Wednesday, January 30, 2013

No tittle

Tetiba aku rasa nak merapu. so, aku merapu lah

Ok, akhirnya aku jumpa gak ngan elbet setelah lama tak jumpa. Mesti korang tertanya-tanya sapa tu elbet kan? elbet Enstain nama dia.hahhahahahhaa..... Lantak la sapa elbet. Nama nya pun elbet. So, let him be elbet saja lah sampai dia tua.

Meh sini aku nak cerita pasal sorang kakbang. Korang tau tak apa kakbang?

Suka ati aku je lah nak letak nama kan... kakbang ni kira kakak ye, abang pun ye. Kata kasar nya pondan. Eeeeee... tak sedap lah panggil camtu.

Al kisahnya, aritu aku pi tengok Nubhan jadi Juri karaoke HAI kat bangi, tetiba ada kakbang naik pentas menyanyi sebagai peserta. Mula-mula tengok  masa dia naik, punyalah besar pompuan tu. Sekali bukan pompuan daaaaaaaaaaaaa....*tsskkk* *tskkkk*

Yang lagi best dia trying to seduce Nubhan. Meaning dia trying to seduce the jury lah. Mama mia!!!! Aku, Harney & KT terguling-guling ketawa kat bawah. Muka Nubhan dah hijau biru aku tengok. Nasib baik pakai spek hitam. Muka dia straight je pandang ke depan macam kena letrik. Hahhahahhaa... Kalau korang tengoklah kejadian tu, sure pengsan ketawa. Bukan ketawa tengok kakbang tu, tapi tengok muka Nubhan yang macam cicak tertelan kapur tu. Hahahhahahaaa

Ok, enough aku gelakkan artis aku. Sorry boss!! ... Jangan risau, you're still cuter than your co-jury. ( kwang..kwang...kwangg.. Matilah statement nih!! )

Akhir sekali,  ini pesanan secara random. Lately aku tengok trend tulis status kat FB dalam area ini :

1) Kutuk, maki, hamun......... kawan, sedara sendiri, mak pak, tok nenek, boifren, gelfren bla..bla..bla...bla...

2) Puji Husband & wife masing-masing. (Korek mulut sampai anak tekak..... Muntah!!! bluekkkk)

Anda semua faham atau tak fungsi facebook tu? atau saja buat-buat tak tahu.

1) Aku dah masak hangus kering sampai macam keropok dah dengan tabiat suka maki hamun dalam FB ni. Aku dah kena dulu. Korang tau tak, sakitnya macam kena baling dari atas bangunan 88 tingkat. Correct!!! Rasa berkecai-kecai. So, tolonglah jangan tulis apa-apa yang menyakitkan hati orang yang rapat dengan anda. Dia maybe tak boleh baca sebab korang dah remove dia (Remove sebab marah kannnn). Tapi orang lain boleh menyampai. Kalau orang yang korang maki tu memang tak kenal tak pe. Ini cuba bayangkan si mangsa tu orang yang memang rapat dengan anda yang memang akan jumpa balik. That is above crazy dude!!

2) Yang ini memang dah jadi trend. Ya.. ngak salah mau puji-pujian. Tapi.. If you want to puji your spouse, puji senyap-senyap dalam umah lah. Itu pun nak kasi tahu satu dunia ka?? Haiyaaaa.. Baca pun rasa mau muntah lorrrr.Tak payah tunjuk rumah tangga bahagia sangat. sebab nanti kalau bercakaran, pun naik status kat FB gak kan, maki spouse anda itu. hahahhaha...

Enough lah aku merepek. Ni semua gara-gara tak ada apa nak cerita.

Aku nak beli boots yang ada tali banyak tu untuk pergi Korea. Aku pergi korea? Ya iyalah!!! Aku nak tengok Nami Island.

p/s : Sometimes I can mabuk on something yang sangat unexpected. 

Monday, January 28, 2013

Anxiety Disorder

Ok, tajuk macam serius. Tapi tak serius mana pun.

Last weekend, baru dapat berkumpul dengan kawan-kawan. Dah agak lama tak berjumpa, bersembang, membahan sesama sendiri, mengutuk dan mengata sesuka hati. Lepas tu ketawa sampai berair-air mata. Ada yang ketawa sampai tak berhenti-henti pun sampai kena suruh berhenti.

Tak pe, at least boleh kurangkan ketegangan dalam hidup seorang kawan. Bergelak ketawa ni kadang-kadang bagus jugak. Lepas tekanan.

Ok, berbalik kepada tajuk. Dalam gelak-gelak, tiba-tiba 5 againts 1. Meng diagnosis kawan sorang ni yang ada masalah nak tidur. Selepas doktor-doktor tak berlatih ni buat diagnosis dengan symptoms dia. Nampaknya dia tak apa-apa, more or less hanya anxiety disorder. Hahahhahaa... bijak tak??? Macam ni la kawan. Boleh jadi apa saja termasuk doktor free.

Biarkan kawan tu dulu. Tapi apa eh anxiety disorder? 

"Generalized anxiety disorder (GAD) is a pattern of constant worry and anxiety over many different activities and events."

Maknanya.... orang yang suffer mende ni, dia bukan sakit. Dia hanya risau tak tentu pasal.

So, symptoms nya apa? 

Symptoms vary depending on the type of anxiety disorder, but general symptoms include:
  • Feelings of panic, fear, and uneasiness
  • Uncontrollable, obsessive thoughts
  • Repeated thoughts or flashbacks of traumatic experiences
  • Nightmares
  • Ritualistic behaviors, such as repeated hand washing
  • Problems sleeping
  • Cold or sweaty hands and/or feet
  • Shortness of breath
  • Palpitations
  • An inability to be still and calm
  • Dry mouth
  • Numbness or tingling in the hands or feet
  • Nausea
  • Muscle tension
  • Dizziness

Well... dia tak lah having all those symptoms sekaligus. Tapi ada lah. Can it be cured? Of course... Mana ada penyakit yang tak ada ubatnya. So, boleh la cuba cara-cara kat bawah ni. Memahami orang-orang muda sekarang, memang tak nak la jumpa profesional kalau hal-hal berkaitan dengan mental ni. So, boleh la cuba as yang di suggest kan ni untuk mengurangkan anxiety tu.

Self-help for anxiety attacks and anxiety disorders #1: Challenge negative thoughts

  • Write down your worries. Keep a pad and pencil on you, or type on a laptop, smartphone, or tablet. When you experience anxiety, write down your worries. Writing down is harder work than simply thinking them, so your negative thoughts are likely to disappear sooner.
  • Create an anxiety worry period. Choose one or two 10 minute “worry periods” each day, time you can devote to anxiety. During your worry period, focus only on negative, anxious thoughts without trying to correct them. The rest of the day, however, is to be designated free of anxiety. When anxious thoughts come into your head during the day, write them down and “postpone” them to your worry period.
  • Accept uncertainty. Unfortunately, worrying about all the things that could go wrong doesn’t make life any more predictable—it only keeps you from enjoying the good things happening in the present. Learn to accept uncertainty and not require immediate solutions to life’s problems.

Self-help for anxiety attacks and anxiety disorders #2: Take care of yourself

  • Practice relaxation techniques. When practiced regularly, relaxation techniques such as mindfulness meditation, progressive muscle relaxation, and deep breathing can reduce anxiety symptoms and increase feelings of relaxation and emotional well-being.
  • Adopt healthy eating habits. Start the day right with breakfast, and continue with frequent small meals throughout the day. Going too long without eating leads to low blood sugar, which can make you feel more anxious.
  • Reduce alcohol and nicotine. They lead to more anxiety, not less.
  • Exercise regularly. Exercise is a natural stress buster and anxiety reliever. To achieve the maximum benefit, aim for at least 30 minutes of aerobic exercise on most days.
  • Get enough sleep. A lack of sleep can exacerbate anxious thoughts and feelings, so try to get 7 to 9 hours of quality sleep a night.
Nak dipendekkan cerita, Ada masalah tak apa, yang menjadi masalah nya bila masalah tu di fikirkan sangat. Siapa pulak yang tak ada masalah kan?. So, tak payah nak risau sangat, just fikir baik-baik dan kalau dah tak boleh nak tanggung, lepaskan kat orang paling rapat. Simpan sorang, memang boleh buat pecah kepala dude.

