Wednesday, February 27, 2013

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012


Akhirnya tahun ini aku ada sebab nak menonton ABPBH. Ok, tak mau exaggerate sebab bukan aku ada kepentingan pun dalam calon-calon Top 5 tu. Semenjak ABPBH 2008, aku dah tak ambil perduli tentang kewujudan anugerah ni. Kalau tengok pun hanya nak take a glimpse of those super famous artistes yang melaram bagai nak rak kat karpet merah.

Diatas adalah senarai penyampai trofi ABPBH. Notice nama selepas nama Neelofa dan sebelum Nur Fathia tu? Hehhehehhee...  At least aku ada sebab nak tengok ABPBH tahun ni.

Akhirnya dia naik juga ke pentas tu selepas bertahun-tahun. Walaupun hanya sebagai penyampai trofi saja, tapi aku sudah gumbira. One step ahead !! Since 2008 memang dah tak nampak kalibat dia di ABPBH. Memang payah nak nampak dia kat mana-mana award show pun sebenarnya. Tahun ni ada lah jugak. At least people will talk about it.. tak ramai, seorang dua akan bercakap juga kannnnnn....

Sooooooooooo... Good Luck deqnon. Pakai handsome-handsome. Kitaorang bersedia tadah baldi, tangki etc...etc..etc.... untuk fans kamu yang bakal melting & drolling...hikhikhikhikhikhik

p/s : Aku ingat janji aku.... aku akan ingat sampai mati. :)

Tuesday, February 26, 2013

Rindu


Sebenarnya saya rindukan mereka. Walaupun mereka dah tak suka saya, tapi kenangan dulu-dulu buat saya rindukan mereka.....

Tiba-tiba kan???

Giler tak RINDU,

Dulu........Makan, Minum, Tidur, Gelak, Menangis, Bergaduh, Masam-masam muka, Berhimpit dalam satu kereta, Sama-sama pokai, Sama-sama makan megi, . Apa lagik??? Cakap je lah. Memang semuanya dah merasa bersama dalam dekat 3 tahun tu.

Tapi.......

Tak pe lah dah tak ada. Nak buat camne kan? Tapi aku rindu. Tu jer

p/s : Nasib juga masih ada jemah, bedah, angah, elbet.......... sayang korang semua banyak-banyak

*gambar ehsan pakcik gugel*

Monday, February 25, 2013

Dip n Dip - A taste will make u :)

 

On Sunday, aku, Harney & Adila pergi buat visit to this popular dessert cafe called Dip & Dip. All things you can bite...semua nya dip in chocolates. Nak cari cafe ni senang je. Depan Alliance bank kat Jalan Telawi 3. Kalau ke Bangsar Village (BV), just jalan kaki ke depan sikit dari BV2 tu. masuk ikut lorong kedua. depan sikit dari butik House Of Dolls tu. Ala, memang tak akan missed nye lah. Boleh nampak dari jauh.


This is Dip & Dip Crispies. Kat dalam mangkuk kecik ni ada bertih beras yang di banjirkan dengan coklat dan di topkan dengan mini mash mellow. Harganya dalam RM 12.90 macam tu. Lebih kurang lah. Aku pun lupa dah. My comment? ermmmmm... Manis? Memang giler bapak tok nenek manis. Nasib baik bertih tu tawar dan crunchy. Kalau tak, memang tak boleh telan.


Yang ini pulak Triple Chocolate Crepe. Basically ianya adalah crepe yang di topping kan dengan coklat. Crepe tu apa? Haaaa... Crepe tu lempeng. Hahahahhaa. Kalau nak buat kat umah pun boleh. Buat macam resepi durian crepe tu. bentangkan, tuang coklat. Pas tu makan. Ngeeee. Nak kata apa? Manis lah!! Memang sama je tok nenek manis nya. Hahhahaha

Ada satu lagi yang Adila order, Waffles sticks. Yang mana aku tak usik langsung kerana aku dah tepu dengan dua jenis menu diatas.

So, sesiapa yang nak bertandang ke Dip & Dip dan tak berapa suka manis, boleh makan tadak hal. Tapi make sure order DUA botol mineral water. Coz you really need to wash down all the sweetness. Untuk aku yang memang tak berapa favour benda-benda manis camni, tak boleh jalan dowhhh.... Balik rumah, bila fikir balik pasal coklat ni, terasa nak muntah. Mau sebulan aku cuti makan benda manis nih.

