Monday, December 10, 2012

Testing..Testing.... Durian crepe & Blueberry crepe


Haaa!!!! ini lah kerja kami semalam. Cube try test buat durian crepe menggunakan resepi dalam internet. Hahahahaa..

Nak buat nya senang je. Yang jadi susah bila dapat campur tangan dari pihak ketiga dan keempat iaitu encik Adam & encik Aisy. So, agak huru hara lah jadinya.

Nak buat mende ni senang je. Yang penting ada durian dan whipped cream. In our case, kami pakai blueberry gak. Dalam crepe yang kaler pink tu. Whipped cream ni, tak payah nak susah-susah, beli je whipped cream yang dalam botol tu.

Bahan-bahan yang kitaorang guna semalam pun macam basic je. Ada tepung, susu segar, perwarna. Pas tu nak rasa sikit, letak la garam secukup rasa.

Make sure dah campur-campur tu, blend adunan tepung tu dan tapis nak kasi halus mulus gitu.

Dah tu buat lah lempeng kat atas non stick pan. Kena non stick le, sebab tak pakai minyak kan. Then, selang seli kan lah durian ngan whipped cream tu, bungkus & letak lah dalam bekas camni kalau nak rasa cantik.

Sejukkan lah sekejap, pas tu makan !! hehehheheee..

p/s : Kalau nak lagi sedap, pakai le resepi yang complex sikit......pada kitaorang, dah ok dah cenggini....sedap jer...hahahhahaha

No comments: