Thursday, September 17, 2009

Kawan-kawan aku


Hai Alzzzz...

Best tak tajuk? Haa..haaaa...Macam tajuk karangan zaman budak-budak dulu je kekdahnya.Tapi benda ni subjek yang sangat dekat dengan semua orang. Means, semua orang ada kawan, kalau tak rapat pun, mesti ada somebody yang kita percaya datang dari luar family kita.Aku pun ada kawan jugak. Tapi kadang-kadang ada yang salah anggap bahawa kawan-kawan aku hanya datang dari dua FC yang aku sertai tu. Emmmm..SALAH!! Ramai lagi kawan aku berada diluar FC & they don't even know yang aku terlibat dengan something yang dipanggil FC ni!!!

Orang kata, berkawan biar seribu, bercinta biar satu. Hah!!!..sometimes salah jugak la tanggapan tu. Berkawan ni, lagi ramai lagi sakit kepala. Percayalah cakap aku. The most yang boleh kita berkawan is berdua. Bila berdua, senang-senang je boleh jadi kawan baik. TRUE!! Sebab bila ramai, lagi banyak perangai & lagi payah nak deal dengan banyak perangai manusia.Lama-lama bergaduh, bermasam muka. Lepas tu......no more kawan-kawan. Sakit hati lepas tu!!

Untuk aku, aku berkawan masa susah dan senang. Aku tak offer duit, aku tak offer kesenangan. Sebab aku tahu aku sapa, I work for peanuts!!. Aku berkawan ikhlas. Susah sama susah, senang sama senang. Aku ada kawan, dulu memang best friend la...orang kata kan, macam kembar siam. Mana ada dia, situ ada aku. Kalau aku tak der..dia pun tak ada. Aku ingat lagik, dia susah.....aku ikut menangis dengan dia, padahal aku tak rasa pun apa yang susah tu sebenarnya. Aku dok tak bleh nak tido malam mengenangkan dia yang dalam kesusahan tu. Tapi.................sekarang ni dah tak ada lagik. Sekarang aku ada, dia tak der. Aku tak der, dia...eeemmm..Entah!! Aku dah tak contact dia lagik. Sedih kannn...Maybe salah aku jugak.

Cukup kah berkawan hanya untuk berlibur? aku rasa tak cukup. I got these peoples yang pernah sekelas time kat ITM. Masa study langsung tak bertegur. Tapi kami jumpa last year...macam jejak kasih la gitu kan. Yes, they're guys. semua dah kahwin. Bila aku rasa down, aku akan mengadu ngan diaorang.Walaupun cara diaorang memujuk aku tu sangat kasar, tapi selalunya berhasil buat aku ketawa. Lepas tu aku lupa semua nya. Itu yang aku panggil kawan. Walau apa pun terjadi, akan terus menyokong antara satu sama lain.

Ada juga kawan aku yang suka buat touch & go. Bila nak mintak tolong, bukan main manis lagik ayatnya. Kalau ada yang aku boleh offer, melekat macam gam basikal. Tapi bila dah tak ada, bye..bye...!!! Batang idung entah kemana. Aku tanya soalan satu ayat panjang....jawabnya sepatah. tak pun langsung tak berjawab.Macam mana tu? Aku pasrah sajalah....dunia ni pun tak lah seindah mana kalau nak difikirkan.So, diam sajalah ubatnya....

Tapi tak semua macam tu. ada jugak kawan aku yang sangat bagus. Yang sentiasa ada untuk aku. Kalau aku dalam kesusahan, merekalah orang-orang yang akan membantu. Ada jugak yang bila diajak keluar je, terus setuju. Yang boleh berkongsi pendapat, yang boleh menerima baik & buruknya aku.

So, macam tu la adat berkawan. Nasihat aku, jangan berlebihan..nanti lama-lama tak cukup. Memadailah hanya apa yang patut saja. Tak salah nak berkawan, tapi pandai-pandailah memilih. Jangan sampai terjerat....

Anyway, sebelum aku bercuti seminggu ni, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua kawan-kawan aku dimana saja korang berada. Aku mintak maaf kalau ada salah silap aku sepanjang berkenalan dengan korang.Memang la ada kan...tipu la tak ada. Haa..haa. So, lepas ni kita mula kan lah kehidupan yang baru yang lebih tinggi semangatnya...

Jumpa lepas raya!!!!

No comments: