Sunday, November 24, 2013

Site Visit Di KLIA



Okay, hari ni aku nak ceritakan salah satu kerja aku di Industrial Court. Aku bet ramai yang tak tahu apa Industrial Court ni kan? Kalau nak tahu, google je lah. Malas nak cerita, sebab panjang gila nak explain. Hahahhaa. ( Aku pun dah jadi cam Elbet. Suka bukak pintu, tapi tak bagi masuk!!)

Ini adalah salah satu pendekatan yang di ambil oleh Mahkamah kalau sesuatu case yang didengar, tak boleh nak dibayangkan hanya dengan perkataan, lukisan atau visual sahaja.

Okay, kira-kira macam ni lah ye, kejadian berlaku dalam sebuah kedai jual air kotak. ada pekerja kedai nyamun sekotak air milo, then kena buang keje. Saksi A kata dia nampak kejadian tu dari kaunter, saksi B kata tak boleh plak nampak dari kaunter, Yang kena tuduh pulak kata mana ada curi, ada CCTV kot. Then yang lain cakap lain pulak. Lastnya tak tahu nak percaya mana. Yelah, kalau dah angkat sumpah, tapi lepas tu bohong, boleh kena petir, memang tak ada orang nak berbohong.

So, disinilah memerlukan pihak ketiga a.k.a MAHKAMAH untuk menyiasat kebenarannya. Akan adalah lakonan semula yang ala-ala drama sebabak di tempat kejadian. Hehhehee... tu contohlah. Kalau setakat curi sekotak milo RM 1.80 tu, aku pun boleh bagi satu karton free. Hahahhahaa...

Selalunya Site Visit ni melibatkan kes-kes yang serius. Contoh kes yang melibatkan orang yang berjawatan besar dengan gaji besar atau yang serius. Paham-paham lah macam mana serius tu.

Dalam tahun 2010 aku pernah buat Site Visit dengan Boss aku, Y.A Tuan Fredrick ke LCCT. Aku tak ingat pesawat apa, tapi one of the boeing gak lah. First time aku masuk lapangan terbang menuju ke pesawat dalam keadaan main redah jer. Hahhahahaa... poyo sekejap!!. Yang paling lawak, kami masuk pesawat yang tengah boarding. Hijau biru muka penumpang bila kami masuk dengan muka seriusnya. Hahhahaa..

Yang kat atas tu, adalah site visit terbaru, 19 November hari tu dengan Y.A Tuan Rajendran. Kali ni ke KLIA pulak. Pesawat yang jadi mangsa kami adalah Boeing 737-400. Local flight, pesawat lama. Okay, kali ni tak panas sebab MAB di KLIA ada air bridge. Alhamdulillah...

Yang paling best, inilah pertama kali aku masuk Cockpit. Jaaa to the Kunnssss. Hahhahaha. Dengan muka tak malunya aku duduk kat seat pilot. Fuhh!!! Okay, tak payah imagine!! Lepas siap segala lakonan semula yang mana aku jadi mangsa jadi pelakon utama, kami dibawa ke Golden Lounge, Regional untuk hi-tea. Sekali lagi jaaaa to the kunsss. Kalau tak sebab keje, memang aku tak masuk kesitu lah. Too much for me golongan bawahan nih.hehhehee

Sekarang!! Apa fungsi seorang Jurubahasa diluar Mahkamah? Tak berfungsi? Hahhahaa.. kalau dalam konteks menterjemah, memang lah tak berfungsi. Tapi mana-mana judge yang disertai lawyer untuk tujuan kes yang dia kerjakan, dia tak boleh pergi tanpa jurubahasa. So, dia ada ally. nanti kalau ada lawyer yang kata judge panjat sayap kapal terbang, at least Jurubahasa dia ada kat situ yang confirmkan... "Mana ada!! Giler apa?" Hahhahahahahhaha. ( okay, tu contohlah... Lawyer pun tak la bangang nak buat remarks gila camtu)

Dan sebagai Jurubahasa, aku kena tahu details. Aku tak boleh main dengar masuk telinga kiri keluar telinga kanan tanpa tahu sepatah haram. Korang ingat tak boring ke baca fakta kes??? Boleh bawak tido tau!! Hahahhahaha..

p/s :Kerjakan sesuatu yang kamu suka, jadi, kamu tak akan rasa seperti bekerja. 

Sunday, November 17, 2013

Nubhan & AKU

Kepada sapa-sapa membaca posting ni, harap maaf ye. terutamanya kepada peminat-peminat Nubhan. Hahhahaa. Aku memang kejam bila aku mula bercakap tentang sesuatu yang perlukan aku untuk observe secara detail.

Kenyataannya, aku memang ada citarasa yang agak tinggi bila menonton filem, drama atau apa saja persembahan lakonan. Tak apa kalau pelakonnya tak lawa, asal emosi yang cuba dihantar melalui lakonan tu sampai. Tak guna jamuan mata semata-mata kalau tak ada isi. Sekarang ni ramai pelakon cantik/ handsome yang berlakon sebab muka A+, tapi lakonan E-.

Okay, ini aku nak tulis tentang drama lakonan Nubhan iaitu AKU. Working Tittle nya dulu Aku Mahu Kamu ke apa tah. Tapi bila tayang tiba-tiba jadi AKU je. Tak pe, lagi kena tajuk baru ni.

Mula-mula aku tahu Nubhan berlakon drama rantaian sebagai hero, aku tak tahu nak cakap apa. Dia beria-ia cerita, masa tu aku tak komen apa-apa. Good for him untuk mencuba cabang baru walaupun aku dah sedia maklum dia masih ada kekurangan dari segi penghayatan dan lakonan. Yang kemudiannya kami gelar "teak wood". Hahahhahaa... kayu maha keras tu!!

Mula dengan episod pertama pada  9 October 2013. Aku tak tengok, hanya rakam untuk tengok some other times dimasa orang lain takde. Tengok!! betapa nervous nya aku nak menghadap lakonan seorang Nubhan. Hahhahaa. So, esoknya balik dari kerja, aku pun tengoklah. Subhanallah!! Astarafirullah Al Azim..!! Adoyaiiii....ok, tu je lah yang boleh menggambarkan aku. Hahhahahahaha

Sebetulnya, aku tak nak merendah-rendahkan dia, aku sayang kerjaya dia, aku tahu susah dia nak bangunkan kerjaya dia sampai sekarang. Laluan Nubhan bukan sama ngan laluan Hafiz, Stacy, Hazama semua tu.. Laluan dia susah. Aku hanya mengharapkan yang terbaik untuk dia. Tapi selepas episod terbaru pada 13 November yang hanya aku tonton pada 15 Oktober, aku rasa baik tak payah berlakon lah.. (Okay, aku memang kejam!!!..tskkk..tskkk..)

He is a VERY GOOD singer, tapi not so good actor. Walaupun ada improvement since drama pertama dia suatu hari di hari raya ( yang aku labelkan as buruk tahap maksimum) , Tapi belum cukup asam garam untuk diletakkan sebagai hero. Lagi baik dia menyanyi lah sedap-sedap supaya dia jadi penyanyi yang ternama. Letak bidang lakonan di belakang. Dengan skrip macam hampss, arahan pun cam hampss jugak, benda ni tak menjamin apa pun. Kalau serious nak berlakon, cari drama. Bukan maksud aku drama jer!! Tapi drama!! Okay, tak paham?

Drama ( yang pertama) : Yang orang kita merujuk kepada TV series or telefilem yang ditayangkan di TV

Drama ( Yang kedua)  : Genre sesuatu TV series or telefilem. Boleh jadi genre horror, action etc..etc...

Untuk menjadi pelakon sebenar, cari lah skrip yang bagus, carilah pengarah yang bagus, yang boleh membentuk lakonan ala teak wood dia tu. Dia boleh berlakon, memang boleh. Tapi dia masih perlu banyak belajar, dan jangan selalu terjun ke naskah yang membuka ruang untuk orang-orang sekeliling dia jadi pengkritik kejam. Hahahhahaha. Jangan harap untuk aku dan kawan-kawan untuk memuji kalau hasilnya tak sampai standard. Aku akan puji kalau betul kena dengan caranya. Tapi kalau setakat AKU............ setakat ni belum mahu memuji.

Sekian Terima Kasih

p/s : Sorry, aku tak makan dah muka ala-ala patung Barbie or patung Ken. 


Sunday, October 6, 2013

Pembikin filem tidak penuhi harapan rakyat - Dr. Anwar

Aku tak cakap kosong bila aku kata Filem Malaysia belum sampai tahap yang boleh dibanggakan. Bukan tak ada filem yang cukup bagus,  tapi masalahnya terlalu ambitious. Filem sepatutnya enlighten, illuminating... bukan confusing. Filem yang artistik buatan tempatan terlalu artistik sampai tak boleh dicerna masyarakat marhanin macam aku. Ada filem yang mudah difahami, tetapi terlalu santai & terlalu ringan untuk memberi apa-apa input. Apalagi untuk dijadikan contoh pemikiran.