Nak lagi sempoi, pergi je menjerit tak hingat kat mana-mana theme park.hehhehehhe

To kawan tersebut, kami tak confirm kan kamu anxiety disorder. Mungkin jugak kamu sugar rush sebab tu tak boleh nak tidur. So, elakkan makan makanan bergula sebelum tidur. Ada banyak penyebab bila rasa tak tentu arah tak pasal-pasal macam tu. Tapi kebanyakkannya hanya sebab emosi yang tak stabil. Hehhehhee.. kami memahami kenapa. So, no worries, esok lusa baik lah tu. 

p/s : Nak lagi mujarab.... lagi baiklah bawa baca Al-Quran atau Yassin sebelum tidur. Selawat dan berzikir juga baik untuk menenangkan hati. Hati tenang, mata pun lelap le.... ngeeee...

Thanks pakcik GoogleSOURCE , SOURCE 2

Wednesday, January 16, 2013

Cinta Kasih O.S.T Cinta Qaseh


Cinta Kasih dan Cinta Qaseh. Sama je bunyi nya, tapi lain-lain ejaan... or perhaps berbeza maksud sebab Cinta Qaseh bermaksud Cinta si Qaseh yang mana Qaseh tu adalah heroin drama ni.

Agak-agak faham tak?

Ok, tak payah paham kalau tak paham.......Hahhahahaa

Lagu Cinta Kasih ni adalah O.S.T untuk drama rantaian "Cinta Qaseh" di Slot Lestary ditayangkan di TV3 jam 9.00 malam setiap Selasa. Ini lagu duet kedua Nubhan selepas lagu Indera . Duet dengan Juara AF6, Stacy. Yang ini pula, duet dengan Juara AF5, Mila. Errmmmm nak duet main juara je ke?
Ok tak pe, sebab suara dia sedap. ( Hahhahaa...BIAS with capital B )

Antara Pelakon Cinta Qaseh adalah.. jeng...jeng...jengggg!!!

Wawa Zainal (Qaseh), Shahrizal Jazle ( I'm not sure if I get his name right. But watak dia nama Arash), Adi Putra ( Wahyu) yang lelain ramai lagik. Nak tahu siapa lagi on the list, kena lah terpacak depan TV setiap hari Selasa.

Lagu ni ciptaan komposer yang sama dengan komposer Ombak Rindu, Nurzaidi Abdul Rahman. So, boleh teka lah cam mana lagu nya , macam mana slow nya dan satu chorus je buat tak puas dengar. Ngeeee...

Kepada yang belum mendengar, boleh tune ke Suria FM atau HotFM . Suria FM dah buat regular air time tapi HotFM masih dalam Preview.

Sooooooooo... Kita harap kan lah lagu ni akan jadi HITS macam Ombak Rindu, Muara Hati or lagu-lagu duet lain yang meletup-letup tu. Aminnnnnnnnn

p/s : I must admit. Suara Nubhan dalam lagu ni memang sangat soothing dan giler cantik. Hahhahaa.. Pernah dengar tak suara "cantik" ? hahhahaha.

Aku rindu elbet... elbet ye.... elbet tu kawan aku melepak..... :p

* Picture Credit to Nova Music Malaysia

Sunday, January 6, 2013

Exclusive Hi Tea with Nubhan



This is one gorgeous backdrop I must say. Actually benda ni polystyrene yang di cat dengan gold paint. Kudos tu cik harney kerana rajin memotong, mengecat dan akhirnya bersama-sama menampal  kat dinding tu.

Aku nak cerita pasal majlis ni, tapi aku rasa aku dah kena writer's block. Atau short term memory lost. Atau penyakit M yang sangat kronik. So, aku malas nak cerita.

Sikit je lah, pasal behind the secene things :

Tak macam An Evening With Nubhan, majlis ni dirancang oleh aku dan Harney saja. Kitaorang yang start everything . later dibantu oleh AJK lain menerusi PM kat FB.

Sangat menakutkan kerana this is the first event yang akan di pantau oleh dua orang manager Nubhan yang errrrrrrrrrrrr........A Class !! Matilah!!!

