Thursday, December 6, 2012

20 Years and counting

Sebenarnya aku tak tahu nak buat apa. 

Dah seminggu aku kat rumah keramat. Dah lah rumah tu tak ada astro. TV pulak kecik.Besar sikit je dari kepala aku. Hehehhehee... Manja sangat dengan astro kan. Bila dah tak ada, rasa macam tak tahu apa nak buat pulak.So, nak hilangkan boring yang berganda-ganda tu, aku tengoklah VCD Konsert KRU.

Untuk yang tak kenal aku, aku adalah kipas susah mati a.k.a Die hard fan KRU. Frankly cakap, KRU adalah satu-satu nya artis Malaysia yang aku minat. Apa je tok nenek yang KRU keluarkan semua aku beli. Hahhhahhahaa.... ala, macam korang minat artis korea tu lah kan....tak paham pun semacam je beli. Inikan aku yang faham every words yang diaorang cakap kan ni. Lagi lah ligat membeli. Hehehehe...

So, aku mula lah dengan konsert tahun 1996 nih. Nama konsert nya Live & Alive, Awas Da' Concert. Masa tu semua ada  da'. Meaning "the". Awas da' soundtrack, Awas da' movie etc..etc... 

Lagu-lagu dalam Awas da' Soundtrack memang terbaekkk!!! Tak ada satu lagu pun yang tak best. Semua bagus-bagus belaka. Kaset nye aku ada je, tapi tak tahu celah mana nak masukkan dah. Sebab semua radio dah pakai CD.

Awas da' concert ni ala-ala da' ghetto lah. Latar belakang semua bricks, ada basket ball. The Ghetto ala US kekdah nya. Enjoyed the music, the performance, the brotherhood. Well..... best konsert ni sebenarnya. Tak caya pi tengok!!...hahahahhaha
Ini personal favourite aku. Lagu "Kiss and say goodbye" original singer aku malas nak google. Korang google lah sendiri. Aku suka rendition KRU untuk lagu ni. Sounds so original. Macam lagu diaorang sendiri. Lagi sekali...Kalau tak caya, dengarlah. Siyes sedap.

Korek-korek lagi, jumpa pulak Konsert FR double E ni. Konsert Empayar Krujaan kat Dataran Merdeka. Aha!! Yang ni aku pergi dengan kakak dan adikku. Giler tak?? tersepit dalam 50k lebih manusia kat dataran tu. Selepas konsert ni, memang aku tak pernah tengok crowd seramai ini dah... sampai lah la ni.... Hahhahaha.....

Ada ramai artis jemputan. Ezlynn pun ada. Erra Fazira pun ada gak. Tapi kalau tengok VCD nya, hanya ada Erra je sebab dia duet dengan Yusry.
Yang ini pulak personal favourite aku selepas Mengerti. Lagu Perpisahan Terasing. Aku suka lagu-lagu KRU ni yang lama-lama jer. yang baru-baru aku kurang gemar kecuali lagu Ganas. Dan lagu yang Edry bagi kat penyanyi lain. Banyak pulak yang sedapnya.

So, tu je lah. Kalau korang yang follow twitter aku tu perasan lah....dalam dua tiga hari ni aku mabuk sikit tengok KRU. Lantak lah!! Dah 20 tahun kot aku ikut perjalanan seni diaorang. Dari belasan tahun sampai semua dah jadik macam bapak budak. Ye... aku pun dah macam mak budak pun!! hihihihihi..

Kalau aku nak cerita pasal KRU ni, sampai esok pun aku belum berhenti menaip. So, tu je lah aku nak cerita. Malam kang sambung pulak tengok VCD lain. Errmmmmm... fikir dulu nak sambung VCD apa. The Aviator ada tu. Awwww.. Leo De Caprio. :p

p/s : Mana nak cari konsert "Jammin' The Nation" ngan " KRU Mega Tour" Eh?? Ke tak pernah wujud? huhuuhuuhhuuh

No comments: