Thursday, December 27, 2012
Event lagik.....
Ni namanya Exclusive Hi- Tea.
Kenapa exclusive? Ianya jadik exclusive sebab ianya exclusive lah. Ok, tak nak cakap banyak... Ni details :
Tarikh : 5 January 2013
Masa : 2 - 5 petang
Tempat : Restoren Rebung Chef Ismail
Tema : Smart Casual
So apa lagik!! Jom lah!!
p/s : 1st Anniversary , Berjaya Hotel & Convention Centre: 2nd Anniversary, Hotel Grand Continental : 3rd Anniversary, Saloma Bistro. Are we getting cuter or what?
Tuesday, December 25, 2012
Hatyai - Day 3
Pagi !!! yeayyyyy kitaorang breakfast
semua 10 orang!! Happy sangat.
Aku, mak, kak Long & angah pergi
beli pulut ayam lagi untuk dibawa balik. Yeayy!!! gumbira kakak tu
sebab kitaorang beli banyak. Hehehhee.
Dah penat shopping, kitaorang duduk
tunggu bas. Kali ni naik bas 2 tingkat. 6 Orang duduk kat bawah &
4 orang lagik kat atas. Budak-budak semua dok atas. Untuk balik ni,
diaorang provide air mineral plak sorang satu botol.
p/s : Saya nak pergi korea....Saya nak pergi korea....Saya nak pergi korea....Saya nak pergi korea....
Semua gambar kat 3 entri, credit to Harney's FB, Instagram aku & FB aku... :)
Lepas makan kitaorang kemas barang dan
terus check out. Bas gerak dari Hatyai jam 12.00 tengahari. Kalau
ikut waktu Malaysia, jam 1.00 petang lah.
Kitaorang naik tuk tuk dan gerak ke
office Hatyai Variety Tour. Kat sana kitaorang letak beg dan terus
bertebaran kat area town untuk last minutes shopping. Giler tak, aku
boleh tukar duit lagik dan continue shopping. Hahahhahaa.
Makcik ni tak abih-abih soping... kalau bawak seguni duit pun habis kot agaknya
Kaki soping dah penat kaki berjalan.....
Macam biasa, bas akan berhenti kat
Sadao dan Imigresen Bukit Kayu Hitam. Dan macam masa masuk, nak
keluar Thailand pun kena bayar RM 1 kat pegawai imigresen tu. Masa
kat Sadao, sempat jugak kitaorang tapau pulut ayam ( lagikkkk) dan
makanan-makanan lain untuk dimakan dalam bas. Sedapnya makan ayam
goreng panas-panas. Lepas makan baru boleh lelapkan mata.
Perjalanan balik aku rasa adalah
perjalanan yang paling menyeksakan sepanjang hidup aku. Bayangkan
duduk dalam bas dekat 12 jam!! Dah lah sejuk macam freezer dalam bas
tu. Nak tak nak, aku keluarkan telekung dan selimut. Rasa nak duduk
atas bumbung bas jer. Berhenti sekejap sana sekejap sini, akhirnya
jam 12.30 tengah malam baru sampai kat Pudu Sentral.
Kami pun berpecah kat situ. Aku dengan
mak naik teksi balik ke rumah. Agak mahal la jugak nak balik tu.
Boleh lak dia charge RM 35.00 untuk sampai Setiawangsa. Kurang
ajaqqq !! Tapi mengenangkan dan nak pagi, aku balun je lah. Janji
sampai umah.
Sampai kat umah kol 1 pagi. Aku makan
jugaklah nasi, lepas tu terus tido. Keletihan tahap gaban.
So, itu sajalah cerita pi hatyai.
Alhamdulillah, berjaya aku bawak mak melancong ke luar negara
walaupun hanya Hatyai. Harap rezeki aku lebih di lain kali supaya aku
boleh bawak family ke ke tempat lain pulak... aminnnnn
p/s : Saya nak pergi korea....Saya nak pergi korea....Saya nak pergi korea....Saya nak pergi korea....
