boleh anda semua lewatkan. Macam tak aci plak nak bandingkan ngan filem Hollywood, Bollywood ke apa tu kann. Pada aku, ini filem yang cukup baik. Lakonan yang excellent & spectacular dari Reza Rahadian ( Penat dah aku kata dia ni bagus... cer cuba sekali buat tak bagus. Bagi chance kat aku ngutuk..hahahah). Performance yang bagus dari Chelsea Islan, Indah Permatasari, Earnest prakasa, Boris Bokir, Pandji dan semua yang terlibat. Satu pakej yang sangat menyenangkan.


And... my favourite Indonesian director, Hanung Bramantyo.... Good job!!

RUDY HABIBIE akan tayang di pawagam-pawagam seluruh Malaysia starting tomorrow, 4th August.. Go and watch it guys. Ada banyak benda yang boleh kita belajar. Dan untuk aktor-aktor serta pembuat filem kita...... pi tengok!!! Banyak benda yang korang kena belajar pasal lakonan dan pembuatan filem..(Hahahahha kejam sungguh statement ini)
  
Rudy & Ilona....... ehhhh... Reza & Chelsea di Premier Rudy Habibie. Tak ada kena mengena, aku just suka outfit diaorang... Hehhehehhe

p/s : Pak Manoj, if you really want to make Habibie & Ainun 3.. please put BCL back on board.... Ngeeee

All photos credit to google image & their respective websites. Thank you :)

Thursday, May 26, 2016

When a freak meet Reza Rahadian....

Absurd... Sebab buat posting lain. Hahahhaa...

After so many years, so many films.. akhirnya aku jumpa juga dengan Reza Rahadian.

Well, the feeling is, awkward!!

Begini ceritanya...

Kan aku ke premier My Stupid Boss. Secara logiknya, memang la aku akan jumpa dengan dia. Tapi..... aku hanya "jumpa" dia. Aku tak bergambar, tak salam, tak tanya khabar ke apa... aku hanya tengok je.

Tapi terkeluar jugaklah perkataan ini bila dia lalu....

 " Oh my GOD!! Hensemnya diaaaaaaaaaaaaaa"

Hahhahahaa....

The only picture of him yang aku snap. Really!! Memang ni je yang aku snap.

Reza melepasi expectation aku. Aku ingat dia besar, tinggi. Tapi rupanya agak rendah, kurus dan berkulit putih. Hehehhehe... kurus sangat aku rasa. Maybe effect lepas preparing for Rudy Habibie & hospitalized last month. Serius kurus. Besar lagik.... AKU!! Hahahhahah

Then, disebabkan aku ada pass media, aku lepas masuk ke Media room dengan kawan baik aku dan wakil media yang sama ngan aku tu. Reza was there standing and talking to Malaysian press. Aku just... standing a few meter depan dia dah tengok je. Can you imagine perangai camtu???  Maybe dia perasan aku hanya tengok je dia, dia senyum. Aku pun senyum. everybody berebut-rebut nak bergambar dengan dia... tapi aku masih senyum je. hahahhahaha.

Then dia senyum lagik bila aku still berdiri kat depan dia. Maybe dalam kepala dia....

" Who the hell  is this freak???.. : Hahahhahaha

Lepas keluar dari media room, ada interview dengan Yasmin Hani  kat stage kecik di luar pawagam. Lepas sesi jerit menjerit dan histeria bagai, semua orang masuk hall 2, Ada opening ceremony. Aku hanya duduk di row media sambil tengok gelagat si Reza ni. Bila dipanggil buat ucapan, dia bantai pulak cakap omputih. Heheheh... aku tak tahu kenapa dengan dia. Tapi okay lah. At least dia tak payah ulang apa dia cakap.

Aku memang suka "ngorat" para manager. ini Arya Ibrahim.... Manager Reza. Dan yang buat peace tu kak Sofie. 

Then bermula lah tayangan My Stupid Boss. Aku sebenarnya mengantuk dan tak fokus. Tayangan tu start kol 10.00 malam. Habis dah lebih kol 12.30. Mana tak mengantuk. So, diam-diam aku fikir... aku nak pi tengok lain lah. Aku tak tahu apa biji butir filem nih walaupun aku gelak jugak. Sebab memang lawak pun.