Nubhan come into the picture, dalam slightly a month before. Tak macam event-event yang dulu-dulu. Tahun ni dia loose sikit dan serahkan semuanya kat kitaorang. Yipppp peeeeeeee.... Kebebasan sepenuhnya!!

Meeting...meeting..meeting kitaorang berdua dengan kak Lina di rebung tu. Kalau tak mendatangkan duit, agaknya kak Lina tu nangis tengok kitaorang kot.hahhahahaha

Semua persediaan pasal event ni, kitaorang dah buat siap-siap awal-awal. So, menjelang event.... tak banyak benda nak dilakukan. Kami belajar dari kesilapan dulu-dulu. Yang buat muka jadi macam panda bear tu dulu.

Aku memang stress bagai nak mampsss seminggu sebelum event sebab Aisy masuk Hospital, mak tak sihat, kerja opis melambak-lambak bla..bla..bla... Sampai rasa nak menangis. So, moody sepanjang minggu. Hahhahahha... kesian kat harney. Aku rasa dia perasan mood aku cam huduh giler.

Aku malas dah nak cerita dah weh...

So, di hari berlangsungnya majlis tu................

Nubhan demam. Nampak sangat muka dia macam dok mintak bantal jer. Hahhaha.. Thanks anyway for not complaining even kena round table berkali-kali, menyanyi, sain otograph, kena buli jadi pak pacak kat depan. Kesian pulak aku tengok.

First time in my life buat event bersama NFC.. aku dapat kerusi. Yeabedabeduuuu!!!!! Kerusi VIP lagik. Cadangan kak e, aku ngan Harney duduk bersama kak e, kak faiz & Nubhan. Ngeh,,ngeh..ngeh.... VIP tu VIP jugak, tapi kerja tak gak berhenti. Dah camno?? hahhahaa

Ajoy & Kt jadi pengacara... Mula-mula malu, lepas tu... they are so funny. Memang ada bakat pengacara derang ni. Thanks korang walaupun Kt tu sebenarnya bidan terjun. it's ok.... semua went smoothly.

Tak tahu nak cerita apa dah, So, here we go..

Thanks semua AJK sebab membantu walaupun kat PM jer, tapi bila sampai kat lokasi...korang memang terbaik. Sentiasa tahu apa yang nak dilakukan.

Thanks Kak E & Kak Faiz sebab beri kitaorang semangat. A simple congratulations from both of them buat aku kembang tak kuncup-kuncup. Kahkahkahkahkah. Tak tahu kah mereka, dua, tiga hari sebelum event...kaki sejuk bila mengenangkan it's them yang akan hadir. hahahhahahaa

Thanks semua guest yang hadir. event ni simple, tapi ada satu keistimewaan yang lain dari yang lain. Sebab ramai orang-orang lama hadir & orang-orang baru muncul. Bila tengok ada yang tua, yang dewasa, remaja, kanak-kanak, baby. Banyak peringkat usia membuatkan majlis ni nampak macam family gathering.

Thanks a million Nubhan, Event ni tak akan jadi if you're not there. Thanks again!!

p/s : Another event.. DONE!!! 

Tuesday, January 1, 2013

Happy new Year 2013


Happy New Year Everyone!!

Ok, new year is here. Tahun dah bertukar, usia pun dah makin naik. Tak lama lagi nak naik siri lain pulak. Tua nya dah aku. Ahakss!!!

Tahun ni nak pasang azam apa agaknya? Aku tak tahu lah nak pasang azam ke tidak. Tapi maybe aku nak capai cita-cita aku untuk tahun ni. Aku kena berani & kena kuat. Jangan takut-takut. Kalau takut, memang aku akan berada di takuk lama je lah jawabnya. Bertahun-tahun duduk di sini, tak bergerak-gerak...

Tak ada apa yang aku nak cerita untuk tahun yang baru masuk 2 hari ni. Sebab ceritanya balik-balik sama je.

Tunggu hari Sabtu untuk event NFC, lepas tu InsyaAllah aku nak kejar cita-cita aku. Doakan aku ada semangat ni..

p/s : Malam tadi tiba-tiba rasa lemas tak tahu kenapa....terasa nak terbang jauh-jauh atau berlari tak berhenti-henti sampai ke hujung semenanjung. Tapi kalau aku buat, orang kata aku gila pulak...