Semua gambar kat 3 entri, credit to Harney's FB, Instagram aku & FB aku... :)
Hatyai - Day 2
Bangun pagi, pergi breakfast!! Kali ni
aku pergi ngan mak & harney je sebab angah, kak long & jimmy
masih tido. Memang ramai sangat orang Malaysia kat kedai makan tu.
Bila bertembung, soalan wajib “Dari mana?” hahahhaa. Nampaknya 3
hari kat sini, kitaorang makan kat sini sajalah. Sebab tu je kedai
muslim kat area tu yang bukak awal pagi.
Lepas breakfast, kitaorang siap-siap
dan gerak ke town. Kali ni di sertai oleh adik kak long dan 3 orang
anak nya. Diaorang sampai pagi tu. Agak gile lah, kitaorang sampai
kat Robinson, tempat tu belum lagik bukak. Hahahhaa. Terpaksa lah
tunggu kejap sampai lah bukak. Robinson ni macam pusat membeli belah
biasa je kat KL nun. So, tak feeling sangat.
Lepas tu jimmy pun lapar, kami pergi
makan nasi goreng ketam. Ok, payah nak dapat kat KL nasi goreng ketam
kan. Kat Hatyai, ada kat restoren muslim nak cakap kat mana pun tak
tahu. Hahahhaha. Memang sedap!!! perah limau sket, perghhh!! Harga
pun 50 bhat je sepinggan. Kitaorang lapar, so semua habis makanan
masing-masing.
Dah kenyang, kitaorang pergi balik ke
pasar. Haaaaaaaaaaa...... kali ni beli some more things. Beli T-shirt
lagik, beli selipar, beli itu ini. Sampai berat nak bawak balik.
Hujan-hujan pun semacam je kitaorang soping. Hahahahahaha.
Roti canai Thailand.... Sedap jugak, less greesy :)
Memandangkan kak Long banyak benda nak
beli, aku, mak, angah & harney decided nak pergi jalan tempat
lain. Jimmy pun nak ikut. So, kitaorang naik tuk tuk pergi ke apa tah
nama street tu. Kat situ pun banyak benda jual. So, pergi bazirkan
duit lagi kat sana. Seronok giler lah shopping.
Beli beg extra sebab beg dah tak muat nak bawak barang...hahahahhahaa
Sempat pose sementara tunggu mak beli baju
Nasi goreng ketam yang sedap.. Wajib try!!
Dah penat, kitaorang pun balik Hotel.
Kak Long and the gang belum balik lagik. Banyak tempat lagi diaorang
nak cover. Kitaorang pulak keletihan.
Malam tu hanya aku, angah & harney
je pergi makan malam sebab mak penat sangat. Makan kat Rohana Tom
Yam. Order Tom yam campur, kailan masak sos tiram, daging masak merah
& telur dadar. Dapat je makanan, senyap terus masing-masing.
Nampak sangat kelaparan.
Maka hari kedua pun berakhir. Malam tu
tidur nyenyak.. maybe sebab kenyang atau maybe sebab keletihan.
Hatyai - Day 1
Yeaayyy!!!! I'm visiting Hatyai again!!! Last aku ke Hatyai, tahun 2005 dengan team Dynamic Multimedia. Tahun ni dengan Angah, Harney, Kak Long, Jimmy & paling best, aku bawak mak sekali.
Dari situ kami naik tuk tuk ke Tune
hotel. RM 2.00 je satu kepala. Kalau duit Thai, 20 bhat sahaja. Ok,
nak kata pasal hotel Tune ni, memang tak la seperti yang dikatakan
sangat. Walaupun minimum je hiasan kat dalam tu, tapi facilities nya
cukup sesedap rasa gitew. Yang penting bilik air ada paip!!
Hari kami start dengan makan kat satu
restoren Muslim dekat dengan Tune Hotel ni. Kalau keluar dari hotel,
jalan ke kiri...lepas simpang 4 tu, jalan terus lagik sampailah ke
simpang 4 yang kedua, lepas tu turn right. Akan nampak restoren tu
kat barisan kedai sebelah depan.Makanannya sedap jugaklah..ada roti
canai, mee sup dan lain-lain makanan lah. Memang sedap.