Jujurnya pembuat filem lebih banyak mengikut citarasa peminat remaja dari cuba memuaskan pemikiran umat dewasa. Kami perlukan filem yang tidak terlalu keras penyampaianya, tapi cukup serba serbi untuk dinobatkan sebagai sebuah filem, bukannya sebuah telefilem yang ditayangkan  di layar lebar. Sekurang-kurangnya justified our RM 12.00 yang dilaburkan untuk berhibur Dalam pada itu, untuk mendapat sedikit maklumat, sedikit daya pemikiran dan sedikit untuk diperbincangkan.

Penonton pun lah kannnn... Jangan lah nak tengok wayang, dok nak ketawa atau nak jamu mata dengan pelakon hensem/ cantik saja. Cuba bagi diri sendiri filem yang membina sikit. Kalau sikap macam ni berterusan, kita buat je lah filem rempit...rempit...rempit. Masuk tahun 2020 pun kita still buat tribute untuk pelesit-pelesit rempit ni.

KOTA BHARU 6 Okt. - Kebanyakan pembikinan filem di negara ini tidak memenuhi harapan sebenar yang masyarakat mahukan daripada pemain dalam industri itu kerana karyawannya terlalu tunduk kepada kehendak pasaran dan tidak berusaha mengembangkan budaya pemikiran yang luas dan matang.

Sasterawan Negara, Datuk Dr. Anwar Ridhwan berkata, lebih banyak karya serius sepatutnya diangkat ke layar perak meski pun menyedari tidak ramai penerbit sanggup melabur.

"Industri filem kita malang kerana kebanyakannya dihasilkan hanya untuk memenuhi kehendak pasaran yang dikuasai golongan muda sedangkan kita perlu mengangkat karya sastera bermutu seperti novel ke layar perak sebagaimana penggiat di Barat dan Jepun lakukan.

"Walaupun Barat dan Jepun menghasilkan banyak filem komersial, mereka tetap tidak lupakan karya-karya sastera," katanya ketika berucap pada Wacana Kesusasteraan Melayu Dalam Era Teknologi Maklumat anjuran bersama Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur di sini hari ini.
Kira-kira 500 peserta daripada pelbagai golongan menghadiri program yang disempurnakan perasmiannya oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri, Hanifa Ahmad.

Seorang lagi pembentang kertas kerja pada majlis itu ialah pengasas laman sesawang e-Sastera.com, Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas. - UTUSAN ONLINE

© Utusan Melayu (M) Bhd 


p/s : Jangan salahkan surat khabar bila bahasa buruk. Tu semua sebab diri sendiri. Ko baca herald tribune pun kalo bahasa ko dah macam tahap longkang, tetap tahap longkang juga. Ngerti???

Wednesday, October 2, 2013

Tentang Kapal Karam, Seorang Viking & Beberapa Ekor ULAR

Aku pernah cerita tentang filem dari Indonesia kan? dan aku pernah posting pasal novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck juga. Memang aku tunggu filem ni even tayang bulan December nanti aku tak sure nak tengok kat mana. Hahahhahaa. (ketawakan diri sendiri)

Seingat aku, filem Indo yang pernah aku dengar tayang di Malaysia hanya filem Perahu Kertas. Itupun hanya di TGV Suria KLCC. Filem lain tak ada, even blockbuster camne pun. Jadi, hanya tunggu kalau Astro First atau Astro Best nak tayang nanti. Lagi tak tahu berapa lama lagik daaaaa...hahahhaha..

Yesterday Soraya Film dah relase official poster for this film.....


TAARAAAAAAA!!!!!


 Zainudin, Hayati & Aziz. 

So damn excited nak tengok macam mana pengarah nya mengintrepetasi naskah novel tahun 1930an  itu ke filem. Nak bayangkan sesuatu yang dalam imaginasi orang lain ke bentuk visual selepas lebih 70 tahun bukan satu keje mudah. Lagi-lagi involve sebiji kapal. The whole set must be huge. The costume, the dialect... So many things to explore. And furthermore, ni karya HAMKA. So, expectation dari penonton mesti lah tinggi kannn...

Cast untuk filem ni adalah pelakon-pelakon muda. Herjunot Ali & Pevita Pearce dari filem Blockbuster 5CM & Reza Rahadian dari Mega Blockbuster Habibie & Ainun.

To be frank, aku tak pernah tengok Hejunot Ali berlakon sebab belum tengok mana-mana filem dia. But I heard a lot  that he is a very good actor. So, there's a good chance that Zainudin akan "hidup" di tangan Herjunot Ali.  Pevita Pearce aku pernah tengok dalam filem omnibus DILEMA. So, I know la sikit-sikit pasal gaya lakonannya. Tak dapat nak judge lagi sebab potion dia dalam Dilema tu sikit je. But, she must be good. Leading lady ni!!  Reza Rahadian rasanya ramai dah tau tentang reputasi dia. Tak sabar nak tengok cara dia interpret Aziz yang bongkak dan berlagak tu. Another epic performance from him? tungguuuuu...

Okay tu je pasal kapal Van Der Wijck.

Cerita dalam negara pulak, semalam aku tengok trailer filem ULAR keluaran KRU. Terus terang aku tak tengok Vikingdom sebab aku sibuk kerja. Outstation tiap minggu, tak ada masa nak pi nongok kat cinema. Sedih pun ada. Huhuhuhu. So, nasib vikingdom pun sama je lah. Astro Best atau Astro First. Either one pun aku tetap bayar untuk filem tempatan jugak kan. Hehhehehe...

Nak komen tentang Vikingdom, memang tak boleh sebab tak tengok. Yang aku tengok hanya The Making Of..... & Trailer je. Judging from there, ok per Filem Malaysia kalau idea bagus. Kita ada kepakaran CGI. Nak bandingkan dengan Hollywood memang la tak boleh. Dulu-dulu Hollywood masa baru-baru nak buat CGI pun bukan terus cantik. Kartun gak. Give them times, give them chance to explore... Lepas ni mesti lagi banyak filem bertaraf 5 bintang akan keluar.


Dalam dua hari lepas,  KRU release pulak trailer ULAR. So, aku dengan laju nya bukak youtube. Adehhhh... Kenapalah Ular. Aku memang menyampah tahap ultraman dekat ular. Gelinya tu sampai tengok gambar pun rasa meremang satu badan. Tapi aku nak tengok Yusry berlakon. Dah camne? tengok time bercakap je? time ular keluar tutup mata? adehhhhh... Lagi sekali, kenapa ularrrrrrrr. Buatlah kucing ke, arnab ke.

Kucing makan orang!!!! Grrrrrrrr!!! 

Camtu!! hahahhahaha


Posternya yang sangat menggelikan satu badan. Batik-batik ular spesis apa aku pun tak tahu ni sangat meremangkan. Rasanya ini first kot filem tempatan yang bertemakan sejenis haiwan. Ular nak panggil haiwan ke? cam tak kena je. Anyway, ini filem yang pertama lah tentang keganasan makhluk ALLAH yang satu ni. Nak tak nak, mesti orang akan bandingkan dengan filem ANACONDA. Tak po lah, yang aku tahu Yusry tak blakon filem anaconda. Hahahhahahaha.... Belasah!!!!

Dah lama tak tengok Yusry berlakon since......Errrrr...since? Errr dah tak ingat. Aiyyoo!! and I called myself KRU's fan? Maluuuuuu... Hahhahaha. Since forever lah. senang citer. So, ini lah chance nak tengok lakonan terbaru beliau. (hehheh). InsyaALLAH aku nak pi tengok lah ni... Doakan aku nak pengsan dalam cinema Disember nanti sebab tengok ular banyak... Tsskkk...tssskkkk..

p/s : Melaka, Seremban, Melaka, Seremban..... beli kapal terbang lah senang!!..


Poster Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck credit  to Soraya Film, Vikingdom & Ular credit to KRU Studios.

Sunday, September 29, 2013

Arwah Busu, Tudung dan minat yang makin menurun

Dah lama ni baru aku ada kekuatan untuk menulis something tentang arwah adik abah aku yang aku panggil Busu ni. Antara ramai-ramai adik beradik abah, aku adik-beradik memang paling rapat dengan busu & maksu. Walau jarang balik kampung dan jumpa dengan mereka, tapi bila berjumpa, mereka ini lah yang paling boleh dibuat kawan sebab memang suka layan otak sempoi anak-anak saudara.

11 September 2013 aku kehilangan busu. Terus terang aku kata, masa aku datang melawat dia di hospital Kuala Pilah 2 minggu sebelum itu, aku dah agak dah. Tak tahu kenapa, tapi ini memang rasa hati aku yang dari dulu tak pernah fail. Aku masuk dengan Abah ke ICU tu, bila aku nampak muka Busu, air mata turun sendiri. Tapi aku tahan juga. Sampai aku tanya, " busu kenapa jadi camni?" Bodoh gak la soalan tu. Memandangkan pelawat hanya dibenarkan melihat saja, aku tengok saja lah, tak tahu nak cakap apa. Then masa nak balik, aku panggil dia macam-macam, paksu lah, busu lah, apa lah... aku tak tahu kenapa lidah jadi berbelit-belit.

Berapa lama sejak Arwah Uwan ( Mak Abah) Meninggal, baru kali ni aku nampak abah menangis. Tak ada apa yang lebih menyedihkan dari melihat abah menangis. Mak? Mak memang selalu menangis. Mak tu air mata dia macam air aip. Bila-bila je bukak tab, kuar lah airnya. Hehhehe.

Oraitt, cukup!! Aku dah tak mahu tulis lagi pasal Busu. Sebab makin aku tulis, makin aku rasa kehilangan dia. Semoga Busu tenang disana, adik sentiasa doakan Busu & semua keluarga kita. Tiap-tiap hari....




OK!! Ni cerita pasal tudung pulak. Seperti yang semua tahu, aku baru je pakai tudung. Hehhehe..baru tak baru gaklah, dalam 2 tahun lebih. Nak aku kata apa? MEMANG PAYAH nak jaga tudung ni kalau hati tak kuat. Aku ada nampak beberapa kawan aku yang katanya nak berhijrah memakai tudung. Ada lah pose sekali dua kat Sosial Media, pakai tudung cara hijabista. Senang cakap, aku tak suka sangat perkataan BERHIJRAH ni. Sebab apa? HIJRAH tu besar maksudnya. Kalau sekadar pakai tudung je, yang lain belum sempurna, tu bukan hijrah namanya.

Tapi yang tak bestnya, tiba-tiba letak gambar tak pakai tudung pulak. Dah kemana niat hijrah nya?

Senang macam ni, kalau hati belum tetap, JANGAN!! Jangan buat sebab nak pujian orang. Buat kerana LILLAHITAALA. Hal pakai tudung ni boleh jadi sensitif. Bukan pakai tudung tu macam pakai mekap. Kejap ada kejap tak ada. Once sarung atas kepala dengan niat nak mula tutup aurat, sila lah pakai terus. Tak malu dengan kawan-kawan, malu lah dengan ALLAH. Malu lah dengan diri sendiri.

Yang lagi buat aku terfikir.. Ni fikir hal orang, bunyinya macam jaga tepi kain orang pulak kan? Tapi terfikir, apa yang dalam fikiran mereka ni, sekali tunjuk kata nak start bertudung. Lepas tu tak berapa lama, bukan main seksi dengan sleeveless nya. Relevan ke macam tu?  Kalau belum rasa niatnya tetap, jangan pakai. Aku dulu pun macam tu. Mula pakai rasa best je pakai tudung. Lepas tu mula rimas sebab panas. Mula fikir nak bukak tudung. Pas tu, malu dengan diri sendiri. Hehhehe..Padan muka!! 

Sekarang ni aku cuba lah perbaiki apa yang tak betul. Tapi untuk betul-betul menutup aurat dalam konteks yang sebenarnya, aku masih belajar. Masih ada yang tak betul sana sini. But...... kita perlu belajar. Sesuatu yang drastik tu kadang-kadang bagus, kadang-kadang tak bagus. So, belajar lah satu-satu. Semoga nanti akan lebih baik.




Ni pasal sesuatu yang telah menurun dan terus menurun........................................................


Minat aku telah menurun dan terus menurun dan terus menurun dan terus menurun dan terus menurun dan terus menurun dan terus menurun dan terus menurun dan terus menurun dan terus menurun dan terus menurun dan terus menurun dan terus menurun...............


Aku dah kurang minat nak buat event. Aku dah letih. Mungkin sebab tekanan kerja. Aku letih outstation setiap minggu mungkin. Tu sebab aku rasa malas dan kurang berminat nak buat event yang memerlukan 100% perhatian aku. So???? Boss?? mana Boss???  Boss.... saya letih la. Rehat sekejap boleh?

p/s: Kelabu mata asyik tengok dia...................

Sunday, September 8, 2013

Adaptasi Novel ke Filem, Drama, Drama bersiri

I'm in the mood of WRITING. Opss!!! No!!  I mean.... TYPING

Kebelakangan ni banyak GILER Novel yang difilemkan, di drama kan, di drama bersiri kan. Nak kenal mana satu naskah original dengan naskah novel senang je. Berikut adalah tips yang paling mudah.

1) Nama dalam Novel memang agak lari dari nama kebiasaan kita dengar atau kita lihat di IC orang Malaysia. So, kalau baca sinopsis dan nampak namanya bunyi cam pelik sikit. Cuba google. WAJIB datang dari Novel.

2) Hero / Heroin mesti larger than life tahap kehenseman / Kejelitaan nya. 

3) Ceritanya cam ni :

* Hero & Heroin jumpa secara eksiden nya. Atau diperkenalkan oleh ibu bapa masing-masing
* Tak suka satu sama lain
* Kena kawen paksa
* Mula-mula tak suka
* Pastu menggatal plak
* Then ada pompuan / lelaki lain comes in between
* Gaduh big time!!
* Baik balik..... HAPPY ENDING

4) Ada watak jahat yang jahat cam mak pak tak ngajo mengaji pun. Kadang-kadang watak tu sekolah tinggi. Tapi tah kenapa bodo bertingkat-tingkat

5) Yang datang ngaco pasangan bahagia tu kalau tak kaya, mesti model, tak pun anak tan sri, dato', menteri.

Hahhahaa.. banyak lagiklah, korang fikir lah sendiri dan buat perbandingan dengan banyak lagi filem atau drama yang telah diadaptasikan.

Kenapa mesti buat adaptasi dari novel yang sama je temanya? Cuba buat adaptasi novel Ramlee Awang Mursyid tu. Yang first aku baca was, ADAM. A very good novel. Kenapa tak ada yang berani nak adaptasi kan? Takut tak laku ke apa?.Sebenarnya, bukan ADAM saja yang bagus, banyak lagi tulis RAM yang bagus. Aku ada baca few of them. Kalau nak buat adaptasi ni memang terbaik.

Cakap pasal Novel ni, recently aku pergi kedai buku dengan kak Saba. Dia nak beli Top Up handphone anak dia. Kebetulan kedai buku tu just a few shops dari kedai mamak tempat kami breakfast. Tengah dia beli top up, aku belek-belek buku kat situ. Kedai tu jual buku-buku agama. Only few novels ada dijual.

Dok belek-belek, ternampak satu novel "Tenggelamnya Kapal Van Der Wjick" tulisan Prof Hamka. Aku macam ingat-ingat lupa. Pernah dengar tajuk ni tapi tak sure apa ceritanya. Then kak Saba kata, tu buku bagus, dia baca zaman dia skolah dulu. Buku lama. Okay, kak Saba skolah awal tahun 70an. Sebelum aku lahir lagik. Hahhahaha.

Aku ambik dan belek-belek. Baca kat dalam, Bahasanya memang boleh tahan. Boleh tahan apa? Boleh tahan susah nak baca. Semua orang tahu HAMKA adalah sasterawan dari indonesia. So, buku nya tak kan dalam bahasa Melayu pulak kan. Aku buat sikit quick reading. Since aku tak suka novel yang menggunakan nama modern yang buat otak aku jem nak ingat satu-satu, aku fine dengan nama Zainudin, Hayati & Aziz yang appear dalam novel tu.

So, aku pun beli lah. Dengan harapan aku boleh kenal dengan this piece of art. Kak Saba memang akan aku pertanggungjawabkan kalau buku ni tak best. Dia yang beria-ia kata best. ( Please take note that I am NOT an ulat novel...) So, esoknya aku bawak ke Melaka sebab aku ada kes di Melaka. Malam tu tinggal sorang di hotel, aku try baca.

Hampssppspss!!!! !%$#$%!((&!#&&^ Mana hujung mana pangkal??? Payah nya bahasa!! Hahhahaha. 

Sebab nak buktikan yang aku boleh baca, aku gagahkan jugak.Cabaran kak Saba ni harus di ambil dengan penuh semangat. Akhirnya dalam masa beberapa hari *due to kesibukan aku dengan hal-hal keje, hal anak-anak sedara, hal kawan-kawan* aku pun habis membaca nya.

Komen? Ini cerita lama. Khabarnya originally diterbitkan pada tahun 1930an. Method of communication adalah dengan menggunakan surat. Tak de handphone, tak de FB, Twitter etc. Baca dengan set di kepala, keadaan adalah sangat primitif. Ada satu part bila Zainudin sakit sebab kecewa Hayati kahwin dengan Aziz. Itu jelas menunjukkan pada zaman tu cinta mati memang ada. Zaman sekarang, ko kawen..kawen lah. Kejap je aku sedih, pas tu aku carilah orang lain ajak kawen. Hahhahahahaa... Kita selfish peoples. Bukan macam orang dulu-dulu.

Kisah dalam novel ni memang melankolik. Lagi-lagi latar ceritanya penuh dengan adat. Orang dulu-dulu memang berpegang teguh pada adat yang kadang-kadang kita langsung tak faham kenapa kan? . Okay, not my place to comment about those adat. so, lets skip this part.

Kapal Van Der Wjick memang literally karam. Karam di hujung cerita. Tapi up to the readers la nak interpret macam mana. Sebab kalau dalam konteks filem, adegan karam tu hanya dalam 2/10 of the whole story. Pada pandangan aku, yang lagi teruk karam sebenarnya adalah Zainudin. Lepas Tu hayati. Aziz memang tenggelam terus sebab bunuh diri. (That is one stupid arrogant man. Patut Hayati abaikan saja dia dari awal cerita. Hahhahaa)

Only couples of days after that. After aku search review tentang novel ini di internet yang aku tahu novel ini telah difilemkan. Scheduled to be released in December this year.

You know what is the most interesting part of this adaptation?? THE SHIP!!!

Persoalan-persoalan ini akan jadi sangat significant ....

How big was Van Der Wjick?
Adakah cantik macam Titanic?
How many peoples kat dalam tu?
Mereka macam orang dalam kapal Titanic jugak ke?
Macam mana ye mereka duduk dalam kapal tu?
Macam mana rupanya Van Der Wjick bila berlabuh di perlabuhan?

Dan yang paling menarik,

Bagaimana rupanya ketika kejadian tenggelamnya kapal tersebut.

Okay, nak tau, kenalah tunggu bulan December.
(Nak tunggu kat mana pun tak tahu.. hahhaha..sedeyyyyy)

p/s : Nak tengok drama bersiri "adik" ku itu siar di TV3 tak lama lagik, seram kaki tanganku....

I wish I can............

As some of my friends know yang aku bekerja di Mahkamah Perusahaan yang lokasi nya di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Yang semua..I mean SEMUA orang tahu, Dataran Merdeka ni memang tempat pelancong.

Kerana itulah sesuatu yang sangat inspiring pada aku bila melihat pelancong.

This is my dream. I wish I can do this one day..........

* Go to satu negara di Asia Tenggara  ni. negara jiran-jiran pun boleh. Yang tak susah nak cari makanan HALAL.

* Check in satu hotel....or banyak hotel. Tapi yang murah lah kannnn...

* Jalan suka hati aku ke mana aku suka dalam city diaorang. Dapat jalan kaki dalam town lagi baik.

* Pakai Bas, Tren, Teksi or whatsoever. Janji pengangkutan awam yang murah.

* Masuk je suka hati mall diaorang...ahhahahaha

* Lepak kedai makan, lepak cafe, lepak kedai kopi... buat macam negara sendiri

* Tak payah pergi museum, tak payah pergi tempat buat kraftangan

* Tak payah dengar penerangan dari para penjual barang yang memang SURELY aku TAK AKAN beli.

* Bercakap dengan rakyat tempatan. Tak tahu cakap bahasa mereka... Broken English surely can kannn...

* Tengok wayang diaorang.. Hahhahahahhaa.. Be it negara mana. Best kan dapat tengok filem tempatan     dengan rakyat marhain.

* Makan makanan tempatan di tempat yang mereka kata sedap tanpa fusion. Contoh : Makan ambuyat kat Brunei, ambuyat kosong. Tak le bancuhan tu diletak perasa durian ke, perasa coklat ke... * I hate makanan tradisi di fusion kan*

* Wish dapat tengok local shows by local artiste... Kan best kalau dapat tengok show dengan pandangan rakyat mereka sendiri.

* Tak ada orang kata " Okay.. I give you half an hour, meet here at bla..bla..bla...." Sedangkan masa tu tinggal 20 minit je. Hey!!! Where's another 10 minutes buddy?????

* Beli cenderamata yang bukan keychain, beg syiling, tshirt.. etc..etc..etc.. Ermmmm apa tah yang bukan tu?? Entah!! Tapi tak mahu aih. Nak yang lain plak.

* Tak pergi dengan satu bas macam pelancong gilak!!! Cukuplah paling ramai 3 orang. Atau 4 orang pun dah ramai. So, jalan-jalan nya lebih seronok


Okay, tu yang aku nak buat. So, anyone care to join me? hahhahahahhahahhaa.. Ni projek keje giler namanya. Anyone with some kegilaan tahap tertinggi di approve untuk menjoin. Hahhahahahaa


p/s : I wish to see........................................ Errrrr.........Errrmmmm...........Nevermind!!!

Sunday, August 18, 2013

Filem Dari Seberang

Bila bercakap pasal seberang, mesti yang akan terus pop up in mind adalah Indonesia kan. Padahal Singapore pun seberang gak. hahahhahaa. Okay, MEMANG aku akan bercerita tentang filem dari seberang iaitu filem Indonesia. Bukan dari seberang tambak Johor..Hehhe. Kalau ada filem bagus dari seberang tambak johor apa salahnya ditonton, kan?

Actually aku bukan penggemar filem Indo. Mainly sebab dulu diaorang banyak filem remaja yang masih belum matang. Bercakap pun terjerit-jerit cam semua orang pekak.Tapi selepas aku menonton LASKAR PELANGI secara tak sengajanya di TV, aku dapati filem Indo ni tinggi nilai bahasanya. Tinggi  nilai estetika dan visual nya sangat cantik  Seriusnya, selepas tu aku tengok Laskar Pelangi berkali-kali sebab filemnya sangat cantik. Laskar Pelangi lah yang menukar presepsi aku terhadap filem-filem keluaran Indonesia. Teringat aku pernah discuss dengan seorang warga Jakarta di Facebook tentang filem ini. Dia dengan selambanya kata, "Indonesia memang banyak filem sebegitu." Apparently dia lagi berminat dengan Amy Search , kumpulan Iklim & Siti Nurhaliza. Hahhahaa....Adooiii.


Biasanya aku agak choosy kalau nak bazirkan masa untuk tengok TV. Ini adalah antara filem yang langsung tak bazir masa aku menontonnya :  HAFALAN SHALAT DELISA.  Filem ni aku tengok kat rumah harney sebab abah dia subscribe Astro first. Mula tengok macam tak paham hujung pangkal. Then bila dah berpusing sampai sepanjang hari kat TV tu, aku pun tumpang la tengok sama.

THAT was the best film yang aku tengok tahun tu. Campur lah filem dari negara mana pun. Lagi-lagi filem melayu yang ntah apa-apa tu. Penyampaian nya lembut, tapi tegas. Sebab kan filem tu lah aku cari balik macam mana kejadian tsunami di Acheh. Mesej nya sampai, walau apa pun ujian dari Allah, kalau betul cara penerimaan nya, tak akan jadi teruk sangat lah hidup ni. Kudos to the script writer.... Seriously!!

Lepas filem HAFALAN SHALAT DELISA, aku dah tak banyak menonton filem Indo. Aku banyak dengan filem-filem  Hollywood, banyak dengan American TV Series . Bukan aku kata aku tak nak sokong filem tempatan. Tapi kalau dibuatnya lah filem yang berkualiti dari segala segi, mesti aku pergi tengok. Kualiti bukan mesti nak cerita pasal gangster je. Tapi aspek lain pun boleh jadi kualiti juga. Ni nak kualiti, mesti nak filem yang hitam. Aishh..yang putih tu lagi cantik lah...

Hari raya baru-baru ini aku tak buat apa-apa. So, aku browse lah astro tu. My mom subscribe astro Indo Pek. Okay, mak aku memang peminat tegar Sinetron. Cayalah, mana-mana suri rumah pun layan gak sinetron. Hahahhahaa. Tapi aku tengok tu channel PELANGI. Banyak pulak filem baru-baru dan yang tak berapa baru yang bagus yang ditayangkan untuk hari raya. Satu petang tu, aku terserempak dengan Filem PEREMPUAN BERKALUNG SORBAN atau boleh di translate kan kepada "perempuan dengan serban dilehernya" ( tengok poster filem, faham dah kot)

Leka aku tengok filem tu. Semua emosi masuk dalam filem sampai rasa nak masuk dalam TV pi tumbuk muka Samsudin. Haahahhaa. Hambek!! Emosi tol aku tengok TV. Bila tah Malaysia nak buat filem Islamik camtu agaknya. Ni asyik buat filem hantu, filem komedi, filem gangster. Buat filem islamik tak laku eh? buat cincai cam roti kirai memang la tak laku.

Aku ada baca tentang kontroversi filem ni. Not my capacity untuk memanjangkan komen tentang kontroversi whatsoever. Tengok jalan cerita, tengok kualiti filemnya, tengok kualiti actors & actresses nya dan tengok penyampaianya. Tak payah fikir apa-apa. Kenyataan nya memang ramai lelaki macam Samsudin, Be it agama apa pun.


Then aku tengok a few filem yang tak islamik, tapi agak bagus dari segi penceritaan. Tapi ada satu filem buat aku gelak baca tajuknya. ALANGKAH LUCUNYA NEGRI INI. Tajuk apakah ini??? So... aku pun tengoklah. Kisah anak-anak jalanan yang mencopet a.k.a mencuri. Kisah simple tapi sarat dengan mesej. Actually kalau faham bebetol. filem ni satu kritikan sosial kepada suasana politik dan corruption dalam pentadbiran negera mereka. Dalam gelak-gelak tengok gelagat budak-budak tu, memang terasa pedasnya kalau dah termakan cili. Tapi ending buat kita fikir balik, apa pulak jadik ngan Muluk yang kena tangkap polis tu? Kesian pulak, baru je nak belajar driving. Hehehehe.

