Wednesday, August 27, 2014

Aktor : Reza Rahadian

Ok, kali ni aku nak bercerita santai-santai tentang my favourite actor.

Skip post ni kalau korang malas nak baca bebelan panjang sedepa ini.

Sebetulnya sebelum ini aku tak pernah ada favourite actor. Yang aku ada hanya favourite singer / group iaitu KRU.

Sebut pasal filem, aku ni jenis yang menonton filem dari pelbagai genre, dari pelbagai bahasa dan negara. Jadi aku tak ada aktor yang specific. Ianya lebih kepada filem mana yang lebih bagus. Bukan pelakon mana yang lebih bagus.

Cerita macam mana aku boleh terjebak mengagumi aktor ni bermula bila tahun lepas Channel Astro Pelangi menayangkan 7 buah (kalau tak silap) filem Indonesia untuk tayangan Istimewa Hari Raya Aidilfitri. Disebabkan cuti panjang sangat, maka aku tengok sajalah kesemuanya setiap hari selama seminggu walaupun tak ramai pelakon dalam filem-filem itu yang aku kenal.

Actually memang lagi sedap tengok filem yang kita tak kenal pelakonnya sebab kita tak tahu siapa dia in person. Macam aku tengok NUBHAN berlakon. Aku tahu Nubhan tu siapa sejelas-jelasnya. So, melihat dia pretending jadi orang lain.... jadinya terlalu pretending. Potong mood. hehehhehee

Setiap kali aku menonton filem-filem di Pelangi tu, aku google sinopsisnya dan satu nama yang aku jumpa, nama yang sama untuk setiap filem :  Reza Rahadian.


Ye, aku tahu dia tak popular kat sini.
(Peduli apa aku orang lain kenal ke tidak dia ni. Hahahhaha)

Sebenarnya Tayangan Istimewa Hari Raya tu semua filem Encik Reza Rahadian ini lah. Tapi aku tak tahu siapa dia. Aku tak pernah dengar nama dia pun sebelum ni. Pada aku, aku menonton aktor baru, muda dan sangat fresh dari filem-filem tu. Aktingnya yang berbeza dari orang lain dan " tak kontrol hensem" buat aku rasa semuanya mengalir dengan mudahnya. Cepat dicerna akal fikiranku.

Aku benar-benar mula mencari tahu tentang Reza Rahadian ni selepas Habibie & Ainun yang tayang tak sampai sebulan selepas 7 filem tersebut.. Tiba-tiba makin excited untuk "mengenali" siapa aktor itu. 

Tak tunggu-tunggu, proses menggali pun bermula. Way back to his second filem. (Kerana filem pertama tak jumpa di youtube..hahhaha) Lepas satu, satu aku menonton filemnya. Akhirnya, aku berhasil menonton 19 buah filem Reza. Including yang di korek dari youtube.

Gila?? Ada sikitlah. Aku bet ada peminat di Indonesia sana pun tak menonton sampai sebanyak itu. Filem yang aku tidak dapat hanyalah filem Mirror Never Lies dan Something In The Way. Yang lain maybe terlalu baru dan masih belum ada DVDnya atau belum tayang di TV.

Kenapa aku meminati performance Reza? Mudah! Kerana dia berani berubah dalam filem-filemnya. Kita boleh menonton dia dalam secomot-comot orang atau setampan-tampan manusia. Emosi yang dia beri bukan melebih-lebih. Sekadar cukup dan jelas. Dia berupaya "bercakap" dengan ekspresi muka dan mata saja. Jujur!!. Dan gandingannya pun bermacam peringkat usia. Dari yang sebaya, yang kecik, yang tua. Tak kira siapa co-actress nya, ceritanya pasti menjadi.


Tapi dalam 19 buah filem itu bukan semua aku rasa satisfied...... (dengan filemnya!!) Ada juga yang aku simpan saja dan tengok sekali dua. Kerana aku lebih tertarik dengan watak antagonisnya. Sampai sekarang aku masih sangat suka dengan Samsudin di Perempuan Berkalong Sorban. Aksinya mengheret Revalina dengan serban itu memang pada aku... sangat kurang ajar!! Atau Jamie di Brokenhearts yang sebenarnya bukan antagonis, tapi selfish, kuat cemburu dan suka mengarah-ngarah itu sangat melekat. Sampai hujungnya, aku jadi benci pada Jamie.


Well, “mengenali” seorang manusia bukan semestinya mengharapkan dia datang dengan pakej sempurna macam putera raja kisah dongeng. Reza bukan pakej yang datang without flaws. Rambutnya, pakaiannya, gayanya kadang-kadang santai, kadang-kadang high fashion, kadang-kadang agak accentric. Malah ada masanya, merimaskan. Tapi aku tidak lah menidakkan yang dia memang  "high end material" yang cukup "eksotik" . Buat muka buruk macam mana pun, tak la jadi seburuk mana. Hehehe

Sebagai penonton, nikmati sajalah filem-filemnya dan ketepikan apa yang kita tidak berhak ambil tahu. Benar artis itu milik umum. Tapi agak-agaklah...kalau kita mahu privasi, mereka pun mahu jugak. Dia pun bukan langsung tak diusik gossip. Ada juga gossip yang berterbangan liar di udara alam maya tu. Tapi kalau dia pun buat tak tahu, kenapa aku pulak sibuk nak tahu kan? Hahahhahaa...


So, aku tak ada masalah dengannya yang anti media sosial atau anti mainstream itu. Sekurang-kurangnya aku tak penat tengok aktor kegemaran aku bertegang leher dengan fans, media etc..etc di mata umum macam budak-budak.

Yang penting, apa filem Reza Rahadian selepas ini? Apa wataknya? bagaimana ceritanya? dan apa yang boleh aku expect dari watak nya. Itu lebih mengujakan kerana dia berani bereksperimen dengan pelbagai watak.

Dan aku masih bersabar menanti Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Ketika Tuhan Jatuh Cinta, Yasmine dan deretan filem yang akan keluar dihujung tahun ini, Jejak Dedari, Strawberry Surprise, Pendekar Tongkat Emas.

Itu untuk tahun ni saja.....belum untuk tahun depan lagik. Hahhaha. Lelah aku mengejarnya.

p/s Tersentak tengok Uda Aziz menampar Hayati. Itu keganasan rumah tangga tu.......

*Gambar-gambar credit to pakcik google

3 comments:

suwandaru suwandaru said...

good actor adalah....ketika actor protagonis dapat membuat kamu teringat dan jatuh cinta tak terlupakan....good antagonis adalah ketika dia sukses membuat kamu benci alang kepalang....itulah namanya aktor hebat

heli yansyah said...

hammer thor
hammer thor
cialis asli
jual viagra
alat bantu sex jakarta
toko dildo
pembesar alat vital
pil biru
obat hammer

Pinky said...

Hello player, welcome to ROYALQQ
Situs Agen Poker Terpercaya | Tergengsi | Terbesar dan Terpopuler di INDONESIA.

MINIMAL DEPOSIT 15.000,-
MINIMAL WITHDRAW 15.000,-
BONUS TURNOVER 0.5% [DIBAGIKAN SETIAP HARI!]
BONUS REFFERAL 20% [SEUMUR HIDUP!]

Bagi anda yang memiliki bakat bermain poker, dan belum tau pasti dimana situs web yang
cocok dan pas untuk anda bermain? Disinilah situs yang tepat untuk anda.
200% PLAYER vs PLAYER.
200% FAIR PLAY.

LINK SITE : https://goo.gl/CeybDr

Contact Us :
Call : +855 8771 3624
BBM : 2B68D666

JOIN US NOW!