Lepas habis tayangan filem..ada PC lagik!!! masa Reza masuk dengan semua cast lain, dia lalu sebelah aku. Aku sengih, dia senyum. Dah macam cerita bisu plak aku.

Sampailah ke sudah, "komunikasi' antara aku ngan Reza dan semua cast hanya :

SENYUM

Well, nothing wrong with me.

Seriously, aku bukan datang untuk ber selfie ria dengan pelakon yang datang. Walaupun aku tahu yang datang tu Mega Star Indonesia. Bukan sorang...tapi DUA. Tapi aku datang untuk menikmati filem Reza. Aku memang sejak dulu hanya meminati filem dia jauh-jauh je. Download dari youtube dan tengok sampai hafal skrip. Seriously, aku dah tak perlukan subtitles dah kalau tengok film Indo.

Semua nak tayang berselfie dengan Reza kat IG.. Tayanglah wehhh. Aku tak kisah pun. Memang dari dulu hajat aku nak tengok dia live & alive je. Tak ada pulak dalam wishlist aku nak bergambar dengan dia.

So........ Itulah dia!! Akhirnya aku jumpa jugak dengan aktor favourite aku tu. Tapi macam aku tak suka pulak!! Bukan sebab dia. Tapi sebab aku tak macam dulu dah...feeling tengok dia dalam filem dah lain.

Maybe aku lebih suka tak tahu siapa dia kot. Rupa dia in real life tu.................

Terlalu hensem!! Errrmmmmmmm


First time pi gala premier......first time tengok filem Reza kat Malaysia. Hepi la jugak.. ;)


p/s : Tahniah My Stupid Boss tembus 1 juta penonton di Indonesia.


Wednesday, May 18, 2016

Premier My Stupid Boss

We started off with nothing.... but end up with 6 invitations.



Invitation card nya.... Cute!!

Well.. Rezeki ni ada masanya datang tak disangka-sangka.

Actually ini filem Reza yang kedua yang aku tonton sendiri di pawagam selepas Guru Bangsa Tjokroaminoto di Bandung pada tahun 2015. Tapi yang pertama aku hadiri premier nya. Premier filem ni dibuat di GSC Pavilion,Kuala Lumpur pada hari Isnin 16 Mei 2016. Aku pergi berlima. Dengan Kak Sofie dan 2 anaknya.... dan dengan Yusrizal. Kawan aku dari twitter.Tiket lagi satu? Errmmm.. yang tu bagi hantu. Hahhahahaha

Okay... As usual, aku hanya nak tulis point by point saja sebab nak buat dalam bentuk artikel memang aku FAIL BIG TIME. Aku tak akan bagi sinopsis, sebab ini baru premier... kalau nak tahu apa sebenarnya filem MY STUPID BOSS ni.... Sila lah tunggu 19 Mei ni. Akan tayang di sini, negara asalnya Indonesia, Brunei dan juga Singapore.

ABOUT THE PREMIER

                                                 Picture credit to : madness films

* My Stupid Boss di edarkan di Malaysia oleh Skop productions. Kelihatan boss Skop, Datuk Yusof Haslam dalam list VIP. Then ada duta besar Indonesia dan beberapa orang kenamaan lain.

*Yasmine Hani bertindak sebagai pengacara. Yang kelakarnya, selepas habis tayang film, dia pandang Reza " Heii...lain lah muka you" Hahahaha...Mesti ngeri tengok muka bossman sebelum tu. Hahahhaha

* Reza Rahadian yang kelihatan sangat tenang. Bila sebut je nama dia, histeria semua. Tapi dia nya composed je. He is certainly the centre of attraction malam tadi. Agak awkward juga melihat dia se composed itu. hahahahhaha

* Aku star struck!! Frankly cakap, Reza in person memang sangat handsome. Walaupun tak berapa tinggi dan very skinny. Tapi karismanya memang mengundang spotlight. He choose to speak fully in english, maybe sebab sedar bahasa dia susah nak difahami kat sini kot.

* Bunga Citra Lestari memang seorang yang ceria. Ceria dari mula datang sampailah habis. All you can see is, dia ketawa.

* Kat red carpet ada fazura, Zizan Razak dan beberapa artis lain. Antara yang paling awal sampai adalah Bront Palarae. tiba-tiba muncul kat depan tu. Handsome jugak bront ni.Hihi

* Ada ucapan-ucapan dari VIP sebelum mula filem, lepas tu tayangan filem.... then baru ada sesi soal jawab. ambik masa sampai pukul 12 tengah malam. Then kat luar ada lagi TV pulak buat interview. akhirnya sampai umah kol 1 pagi. Hadehhhh..

ABOUT THE FILM


Poster My Stupid Boss versi Malaysia

* Kalau anda mengimpikan untuk melihat Reza Rahadian yang handsome  itu dilayar besar, anda akan bakal kecewa. Bossman memang buruk!! Hahahhahaa. Walaupun sometimes dia nampak agak comel. Tapi sepanjang cerita, ekspresi.. cara dia bercakap, berjalan dan apa yang dicakapkannya memang BURUK!!!.

* Ini filem komedi. Memang untuk buat orang ketawa. Tapi ada kalanya aku rasa kesian dengan bossman. Tak tahu kenapa. Walaupun dia menjengkelkan, tapi bila orang buat tak perduli dengan dia. Muka dia tu buat aku simpati. Ngeeeeeeee....

* Ada adegan yang buat aku ketawa sampai keluar air mata bila bossman buat-buat pengsan dalam kereta ferrari tu. Memang bodoh giler.Dan bila diaorang bawak pintu besi masuk hutan.......boleh pulak dia baring-baring dengan senang hati atas pintu tu. Orang lain  penat menolak,dia relex je sambil ketawa-ketawa. Rasa nak tampar je lelaju. Hahahhaa

*Bila Bunga Citra Lestari bercakap bahasa melayu, cute sungguh!! Dan aku memahami perasaan Diana. bertabahlah. Boss aku pun lebih kurang je dengan bossman ni.

* Kalau BCL kata Reza deserve Piala Citra lagi tahun ni, aku setuju!! Tengok dia as bossman dan tengok dia in real life.... memang jauh beza!! he nailed it every scene. Sekali pun tak terlepas bossman tu jadi Reza, Habibie, Tjokro, Satrio and all.

* Scene Bront & Mr Chew tukar-tukar sejukkan badan kat peti ais tu memang kelakar. Punyalah panas pejabatnya sampai duduk dalam peti ais. Memang literally duduk dalam peti ais nih. hahahhaha


Okay tak nak cerita banyak. Kalau ada masa lapang, pergilah tengok.Tapi jangan pulak expect filem ni penuh dengan pengajaran dan adegan-adegan mencabar. My Stupid Boss ni adalah filem untuk kita duduk santai, sambil gelak-gelak dengan kawan-kawan. Dan enjoy je tengok pelakon-pelakon hebat kolaborasi Indonesia dan Malaysia. They are sooo funny!! Trust me!!

p/s : Tunggu Rudy habibie. Tapi tunggu muka bossman hilang dalam kepala dulu. hahahahahahahaha


Wednesday, March 2, 2016

"Melihat" Brunei dari mata YASMINE

Ini adalah real copy. Memang aku punya.

Akhirnya!! Setelah hampir dua tahun Yasmine tayang di Brunei dan Indonesia, aku dapat juga salinan original DVD ini. Thanks Angah Ruzi yang bersusah payah mencari di Bandar Sri Begawan. Mula mecari di KFC sampailah ke Gadong Mall. Akhirnya jumpa di Sia & Tang. Okay, aku bukan nak bercerita pasal macam mana aku dapat DVD ni. Tapi aku nak bercerita apa yang aku tengok dari "mata" Yasmine.... dan juga.........

................. dari mata ayahnya, Fahri.. (literally) Hehehhehe

* Ini filem Brunei, maka dialognya memang akan dalam Bahasa Brunei. To be frank, ini bukan bahasa Brunei yang selalu aku dengar bila ke sana. Dua kali dah aku kesana, selalunya bahasa pasar yang digunakan dirumah adalah sangat susah untuk difahami. Luckily Yasmine menggunakan bahasa standard. Yang bunyinya lebih ke Bahasa Melayu Malaysia kecuali lebih baku. Welll...aku tak perlukan subtitles untuk film ini walaupun ada subtitles dalam bahasa Inggeris. Hebat tak aku?? Hahahha 

* Cast yang datang dari pelbagai negara. Ada Liyana Yus dan Nadiah Wahid yang originally dari Brunei. Ada encik mega star Reza Rahadian yang datang dari Indonesia, bersama Agus Kuncoro, Mentari de Marelle, Dwi sasono, Roy Sungkono, Maharasyi dan Ariffin putra as cameo. ada Dian P.Ramlee, M.Nasir, Nabila Huda, Aryl Falak, Soo Wincci & Carmen Soo dari Malaysia. Fuhh!! How Siti Kamaludin deal with these peoples??? hahahhaa..