Terbaru aku tak tengok kat Indo Pek. Tapi aku Subscribe Astro Best. HABIBIE & AINUN. Dah lama aku dok cari filem ni. Mula dengan aku yang hari-hari dengan Suria FM, hari-hari tu lah dengar lagu Cinta Sejati BCL tu. Bila tang nak(illegally) download kat 4shared, ternampak tulis OST HABIBIE & AINUN. Apa tah filem ni. So, aku Google.....jumpa wiki....lepas tu jumpa youtube... lepas tu hehehhehehe... lepas tu subscribe astro best yang "langsung tak bagi chance even dah record pun bleh ilang" tu. Hampppeessshhh.

Oooooo Ini filem bukan main-main punya. Boleh buat lekat dari mula intro sampai end credit. Haishhhh!!! mujur pak Habibie dah tua. Kalo tak...??? (Kalo tak, apa? ) hehehhehehe...


Okay, simpan dulu the sweetness of the couple. When talk about biopic atau biografi orang yang masih hidup, memang susah nak buat. Kita pernah buat untuk Tun Mahathir &Tun Siti Hasmah di teater. Yang mana aku tak dapat pi tengok sebab tiket manjang je tak der. Ini memang keje yang sangat susah. But the actors in Habibie & Ainun really nailed it. memandangkan hayat satu-satu filem yang di beli dari astro best hanya DUA hari a.k.a 48 jam dan walaupun telah dirakam dengan PVR nya yang canggih itu masih hilang juga, actually aku tak dapat menonton filem ini at one length. Maksudnya dari mula sampai habis. Aku mula, lepas tu terhenti sebab anak sedaraku tukar channel. then sambung lagik. Pas tu terjumpa dah tengah, terjumpa dah nak ending. So, akhirnya aku tengok kat youtube je lah. Hahhahahahhaa....

Aku ada a few lagi yang masih aku belum tengok. Insya-Allah aku akan slow-slow cari few of them. Jangan cakap tengok filem Indo low class. Sebab bila kita tengok balik senarai filem kita, menangis dibuatnya wehhhh... Boleh kira dengan jari mana yang bagus. Salah siapa?? Salah pembuat filem? salah penulis skrip? atau hanya salah penonton yang punya selera low class? Tak mahu education dari filem.

Supply and demand ni benda mudah, kalau dah semua orang hanya nak makan biskut kering, wat pe nak hidangkan nasi lemak sambal paru & ayam goreng??? So.... kita dok la makan biskut kering je dan tumpang lah tergedik-gedik nasi lemak sambal paru & ayam goreng jiran sebelah. hahahhahaha...

p/s : Nonton KARIPAP-KARIPAP CINTA, CUTI-CUTI CINTA & AYAT-AYAT CINTA raya aritu... Rasa nak tampar muka sendiri.. Malu tengok filem melayu yang buruk tahap besi buruk kena campak kat tempat kitar semula.













Errr jappp!!! Hahahahahhaaaa......Opsss!!! harap x de siapa yang perasan...hahahahahhaa... Laaaa....Rikkkkkkkkkkkk !!!!!!!!!!!!

Tuesday, July 16, 2013

A Piece Of Her

Actually aku jarang nak menulis pasal apa yang aku tak pasti. Tak mahu menulis benda yang aku rasa aku tak paham kesahihannya. Tapi yang ini memang seriously amazing.  Kisah budak perempuan yang tak berapa popular masa dia hidup, tapi dia sangat popular bila dia dah mati.

Kisah budak ni start di satu hari 3 June 2012. Alkisahnya, aku bukan suka sangat search apa-apa kat twitter. Apatah lagi masa tu aku baru dengan twitter ni. Apa yang orang buat, aku ikut je. Masa tu kawan-kawan suka sangat search apa yang trending. Nak tahu apa yang trending malam tu? #yasminhunwick. Well..sapa tah manusia ni?. So, aku tekan la search button tu. Yang keluar dari nama ni adalah sorang budak perempuan tingkatan 5 dari Langkawi. Owhh..bukan mat saleh. tapi partly mat saleh.

Aku mula search nama ni di Google. Lagi aku search lagi aku boleh baca macam-macam cerita. Sebenarnya Yasmin ni adalah blogger. Pakai tudung dan sangat comel. Aku mula wonder why budak perempuan ni jadi famous sekelip mata macam ni. Padahal kes dia adalah kes kemalangan. Bukan kita tak pernah baca apa itu kemalangan kan? Kita baca kat paper, setiap hari ada kemalangan maut. Kalau dia bukan selebriti...kenapa orang nak bercerita tentang dia? So, I go digging HER BLOG .

Dia memang bukan selebriti...tapi dia ada something yang telah membuka minda ramai orang. Dia cerita tentang sesuatu yang sangat mengerikan not long before her death. Kalau baca blog dia, dapat kita tangkap yang dia budak biasa, remaja biasa yang menulis dengan bahasa budak-budak, yang hidup gembira dengan family dan kawan-kawan. Something so common. Tapi entry tu yang buat dia jadi lain dari yang lain.

Aku masih baca blog dia walaupun blog tu sekarang ni disambung oleh mak dia. Her father is mat saleh, tapi the way he wrote dalam blog tu... Man!!! Aku pun tak pandai tulis cam tu. Sometimes rasa sedih sangat kalau baca tulisan ayah dia. Maybe sebab cara ayah dia menulis tu lemah lembut sangat & penuh kasih sayang.

Baru-baru ni, aku nampak ada novel yang telah dikeluarkan in honour of her. Keuntungan dari novel ni akan disedekahkan ke tabung Palestin. Semoga usaha si penulis di berkati Allah hendaknya. Tengok!! kalau orangnya baik, dan meninggal pun masih ada orang yang nak usahakan untuk mendapatkan pahala untuknya.

Kisah Yasmin memang amazing. Maybe ada orang rasa ianya diperbesar-besarkan. Tapi percayalah, kalau buka hati, buka mata....baca balik apa yang ditulis oleh arwah, ibu dan ayah nya... There's something for you to think about actually. Siapa sangka, arwah akan jadi sepopular ini selepas kematiannya? Maybe dia sendiri pun tak pernah sangka.

p/s : Al-Fatihah

Tuesday, May 28, 2013

Brunei Again

My second time to Brunei Darussalam.

Kalau aku sebut je nak pergi Brunei, mesti soalan yang sama akan keluar "Apa yang best di Brunei?"

Ok....aku nak jawab pun x tau camne sebab aku pun x ada idea nak cakap apa yang best pada pandangan orang. Kalau aku kata best, orang lain pulak kata tak best. Kalau aku kata tak best, ada plak yang kata best. So, benda tu subjektif. Pergi experience dulu baru judge tahap best nya camne.

So.......... this is like revisiting the old wound. Macam tempat jatuh lagi dikenang, inikan tempat bercakaran. Hahahhahahhaa... Brunei memang negara luar. Tapi brunei la yang menyaksikan the collapse of a relationship. A friendship yang dulunya macam isi & kuku.

Tak payah la nak cerita details. Tapi aku akan balik ke rumah tu. The same corner yang aku duduk menangis sampai bengkak muka. The same corner yang aku try "bakar" rambut & tengkuk dia. The same space kami makan tanpa bertegur sapa. The same room yang aku jadi stranger. Then maybe kembali ke Masjid yang kami fake the picture. Yeah!!!! dia memang tak suka aku masa tu. What more to say??

Masuk International Airport Brunei esok, tak ada orang tunggu ngan kamera dah kot. Hahhahahahaa.... Yang lawaknya ada orang ingat kami pergi Brunei dulu sebab rombongan fan club. Ada yang ingat kami datang ikut show. Salah!!! semua salah. kami datang untuk bercuti. Tapi kami end up tak bercuti.

Tak ada apa nak cerita lagi...We're good. Rindu dengan Jollybee. ada sesiapa nak belanja tak?? Ahaha!!

p/s : Tak beli dah apa-apa... sebab kali ni pergi bukan nak beli barang. Saja nak revisit orang-orang Brunei.

Wednesday, April 10, 2013

Vacation Time !!!

Tajuk macam apa tah kan...

Memandangkan aku & Harney adalah orang yang hari-hari. Diulangi,  HARI-HARI liase dengan fans Nubhan, so apa yang dapat kami simpulkan disini adalah, Fans Nubhan nak bercuti dengan dia.

Dua kali dia menyertai percutian ke Beijing & Korea, tak ramai fans yang dapat turut serta. Selain faktor umur fans yang masih muda & masalah kewangan. Satu lagi faktor adalah ramai yang tak ada paspot antarabangsa.

So, setelah di kaji dan dibincangkan bersama Nubhan & management nya, kami sepakat nak buat satu percutian di dalam negara untuk fans Nubhan yang sangat comel & cute-cute belaka tu.

Details akan kami umumkan di Fanpage, Group, Blog, Instagram, Twitter, Youtube etc..etc.... dalam masa terdekat ini... Tunggguuuuuuuu

So, jumpa kamu semua di percutian pertama Nubhan bersama peminat-peminatnya di dalam negara. Harap semuanya bergembira nanti. hahahaa

p/s : Kira duit..kira duit...kira duit. Saya dah jadi calculator since 2009. Proud of myself since my math pun sekadar di pinggiran je. hahhahahaha

*Gambar cute tu dapat dari pakcik gugel*

Sunday, April 7, 2013

ABPBH @ Stadium Putra Bukit Jalil

Kan aku dah kata, aku nak tengok ABPBH ni. Memang aku tengok pun. Tengok live kat Bukit Jalil lagik.

