Thursday, May 26, 2016

When a freak meet Reza Rahadian....

Absurd... Sebab buat posting lain. Hahahhaa...

After so many years, so many films.. akhirnya aku jumpa juga dengan Reza Rahadian.

Well, the feeling is, awkward!!

Begini ceritanya...

Kan aku ke premier My Stupid Boss. Secara logiknya, memang la aku akan jumpa dengan dia. Tapi..... aku hanya "jumpa" dia. Aku tak bergambar, tak salam, tak tanya khabar ke apa... aku hanya tengok je.

Tapi terkeluar jugaklah perkataan ini bila dia lalu....

 " Oh my GOD!! Hensemnya diaaaaaaaaaaaaaa"

Hahhahahaa....

The only picture of him yang aku snap. Really!! Memang ni je yang aku snap.

Reza melepasi expectation aku. Aku ingat dia besar, tinggi. Tapi rupanya agak rendah, kurus dan berkulit putih. Hehehhehe... kurus sangat aku rasa. Maybe effect lepas preparing for Rudy Habibie & hospitalized last month. Serius kurus. Besar lagik.... AKU!! Hahahhahah

Then, disebabkan aku ada pass media, aku lepas masuk ke Media room dengan kawan baik aku dan wakil media yang sama ngan aku tu. Reza was there standing and talking to Malaysian press. Aku just... standing a few meter depan dia dah tengok je. Can you imagine perangai camtu???  Maybe dia perasan aku hanya tengok je dia, dia senyum. Aku pun senyum. everybody berebut-rebut nak bergambar dengan dia... tapi aku masih senyum je. hahahhahaha.

Then dia senyum lagik bila aku still berdiri kat depan dia. Maybe dalam kepala dia....

" Who the hell  is this freak???.. : Hahahhahaha

Lepas keluar dari media room, ada interview dengan Yasmin Hani  kat stage kecik di luar pawagam. Lepas sesi jerit menjerit dan histeria bagai, semua orang masuk hall 2, Ada opening ceremony. Aku hanya duduk di row media sambil tengok gelagat si Reza ni. Bila dipanggil buat ucapan, dia bantai pulak cakap omputih. Heheheh... aku tak tahu kenapa dengan dia. Tapi okay lah. At least dia tak payah ulang apa dia cakap.

Aku memang suka "ngorat" para manager. ini Arya Ibrahim.... Manager Reza. Dan yang buat peace tu kak Sofie. 

Then bermula lah tayangan My Stupid Boss. Aku sebenarnya mengantuk dan tak fokus. Tayangan tu start kol 10.00 malam. Habis dah lebih kol 12.30. Mana tak mengantuk. So, diam-diam aku fikir... aku nak pi tengok lain lah. Aku tak tahu apa biji butir filem nih walaupun aku gelak jugak. Sebab memang lawak pun.

Lepas habis tayangan filem..ada PC lagik!!! masa Reza masuk dengan semua cast lain, dia lalu sebelah aku. Aku sengih, dia senyum. Dah macam cerita bisu plak aku.

Sampailah ke sudah, "komunikasi' antara aku ngan Reza dan semua cast hanya :

SENYUM

Well, nothing wrong with me.

Seriously, aku bukan datang untuk ber selfie ria dengan pelakon yang datang. Walaupun aku tahu yang datang tu Mega Star Indonesia. Bukan sorang...tapi DUA. Tapi aku datang untuk menikmati filem Reza. Aku memang sejak dulu hanya meminati filem dia jauh-jauh je. Download dari youtube dan tengok sampai hafal skrip. Seriously, aku dah tak perlukan subtitles dah kalau tengok film Indo.

Semua nak tayang berselfie dengan Reza kat IG.. Tayanglah wehhh. Aku tak kisah pun. Memang dari dulu hajat aku nak tengok dia live & alive je. Tak ada pulak dalam wishlist aku nak bergambar dengan dia.

So........ Itulah dia!! Akhirnya aku jumpa jugak dengan aktor favourite aku tu. Tapi macam aku tak suka pulak!! Bukan sebab dia. Tapi sebab aku tak macam dulu dah...feeling tengok dia dalam filem dah lain.

Maybe aku lebih suka tak tahu siapa dia kot. Rupa dia in real life tu.................

Terlalu hensem!! Errrmmmmmmm


First time pi gala premier......first time tengok filem Reza kat Malaysia. Hepi la jugak.. ;)


p/s : Tahniah My Stupid Boss tembus 1 juta penonton di Indonesia.


Wednesday, May 18, 2016

Premier My Stupid Boss

We started off with nothing.... but end up with 6 invitations.



Invitation card nya.... Cute!!

Well.. Rezeki ni ada masanya datang tak disangka-sangka.

