Cak!!
Selamat hari raayyyaaaa!!!!..
Punyelah lama raya kan, langsung tak bukak blog ni. Aku bukan apa, saja nak lapangkan fikiran sempena hari raya ni. Lepak-lepak sambil melayan anak-anak yang tengah nakal itu.
Okeh, sempena raya ni, aku nak cerita pasal raya aku. Tapi sorry la, tadak gambar yang berkaitan. Hee..heee...
Meh aku nak cerita pasal tiga tempat yang pernah menjadi port aku untuk beraya.
Pertama sekali, kat KUALA LUMPUR ni ha. Jangan kata aku tak pernah beraya kat sini tau. Kalau korang ada baca paper, adelah terbaca kot ada artes2 yang pernah beraya kat seting-garden keramat tu ha. Haaaa...aku sekeluarga adalah salah satu family yang beraya kat situ jugak. Time tu atok aku keje kat JUPEM jalan gurney. So, setiap raya, kami akan beraya di KL saja. Meriah ke raya kat bandar??? Sapa kata tak meriah? Malam-malam main mercun perrr.. Haa..haaaa.Ingat lagi bapak-bapak sedara aku selalu mengusik kami dengan mercun katak.Lintang pukang lari. Time tu, raya-raya pun kami pi jejalan. Tapi tadak la nak pi Mid Valley, Pavillion, KLCC, Lot 10 semua tu. Untuk bebudak yang masih muda atau yang baru dok KL, maybe tak tahu keramat supermarket atau Batu Road supermarket kat Chow Kit. Haa..haaa...Zaman aku dulu pemes tuh!!!!. So, raya kat situ-situ jelah. Orang-orang keliling umah ramai orang luar. Orang luar yang berasal dari Indonesia. Kalau korang besa campur ngan orang-orang sebelah keramat....mesti dah besa dengan orang “Boyan”. Diaorang memang le tak balik kampung.Haa..haaa...Isk!!! Rindu plak nak panjat pokok ubi gajah depan umah atok tuh!!! Wakakakaka. Malangnya dah tak ada.Dah lebih 20 tahun pun dah tempat tu lenyap dan kini bertukar jadi Jalan Jelatek dan sekitarnya...huhuhuhhhu.
Tempat kedua, kat PAHANG. Yang ni memang super duper BEST!! Sebab apa? Sebab kampung aku tu kat tepi sungai. Boleh nampak sungai pahang yang sangat luas dan panjang didepan umah. Lagik best kalau raya hujung tahun time musim tengkujuh!! Sebab sungai akan melimpah...senang cakap, banjir!!! Haa..haaaa. Aku suka banjir. Sebab boleh main air kat tangga. Yang tak best nye just mak selalu jadi penyanyi rap yang berjaya je lah. Haa..haaaa.Biasalah tuuuu. Raya kat Pahang ni best sebab atok sedara aku pandai memasak. Kalau raya jer, dia suka buat mee kari. Sampai masak kat luar macam kenduri lagik. Memang best!!. Kalau balik kampung pahang....nak jadi jin ke, nak jadi hantu ke...parents aku tak boleh cakap apa dah. Sebab ramai peguambela. Dah la umah kampung tu besar, so...marathon dari depan kebelakang....belakang ke depan. Buat lah sesuka hati asalkan jangan jatuh ketanah. Hee..heeee...Almaklumlah...rumah tak pernah bertangga, jumpa tangga...macam..heheh, korang pepaham sendirik sudahla..
Tempat ketiga dan yang telah menjadi pujaan hatiku.....beraya kat NEGERI SEMBILAN. Wakakakaka. Inilah lah tempat yang paling senang dihatiku. Walaupun tahun ni aku kena tinggal dan kena balik sendirik naik bas gara-gara tak dapat cuti awal, tapi aku suka je naik bas balik kampung. Adventure giler!!! Haa..haaa..haaaaa...Balik N9 ni, walaupun atok & wan dah tadak.....tapi bapak-bapak, mak-mak sedara ramai. Sepupu sepapat ramai...semua otak weng. Ada yang dah setahun tak jumpa, tetiba muncul dihari raya. Paling aku suka, raya-raya ni pergi merayap kat town. Bukan beli apa pun..saja je jalan-jalan tengok-tengok orang. Yang lagik best, aku ngan abang ipar aku bertukar jadi pekerja Alam Flora. Tak tahu kenapa, balik kampung je aku suka bakar sampah. Habis semua sampah aku bakar. Kat KL tak dapat nak buat cenggitu...so, balik kampung balas dendam!!. Hee..heee.Makanan pulak..memang la kat N9 tu heaven kannnn..Semua nye sedap kat tekak aku. Emmmmm... Tak boleh lelama la balik kampung, nanti meletup timbang!!!..Hee..heee..I gained 3 kg..seriously!!
Yeah..itu sajalah tempat-tempat yang banyak meninggalkan kenangan kat aku.Sama ada time raya, ataupun time tak raya. Ketiga-tiganya ada keistimewaan tersendiri. Raya di bandar lain rasanya, raya di kampung lain rasanya. Tapi selagi dikelilingi oleh orang-orang yang tersayang, raya kat GURUN pun best agaknya!! Haa..haaaa..
No comments:
Post a Comment