Sunday, April 19, 2015

Tjokroaminoto : Sang Guru Bangsa


Jangan salah terkam atau salah fikir.

Ini BUKAN Review.

Siapalah aku nak me review filem pengarah sehebat Garin Nugroho dan kerja pasukannya yang sehebat ini.

Mission accomplished!! Akhirnya, setelah beberapa tahun menyelusuri karier, filem demi filem milik Reza Rahadian, pada 16 April lepas aku berjaya menonton sendiri, first handedly filem si actor, Guru Bangsa : Tjokroaminoto. Nanti aku ceritakan bagaimana aku sampai lepas ke Indonesia. Sekarang ni aku lagi excited nak bercerita tentang filem ini.

First of all, saranan aku kepada sesiapa yang masih belum menonton filem ini, baca dulu dan buat sedikit homework tentang HOS Tjokroaminoto terutamanya ketika beliau bersama Serikat Islam, latar belakang dirinya, siapa yang duduk bersamanya di Rumah Peneleh serta latar belakang mereka more or less sehingga tahun 1921. Kalau tak baca, anda akan kelaut atau masuk ke gaung kerana tak faham cerita. Jangan harap durasi 160 minit itu akan spoon feed anda se detail-detailnya.


Aku sendiri hanya tahu kewujudan Tjokroaminoto ketika terserempak dengan gambar Reza & Maia di instagram. Aku ketawa ( ini serius) melihat misai yang agak pelik itu. Tapi bila aku search nama tokohnya... Ye, ini bukan bahan ketawa ye adik, ini bahan serius.

Beberapa highlight yang aku nak cerita tentang filem ini. Ye, seperti biasa kepada yang selalu singgah disini.. hanya dalam bentuk point. Kerana aku bukan seorang yang teknikal atau expert dalam bidang apa pun. Aku bercerita dari pandangan mata dan pemikiran aku saja. Mungkin akan berlainan dengan pendapat orang lain diluar sana.

* Adegan favourite aku dalam filem ini adalah bila Tjokro marah dengan seorang orang belanda yang menengking-nengking seorang lelaki yang terketar-ketar memegang teko panas. Teko itu diambilnya perlahan-lahan dan tehnya dituang sehingga tumpah, penuh dipiring dan meleleh ke lantai . Dialognya keras dan tajam, kemudian berlalu meninggalkan sang belanda yang naik angin sampai kekepala. Pemberontakan yang sangat berani dan menyeramkan.

* Tjokro & Soeharsikin main kekabu, duduk santai diatas tunggul kayu. Walaupun dialog Tjokro “potong stim” sangat sebab tiba-tiba bercakap pasal kematian, tapi itulah satu-satunya adegan yang anda akan lihat selama 160 minit itu, wajah Reza yang manis ketawa. The rest.....masam, keras dan nampak sangat degilnya. Hehehhehe


* Aku tak tahu apa nak panggil cara shoot itu. Blocking kot. Tapi aku suka dengan shoot yang sebegitu. Semua orang bercakap dalam masa yang sama. Masa scene orang jawa dan orang cina bergaduh, Tjokro datang melerai. Bersama-sama Tjokro ada beberapa orang lagi. Dan mereka bercakap serentak. Itu memang “hidup”.

* Selepas Soeharsikin meninggal dunia, walaupun scene itu tidak seharu dan sesedih scene di Habibie & Ainun, tapi berhasil membuatkan kami semua terdiam sekejap ( Ada ibu-ibu dibelakang aku yang berbual macam kat kedai kopi dalam panggung wayang tu). Tuan Tjokro hanya duduk pegang bantal diruang tamu dan memain-mainkan kekabunya. Scene beralih ke anak nya Oetari yang menangis dalam pelukan mbok... tapi bila beralih semula ke kerusi Tjokro, dia dah tak ada disitu. Itu sangat dalam.......Pada aku.


* Hijrah!! Beberapa kali..sampai ke hujung filem ini kita akan dengar perkataan Hijrah dari mulut Tuan Tjokro. Sampai dia bertanya pada Agus Salim “ Sudah sampai kemana Hijrah kita?” Akhirnya Agus jawab “ Ke Arafah”. “ Hidjrah juga ditulis di penjara ”... Kemudian di depan cermin ketika dia memakai songkoknya. Hijrah dan Iqra' ni lah teras filem selain simbolik kekabu yang berterbangan.

