Wednesday, April 28, 2010

storm in a tea cup

Hi Alzzz...!!!!



Aku busy lately. Banyak hal yang kena disudahkan. Semenjak aku jadik s/u cum bendahari kedua ni....aku jadi banyak keje when it comes to FC matters. Tapi, aku tak kisah. Aku dah "bela" FC ni sejak dari 2008. Aku dan kawan-kawan dah "besarkan" nya sehingga jadi macam apa yang ada sekarang ni. So......kehidupan tu dah jadi sebahagian dari kehidupan aku juga. Just kadang-kadang ada hiccups disini sana, yang tu perkara normal.Ribut-ribut sekejap, lepas tu surut balik. Tu jer......



apa cerita storm ni? Errmmm..Yang ni sebenarnya serius. Sejak dari bermulanya aku dalam FC ni, aku dapat satu geng yang sama-sama, nak kata berjuang tu macam hebat sangat la pulak.Tapi sort of la, yang sama-sama..errr..tadak word la pulak!!!. Okey, abaikan!. Kawan-kawan ni, dah macam adik beradik aku juga. Kehulu kehilir bersama-sama. Kalau la diukur jalan yang kami jalan dari 2008 sampai hari ni, kalah kot kehebatan atok aku dok ukur KL ni time dulu-dulu tu.Hehhehehehehheee....



Tapi, dah semuanya manusia kan, semuanya ada perasaan & ada pendapat masing-masing. Kadang-kadang termakan juga kata-kata orang sekeliling. Ada yang berani menghasut, ada yang tiba-tiba terhasut. Tu biasa....jangan cakap la aku tak pernah buat.Hahhahaa.Aku pun manusia biasa jugak.Kadang-kadang rasa tak puas hati tu buat aku bercakap juga.



Tapi...apa yang berlaku recently membuatkan kaku sedar sesuatu.Kepercayaan adalah sesuatu yang paling penting dalam persahabatan. pada aku, satu yang paling penting...walau apa pun yang didengar dari pihak ketiga, sila la tanya pihak yang dikatakan itu. Aku dah rasa dah benda ni. Entah kenapa, walaupun aku ok...tapi sebenarnya aku terkilan. Tak pernah dalam diri aku, perasaan aku jadi macam ni.Bukan aku kata aku tak baik, tapi......kadang-kadang aku rasa aku makin tak paham dengan orang-orang yang ada disekeliling aku. Aku dah sense something wrong dah lama. tapi aku mengaku, aku diam sebab aku takut dikatakan cuba memburukkan orang lain. Tapi bila dah jadi macam ni? meletup!!! sana meletup..sini meletup. Nasib baik tak ada yang hangus, walaupun ada jugaklah yang terbakar.hahhahahahhaha


ermmm..dah jadi macam sesi meluahkan perasaan la pulak. Hahhahaa. Just.....sesiapa yang membaca, ingat satu perkara. dalam persahabatan, perkara yang paling penting adalah kepercayaan. Jangan buat spekulasi mengikut hati sendiri tanpa bertanya. Kadang-kadang apa yang difikirkan dalam kepala kita tu, tak betul. Tak sama dengan niat orang. Kesilapan macam ni...hanya membuatkan persahabatan jadi bertambah sour. Errmmmm....macam nano-nano tu kan, payah kot nak kunyah!!!..hahahahhaha


Sekali lagi, aku tak rasa aku 100% betul.Tapi aku tak pernah ada niat untuk merosakkan mana2 institusi. Lagi-lagi yang aku bangunkan sendiri dengan masa, tenaga & duit aku sendiri. Aku penat dah rasanya......penat berfikir tentang orang lain. Aku rasa nak tarik break...tapi..............ada sesuatu yang dikatakan oleh dia yang membuatkan aku think deeply pasal dia. Errrmmmmmm......tu sebab aku malas nak bercakap!!!...


p/s: Mata mengantuk...menulis dalam kejengkelan bila melihat staff2 pakcik kenny ni bergurau senda tanpa mengambil order dari aku yang dah setengah jam duduk kat sini.....hampess!!!!

4 comments:

akubukanbudakblues said...

diamkan sudah..
adatlah kot berkawan
kadang2 kita xnak org buat camtu kt kita....TAPI dlm kita TAK SEDAR @ SEDAR..kita BUAT CAMTU kt KAWAN kita

time ada masalah dah xteselesai
baru cari nk minta tolong bagai
ayat manis dan sebagainya
dah selesai dan terungkai
apa jer..dilupakan je lah..
standard kot..aku dah rasa so pehni pandai2 lah

Kikey said...

Errmmmm..aku dah ok dah b....tapi ada masanya aku terfikir, mungkin sikap "tak kisah" aku atau sikap "layankan jeee" tu memakan diri aku sendiri.

Tak apalah, semua ni pengajaran. dah dua kali kot aku kena, aku hanya doakan aku tak terkena kali ketiga...hahahhahahahaaa

Aku Seorang Mommy Kepada Fizry said...

Shian ko ekk..nanti ko report kat pak cik kenny la weii..aku rasa kalau ko nak makan kat situ..kene bawak adik ko...baru la ramai yg rajin pie amik order..cam dolu2 tuu...

pasal lagik satu tu...let bygones be bygones katanya, walaupun kadangkala org kata it's easy to forgive but hard to forget...masing2 ada jalan hidup sendiri so, whatever the choices are, we'll be full responsible about it. No regrets...

Kikey said...

Hahhaa..yang tu tak payah panggil nyah, menderu je datang.hahhahahhahaaaa...kita tak pandang dia,dia pandang kita..hahahaa

yeap...kadang2 aku macam tu.Kadang2 aku ok. Tapi.errrrmmmm....cam tu la kannn....hahhahahaa..aku dah ok dah.