Lepas tu kitaorang balik ke Hotel untuk
Solat. Petang nya kitaorang gerak ke Floating Market. Haaaaaaaaa...
Kat sinilah hujan lebat sampai kena pakai baju hujan. Kat floating
market ni banyak jual makanan. Souvenir jual kat atas. Boleh
jalan-jalan keliling tengok orang berjual. Aku try gak lah tomyam kat
sorang makcik ni. Memang kelas la tomyam nya. Kebanyakan makanan yang
dijual dalam 20-25 bhat je. Tak mahal. Boleh beli minuman , lepas tu
bekas yang dibuat dari clay tu boleh bawak balik.
Then jalan-jalan lagi, beli fridge magnet, beli itu beli ini.....then balik ke Hotel. Perghhh penat!!!! rasa nak terpukang je.
Memang jalan sakan. Check beg duit.....aiyakkkk!! tak sedar banyak dah habis. Hhahhahahahhahaha
Ok, kepada sesiapa yang nak pergi
Hatyai dengan penuh adventure nya, boleh la naik bas. Kitaorang naik
bas dari Pudu Sentral ( Nama glamer Puduraya...hahahha) sampai ke
hatyai dengan harga RM 45.00 sahaja sehala. Just pergi kat kaunter “
Hatyai Variety Tour” kat sebelah KFC tu, beli tiket konsortium. (
errrkk ter promo plak)
Bas ni kira VIP couch la. Kalau
pejalanan malam, mereka bagi selimut. So, boleh lah tidur dengan aman
walaupun bas tu rasanya macam fridge bergerak.
Bas ni berhenti kat Changlun untuk
minum dalam jam 5.00 pagi. Kami makan nasi lemak yang seciput je tu
dan milo letak air panas. Hehehhe... tu je lah!!!.
Kitaorang sampai kat border, Bukit
kayu Hitam dalam jam 8.30 camtu. Oklah, tak terasa sangat perjalanan
nya sebab leka tidur. The hurdle comes when kita kena turun naik bas
kat Border Malaysia & lepas tu border Thailand kat Sadao.
Urgghhhh!!!! Dah la kena heret beg sendiri, kena plak bayar RM 1.00
kat Imigresen Thai. Hahahhahaa.... ok, no complaint!!
Dari Imigresen tu ke dalam bandar
Hatyai ambik masa dalam 1 jam jugaklah. Sempat tido, pas tu bangun,
pas tu tido, pas tu bangun..... last-last sampai kat town. Di depan
office Hatyai Variety Tour.
Tune Hotel. Ok lah dari tak ada. Bersih dan user friendly... errr!!!..
Tuk Tuk adalah pengangkutan rasmi kami kat sini. Jalan malu jangan segan...belasah jer..hahahha
Kalau nak tahu, waktu di Hatyai ni
lambat sejam dari waktu di Malaysia. Untuk Solat, boleh je ikut waktu
Malaysia. Sebab kalau tengok waktu Hatyai pun, waktu nya kurang
sejam. Contoh nya Zohor kat sana kol 12.15. kalau ikut jam kita 1.15.
So, memang masuk lah waktunya. Hehehhehee. Jangan risau, Hotel Tune
ni ada tunjuk arah kiblat.
Kami mulakan dengan pergi ke Pasar.
Bukan Pasar ikan. Tapi Pasar jual macam-macam benda. Baju & kasut
paling banyak. Beg tangan melimpah ruah kat sini. Memang rambang mata
tengok barang kat sini. Kitaorang beli lah jugak barang-barang
makanan sikit. Ikan bilis tomyam, bawang goreng, chili flakes. Rasa
macam nak borong macam-macam.
Model baju hujan.... Lepas ni gerenti laku baju hujan di Hatyai..hehhehe
Tuu dia Floating market.... memang floating sesungguh
Lepas jalan-jalan kat situ, kitaorang
terus gerak ke town. Kat situ kitaorang makan pulut ayam. Pulut
dihidangkan dengan ayam goreng, sos dan bawang goreng. Serius sedap!!
kitaorang makan sampai tak pandang kiri kanan. Giler sedap!!
