Tuesday, December 21, 2010

Maulidur Rasul & Terengganu

Hi Alzzzz....

Lama aku tak blogging. Tak tahu apa nak tulis sebenarnya.

Okey, ni aku citer sikit pasal aktiviti pertama tahun ni. Alhamdulillah kami berjaya melaksanakan sambutan Maulidur Rasul di surau Ad-Din bandar Sunway. Nak cerita pun akan jadi panjang berjela. So, nak dipendekkan cerita, sambutan ini berjaya walaupun Nubhan sampai lambat. tak salahkan dia jugaklah, kerja dia dah macam tu.

Terima kasih kepada semua yang terlibat....kalau ada rezeki kita boleh buat lagik..hehhehehhe

AJK dua organisasi....AJK Surau & AJK NFC......Thanks a lot guys!!!

This is us with Sarimah & without Harney sebab Harney yang tukang amik gambar....hahhaha

Ok....yang ni aku nak sembang pasal pergi Terengganu pulak. Sebenarnya aku tak pernah pergi Terengganu. Sekali pun tak pernah.

Kali ni kami pergi berempat, aku, angah, fit & harney. Fit drive sebab angah mengantuk.Dia tidur 2 jam je malam sebelumnya. Setelah dekat 2 tahun, aku kembali jadi co-pilot Fit. Dulu masa bawa Nubh & Vern ke JB,drive Rover Vern.Tahun ni bawak angah & harney, drive vios angah.Dua-dua tak de ampun......speed baekkkkk punya.ngeeeeeee

apa yang aku suka pasal Terengganu?

Keropok Lekor. Ada yang goreng ada yang rebus. Pertama kali makan yang rebus, rasanya agak pelik.hhahahahha. Setakat ni aku hanya makan yang goreng jer. So, pengalaman makan yang rebus adalah agak ganjil...wakakkaka

Nasi Dagang. Favourite mak aku. Rasa happy sangat dapat makan nasi dagang di negeri nya sendiri...Sedappppppp...baru je aku tengok kat AFC chef wan masak nasi dagang...aku dah dapat makan yang original punya.Super duper happy....hehhe

pasar payang.Pergghhhhhhhhhhh....derang tadak jual apa agaknya? sebab rasanya semua ada kat situ.Hahhahahhaa. Aku sempat beli T-shirt untuk Adam & Aisy. Then beli kipas sebab panas giler!!!

Seman. Seman ni bukan orang, tapi makanan. macam gula-gula kapas yang di compressed kan dan ditabur dengan tepung gandum. yes!! tepung gandum. rasa pelik...wahahahaha. First time aku makan tepung gandum tanpa dibuat kuih atau cekodok.

Pantai batu buruk.Malam tu kami lepak kat pantai.....Nyaman nye dapat rasa angin pantai laut china selatan tu. Ombaknya besar. Dari jam 11 lebih sampai 2.30 pagi kami lepak kat situ sampai baring-baring. Apa yang kami buat? makan keropok lekor sambil bersembang kosong. Rasa lega sangat bila dapat duduk aman macam tu dengan kawan-kawan tanpa gangguan....

Masjid kristal.yeayy!!! akhirnya!!! aku dapat tengok masjid ni depan mata. Cantikkkkk sangat..sangat...sangat!!!. tapi sayangnya panas sangat.sampai tak dapat nak duduk lama.
Depan masjid kristal. Panas giler sampai tak boleh nak bukak mata.Hhahahahhahaa

Thanks banyak-banyak to Sarimah & 4 adik iparnya izu, Fazli, Shah & Amy yang sudi bawa kami jalan-jalan kat area Kuala Terengganu. Mereka ni memang ada wire short la...penat mulut dok ketawa dengan lawak derang.Terengganu memang cantik.......makanan je ada sikit pelik & manis. tapi above all, aku memang satisfied dengan trip pendek ni.....memang best!!!

p/s :Next trip you guys????????....off to Redang!!!!!!

Thursday, December 16, 2010

The end is here.....

hai alzzz...

Alhamdulillah.....semuanya dah selesai dengan jayanya and I'm happy with the result.

Bercakap pasal event ni......This is the LAST event for NFC this year. Secara rasminya NFC sudah menjayakan 11 events & take part in 1 event organized by candy FC......FC paling aktif katanya.Tu yang jadi berderet-deret event tu.

Tahun depan Insya-Allah akan ada event lagi.Tapi menurut yang tuan punya kelab, tak la sekerap tahun ni. Penat kot nak pulun sampai macam ni. hahhahaa.Terpulang lah kepada dia macam mana dia nak mencorakkan FC dia tahun depan.Aku doakan yang terbaik untuk dia.

So..............Secara rasminya aku hanya ada 14 hari..atau 2 minggu saja lagi sebagai setiausaha & bendahari NFC.Apa yang akan terjadi selepas tarikh 31 Disember 2010 aku serahkan saja pada Allah SWT.

p/s : tengah menyiapkan segala laporan.....when I say segala..it means, SEGALA...hahhaha...

Monday, December 13, 2010

Tahlil & Doa selamat

Hai allzzz

After 11 months painstakingly doing all the hu ha hu ha events. Now in December, we're going to slow down a little bit..

Tahlil, Bacaan Yasin & Doa Selamat.

event ni supposed to come pertengahan tahun dulu.Tapi ditunda disebabkan persediaan untuk ulangtahun ke 2. Aku seronok pulak nak buat event ni. bukan apa, sebab event ni tak sama dengan yang lepas-lepas. Lagipun tak payah siapkan sound system.hhahhaha..itu yang paling aku suka.

So, sesiapa yang berminat nak datang sama-sama baca yasin, tahlil & doa selamat boleh lah datang beramai-ramai kat MASJID NEGARA pada 16 DISEMBER 2010 jam 7.00 MALAM.

Kita sama-sama berjemaah solat Maghrib,sama-sama bertahlil & berakhir dengan berjemaah solat Isyak. You don't have to be a Nubies to come....sesiapa pun dijemput hadir....Bayaran RM5 je...hehhee

see you guys there...

p/s : the end is near.....

Wednesday, December 1, 2010

“Langkah...Nubhan” album launching


Hai alzzz...

Semalam aku ke perlancaran album sulung Nubhan di Borneo Baruk Club. Sebenarnya bila aku ke Pavillion, memang aku selalu ternampak Borneo Baruk ni. Tapi tak pernah pulak masuk. Semalam baru hari pertama aku “lepas” masuk...hahahhahaha.

Macam mana aku boleh “ter” pergi kesana? Ermmm..atas jemputan AUR la jugak.Majlis ni majlis tertutup, hanya untuk pihak media je. Tak ada fans yang dijemput.Tu semua untuk memudahkan process perlancaran & sesi interview dengan Media.Aku kesana pun tak jumpa jugak dengan Nubhan. Just rakam lagu-lagu yang dia nyanyikan & lepas tu balik......ambik gambar pun tidak.hahhahahhaaa...

Sekejap je majlis tu. Mula dengan mini little tiny showcase. Single ke empat “aku atau dia”, “ai mei cuo” + “Diredup matamu” (pi campur dua lagu ni jadi satu lagu) & “Beri rasa”. Kemudian, sesi soal jawab dengan media & terus ada makan-makan. Tapi sesi interview secara one to one tu yang lama. Media ramai.....maka makan masa lah sampai ke lewat petang.

So, selesai lah satu chapter.Album telah pun dilancarkan, dah ada dipasaran. Ini adalah bench mark kepada dia samada dia akan lebih berjaya atau tidak selepas ini. Honestly....melihat launching tu.....rasa bangga sangat dengan dia.(Ahhahhaa..tetiba aku touching-touching laks!! adeiii). Apa yang diusahakan dah pun membuahkan hasil. Akhirnya ada jugak launching album tu. Hahhahahhaa.....dah dekat 3 tahun pun....;p

I wish him luck in whatever plan he has next year.. His career, his fan club, his family, his personal life, his...eerrrr whatever lah!!!..hahahha.

By the way, apa pun orang nak label aku, label kawan-kawan aku atau label sapa-sapa lah yang dekat dengan aku. Aku dah tak kisah. Semua tu pengajaran pada aku. Dunia ni bulat & we're running in circle. No matter what direction you take.....you'll end up at the same point.

p/s : Kalaulah V ada sekali.....kan ke bagus...Misses him soooo much..... :(