Kami dapat 15 tiket dari Kak E. So..aku, Harney, Angah, Syafiq. Then Ajoy & Kawan-kawan nya ada lagi 5 orang. Kai & dua orang kawan serta Nursyi dengan sorang kawan. Cukup 15 orang.

Aku malas nak cakap lah pasal anugerah ni. Kami datang sebab nak support Nubhan sebagai presenter. Dia present award dengan Neelofa & Anzalna. Untuk anugerah apa aku dah lupa dah sebab aku dengan harney dok leka main video cam & handphone. Hahahhahaa

Komen aku tentang penampilan Nubhan? ( Aku hanya nak komen dia je. Sebab orang lain aku tak kenal..hahha)

Frankly tak nampak spark pada penampilan dia. Maybe aku tak nampak dia dekat kot. Tapi tak macam kat Anugerah Skrin tahun lepas yang dia pakai baju putih tu. Yang tu nampak style. Yang ni nampak malap plak. Nasib baik putih kulitnya tu. Kalau gelap...wallahualam jadi pe.

Ada komen mengatakan Nubhan sangat soft spoken atas pentas tu.Ye.. dia nampak sangat behave & lemah lembut. Tapi pada aku nampak lemah gemalai. Hahahhahahhaa. Kan aku dah kata, aku kalau pasal kondem dia, memang aku suke sangat!!!

Anyway, good try. Can be better next time.

p/s : Tak boleh nak salahkan orang kalau orang hanya nampak "handsome" je pada Nubhan. Sebab tugas untuk buang persepsi yang dia hanya muka cantik je tu tugas dia sebenarnya. Sekarang adalah masanya untuk dia buktikan yang Nubhan bukan saja "handsome", tapi talented. Mananger dah kelas A dah tu.. apa tunggu lagik? hehehe



Monday, April 1, 2013

SURPRISE!!!!!!!

This will be the best thing ever happened this year.

Caya tak kalau aku kata, nak tipu Nubhan memang sangat payah. Dia selalu dapat hidu apa orang nak kena kan dia.Sampai kami kata dia ada bela hantu ( it's a joke!! , dia tak pernah bela apa-apa kecuali kucing..hahahaha )

So, tahun ni percubaan kami untuk kenakan dia. Yes!!! kenakan dia di birthday dia.

Story board untuk cerita ni direka oleh aku & harney. Manakala pelakon utamanya adalah kak E. Pelakon pembantu pulak adalah kak Faiz. Ceritanya ringkas je, kak E kena ajak Nubhan ke Majlis sambutan hari jadi kak Faiz. Which actually pada 31 march supaya dia tak syak apa-apa. Nubhan pulak telah diyakinkan bahawa dia yang kena tipu kak Faiz. Haa!! bagus tak cerita ni!!

Semuanya berjalan lancar, aku & harney bekerja macam biasa untuk majlis ni sebaik saja balik dari Korea. Tapi masalah timbul seminggu sebelum. Tiba-tiba Nubhan dapat show di Terengganu. Show pulak jumaat malam. Haywire kejap fikir macam mana nak buat Nubhan datang ke party tu. Sebab balik dari Terengganu mesti dia letih. Nak tak nak, kena heret jugak dia kesitu. So........... it's peranan pelakon utama lah. Memang tabik la dengan usaha kak E untuk "menipu" Nubhan supaya dia datang ke situ.

Tapi bukan tu saja masalah yang timbul. Satu lagi masalah bila ada fans  tweet di twitter yang akan ada birthday celebration untuk Nubhan di Mid Valley. Yang mamat ni, suka sangat check nama dia kat Twitter. Tak pasal-pasal dia tahu pulak. Lagi sekali pelakon utama terpaksa berlakon. Kesian kak E..hahahhahahahaha

Masalah ketiga pulak timbul bila dia contact Harney, tanya kenapa tak celebrate birthday tahun ni. Siap kata nak buat kat RedBox, bilik besar secara besar-besaran. Hijau Biru muka Harney inform aku ngan kak E. Kitaorang cemas sekejap. Tapi still maintain berlakon dan ignore je dia.

Tapi.............. Akhirnya Tipah tertipu jugak. Dia tak ambik pusing pun apa yang fans tweet, majlis yang dia sangka untuk kak Faiz sebenarnya majlis untuk dia. Hahahhaa... Kan dah terkena tahun ni!!

ok, tak nak tulis banyak-banyak lah...... tengok je lah expresi beday guy ni...

 Ok, mula-mula dia risau baju dia tak lawa

 Hehhehhehee

 Hahahhahaaa.. Tak tahu nak buat expresi macam mana

 Gelak lagik

 owhhhhhhhh......haaaaaaaaaaaaaaa

 Untuk kaber gigil, potong kek kena ganas

Oh tak....kena gentleman

 Hehhehhe lagik... Tak sangka kena surprise

 Walaupun surprise, tetap jugak kena nyanyi.... sempat jugak 4 lagu. 

Bukak hadiah yang menimbun-nimbun. Ok what, surprise pun banyak gak hadiah




Dannnnnnnnn.......







inilah orang yang empunya keje....

Your Manager, Your President & Your Secretary


So, apa nak cakap????? SURPRISE!!!!!!!!! Hahahhahaha



p/s : Payah nak tipu orang yang attached to social network. Memang payah gilooo. Suddenly I hate the technology. Hahahahaha

Monday, March 25, 2013

Korea - Day 5

Dah tak ada gambar sebab memang tak amik gambar dah hari khamis tu.

Kami bangun jam 5.00 pagi waktu korea. Atau jam 4.00 pagi waktu Malaysia. Hadoiiii... Memang tak larat dah wehhhh......dah la suhu -4 pagi tu. Beku kepala otak aku.

Lepas sarapan, kami check out dan terus ke Korea Provision Shop. Kat sini Harney beli Seaweeds. Lama dok korea, best pulak makan seaweeds.

Lepas tu kami pun gerak ke Incheon airport balik. Sampai kat sana, terjumpa dengan group K-Pop, Ukiss. Sama flight ke KL. Tak payah ceritalah pasal depa. Aku pun tak minat. Hehehhehehee.

Flight tak delay, just a slight turbulence dah nak sampai KL. Maybe sebab KL hujan kot.

Sampai KL, kami balik ke rumah masing-masing. Happy tapi kepenatan.


Thanks semua sebab sangat-sangat baik dan sporting. Even aku tak berjalan dengan yang lain, tapi mereka tetap orang-orang yang sangat nice bila berjumpa.

Harney &  Nubhan, you guys are awesome as always. Kak E & Kak Faiz, thanks sebab rajin layan karenah kami yang macam-macam. Kak Anis, baru jumpa dah best dah.

This is a great trip. Will come back to Nami Island one day. Belum puas pusing satu island. :))

Bye Korea... Next destination please!!!

p/s : Nanti dapat gambar dari harney, aku letak kat entri lain. Banyak gambar-gambar comel kitaorang. Hehehehehhe

Korea- Day 4

Hari ni hari melawat kedai. Kami melawat Ginseng Outlet, Amethyst, Cosmetic....... semua pakat tengok je lah. Sebab satu pun tak berkenan. Atau lebih tepat, tak cukup ongkosnya. Hahaha. Kat Ginseng outlet tu yang bagi kami info tu orang Malaysia. Dah 8 tahun tinggal di Korea. Oklah, mudah untuk bercakap.


Tengahari tu kami Seoul World Cup Stadium. Masih cantik Stadium ni. Kami diberi masa untuk masuk tengok padang. Tak lah besar sangat, tapi cantik. 

Haa!!! Ini perkara paling best pada aku. Semalam jumpa prayer room, hari ni jumpa player room. Memandangkan kami tak de tempat solat, disinilah kami solat. Kat atas bench tu. Terbaekkk!!!!!. Sejuk memang sejuk lah. Dah la water tab tak ada air panas. Rasa basuh muka dengan air batu.
Kanak-kanak riang jumpa maskot. Hahahhahaa. Dah macam Three stooges dah kitaorang. What to do!! Orang lain datang dengan family. Kami je single. So, inilah cara orang single bergumbira. hahahhahaha

Balik dari stadium, kami makan tengahari kat Turkish restaurant. Nampak sikit je nasi nya. Tapi kenyang jugak. Kuah ayam nya rasa cam kuah spagetthi.

Kami dibawa ke Duty Free shop. Hahahhaa. Nama nya memang duty free. Tapi barang-barang dengan jenama meletop dengan harga yang meletop. So, sebelum salah sorang meletop... kami turun bawah lepak-lepak sambil bersembang. Tak lama lepas tu kak anis turun ajak naik balik sebab jalan keluar kat tingkat 11. Hahhahaha.. opppsss!!!!
Malam nya kami makan kat satu Indian Restaurant. Kedai mamak lah kalau kat Malaysia ni. Masa ni suhu dah drop ke 0 darjah celcius. Giler bapak sejuk!! Kat restaurant ni kami terjumpa orang Malaysia. So, macam biasa.. sesi bergambar dengan artis diatas. Lepas makan.. Aku, Harney & Nubhan pergi beli Strawberry & coklat. Hajat untuk makan Strawberry Chocolate masih belum terlaksana. Hahahhahaa.