Very the tasty one... You guys should try this kalau sampai ke Hatyai
Then jalan-jalan lagi, beli fridge magnet, beli itu beli ini.....then balik ke Hotel. Perghhh penat!!!! rasa nak terpukang je.
Me, Mak & Harney, sempat pose bila sampai ke town. Penat giler dah... |
Memang jalan sakan. Check beg duit.....aiyakkkk!! tak sedar banyak dah habis. Hhahhahahahhahaha
Wednesday, December 12, 2012
Seminar Isu Kesihatan Wanita Terkini
Tuuu dia tajuk!! Terbaekkk dari ladang.
Actually seminar ni anjuran Puspanita Kebangsaan . Buat kat Dewan Sri Endon di Putrajaya. Dasat gak Puspanita ni sebab derang ada satu bangunan sendiri yang nama nya Puspanitapuri. Dewan ala-ala Hotel 5 bintang la jugak aku tengok. Hehehehe.
Ini lah apa yang aku dapat kat seminar tu. Katanya juru ceramah tu... errrr suka aku je letak nama panggilan dia kan. Encik tu lah kata, minum air banyak-banyak cam ni. Errrmmmm aku tahu somebody yang minum air 1500 ml, 2 botol dalam masa sejam!!! Memang dasar tangki air... hikhikhikhik. Dan kulit dia memang terbaekkk sebenarnya.
Oklah, aku minum lah air.
Tapi ironi nya, kat majlis ni la yang tak dapat nak minum air banyak, sebab air pun habis. Makanan apatah lagik. Memang selalu aku pergi majlis anjuran Puspanita Kebangsaan makanan tak cukup. Mungkin semua orang lapar sangat kot.
Ini lampu. Memang ini lampu lah, aku snap sebab aku suka lampu nih. Cantik kan, sangat cute.
Actually Puspanitapuri ni cantik. Tengoklah corridor nya. Tempat ni sesuai kalau di buat resort. Dah la lepas hujan, rasa tenang jer.
Tengoklah... tenang kan!! Kalau menginap kat sini pun boleh. Tapi aku tak sure nak buat camne. Maybe kena mohon kat Jawatankuasa yang pegang Puspanita Kebangsaan kot.
So, itu jer lah seminar semalam. Balik office, ada satu lautan kerja nak kena settelkan. Malam ni aku nak ke Hatyai. My first time ke luar negara dengan mak. Hope everything will be fine.
p/s Revisiting Hatyai.....since 2005, mesti banyak yang berubah kan.. ;)
Monday, December 10, 2012
Testing..Testing.... Durian crepe & Blueberry crepe
Haaa!!!! ini lah kerja kami semalam. Cube try test buat durian crepe menggunakan resepi dalam internet. Hahahahaa..
Nak buat nya senang je. Yang jadi susah bila dapat campur tangan dari pihak ketiga dan keempat iaitu encik Adam & encik Aisy. So, agak huru hara lah jadinya.
Nak buat mende ni senang je. Yang penting ada durian dan whipped cream. In our case, kami pakai blueberry gak. Dalam crepe yang kaler pink tu. Whipped cream ni, tak payah nak susah-susah, beli je whipped cream yang dalam botol tu.
Bahan-bahan yang kitaorang guna semalam pun macam basic je. Ada tepung, susu segar, perwarna. Pas tu nak rasa sikit, letak la garam secukup rasa.
Make sure dah campur-campur tu, blend adunan tepung tu dan tapis nak kasi halus mulus gitu.
Dah tu buat lah lempeng kat atas non stick pan. Kena non stick le, sebab tak pakai minyak kan. Then, selang seli kan lah durian ngan whipped cream tu, bungkus & letak lah dalam bekas camni kalau nak rasa cantik.
Sejukkan lah sekejap, pas tu makan !! hehehheheee..
p/s : Kalau nak lagi sedap, pakai le resepi yang complex sikit......pada kitaorang, dah ok dah cenggini....sedap jer...hahahhahaha
Sunday, December 9, 2012
Withdrawal................
Aku nak withdraw!!! Tapi dia tak allowed. katanya mau jahanam pulak nanti. Uiiiii..!!!! Bukan aku yang buat keje lah pakcik!! eh, bukan aku ke? ... Yelah bukan aku sorang. Ramai lagik lah.!!
Haiyaaaaaa... Berapa tahun dah aku stuck kat sini??
Ok, aku tolong la ko apa yang aku mampu. Kalau tak mampu, aku tak buat, dah ko yang tak bagi kan...kannn..kannnnnnnnnnn.... ;p
*sigh*
p/s : Seram pulak dengar cerita yang macam-macam. Rasa nak kuar pintu, pas tu tak masuk-masuk dah...kui3
Thursday, December 6, 2012
20 Years and counting
Sebenarnya aku tak tahu nak buat apa.
Dah seminggu aku kat rumah keramat. Dah lah rumah tu tak ada astro. TV pulak kecik.Besar sikit je dari kepala aku. Hehehhehee... Manja sangat dengan astro kan. Bila dah tak ada, rasa macam tak tahu apa nak buat pulak.So, nak hilangkan boring yang berganda-ganda tu, aku tengoklah VCD Konsert KRU.
Untuk yang tak kenal aku, aku adalah kipas susah mati a.k.a Die hard fan KRU. Frankly cakap, KRU adalah satu-satu nya artis Malaysia yang aku minat. Apa je tok nenek yang KRU keluarkan semua aku beli. Hahhhahhahaa.... ala, macam korang minat artis korea tu lah kan....tak paham pun semacam je beli. Inikan aku yang faham every words yang diaorang cakap kan ni. Lagi lah ligat membeli. Hehehehe...
So, aku mula lah dengan konsert tahun 1996 nih. Nama konsert nya Live & Alive, Awas Da' Concert. Masa tu semua ada da'. Meaning "the". Awas da' soundtrack, Awas da' movie etc..etc...
Lagu-lagu dalam Awas da' Soundtrack memang terbaekkk!!! Tak ada satu lagu pun yang tak best. Semua bagus-bagus belaka. Kaset nye aku ada je, tapi tak tahu celah mana nak masukkan dah. Sebab semua radio dah pakai CD.
Awas da' concert ni ala-ala da' ghetto lah. Latar belakang semua bricks, ada basket ball. The Ghetto ala US kekdah nya. Enjoyed the music, the performance, the brotherhood. Well..... best konsert ni sebenarnya. Tak caya pi tengok!!...hahahahhaha
Ini personal favourite aku. Lagu "Kiss and say goodbye" original singer aku malas nak google. Korang google lah sendiri. Aku suka rendition KRU untuk lagu ni. Sounds so original. Macam lagu diaorang sendiri. Lagi sekali...Kalau tak caya, dengarlah. Siyes sedap.Korek-korek lagi, jumpa pulak Konsert FR double E ni. Konsert Empayar Krujaan kat Dataran Merdeka. Aha!! Yang ni aku pergi dengan kakak dan adikku. Giler tak?? tersepit dalam 50k lebih manusia kat dataran tu. Selepas konsert ni, memang aku tak pernah tengok crowd seramai ini dah... sampai lah la ni.... Hahhahaha.....
Ada ramai artis jemputan. Ezlynn pun ada. Erra Fazira pun ada gak. Tapi kalau tengok VCD nya, hanya ada Erra je sebab dia duet dengan Yusry.
Yang ini pulak personal favourite aku selepas Mengerti. Lagu Perpisahan Terasing. Aku suka lagu-lagu KRU ni yang lama-lama jer. yang baru-baru aku kurang gemar kecuali lagu Ganas. Dan lagu yang Edry bagi kat penyanyi lain. Banyak pulak yang sedapnya.
So, tu je lah. Kalau korang yang follow twitter aku tu perasan lah....dalam dua tiga hari ni aku mabuk sikit tengok KRU. Lantak lah!! Dah 20 tahun kot aku ikut perjalanan seni diaorang. Dari belasan tahun sampai semua dah jadik macam bapak budak. Ye... aku pun dah macam mak budak pun!! hihihihihi..
Kalau aku nak cerita pasal KRU ni, sampai esok pun aku belum berhenti menaip. So, tu je lah aku nak cerita. Malam kang sambung pulak tengok VCD lain. Errmmmmm... fikir dulu nak sambung VCD apa. The Aviator ada tu. Awwww.. Leo De Caprio. :p
p/s : Mana nak cari konsert "Jammin' The Nation" ngan " KRU Mega Tour" Eh?? Ke tak pernah wujud? huhuuhuuhhuuh
Wednesday, November 28, 2012
Kakak Rama-Rama
Ini adalah rama-rama. Kenapa letak gambar rama-rama? Saja je. Sebab kalau entri tak ada gambar, macam boring je. Hahahahhaa
Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal rama-rama. Tapi pasal kakak rama-rama. Macam mana dia dapat nama tu? ermmmm... sebab dia kata dia keturunan rama-rama. Ok, ridiculous !! Tapi memang itulah yang dia kata kat aku.
Early this year, system eic ditarik dari komputer dia sebab buat onar. Tak pasal-pasal je aku kena memo sebab dia kacau system.
Nak cerita pasal kakak rama-rama ni, 10 entri pun tak cukup. Cukuplah aku katakan yang dia nyaris je nak buat aku sakit jantung, darah tinggi, giler meroyan dan bermacam-macam lagi penyakit psikitari.
Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal rama-rama. Tapi pasal kakak rama-rama. Macam mana dia dapat nama tu? ermmmm... sebab dia kata dia keturunan rama-rama. Ok, ridiculous !! Tapi memang itulah yang dia kata kat aku.
Kakak rama-rama adalah partner aku . Actually dia senior. Balajar pandai, tapi kurang betul. Aku tak tahu apa masalah dia kat rumah. Tapi yang aku tahu masalah tu sampai terbawak-bawak ke office.
Aku mula kerja dengan kakak ni tahun lepas bulan januari. Aku dengar dah macam-macam cerita tak elok pasal dia. Tapi tawakal je lah.
Ingatkan boleh tahan, tapi last nya aku menjelma menjadi hulk almost everyday. Korang bayangkan, habis lebih 100 fail dia koyakkan minutes sheet tu. Aku rasa nak pitam jer......
Early this year, system eic ditarik dari komputer dia sebab buat onar. Tak pasal-pasal je aku kena memo sebab dia kacau system.
Nak cerita pasal kakak rama-rama ni, 10 entri pun tak cukup. Cukuplah aku katakan yang dia nyaris je nak buat aku sakit jantung, darah tinggi, giler meroyan dan bermacam-macam lagi penyakit psikitari.
Tahun ni akhirnya doa aku dikhabulkan. Alhamdulillah. Aku doakan dia stay lah dengan family dia kat kuantan nun sebab aku rasa dia kena ada dengan family. Dia akan pindah ke session court mulai Disember. Walaupun aku tahu perangai dia yang macam-macam tu. Tapi aku doakan sajalah dia berubah kat sana. Harap dia kat buat kacau kat tempat orang... Aminnnnnnn...
Semua rama-rama tu ehsan pakcik gugel
Tuesday, November 27, 2012
Durian Crepe ak.a Durian Pancake
That is a very nice dessert. Dessert la kan... tak kan lunch plak. hehehhee
Aku tak makan durian. Ok, bukan tak makan terus lah, tapi tak berapa nak makan. Bukan sebab bau nya. Durian mana ada busuk. Orang melayu yang kata durian busuk memang gediks uols....
Cerita pasal lempeng durian ni, last week Harney dok kata nak makan durian crepe. So kitaorng pergilah ke BTS cari sweet chat. Aku pun curious jugak nak rasa mende nih. So, inilah hasilnya.....
Nak komen apa eh? sedaplah..... untuk penggemar durian, tak cukup kot 3 bijik tu. Kat sweet chat derang jual 3 biji RM 8.90 (tak termasuk tax ye... hehehee).Untuk aku yang tak berapa gemar kan durian, sebijik should be enough. Itupun balik umah kalau sendawa je bau durian. haiyaaaaa......