* Mungkin semua orang dalam dunia moden ini tak pernah berjumpa dengan Tuan Tjokro yang sebenar. Tapi kalau dilihat dari filem ini, Tuan Tjokro memang berani dan tegas. Lihat saja bila dia ditangkap, dia berjalan sendiri. Dia masuk sendiri dalam sel penjara, pandangan matanya tajam bila disentuh orang belanda. Dia enggan tunduk kepada penjajah. Itu semangat “orang lama'. Tapi orang sekarang??? Sendiri mau ingatlah...

* Scene Interrogation dalam penjara yang sesekali muncul itu adalah antara scene yang paling kuat dalam filem ini pada aku. Tak nampak pun raut ketakutan dalam wajah Tjokro walau dibentak-bentak dan disoal siasat sebegitu. Dengan tegasnya, orang Yaman itu pula yang disuruhnya duduk. Kemudian dia buka pintu sel sendiri dan tutup sekuat hati. Perghhh!!!!

* Batik yang dipakai oleh kesemua pelakon dalam filem ini serius sangat cantik. Terutama yang dipakai oleh Reza. Mereka membuat aku mencari batik right after aku keluar dari cinema. Hahhaha

* Adegan muzikal dalam filem ni agak pelik sebenarnya. Tapi aku okay sebab nyanyiannya semua sedap. Yang paling sedap tentunya “Terang Bulan” oleh pasangan Tjokro & Soeharsikin. They should sing more keroncong after this. Dengan iringan muzik yang mendayu-dayu, aku jadi lupa yang lagu Terang Bulan ni sebenarnya sama dengan lagu Negaraku. Ngeeeee

* Paling mengejutkan adalah Putri Ayudya. Jujur je..masa dapat tahu dia yang akan jadi isteri Tjokro, aku terfikir juga, boleh ke dia ni berlakon? Okay!! persoalan itu meleset sampai ke lautan Hindi. She is Soeharsikin. Wanita yang lemah lembut, penyayang, ibu dan isteri yang sangat baik. Tapi tegas. Pada akhirnya panggilan “ Mas” dan “dek” itu bunyinya sangat romantik. Tapi jangan harap lah akan ada adegan romantik ala filem cinta. Mereka nampak seperti suami isteri biasa, ada chemistry... tapi tidak melebih-lebih.


* Lupakan rupa paras Reza Rahadian yang tidak jawa atau tidak perlu potong hidungnya supaya tidak mancung ( Hahhahaha). Dari mula dishoot kakinya sehinggalah ditutup filem ini, anda akan melihat Tuan Tjokro. Bukan lagi Reza Rahadian. Berkarisma, degil, berani, keras kepala tapi ada soft side yang sangat manis serta approachable.Tuan Tjokro ditangan Reza adalah cukup sempurna. Dia seorang yang bercerita dengan mata. Jadi, bila dia bercakap, pandang matanya.... kerana disitu lagi kuat dialognya.

* Christine Hakim, Tanta Ginting, Deva Mahendra, Ibnu Jamil,Chelsea Islan dan semua yang terlibat dalam filem ini adalah team yang terbaik. Watak-watak mereka sangat hidup dan memorable. kadang-kadang watak-watak inilah yang memancing ketawa atau menambahkan ketegangan.

Walaupun filem ini grand dan hampir sempurna, tapi ada juga kelemahannya. Tapi aku tak mahu ceritalah yang itu. Bukan sebab ini filem orang, tapi sebab kita belum tentu boleh sampai ke tahap ini. Baik dari segi apa pun. Kecuali filem “Terbaik Dari Langit”, “ KIL”, “Hanyut” atau beberapa filem lain yang sudah pun menerima award atau setidak-tidaknya appreciation dari pihak antarabangsa, kita sebenarnya masih kekurangan filem bermutu.



Berhentilah buat filem yang tidak menjana minda. Aku menonton filem “Guru Bangsa: Tjokroaminoto” ini bukan kerana aku tak berbangga dengan negara dan sejarah negara aku sendiri, tapi pada aku... sejarah itu walau datang dari negara mana pun, itu adalah pelajaran. Lagi-lagi sejarah bagaimana nenek moyang kita dulu memperjuangkan negara kita sehingga jadi sehebat sekarang ini.

Untuk orang Indonesia... Pergilah menonton. Anda akan belajar sesuatu dari filem ini.


P/s :Aku suka sangat dengan trem nya. Tapi sayang, bila melihat posting-posting netizens yang datang ke bekas lokasi filem ini, Trem itu dah jadi mangsa vandalisme. Sedih.....

Semua gambar adalah ihsan pakcik gugel..Hehhee

Sunday, March 29, 2015

Cicakman 3 : A so-called review


 Akhirnya.. Setelah 3 minggu filem ni ditayangkan di pawagam, semalam aku ngan Ila berjaya jugak menontonnya. Aku menonton sebab curious dengan review yang bagus-bagus di internet, Dan Ila pulak menonton semata-mata sebab YUSRY. Hahahhahahhaaa.....

Okay, ini review dari orang yang tak faham filem, bukan orang filem dah hanya menonton filem kerana suka tengok filem.

Pertama sekali aku nak kata, ini memang Filem. Maksudnya, dengan CGI, dengan setting, plot cerita dan semua yang terpamer dalam filem ni adalah meant for a film. Bukan macam sesetengah filem tu, yang lebih baik dibuat untuk telemovie daripada jadi filem dan ditayang ke layar perak.

Cicakman 3 bercerita tentang era cicakman yang dah dilupakan. Muncul pulak satu superhero baru nama Super Bro. ( Hahhahaa. Nama ni serius lawak. Tapi outfit Super Bro ni cool jugak.)


Seperti biasa, jangan harap lah aku nak tulis sinopsis. Sebab memang aku malas nak bercerita tentang benda yang aku kena recall sampai keras kepala. So, Baca lah kat SINI.

As per performance, caya tak, aku kata aku suka peformance Zizan Razak dalam filem ni. Character nya dapat dan boleh difahami. Bila masanya dia sedih, dia kecewa, terasa bodoh. Sayangnya banyak kontroversi tentang Zizan sekarang ni. Dan ramai yang hukum dia, sampai hukum kerja dia. Nak buat camne, dan memang mentaliti orang kita macam tu. Once you make a mistake... Buat la macam mana bagus pun, kena jugak hentam. Hehhehhe.. Nasib lahhh..

Lisa Surihani is Lisa Surihani. Maybe sebab rambut nya memang rambut Lisa, outfitnya memang sangat lisa. So, Lisa dan Linda cuma sorang adalah actress, sorang lagi watak dalam filem. Tapi memang sweet Lisa pegang watak ibu. She's so motherly. Dan chemistry dia dengan Zizan sebagai pasangan pun believable walaupun tak ada sangat physical contact.


Fizz Fairuz as Super Bro. Giler ah outfit dia memang cool. Tak panas ke dok dalam baju tu? Hahhahha. He is a good actor walaupun dia tak sepopular hero adaptasi novel. Hahhahaha. Aku tak expect tetiba dia kata, jangan ingat dia tak bawak power bank. Hahhahahaa. Itu punch line kawan aku tu. Orang pakai power bank. Kekkekke. Rasa nya kalau dibuat filem Super Bro pun best jugak.

Bell ngasri sorang lagi pak lawak. Walaupun kadang-kadang nampak over, tapi dia memang mancing ketawa aku bagai nak rak. Terutama nya part kena noda ngan Super Bro, memangis kat atas bumbung. Hahahhahahaa... Adeiii, nasib baik tak tersedak pop corn.

Tentang CGI, rasanya kali ni lebih kemas. Aku suka macam mana bandar Metrofulus di gambarkan. Nama-nama tempat yang digunakan pun sangat klasik. Termasuk nama sekolah Boboi. Stesen LRT pun pakai nama klasik. Ada unsur-unsur kemelayuan dalam negara antah berantah tu. Hehehhe

Secara keseluruhan, Cicakman 3 adalah satu filem yang seronok ditonton. Bukan filem serius yang mengajak kita berfikir, tapi lebih kepada filem yang hanya buat ketawa dan berhibur dengan kawan-kawan dan family.

Aku ngan Ila keluar pawagam dan ketawa lagi dan membincangkan tentang filem ni sampailah turun ketingkat bawah Suria KLCC. Good job guys!!

p/s : Perhatikan tulisan di belakang lori sampah : " Sampah Masyarakat".. Hahhahahaa... 

*Gambar-gambar ehsan pakcik google*

Thursday, March 12, 2015

Saya yang Emo.... ?@#%&#**@(

Okay, this is going to be a very emotional posting for me. Hahhahahahaa... ( boleh plak..)

