Wednesday, January 16, 2013

Cinta Kasih O.S.T Cinta Qaseh


Cinta Kasih dan Cinta Qaseh. Sama je bunyi nya, tapi lain-lain ejaan... or perhaps berbeza maksud sebab Cinta Qaseh bermaksud Cinta si Qaseh yang mana Qaseh tu adalah heroin drama ni.

Agak-agak faham tak?

Ok, tak payah paham kalau tak paham.......Hahhahahaa

Lagu Cinta Kasih ni adalah O.S.T untuk drama rantaian "Cinta Qaseh" di Slot Lestary ditayangkan di TV3 jam 9.00 malam setiap Selasa. Ini lagu duet kedua Nubhan selepas lagu Indera . Duet dengan Juara AF6, Stacy. Yang ini pula, duet dengan Juara AF5, Mila. Errmmmm nak duet main juara je ke?
Ok tak pe, sebab suara dia sedap. ( Hahhahaa...BIAS with capital B )

Antara Pelakon Cinta Qaseh adalah.. jeng...jeng...jengggg!!!

Wawa Zainal (Qaseh), Shahrizal Jazle ( I'm not sure if I get his name right. But watak dia nama Arash), Adi Putra ( Wahyu) yang lelain ramai lagik. Nak tahu siapa lagi on the list, kena lah terpacak depan TV setiap hari Selasa.

Lagu ni ciptaan komposer yang sama dengan komposer Ombak Rindu, Nurzaidi Abdul Rahman. So, boleh teka lah cam mana lagu nya , macam mana slow nya dan satu chorus je buat tak puas dengar. Ngeeee...

Kepada yang belum mendengar, boleh tune ke Suria FM atau HotFM . Suria FM dah buat regular air time tapi HotFM masih dalam Preview.

Sooooooooo... Kita harap kan lah lagu ni akan jadi HITS macam Ombak Rindu, Muara Hati or lagu-lagu duet lain yang meletup-letup tu. Aminnnnnnnnn

p/s : I must admit. Suara Nubhan dalam lagu ni memang sangat soothing dan giler cantik. Hahhahaa.. Pernah dengar tak suara "cantik" ? hahhahaha.

Aku rindu elbet... elbet ye.... elbet tu kawan aku melepak..... :p

* Picture Credit to Nova Music Malaysia

No comments: