Hai alzz..
kalau kedengaran aku angkat telefon dengan sore macam baru menangis, jangan pelik, Aku tak menangis.Aku hanya selsema. It kills me now.....tak boleh nak baring, tak boleh nak bernafas dengan normal. Sakit kepala pun ada ni. Kenapalah tengah-tengah event ni nak demam segala...
By the way..Event yang dijadualkan minggu lepas dah ditukar ke minggu ni atas sebab-sebab kesihatan Nubhan. Errmmm..semua dah maklum kan, dia warded last week sebab denggi.Minggu ni aku plak demam...tapi alhamdulillah, bukan denggi.Tapi demam selsema. Adoooyaiiii....demam biasa pun dah buat aku lembik ni!!
Actually aku tengah berfikir about something. About jahat sangat ke aku? hahhahahaa..Jahat dalam erti kata..JAHAT. errmmm..macam mana nak explain pun tak tahu la.
Maybe ramai dalam kawan-kawan aku tahu aku macam mana. Aku sebenarnya agak lembut hati. Aku jenis yang selalu ada black hole. Secepat mana aku marah..secepat tu la aku ok balik. kemudian semua yang aku marah tu..aku campak je dalam black hole tu. Then aku dah tak ingat lagik.Semua back to normal...
Tapi sekarang ni aku rasa aku jahat.Jahat sebab aku tak boleh nak maafkan orang. Sebab aku nak tengok muka dia pun tak boleh, nak sebut nama pun aku menyampah. Semarah-marah aku pun, tak pernah aku rasa sampai tak nak jumpa orang tu. Tapi sekarang kenapa aku macam ni?
Aku tahu, the entire family dah baik balik dengan dia. Cerita yang dah lebih 4 tahun tu semua orang dah maafkan. Tapi aku? damage sangat ke aku?..kenapa ada ruang dalam hati aku yang masih simpan satu-satu apa yang terjadi?. Aku pernah kata pada akak, aku akan maafkan dia kalau dia balik & jumpa mak abah & mak abah maafkan dia. tapi kenapa sampai sekarang aku masih tak boleh maafkan? keras sangat ke hati aku??
Entahlah.....aku perlukan masa. Tapi aku tak tahu berapa lama. Aku tak minta dia jumpa aku & menangis menyesal apa yang dia buat. Aku hanya tak mahu diganggu. Kehidupan aku bukan cantik macam orang lain. Aku ada banyak, tapi aku juga hilang banyak. Dalam hidup ni TUHAN tak bagi semua. Mesti ada yang DIA ambil..kalau tak, cepat je jadi taksub dengan diri sendiri.
Aku harap aku tak JAHAT. Aku harap aku bukan pendendam & aku harap aku bukan keras hati. Aku tak pernah halang sesiapa hidup seperti yang dia mahu. Tapi please.......biarkan aku dengan dunia aku. Tu saja..
p/s : Teringatkan sorang kawan yang mencari aku saat susah dan lupakan aku saat senang dia. Perlu ke aku simpan kawan macam ni?????
1 comment:
hehehhhe..aku tujukan lagu "JAHAT" Stacy untuk ko...
~Jahat..jahat..budak jahat..~~
p/s : hak memasing nyah...siapa kita nak suka dan siapa kita tak nak suka...sesiapa yg faham situasi ko..akan faham apa dan kenapa ko buat..chill!!!!
Post a Comment