* Semua. I mean, SEMUA cast bercakap dalam bahasa Brunei tersebut. Haaaaaaaaaaaa.. Kat sini lah kita tengok, ada yang okay, ada yang canggung. Bukan bahasa sendiri kannn. Kalau aku pun di suruh berlakon dan bercakap full in Indonesian or Bruneian, memang aku nangis lah. Jadik camne pun, akan tetap tak bunyi native speakers. Hihihihi. But Reza and Agus did a good job. 

* Okay, enough cerita pasal  semua tu. Mari aku cerita pasal BRUNEI. Apa yang dipamerkan dalam Yasmine adalah Brunei yang aku "kenal". Yang serene.. yang aman damai. Percayalah cakap aku. untuk kita yang memang biasa tinggal di bandar besar, memang akan rasa "Krikkkkk..krikkk..krikkk" gitu. Lagi-lagi bila menjelang malam. Sebab memang Brunei tak bising.


* Kampung air. Nenek Yasmine tinggal kat kampung air. Dua kali aku kesana, aku tengok sendiri keadaan hidup di kampung air itu. Memang naik bot kemana-mana. Kami naik bot jugak. Tapi kehulu sungai, lepas tu kehilir sungai. Kampung Air ni memang landmark terpenting di Brunei. Kamu bukan ke Brunei kalau tak ke kampung air. Interesting lifestyle.

* "At least menjangkau la dulu" Kata Fahri bila anaknya tak sempat nak makan. Itu sesuatu yang aku belajar dari family angkat aku di Brunei. Ini macam adab kita orang melayu, kalau tak sempat makan... jamah jelah. tapi mereka hanya menjangkau. Just jangkau je makanan tu dengan tangan. Tak payah usik. Hormat ajakan orang lah. ( Correct me if I'm wrong.) 


* Nenek Yasmine suka buat ambuyat. Dan cara makan ambuyat dah ditunjukkan oleh yasmine. Masuk mulut.... telan. Ngeeeeeee.. camne nak kunyah kalau ambuyat itu adalah kanji? pernah makan gam? Hahahhaha. Camtulah rasa ambuyat. Memang kalau tak pernah makan, siksa nak telan. Ambuyat ni ada pencicahnya. Dulu kami makan cicah ngan kuah durian. memandangkan rasa ambuyat ni bland. So, kalau dicicah.... adalah perasanya.

*Ayah Yasmine adalah librarian. Honestly, bagi orang yang tak pernah pergi Brunei, akan fikir semua orang disana duduk atas duit, kaya raya. Well... tak semua. ada jugak golongan pertengahan seperti yasmine dan ayahnya Fahri. Cuma struggle nya tak lah sehebat kita kat sini. hahahhahahaa...

*Silat !!. Nusantara ini menang ada sesuatu yang common untuk di kongsi. Iaitu silat. Silat boleh unite kita atau boleh mengasingkan kita. Yasmine belajar silat sebab nak pikat lelaki. Tapi akhirnya dia yang kecewa. Dan kemudiannyaYasmine menang pertandingan silat  bukan sebab lelaki itu. Tapi sebab cintanya pada silat itu sendiri. Fahri pulak berpatah arang dengan silat sebab salah guna pengetahuannya. Dia hampir membunuh kawan baik sendiri. Tapi silat juga yang menyatukan balik persahabatan mereka... melalui Yasmine.


* Pemakaian tudung disana bukan strict sangat. Tapi untuk sekolah, Universiti dan agensi kerajaan, mereka memang pakai tudung. Yasmine nyaris nak kena jemur bawah tiang bendera sebab tak pakai tudung pergi sekolah. Hahhahaa. Comel je dia balas balik pak guard tu. Then bila Yasmine pakai tudung, itu tudung macam budak skolah kat sini jugak. 