Anyway... A good try actually. They are quite ok, sedap lah jugak. Just I'm not a fan of  makanan manis. So, I'm not going to come again. No...Nope, Nooooooo..Never!!!

p/s : Makan coklat ketika migraine melanda adalah keputusan paling "bijak" pernah aku buat. Sampai la ni sakit kepala tak mau habis... PADAN MUKA AKU !!! Kekekkeke...

Sunday, February 24, 2013

Wedding di Juasseh

Minggu ni aku memenuhi undangan keluarga Nubhan ke majlis perkahwinan abang Nubhan , Badri & kakak nya, Siti Rahmah or lebih best dipanggil kak Teh. Hehehehhee

Pagi-pagi bute lagi aku dah ke Seremban rumah Harney, lepas tu aku, Harney & Adila bertolak terus ke Masjid Juasseh untuk upacara pernikahan Kak Teh. Badri nya dah nikah last week. Majlis kat Juasseh ni hanya majlis menyambut menantu.

This is the pretty kak Teh masa akad nikah. Baju ni dia jahit sendiri. Memang bagus kak Teh ni. Pandai menjahit. Tak payah sewa baju kat kedai.hehehhe. Dia sempat jugak bertunang kejap dalam 15 minit cam tu. Then terus nikah.

 Faiz, Nubhan, Harney, Adila & Anak Kak Lang si Ayub. Orang sibuk berakad nikah, kitaorang sibuk gak. Sibuk bergambar kat belakang. Dah nak tengok apa? Yang nikah tu nikah lah. Yang belum nikah enjoy dulu.. kannn..kannn..kannnnnnnnnn.....

Badri dengan wifey Nana. Must say that this is a very beautiful couple. Abaikan muka Badri tu. Dia memang fail kalau sampai bab mengambil gambar ni. Ini dia nak lah pandang kamera. Dulu bila bergambar je, mesti muka dia terteleng ke lain. Unlike adik dia yang memang terer bila mengadap kamera. Tak kira kamera apa.. kamera henpon pun jadik. kui3

 Kak Teh & Hubby abang Nan. Opsss!! Kelain plak muka pengantin lelaki. Hehehhehehe. Kak Teh adalah anak perempuan yang last berkahwin. So, lepas kak Teh, maka setel lah semua adik beradik perempuan semuanya sudah bersuami. Yang tinggal cuma dua lelaki yang masih belum beristeri.

Aku dengan kak Teh. Hahhahaha.. Aku pernah bet ngan kak Teh, sapa kawen dulu. Nampaknya aku kalah bet loorrrr. Tak per, Kak Teh comeii je bila kawen. Baju ni pun kak Teh jahit sendiri. Terbaik lah pakai baju jahit sendiri di hari persandingan.

Aku, Adila & Harney. Duduk dalam dewan, keluar dewan, masuk balik, keluar balik. Tak jugak balik umah.  Panas giler kat sini sebab orang sangattttt ramai. Yang lawaknya. kakak & abang nya tengah bersanding sakan, adiknya tak menang tangan bergambar dengan peminat. kesian dia kehulu kehilir bersalam & bergambar. Macam show dia pulak aku tengok. Nasib ko lah Nubhan.... Hahahhahaaa

Ok, that's all. Thanks Nubhan & family, tak tahu bila pulak akan ada majlis kawen kat Juasseh ni kannnnnn.....Tak pe, aim nak jadi artis kelas A dulu. Fokus... Fokus!!!

p/s : Kenapa aku sorang je kata lauk pedas ha???? hahahhahaha

Thursday, February 14, 2013

JUARA !!! JUARA !!! CINTA KASIH JUARA.. !!


Ok, this is AWESOME.

Sejak ketidakhadiran PICISAN dalam carta-carta HotFM, lama tinggal carta-carta di radio ni.

Tapi sekarang , dengan hadirnya CINTA KASIH... datanglah balik kami kesini. Kali ni datang dengan Milanians a.k.a Mila Fan Club sekali. Tak tahu lah mereka masih aktif atau tak, tapi rasanya mereka yang masih believe dengan Mila, still menyokong dan still mengundi.

So, Today, 14 Februari 2013. Nubhan back on the TOP of the chart. Thanks voters, thanks semua kerana bawa balik artis kesayangan korang ni kedalam carta HotFM

We are gunning for more charts. More and More...