Kenapa eh orang boleh makan durian sampai berbiji-biji? aku makan seulas pun dah berkipas. Tak usah lah kata raw durian, durian yang dah jadik crepe ni pun buat aku panas satu badan. What to do. Dah macam itu kejadiannya. Bukan mak nak gediks pong... hihihihihi..
p/s : Sekarang ni dah berterabur resepi durian crepe kat internet, kalau rajin buatlah sendiri... ;)
Monday, November 26, 2012
ABPBH lagi....
This is really a bad artwork. saya memang fail kalau dalam hal-hal membuat sesuatu yang creative seperti ini.
Tak pe, biarkan saja artwork tu. Yang penting message nye sampai. Clearly stated. UNDI NUBHAN.
Ok apa lagi? undilah!!! Satu hari satu paper, sampai hujung bulan 12 dah melambak-lambak paper nya. Undi jerrrr......Undi..undi!!!
p/s : aku malas nak mengundi boley??
Sunday, November 25, 2012
Universal Studios Singapore trip 11 - 13 Oktober 2012
Yeay!! Akhirnya sampai juga ke USS!!
Nak cerita pasal pergi USS ni, sebenarnya dah banyak kali tertunda. Tapi akhirnya berjaya juga. Dan teman aku seperti biasalah, Angah & harney. Hahahhahaa....
Ok, kami pergi dengan package Hotel Puteri Pacfic. RM 398.00 per person. Bilik imperial deluxe untuk 3 hari 2 malam. Kami bertolak ke JB pagi Khamis, pergi berjimbaan di USS hari Jumaat dan balik KL pagi-pagi Subuh, errrr sebelum subuh hari sabtu. Jangan risau, package ni untuk tempat menginap, breakfast untuk 2 hari, pengangkutan dari JB ke USS, USS ke JB. Tiket USS & Maritime Museum. So, berbaloi-baloi.
Meh aku cerita pasal USS. Ramai yang dah pergi kan. So, mesti semua recognize the famous amos globe. Tengok globe je dah excited uols. terasa nak melompat-lompat je masuk dalam tu.
Inilah Globe tu. Berasap-asap kat bawah...sangat the dramatic one.
So, me and angah pun snap-snap la gambar. Nak kasi tahu kitaorang dah sampai USS
First ride yang kitaorang terjah was this Transformers ride. Nak masuk punyalah panjang beratur. So, untuk yang malas nak beratur berpusing-pusing tu, sila lah beli tiket express. Kalau tak salah, ad on SGD 30 kot. Kalau tak salah lah. Tak ingat sebab kami pakai tiket biasa je. Berbalik kepada ride ni....This is above awesome!! Terbaik dalam banyak-banyak ride. Siapa yang pergi USS dan skip ride ni, memang rugi. Memang real lah bila termasuk dalam battle dengan Transformers tu. Ermm... tanak cerita panjang lah. Pergi experience sendiri nak tahu hebat ke tak.
So, aku ngan Harney pun snap-snap lah gambar dengan pakcik yang beso gedabak kat belakang tu. Ini muka lepas menjerit tak hengat. hahahahhaa
Tak ingat ni yang kingdom nombor berapa. Kitaorang main terjah je sebab nak ambik gambar dengan haiwan-haiwan peliharaan ni. They're so cute kan.... Cute sampai rasa nak gigit je.
Ride ni dalam kingdom Madagascar. Ride nya macam naik sampan lalalalala....row row your boat gently down the stream. Gitu lah. Tapi tengah-tengah dok tengok haiwan-haiwan tu, tetiba ada air hujan. Wallaweiii... masing-masing tutup kepala takut basah. Tetiba air tu ketepi. Chaissss!!!! element of surprise nya agak melampau di situ.
Ini yang paling aku suka tengok. Kingdom of Shrek. Tu istana nya, far far away castle. Macam real wooo. Kalau aku ada banyak duit, memang aku buat istana cenggini letak kat kampung aku. Hahahaha....