*Kereta. Haaaaaaaaa... orang Brunei memang naik kereta beb!! Bukan orang Malaysia, orang Indonesia, orang Singapura atau Thailand tak naik kereta. Tapi kita ada jugak naik bas atau tren. Mereka tak. Mereka naik kereta. Pernah sekali aku pi umah family kat sana, berterabur kereta kat halaman. Ingatkan ada kenduri. Rupanya memang ahli keluarga je. Tapi yang magiknya, jalan tak jem!! Hahahaa.. ini sebenarnya reflect daripada populasi mereka yang sikit, harga minyak yang rendah dan tax!! Hihihi.. No more argument!! *TINGGG*

Okay... aku nak cerita pasal cast plak...

 Liyana Yus... 

*Liyana Yus. Ini pelakon baru yang di trained khas untuk filem ini. Bagi masa dan bagi lagi banyak filem.. this girl can go very far. Yasmine Fatia dalam diri Liyana tak nampak seperti dibuat-buat. Mengalir secara natural. Dia dibesarkan oleh ayahnya. Degil, berani, nakal, lasak dan dalam masa yang sama, comel. Aku suka tengok dia buat nakal atau bila dia kena marah ngan ayahnya. ekspesi muka dia memang kelakar. And she's good in silat too. Silat ditangan Liyana, tegas tapi penuh dengan kewanitaan. Langkah dan jurus nya cantik.

Reza Rahadian in Berlin. Picture credit to his official IG. @officialpilarez


* He was just 6 years older than Liyana. Tapi Reza Rahadian jadi ayahnya Yasmine. AYAH okey, bukan abang. Hahahhaa. Fahri adalah single father. Hari-harinya berserabut dengan perangai anak nya yang baru meningkat remaja itu. Dia lelaki dan Yasmine perempuan. Susah untuk Fahri memahami Yasmine. Lagi-lagi bila dilarang bersilat, makin galak pulak si anak bersilat. Sampai panggil cikgu mengaji kat rumah pun, dia pergi jugak join silat. Hahahhahaa. Kesian Fahri. Aku suka cara Reza portray Fahri Ismail. Tenang, lemah lembut, very fatherly... Tapi tegas. Oh lupa, Fahri ni OCD.. Hahhahahaha. And his silat pun cantik, his Bruneian dialect pun boleh pakai. So.... okaylah!! and he is very handsome too.. ( okay, dah melalut kelaut dah nihh)

* Nadiah Wahid ni pun pelakon baru. She is adorable. Comel macam teddy bear. Hehehe. Badan dia besar, tapi pandai jugak bersilat tu. siapa kata orang badan besar tak boleh buat aktiviti lasak??

* Cast dari Indonesia, Agus Kuncoro, Mentari de Marelle, Dwi sasono, Roy Sungkono, Maharasyi, dan Ariffin putra. Selain Ariffin Putra yang hanya jadi Cameo, yang lain banyak scene terutamanya Roy. Sebab dia kawan baik Yasmine. Aku suka watak Jamal jugak. Pelatih silat yang ironik nya tidak bersilat. Mereka semua did a good job. did justice to the film.


*  Dari negara ku yang tercinta, ada Dian P.Ramlee, M.Nasir, Nabila Huda, Aryl Falak, Soo Wincci & Carmen Soo dari Malaysia. Dalam ramai-ramai ni, hanya Carmen je yang tak ada dialog. Tapi kita semua tahu dia adalah isteri Fahri. Maknya Yasmine. Dian P.Ramlee aman-aman aja jadi nenek Yasmine dan Nabila Huda yang, well.... agak tua berbanding adik-adik yang lain.hihihii. tapi okaylah..... at least kita ramai jugak kat situ dan dengan kualiti yang setara dengan yang lain. 

Errmmm.. maybe aku dah menulis terlampau banyak disini. Untuk yang nak menonton Yasmine, silalah dapatkan dari Brunei. aku belum nampak lagi DVD nya dijual di sini. Di Indonesia pun katanya belum ada. Tengoklah!! it's a feel good movie. Cerita ringan yang tak sakit kepala. Just enjoy the view. Sebab Brunei dalam filem ini cantik. Dan enjoy the silat. 

..............serta enjoy muka comel-comel yang muncul di skrin anda. Serius mereka semua comel. hahahhahaaa

p/s :Aku tunggu 3 srikandi dan Rudy habibie. dan My Stupid Boss.Fuhh..fuhhh!!!

All pictures credit to Google image. except for Reza's picture. Credit to @officialpilarez instagram