Mamandangkan gambar aku & harney tak de. Nah la gambar Nubhan kat Namdaemun Market. Kami jalan-jalan kat street tu beli barang sikit-sikit. Tapi the real shopping time kami berlaku di bawah tanah. Kat Subway. Perghhh makcik tu jual barang murah giler. Siap ada free gift lagi. Last-last habis semua dok shopping kat kedai dia. hahahhahaa.. Makcik kayo!!!!

Suhu kat sini dah makin drop sampai negatif, dengan angin sekali. Brrrrrrrrrrrr... Rasa cam dalam freezer. Cannot lah!! 

Malam tu... kenduri strawberry coklat!! heaven!!! Ahaksss!!!!

p/s :  Penat berjalan, penat gelak.... memang penat!!!

Korea - Day 3

Okey, this is kelakar!!! baju dah mahal. tapi ski tak reti. Jade bagi setiap orang in position, lepas tu dia tolak. Menonong-nonong ke bawah bukit. Aku dok langgar Kevin si Photographer. Hahahahaa. Memang kelakar. Cemas giler kot!! I hate speed. Please note that!!
Kak Faiz pandai ski, dia banyak tolong Harney untuk ski. Nubhan jangan cakap ah, dia quite a fast learner. Sekali ajar je dia dah dok ski merata-rata. Walaupun tergolek jugak. Tapi good try. Kalau nak tahu, kasut ski ni berat giler. Berjalan macam robocop. Dari bilik persalinan tu nak ke tempat ski, rasa cam lama giler sebab berjalan slow. Hahahhaa. Nanti sebelum sewa kasut, kena ukur saiz kaki dulu. Nanti kasut tu akan di adjust pada kayu ski. So, muat lah dan tak tertanggal.

Lepas ski, kami masuk bilik hotel balik dah kemas barang. Kami check out dari situ jam 11.30 pagi. Perjalan dalam 1 jam 40 minit ke Seoul. Kami di beri tiket untuk masuk everland. Tempat ni macam theme park lah. Lebih kurang USS. Jangan tak caya ye, Everland ada Prayer Room. Alhamdulillah!!. Tapi kena naik sky way ni untuk ke bawah. Sebab prayer room tu kat bawah. Mula-mula cuak gak.Tapi lama-lama best plak.Rasa cam tak nak turun.

Sementara orang lain solat, kami pergi minum kopi dulu dengan sandwich yang tour guide bagi. Lepas tu baru balik ke prayer room. Tinggal kami bertiga jer. Hahahhaa. Kat sini jangan nak cerewet sangat. Masuk je lah solat. Tak ada nye orang tu nak buat bilik solat lelaki, bilik solat perempuan. Solat je, yang penting.. Niat!!!

Oh ya, kami share beli gambar di atas Sorang 5,000 won sebab harga nya 10,000 won. Mahal giler gambar.Tapi kenangan kan... beli je lah.

Kami tak pergi mana-mana pun kat everland ni. Sebab tak cukup masa. Kami sempat pergi Safari jer. Kat sini waiting time pendek sebab pakai bas. Bas ni akan berjalan melalui haiwan-haiwan liar. So, boleh tengok secara live. Memang teruja giler . Almaklumlah, selain kucing, haiwan lain memang tak berani nak dekat. 
Untuk yang tak tahu. Ini LIGER. Lion + Tiger. Ada sekor je kat everland ni. Handsome siott!!!. Nampak muka dia garang sangat. Expresi macam " what are you looking at???" 
 Bear!! rasa nak keluar dan peluk cium je sebab comel giler. Boleh pulak dia berjoget-joget dekat bas. Kalau lah beruang bukan haiwan liar, memang aku bela buat bantal tido.

Kitaorang 6 orang ronda-ronda Everland. Korang memang happening. Penat ketawa dengan Photographer Supermodel kitaorang tu. Mengambik gambar mengalahkan model. Dia pulak yang kepoh.


We've been working with him. Bila keje, kami keje, bila sampai masa nak bergumbira, kami bergumbira. So damn satisfied with this team. *Aim for A class*

Balik dari Everland, kami pergi makan kat restoren Marakesh. Dapatlah makanan yang sedap, selain makanan korea. Selepas tu kami dilepaskan ke Dongdaemun market untuk shopping. Aku beli lah sikit-sikit buah tangan untuk family & kawan-kawan. Yang bestnya, kami ada calculator bergerak. Disebabkan duit Won dikira per 100, macam lembab sket nak mencongak. So, terpaksa lah minta bantuan Nubhan untuk jadik calculator. A very good one I tell you.hahhahahahhaa...

Keluar dari mall, aku, Harney & Nubhan pergi beli Strawberry. Memang sedap Strawberry kat sini. Besar-besar dan manis. Kejap je dah selamat kami makan. Hahhahahaha. Kalau tak salah strawberry tu 10,000 won satu paket. dalam RM 30 jugaklah. dan macam biasa...kami sharing is caring.hahahha

Badan dah penat, lepas tu balik hotel dan tido!!! eh, tak!! ada yang makan megi kol 12.00 tengah malam. Tak gak kenyang-kenyang kannn......

p/s : Barang kat korea mahal. So, bawak duit banyak-banyak kalau nak shopping.

Korea - Day 2


 Lepas breakfast, kami terus ke KimChi School. Kat sini diajar untuk buat KimChi. Bukan buat sangat lah, just tepek-tepek cili yang dah siap tu kat kobis & lipat. Nanti lepas dah siap tu KimChi ni akan di sedekahkan ke rumah kebajikan.
Ini dia peserta master chef musim ke 80. Nampak macam pro tak? hahhahahaa. Memang tak lah. Encik yang tengah tu siap buat KimChi ala-ala burung belatuk ke apa tah. Kesian orang nak bukak nanti. Sah lah kena gunting plastik tu. Hahahaha
After feeling-feeling master chef, kami feeling-feeling orang korea plak. This is us pakai Han-Bok. Pakaian tradisional orang Korea. Nampak macam besar kan? Tapi selesa sangat skirt dia. Rasa macam loose jer. Kalaulah tak pelik pakai Han-Bok ke opis, memang aku dah beli & pakai kat opis. 
1  jam setengah perjalanan ke luar Seoul, akhirnya kami sampai ke area Nami Island. Kat sini kami makan tengahari. Nampak nasi dalam pot tu? itu nasi yang sangat panas. Tak boleh makan terus. kena masukkan dalam bekas lain baru boleh makan. Lauk-lauk kat sini lebih kurang dengan yang malam tadi. Tapi lagi banyak. 

Memandangkan tak ada tempat solat, tempat kami makan ni di clearkan oleh tuan punya kedai dan di buat sebagai tempat solat. Sementara menunggu kerja-kerja mengclear, aku ngan Nubhan jalan-jalan sekitar situ, tengok kawasan. Akhirnya kami orang last take turn. Thanks lah kat tuan kedai sebab sediakan gayung kat toilet. Hahahhah tetiba!!!

Nami Island!!!  Since Winter Sonata tahun 2002, aku memang mengidam nak ke Nami. Akhirnya sampai jugak.

Nak ke Nami ni kena naik boat dalam 5 minit cam tulah. Dekat je pun. Actually kami niat nak naik cable ke apa tu. tapi under maintenance la pulak. Kecewa!!  Kami sampai ke sini dah dekat tengahari. So, dah tak sejuk sangat. Kami berpecah untuk berjalan ikut kesesuaian masing-masing. Aku jalan-jalan dengan Harney & Nubhan. Disebabkan penat berjalan, kami decided nak sewa basikal & scooter. Basikal tu untuk couple, kena kayuh berdua. Sewa untuk basikal, 6,000 won & untuk scooter 10,00 won. Kiranya kalau dalam RM, untuk basikal RM 16.00 dan untuk scooter RM 30.00. Lebih kurang laaa...

Niat dihati nak cari monumen Winter Sonata tu. tapi tak kesampaian sebab leka round satu pulau. Memang penat giler!! Mula-mula aku kayuh dengan Harney. Lepas tu kayuh dengan Nubhan pulak. Kesimpulannya aku memang kena kayuh basikal je lah. Bertuah punya budak-budak. Tak kasi chance langsung aku naik moto tu. Hahahhahaa

Kayuh punya kayu, terlajak masa plak. Sampai-sampai tepi tasik, boat dah nak bergerak plak. Lintang pukang kami bertiga berlari. Hahhahaa. penat je berlari sebenarnya. Boat tu tak bergerak pun. Hahahhahaa. 

Balik dari Nami, kami gerak ke Ski resort. Dalam bas, Nubhan di minta menyanyikan lagu tema Winter Sonata. Yang dalam bahasa melayu tu lah, lagu Hazami tu. Menyanyi pakai mic tour guide & music pakai handphone je. Tapi dia dah dapat peminat kat situ. Itulah, suara memang dah sedap. Menyanyi cenggitu pun ada orang jatuh hati kannn...

Akhirnya kami sampai ke Pheonix Park Ski resort. Kami pergi sewa pakaian untuk ski esok. Baju, Seluar, goggle, gloves. Semua sekali cost 80,000.00 Won. Kalau convert ke Malaysia Ringgit, RM 240.00. Fuhh!! Mahal wooo. Goggle, seluar, baju & alatan ski kena pulangkan. Tapi gloves boleh bawak balik.