Harap tak ada kuncu-kuncu aku di zaman dahulu membaca posting ala emotional ini. Tapi kalau baca pun, mereka adalah golongan yang paling faham dengan keadaan yang selalu melanda relationship kami.

Nak aku jelaskan kat sini, relationship ini bukan yang merujuk kepada hal-hal berkatian cinta, hati & perasaan. Tapi lebih kepada kasih sayang.

Kami mula berkenalan pada tahun 2008, sekarang dah 2015... Jatuh, bangun,menangis, ketawa, kecik ati, sakit hati semua kami dah rasa, So, bila ada yang membuatkan hati terasa, terasanya tu sangat dalam.

 Okay........ Aku malas nak pedihkan mata aku merenung skrin komputer ni, just aku nak tujukan kepada mereka yang berada didalam perjanjian tahun 2009. Perjanjian yang kita buat dengan seorang kawan yang sangat kita sayang & hormati.

Walaupun yang membuat perjanjian itu ramai, tapi sampai tahun 2015 ni, hanya aku & seorang lagi kawan baik aku saja yang masih memegang janji tu. Dan kalau dikira secara specific, hanya aku seorang saja yang masih pegang kuat walau dah beratus kali aku rasa nak ingkar janji.

Janji nya apa?

" Don't leave him, please bear with him. No matter what happen........."

Sentence nya macam gitulah lebih kurang..... Aku pun dah lupa.

So, setelah bertahun-tahun lamanya... Kini

We are going to leave him

Sorry sayang,

Dah sampai masanya kerana dia sudah boleh berdiri sendiri. Dia sudah ada tapak yang sangat kuat untuk hidup , Dia sudah tidak perlu diperhatikan, sudah tidak perlu dinasihatkan atau disayang-sayang macam dulu.

Yeahh..relationship kami dah tak macam dulu. Dah jauh berbeza dah.

We started as strangers,,,,, then we become friends, becomes siblings.... now we are strangers again.

No harm.... Hidup ni memang begini.

So, dengan segala hormatnya.... kami berdua undur diri, nak beli pop corn dan duduk atas bukit tinggi sambil melihat dia menjalani kehidupan dia yang kini sangat bahagia.

Kawan-kawan lain, kalau terbaca ni.... We are now at the same level... Hahhahahahha

p/s : Rasa nak terbang ke Jakarta next month.... up up and awayyyyyyyy

Sunday, February 22, 2015

Happy Chinese New Year

Dulu aku pandai nyanyi lagu Gong Xi Fa Chai ni... DULU!!

Tahun ni "sambutan" Tahun Baru Cina aku adalah tinggal sendirian dirumah. Aku memang tak ada rencana nak kemana-mana sebab malas nak mengadap jem. Compressor kereta aku rosak lagipun. So, aku duduk dirumah dan berkemas. Malam CNY tu, berdiri di koridor dan tengok bunga api. Hehhehhehee... Memang bosan wa cakap luuuuuu....

So, dikesempatan yang jarang-jarang dapat ni, aku habiskan dengan menonton TV. Aku tak sure kenapa aku tak subscribe pun ada channel INDO PAX, A-LIST & BOLLYONE ke hape tuh. Hahhahahhahaa... memang aku kompius. Tapi dah ada tu, aku tengok je lah. Selain dari channel MELAYU dan HOLLYWOOD, channel-channel ni bagi tontonan filem  lain sikit. Terutamanya A-LIST!!

Meh aku senaraikan filem yang aku tengok. Hahhahahhahaa... Kalo bosan, skip je.... ni main tulis je sebab hari ni tak cukup tidur.

1) Inbetween Worlds ( Germany) : A-List
Aritu masa mula-mula aku nak tengok, kakak aku kata dia pening dengan filem camni. So, bila dia tak ada lah aku tengok dengan aman damai. Filem yang bagus, Kalau tak bagus, tak kan ada kat A-List kan?  Yeah..Itu lah kerja aku. Kerja Interpreter yang orang selalu anggap macam kerja senang. Tak senang mana pun..hehehe

2) Refrain ( Indonesia) : Pelangi
Aku bukan peminat teen movies rasanya. Filem terakhir yang aku tengok sampai habis dengan kondisi pelakonnya pakai baju sekolah adalah filem BCL. Tak ingat tajuknya. Lepas tu dah tak ada dah. Isi filem ni camtu je lah.. Sebagai penyanyi. memang aku sangat mengagumi suara afgan. Tapi sebagai pelakon.. ermmmmmm... Try lagi naaaaa.. Maudy Ayunda okay, tapi aku nampak Kugy. Hehhehe

3) Crush ( Indonesia) : Pelangi
Kumpulan cherrybelle. Filem ni biasa je sebenarnya. Agak bising sebab budak-budak ni asyik nak bercakap je. Filem remaja jugak. Tapi ada menari-menari. Oh.. dan kampung glenmore tu memang wujud cenggitu ke apa? Like, Seriously??