Snap dulu, lepas tu kitaorang masuk ke dalam. Ada show 4D . Ini memang terbaekk. 4D show nya memang sangat entertaining. This is one of the best lah. So, kalau korang pergi USS, make sure tak skip this one. Gerenti keluar dengan muka yang tersengih-sengih.Ngeeee.......
Jalan-jalan sekitar tu, ternampak barney yang sangat cute ini. Being a fan of Sesame Street since belum tahu ABC, aku tak lepaskan la peluang nak snap dengan Barney. Cute kan kitaorang. Errrrr.... Kitaorang memang cute!!!
Lepas tu oscar. Tong sampah oscar tak busuk, sebab dia cute giler. Kitaorang pun cute gak kat sini kan...hahahhahahaa
Nak cerita pasal ride ni, tak naik pun tak pe. tapi kalau setakat nak lalalala..dadidu..dadidu. Memang boleh lah. Memang tak mencabar langsung. Layan je lah.....at least cuba.
Ini kat Ancient Egypt. Uwaaaaaaaaaaa... Sumpah aku tak akan naik lagi dah sampai bila-bila. Dah lah aku phobia dengan gelap. Ride kat dalam ni gelap gelita. Lepas tu suka hati mak pak atok nenek dia, hentam kedepan, tarik ke belakang, lintang pukang sampai rasa nak tercabut barrier kat perut tu. Haiyaaa.... no second time beb. Mak takutttt.....
Lagi satu, kat depan ni ada kedai makan style arab. Kedai ni halal. So, boleh lah makan kalau nak makan.. Tapi aku nasihatkan, jangan la makan banyak-banyak. Takut termuntah plak.
Lepas tu, dah pening kat ancient egypt, kitaorang pergi pulak naik accelerator. Ingat simple cam ni tak pening, sekali keluar rasa nak pitam. Giler gak lah berpusing-pusing cam tu.
Kat sini ada satu permainan yang sangat syok. Rasa nak terbang macam burung. Weeeeeeeeeeeeee... Tapi pening jugak!! adehhh semua ride buat kepala pening lalat. Tapi yang paling best, ride yang dekat air tu. siap pakai baju hujan sebab takut basah. Memang akan basah!!! Ride ni macam tak takut, tapi bila dah masuk kat dalam terowong gelap tu, kena angkat tinggi-tinggi, lepas tu kena campak keluar. Uwaaaaa.....takutttttt....basahhhhhhh!!!!!
Ini ada performance by haiwan-haiwan peliharaan yang comel tahap gaban tersebut. Cute kan derang. rasa nak amik bawak balik salah sekor. I like to move it...move it....lalalalala......Aci tak kalau rasa nak lepang je sekor-sekor. Sebab comel tahap gaban.
So, inilah hasilnya bila jam dah menunjukkan jam 8 malam. Letih giler. USS tutup dalam jam 7 macam tu. So, sementara menunggu bas pick up kami balik JB, kami duduk lah rehat kat sini sambil makan coklat yang dibeli kat kedai tepi kasino tu. huhuhuu..memang ada kasino okey, jangan pergi dah lah.Kami beli lah sikit-sikit buah tangan untuk orang-orang yang tersayang. Dah duit SGD mahal, so...tak lah beli banyak. Mana orang yang penting jer.
Ok, itulah percutian pendek kami ke USS,memang fun, lepas tensen semua. Sebab leka dok menjerit jer. hahhahahahha. Tapi ada juga lah yang tak menakutkan. Macam Hollywood tu. Just tengok macam mana orang buat filem je. So, untuk yang ada penyakit, boleh la jalan-jalan tengok-tengok tempat je. Tak payah lah naik ride sebab ride memang akan buat korang end up masuk spital. Ngeeee.......
p/s : Masuk situ make sure ambik peta ye. Sebab kat situ ada mark mana satu kedai halal yang boleh dimakan. Sebab tak semua kedai makan kat dalam USS tu halal... *wink*
Subscribe to:
Posts (Atom)