Make this year, Nubhan's year, Our year.. Yeahhh...

p/s : Semangat tak?? semangat tak? hahahhaha

Wednesday, February 6, 2013

Acheh, 9 years after the great Tsunami


Kebelakangan ni banyak entri yang tak ada gambar. Semuanya sebab aku malas nak google gambar untuk letak kat sini. Ermmmmm..... Tu dia penyakit M dah sampai. Tapi ni ada 5 keping gambar dari banda Acheh courtesy of my sister.

Actually kakak aku sekeluarga baru balik dari acheh last 2 weeks. Sebut Acheh, yang terlintas di kepala, not a great place to visit kan? macam bunyinya tak berapa fun. Tapi ketahuilah oleh kamu semua, aku yang tengok video je ni pun terasa tersentuh tengok sisa-siasa peninggalan tsunami di acheh pada tahun 2004 dulu.

Tsunami di Acheh was caused by an earthquake dengan magnitude 9.3 pada skala richter. Satu gegaran yang sangat kuat. Maha kuat sehingga menyebabkan tsunami setinggi pokok kelapa dan menyebabkan satu planet ni vibrate. Huhuhuuuu...ok, aku tak nak bayangkan kalau aku ada kat situ.

Monumen ni shows tarikh & masa berlakunya tsunami tu. It was 24 December 2004, 5 minit sebelum pukul 8.00 pagi.

Tak tahu dari mana datangnya perasaan ini, tapi rasa gerun sangat bila di beritahu 29,000 orang di kuburkan dalam satu kubur. Yang mana kebanyakannya dah tak serupa orang. Ngeri bila dapat tahu air yang naik ke darat masa tsunami tu hitam dan panas. Ramai yang mati, macam kena rebus. Astarafirullah Al -Azim... Memang tak tercapai akal. Terbayang macam mana sengsara nya orang-orang kat situ. Itu yang dapat dikebumikan, yang hanyut ke laut? yang hancur? Ermmmmmm... Tak boleh nak fikir.


Ni boat yang hanyut dari laut dan landing baekkk punya kat atas sebuah rumah.Nampaknya kerajaan Acheh dah gunakan tempat ini as tempat perlancongan. Nampak amazing, tapi cuba fikirkan balik.............




Masjid Baiturrahim & Baitul Rahman. Masjid-masjid yang hebat di Acheh. I wish that 1 day dapat kesini dan tengok sendiri masjid-masjid ni. 

Sekarang Acheh dah bangkit semula. Dari apa yang aku tengok pada rakaman video kakak aku tu, Acheh sangat berterima kasih kepada dunia yang turut membantu pembangunan semula. Ada nampak sekolah tajaan syarikat Coca-Cola pun. Yang aku dengar, doktor Malaysia jadi kegemaran di sana. Lemah lembut katanya. Hahhahahaa....  Ok, glad to hear that.

Untuk yang mahu berfikir, kejadian di Acheh terlalu banyak pengajaran nya. Kalau hayati betul-betul kejadian Tsunami tu, itulah kekuasaan Ilahi. Kalau Dia berkehandak kan semua nya terjadi...maka terjadi lah ia.

p/s : One more place to visit... InsyaAllah

Kalau rajin, baca lah..... interesting info to share :
Kronologi Gempa & Tsunami Acheh 24 December 2004

Tuesday, February 5, 2013

Cinta Kasih is a DUET


Kawan-kawan, adik, kakak, abang,makcik, pakcik. Cinta Kasih ni lagu DUET.

Bukan Mila Featuring Nubhan atau Nubhan featuring Mila.

It's Nubhan & Mila or Mila & Nubhan.

Featuring tu maksudnya ada seorang penyanyi A menyanyikan keseluruhan lagu, tapi ada featuring rap dari artis B atau pun satu lagu rap dari seorang penyanyi A, ada ad libs dari penyanyi B. Tu yang memang featuring la. Kira sambut sikit-sikit je.

Kalau dah menyanyi bersama-sama macam ni... nama nya DUET ye tuan-tuan & puan-puan sekalian....hehhehe.

btw, enjoy the song & suara Nubhan yang cantik tu... Suara dia cantik, bukan dia yang cantik nokss!!! Wahahahhaa....

p/s : Alangkah baiknya kalau bunyi se***u tu dikurangkan sikit.... ( TAK tuju kat Nubhan... ;P)

Video credit to : Budiey Isma's Channel On Youtube

Social & Behavioral Impact of Excessive Internet Usage

Just want to share something I learned from a seminar last year. Impact dalam penggunaan internet secara berlebihan.

 Internet addiction 

Games - Yang ni anak-anak aku memang dah tahap giler dah. Once aku melangkah je masuk ke rumah, skrip yang aku dengar dulu is " Mummy, mana tab?" Mummy ni kasut pun belum tanggal lagik. Dah camne????? So, balik je rumah, aku tanggal siap-siap sim card di tablet tu. Nak main game, main je la yang ada dalam tu. No download-download.

Chatting - Semenjak IRC dah tak famous amous, chatting on the internet dah kurang popular. At least secara terus lah. Tak lah budak-budak sampai bengkak mata mengadap pakwe cyber. Lepas tu kena tipu dengan orang tu. last jumpa, dalam semak, dalam sungai, dalam parit. Dah kembung. Nauzubillah.....

Pornography - Please block your internet on pornography kalau tak nak ada experimen yang tidak-tidak. Seriously cakap.

Facebookaholic - Perkataan baru !! Sorry to say, aku dah muak dengan Facebook. Tempat show off, tempat bergaduh. Nak cari jodoh, please jangan guna FB. Memang tak akan dapat lah sampai bila-bila.

Oversharing Personal Information

Tolong elakkan sharing benda-benda yang tak sepatutnya di internet. Terutamanya di facebook & Twitter. Jangan jadi Hansel & Gretel. Buat track supaya orang boleh track dimana anda berada. Tahu tak ini adalah tabiat yang sangat bahaya. Sharing boleh, tapi agak-agak lah. Jangan sampai nak pergi toilet pun tweet. Tu bukan sharing tu. Tu namanya bodo berdengung.

Cam whore

Siapa yang suka cam whoring? Artis lah!! Mintak puji. Yang peminat pulak, puji bagai nak rak. Padahal lawa sikit je pun. Ni dikalangan artis perempuan lah. Yang lelaki jarang kot. Kalau ada pun yang jenis perasan handsome tu. Hahhahaha. Ni penyakit budak-budak jugak ni. Cam whoring dalam posisi 75 darjah di atas kepala, pakai lense hitam, buntangkan kata, muncungkan mulut buat duck face. erkkk!!! macam terencat je aku tengok.

Sexting

An act of sending explicit content. Percaya tak kalau aku cakap, ada orang yang aku kenal, pernah buat macam ni. Aku tak tahu lah boring ke, terdesak ke, tapi..... tak reti nak cakap dah. Jangan buat!! Tu je. Don't invite unnecessary addiction. 

Health & Well being 

Carpal Tunnel Syndrome - Carpal Tunnel Syndrome is a condition in which there is pressure on the median nerve. The nerve in the wrist that supplies feeling & movement to parts of the hand. It can lead to numbness, tingling, weakness or muscle damage in the hand & fingers.SOURCE

Cer tengok kat wrist anda, ada nampak tak macam coklat sikit kat antara telapak tangan dan wrist tu? tu kesan kena mouse pad sebab banyak sangat tolak tarik mouse.

Posture - Lama sangat duduk mengadap internet, maka belakang pun bengkok. Memang tak lawa lah pun....hahhahahaha

Sleep disorder - Ini memang 10000000 kali aku setuju. Ada orang yang langsung tak tido sebab mengadap internet. padahal esok nak keje. Last-last pergi kerja dengan muka macam panda bear. Bukan buat benda yang mendatangkan faedah pun. Lepas tu menyusahkan orang sebab mengantuk. See !!! ada faedah ke? tak ada!!

Weight gain -  Perut muncit, monts makin lebar berat badan pun bertambah-tambah sebab bila chat, makin laju la mengunyah kopok. Kunyah punya kunyah, lupa dah kunyah berbakul-bakul.

Tu yang aku dapat dari seminar tu lah. Actually banyak lagi. Termasuklah penggunaan bahasa chatting a.k.a bahasa mat rempit yang sangat berleluasa sekarang ni. Ada hati nak berkenalan dengan orang setua aku, tanya " Awak apew kabo, awak buad apew?" Memang terus aku tembak " Dik, tulis baik-baik. akak dah kertu. Tak paham tulisan yang macam ni" Hah!! Ambik ko!!!

Info provided by Cyber Security Malaysia + di elaborate sesedap rasa aku. ;p

p/s : Aku suka, tapi aku kecewa sebab ada yang tak sedap di telinga aku.... kenapalahhhhh