Ada yuanita christiani by the way dan kereografi last campur tarian bali tu sumpah hebat!!.. Jom la kita pi Bali lagi. hhehhehehhe

4) Laskar Pelangi 2 Edensor (Indonesia) : Pelangi
Aku memang peminat filem Laskar pelangi. Ingat lagi dulu, kalau ada kawan yang nak menangis, kami akan ramai-ramai nyanyikan lagu "Laskar pelangi" ni. Pas tu tepuk tangan ramai-ramai bagi kawan tu gelak.

Walaupun filem ni tak sampai expectation aku, tapi aku enjoy je. Lukman Sardi maybe nampak dah agak berusia untuk jadi student. Abimana okay. Tapi chemistry derang memang sweet. Sweet as kawan laaaaa.... Hahhahah

5) Apokalips X ( Malaysia) : Maya? Citra? Mustika?..LUPA!!!
Futuristik gilak bebeng cerita ni. Hahhahahaa. Period antah berantah mana ntah aku pun tak tahu. Yang aku tahu lokasi shooting nya kat Flat Pekeliling yang dah bertahun-tahun terbiar tu.

Aku curious dengan performance Adam. ADAM AF2 tu lah. Sebab selama ni dia belakon cam kayu jati. So, aku tengoklah. Okay.. dah tak macam kayu jati. Ada sikit fluid nya walaupun belum sampai tahap yang lain tu. Filem ni lain dari filem-filem Malaysia yang lain, so aku tak heran orang tak tengok. Sebab pelik nya kalo letak bertingkat...pelik tu dah sampai KLCC tingginya. Hehhehehehe.

6) 47 Ronin ( USA) : HBO
Ini filem yang aku dah peram dekat sebulan. Baru dapat tonton CNY aritu. Perghhhhh..Ini serius main pedang. Ada part yang aku takut sendiri sebab figura nya merimaskan. Tapi aku enjoy filem ni. Sangat suka. My kind of film. Dan Hiroyuki Sanada a.k.a Oishi adalah sangat meyakinkan. Personally, he is my favourite character walaupun ada Keanu Reeves dalam tu. Hehehhehe

7) Sharafat Gayi Tel Lene ( India) : Bollyone HD
Aku tengok filem hindustan? Hhahahhahaha. Aku layan filem apa pun jahhh. Janji tak merepek tahap sampah. Ini filem yang kita tengok santai-santai  sambil makan pisang goreng atau cempedak goreng sambil minum teh. Tak ada apa yang nak difikirkan. Tak ada derita cinta bagai. Hahhahahhaa. Enjoy je filem ni. Scene menari pun ada satu je. aku dok gelak je tengok lead actor nya bodo-bodo alang. Bodo-bodo alang tapi hensem...okay la tuuu...kekekkekekkee

Okay....sekarang nampak tak camne bosan nya aku bila buat keputusan untuk tinggal sorang kat umah? Nasib baik TV banyak channel. kalo tak? Mungkin aku akan terbungkang dari pagi sampai malam atas karpet, atas kerusi, atas katil... Hehhehhee

p/s : Kemenangan Best Actor oleh Eddie Redmayne dari filem The Theory About Everything entah mengapa mengingatkan aku pada Reza Rahadian bila dia menang Best Actor di tahun 2013 dari filem Habibie & Ainun . Tak tahu kenapa. Just out of no where , tiba-tiba teringat......................


Monday, February 9, 2015

Kisah Para SUAMI


Taaarraaaa!!!!

Aku receive benda ni dari group whatsapp semalam. Memang banyak dah bergulir dalam media sosial benda ni.

Kenapa benda ni ada? Most probably kerana kejengkelan manusia yang macam aku dengan tajuk novel dan drama melayu yang dah berterabur banyak nya tentang sang SUAMI.