Lepas tu kami makan malam dulu sebelum check in hotel. Yang ni stimboat. Duduk sini, kami makan sayur saja. Ok, lagi lama duduk Korea, memang aku slim giler lah!! siyes cakap!  




Ini adalah apartment aku & Harney. Bilik dua, tapi kami duduk berdua. Memang agak menyeramkanlah. depan bilik kami ada snow. Walaupun dah sikit-sikit je ada, tapi oklah dari tak ada. Sejuk giler kot kat sini.

Malam tu kami lepak-lepak bilik kak E & Kak Faiz sambil makan tempe & ikan bilis mak Harney buatkan. Kak Anis, tour leader kami pun join sekali. Dia tolong bancuhkan air. Lepak punya lepak, makan punya makan, dah jam 12.30. So, kami pun balik ke apartment masing-masing. Bersedia untuk esok. Hehhehheee.. Yo yo ooo je lah kan nak ski.

p/s : They are really good. Damn good!!! That's why they are excellent. Enuff said!!

Korea - Day 1

Korea!!!!! Hahhahahahaa. Akhirnya sampai juga hari yang dinanti-nanti.  

16 Mac, kami berkumpul di KLIA, Counter B jam 8.30 malam. Memandangkan aku dihantar by my brother & sister, aku sampai paling awal. Around 7.30 petang. So, sementara menunggu yang lain sampai, aku pi lah Surau untuk maghrib. Haiyaaa... Surau pun jem looorrrrr

Dalam jam 8.15 Kak E & Kak Faiz sampai, Nubhan sampai 8.45 dan Harney tak lama lepas tu. Nampaknya kami yang bersemangat nih.Hahhahahaa

Flight MH066 ter delay. Kuikuikui. Sekarang MAS pun ter delay lah jugak. Tapi delay nya dalam vessel. Sejam lebih lah jugak kami duduk doing nothing kat dalam tu. Sambil tengok-tengok movie, habis jugak setengah.

Kami sampai kat Incheon airport, Seoul jam 7.30 pagi 17 Mac. Perghhhhhh!!! Sejookkk gilo I tell you. Suhu masa tu 5 darjah celcius. Untuk orang Malaysia macam aku ni, ini kira sejuk dah ni. Suhu aircond 16 darjah tu pun aku considered as sejuk dah. Inikan 5 !!

Ini tempat pertama kami pergi selepas bas bergerak dari airport. National Folk Museum. Kat dalam ni boleh kita belajar pasal orang korea tradisional dari lahir sampai mati. Semuanya ditunjukkan dengan patung-patung. Ala, macam museum kat sini jugaklah.


Lepas tu kami ke sini, Kyongbok Palace. Agak besar lah palace ni. Cantik lah jugak. Seni bina nya macam forbidden city di Beijing jugak. Lebih kurang lah. Kebanyakan tulisan adalah dalam tulisan cina. Sebab katanya dulu memang pakai chinese stroke sehinggalah hangul di cipta dalam 500 years ago. Wahhhhh!! ilmu nih!!

p/s : Ada orang buat tarian gangnam kat sini. Siapa? entah!!! saya tak kenal orang tu. Hahahhahahaha

Lepas tu kami pergi makan kat restoren Turki. Heaven nya dapat makan. Sebab last makanan yang kami makan adalah sarapan pagi dalam flight kol 5.30 pagi. Dapat nasi cam dapat emas. Lepas makan, tour guide kami, Cik Jade bawa kami ke Masjid. This is the one & only Masjid di Seoul. So, kami tak lepaskan peluang untuk bersolat disini. Tapi perlu diingatkan, Masjid ni berada jauuuhhh tinggi atas bukit. So, sediakan kaki anda untuk mendaki. Di kiri kanan jalan tu boleh nampak banyak kedai-kedai muslim. So, kalau nak singgah untuk beli apa-apa, boleh lah singgah

Kami check in hotel dulu selepas tu. Hotel kami 40 minit dari bandar Seoul. Nama nya Mate Hotel. Selesa jugaklah. Tapi seperti mana-mana tandas dalam Seoul ni, semuanya tak ada air. Kalau dapat yang ada bidet pun dah cukup bersyukur dah. Hehehe.

Lepas refreshment, mandi dan tukar baju. Kami ke Seoul N Tower. Dalam sejuk tu kena daki bukit pulak!!! Memang tinggi tower ni. Tapi bila sampai kat atas, memang worth it lah! Permandangan nya cantik walaupun kabus tebal. Kat sini lah ada kunci-kunci cinta yang beribu-ribu tried up to the fence dan pokok. Memang cantik! Disebabkan sejuk, Kak E belanja kami semua kopi sorang satu. Hehehhehehe. Thanks Kak E. Tapi kami tak letak kunci kami sebab none of us ada relationship cinta mati camtu. Nubhan kata jangan letak, nanti single forever. Hahahhahahhaa... Funny!!!

Nak naik satu hal, nak turun lagi satu hal. Bukit tu curam dan tak boleh nak break.Tapi dah petang tu lagi sejuk. Sejuk giler!!!

Then kami pergi makan malam kat satu Korean restaurant. Ada ikan bakar, lempeng sotong, KimChi. My first ever!! Sedaplah jugak. Pergi negara orang, kena lah try makanan orang kan? so... kami try!!

Lepas makan, kami balik ke Hotel. Satu perkataan yang kami dapat. SOTONG!!! Hahahhahahhahaa

p/s : Gambar yang relevan je lah. Letih nak letak semua. 

Wednesday, March 13, 2013

2 more days to Korea


I'm excited!! Giler tak excited. Dah lama aku mark Korea in my "must visit" list.

Tak seperti aku pergi China,Indonesia , Brunei, Singapore, Thailand.. kali ni aku pergi dengan rombongan Nubhan. A proper rombongan. Bukan rombongan cik kiah macam ke Brunei tahun 2010 dulu. Hahhaha.

Ok, ini actually "Korea Muslim Tour With Nubhan By Malaysia Airlines" Fuhhh!! panjang nya tajuk!!!. Mula-mula aku hanya dapat itinerary dari Manager Nubhan, Rohila Tahir (kak e) untuk tujuan promosi. Tapi bila aku tenung-tenung mende alah tu, rasa cam nak pergi pulak.

Lama jugak aku fikir, kira duit, kira cuti. Lama-lama aku pun menyuarakan hasrat hati aku ( cheewaahh) kat kak e. Tak tahu kenapa bila kak e mintak passport copy, dengan muka selamba aku pi scan. Memang dah bulat hati nak pergi.

Bukan aku nak pergi sebab sapa-sapa pun. Tapi sebab aku nak sangat tengok Nami Island. Haaaaaaa... Jangan cakap aku anti sangat drama korea. Actually dulu-dulu aku tengok jugak drama korea ni. Tengah-tengah demam Winter Sonata dulu, aku siap beli DVD lagi. ( Cute!!.. hehehhe ). Scene yang paling aku suka ialah kat Nami Island. Nampak tenang jer. Since then aku mula simpan niat nak pergi sana. Kebetulan pulak trip ni sampai ke tangan aku. Maka, kalau aku tak grab, memang ada sket ngek lah aku kann........

By the way, sekarang aku pun tak gak anti ngan drama korea. Aku still tengok kalau terserempak dengan cerita yang bagus. Tapi selalunya filem lah. Drama jarang.Bukan apa, selalu bila aku tune kat channel korea tu. yang aku nampak samada hero nya agak tua, muka pecah pintu. Atau hero muka dia sama ngan heroin. Tak tahu mana lelaki mana perempuan. Tapi kalau lakonan otai-otai macam Jang Dong Gun, Won Bin, Rain dan lain-lain yang nampak cam lelaki tu. Aku masih tengok lah. Aku anti music K-Pop jer....Mungkin sebab jiwa ku sudah tidak berapa remaja...hahahahahha. Ok, aku sedar diri!!!.. hehhehee

So, persiapan dah ok. Beg dah kemas, barang-barang yang penting dah masukkan dalam beg. Baju sejuk pinjam je kat angah. Buat bazir je beli kan. Muffler & gloves memang aku dah ada, beli kat Beijing tahun 2005 dulu. Boots pun aku dah beli. Wonder camne nak pakai dalam KL dengan boots yang fancy tu. Hahhahaaa..

Ok, that's it!!! Aku nak tengok orang korea ni cantik jelita ke macam yang dikatakan tu. Kalau nampak cantik sikit, mesti macam Korean, hensem sikit pun korean. Sampai Nubhan yang macam apek tu pun dikatakan Korean. Haiyaaaaa.... Tidak kah korang tahu yang dalam TV tu semua dah buat plastic surgery? real Korean memang tak sehensem sejelita orang Malaysia. ( Malaysia Tanah Tumpah Darahkuuuuuu).

p/s : Aku paling geli tengok lelaki bajet comel, rambut berkarat, muka CANTIK macam pompuan, pose gedik dengan tangan buat sign LOVE. Sooooo not in my market!!!!. Very the hadekk hadekkk one!!