Actually ini filem Reza yang kedua yang aku tonton sendiri di pawagam selepas Guru Bangsa Tjokroaminoto di Bandung pada tahun 2015. Tapi yang pertama aku hadiri premier nya. Premier filem ni dibuat di GSC Pavilion,Kuala Lumpur pada hari Isnin 16 Mei 2016. Aku pergi berlima. Dengan Kak Sofie dan 2 anaknya.... dan dengan Yusrizal. Kawan aku dari twitter.Tiket lagi satu? Errmmm.. yang tu bagi hantu. Hahhahahaha

Okay... As usual, aku hanya nak tulis point by point saja sebab nak buat dalam bentuk artikel memang aku FAIL BIG TIME. Aku tak akan bagi sinopsis, sebab ini baru premier... kalau nak tahu apa sebenarnya filem MY STUPID BOSS ni.... Sila lah tunggu 19 Mei ni. Akan tayang di sini, negara asalnya Indonesia, Brunei dan juga Singapore.

ABOUT THE PREMIER

                                                 Picture credit to : madness films

* My Stupid Boss di edarkan di Malaysia oleh Skop productions. Kelihatan boss Skop, Datuk Yusof Haslam dalam list VIP. Then ada duta besar Indonesia dan beberapa orang kenamaan lain.

*Yasmine Hani bertindak sebagai pengacara. Yang kelakarnya, selepas habis tayang film, dia pandang Reza " Heii...lain lah muka you" Hahahaha...Mesti ngeri tengok muka bossman sebelum tu. Hahahhaha

* Reza Rahadian yang kelihatan sangat tenang. Bila sebut je nama dia, histeria semua. Tapi dia nya composed je. He is certainly the centre of attraction malam tadi. Agak awkward juga melihat dia se composed itu. hahahahhaha

* Aku star struck!! Frankly cakap, Reza in person memang sangat handsome. Walaupun tak berapa tinggi dan very skinny. Tapi karismanya memang mengundang spotlight. He choose to speak fully in english, maybe sebab sedar bahasa dia susah nak difahami kat sini kot.

* Bunga Citra Lestari memang seorang yang ceria. Ceria dari mula datang sampailah habis. All you can see is, dia ketawa.

* Kat red carpet ada fazura, Zizan Razak dan beberapa artis lain. Antara yang paling awal sampai adalah Bront Palarae. tiba-tiba muncul kat depan tu. Handsome jugak bront ni.Hihi

* Ada ucapan-ucapan dari VIP sebelum mula filem, lepas tu tayangan filem.... then baru ada sesi soal jawab. ambik masa sampai pukul 12 tengah malam. Then kat luar ada lagi TV pulak buat interview. akhirnya sampai umah kol 1 pagi. Hadehhhh..

ABOUT THE FILM


Poster My Stupid Boss versi Malaysia

* Kalau anda mengimpikan untuk melihat Reza Rahadian yang handsome  itu dilayar besar, anda akan bakal kecewa. Bossman memang buruk!! Hahahhahaa. Walaupun sometimes dia nampak agak comel. Tapi sepanjang cerita, ekspresi.. cara dia bercakap, berjalan dan apa yang dicakapkannya memang BURUK!!!.

* Ini filem komedi. Memang untuk buat orang ketawa. Tapi ada kalanya aku rasa kesian dengan bossman. Tak tahu kenapa. Walaupun dia menjengkelkan, tapi bila orang buat tak perduli dengan dia. Muka dia tu buat aku simpati. Ngeeeeeeee....

* Ada adegan yang buat aku ketawa sampai keluar air mata bila bossman buat-buat pengsan dalam kereta ferrari tu. Memang bodoh giler.Dan bila diaorang bawak pintu besi masuk hutan.......boleh pulak dia baring-baring dengan senang hati atas pintu tu. Orang lain  penat menolak,dia relex je sambil ketawa-ketawa. Rasa nak tampar je lelaju. Hahahhaa

*Bila Bunga Citra Lestari bercakap bahasa melayu, cute sungguh!! Dan aku memahami perasaan Diana. bertabahlah. Boss aku pun lebih kurang je dengan bossman ni.

* Kalau BCL kata Reza deserve Piala Citra lagi tahun ni, aku setuju!! Tengok dia as bossman dan tengok dia in real life.... memang jauh beza!! he nailed it every scene. Sekali pun tak terlepas bossman tu jadi Reza, Habibie, Tjokro, Satrio and all.

* Scene Bront & Mr Chew tukar-tukar sejukkan badan kat peti ais tu memang kelakar. Punyalah panas pejabatnya sampai duduk dalam peti ais. Memang literally duduk dalam peti ais nih. hahahhaha


Okay tak nak cerita banyak. Kalau ada masa lapang, pergilah tengok.Tapi jangan pulak expect filem ni penuh dengan pengajaran dan adegan-adegan mencabar. My Stupid Boss ni adalah filem untuk kita duduk santai, sambil gelak-gelak dengan kawan-kawan. Dan enjoy je tengok pelakon-pelakon hebat kolaborasi Indonesia dan Malaysia. They are sooo funny!! Trust me!!

p/s : Tunggu Rudy habibie. Tapi tunggu muka bossman hilang dalam kepala dulu. hahahahahahahaha