Sejujurnya, aku bukan menentang atau menolak kehadiran karya-karya berbentuk Rom-Com atau just karya romantik lovey dovey pekebenda tu. Tapi bila dah disudukan lebih dari yang boleh ditelan, maka aku ( dan kebanyakan orang TUA), akan lama-lama mengalami kemualan dan sakit pening seserius penyakit jiwa.

Sebenarnya bukan tajuk berhubung suami saja yang menyakitkan mata, telinga dan semua pancaindera, tapi boleh kata tajuk kebanyakan Novel dan Novel yang diadaptasi ke drama bersiri juga ada potensi membuatkan aku hanya tercegat bodoh di depan TV atau dalam kedai buku.

Ada satu hari tu, aku singgah di MPH dan Popular Book Store, Just jalan-jalan cari buku untuk hilangkan boring masa aku oustation di Melaka. Sampai di ruang novel, mata aku dok mencari novel best buat bahan bacaan. Tapi sayangnya, hampir kesemua novel yang bersusun di rak, tak sampai tahap ke kertuan aku ni. Bayangkan aku yang dah tua bangka ni, bawa novel " Suamiku Kuat Berleter." atau " Isteriku Makan Nasi" contohnya........

Kat dalam tren!!!

Tak ke nampak macam orang tua tak sedar diri? Hahhahahahhaa....

Aku tak  bimbang dengan tumbuhnya novel bergenre begini di pasaran. Aku faham, kebanyakan pembaca novel adalah di kalangan budak-budak remaja under 20. Yang fantasinya melangkaui benua sampai ke negeri antah berantah.

Pelaku lelakinya handsome macam gini-gini, pelaku wanitanya jelita macam gini-gini pula. Jarang pencerita menceritakan tentang wanita atau lelaki hodoh dalam novel......Itu hakikat !!

Tapi yang aku bimbangkan adalah bila anak-anak muda terlalu disogokkan dengan fantasi sebegini. Realitinya tidak begitu wahai adik-adik. Kehidupan sepasang manusia yang kahwin paksa bukan seindah di drama atau novel.

Tak wujud lelaki sangat tampan, soleh, penyabar, tak menjentik walau sekali, tak naik suara,penyayang, romantik, sentiasa memujuk, kaya, berkereta besar, bekerja besar... all in one. TAK ADA.

So, jangan lah mencari Suami Perfect 10 tu. Tak ada!!..Hahhahahah.

p/s : Maaf cakap, Aaron Aziz terlalu gemuk untuk jadi Perfect 10.. Hahahhahahhaa... Larrrikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Sunday, December 7, 2014

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Di Astro First


 Yessssss!!!

Akhirnya dapat juga menonton filem yang aku tunggu sekian lama ini. 

Aku dah baca bukunya, aku tahu ceritanya dan bila dibangunkan dalam bentuk visual, aku jadi sangat teruja kerana dapat melihat Zainudin, Hayati & Aziz wujud, bergerak, bercakap dan beremosi.

Aku tak mahu bercerita tentang hal-hal teknikal sebab itu bukan bidang aku dan aku tak arif tentang itu. Aku hanya orang yang menikmati filem sesuai dengan segala yang aku bayangkan dalam buku. Yes, visual kapal Van Der Wijck  berlayar tu belum se real Titanic . Tapi perdulikan kapal itu yang munculnya pun dah nak habis cerita. Yang penting isinya yang "berlayar" dari awal tu.

Ini serius kisah cinta mati. Aku malas nak taip sinopsis ( Memang aku camni lah kannnn), so baca lah kat SINI. Kalau dibuku pun sama je ceritanya. Cuma di filem ending nya ditukar kepada yang lebih bermotivasi. Yang Zainudin akhirnya buka rumah anak yatim dengan nama HAYATI. Tapi sesiapa yang baca bukunya tahu lah apa yang terjadi kepada Zainudin sebenarnya. Dia pun sama juga mengikut jejak Aziz & Hayati. Hehhehehe

Untuk aku yang tak banyak pengetahuan tentang filem, Ini pendapat aku tentang filem ini...

* Bahasa yang digunakan memang sangat bersastera. Sangat cantik meluncur dari mulut kesemua pelakonnya.Mungkin kalau filem biasa, bunyi janggal kot dok bercakap guna bahasa sastera tinggi ni. Tapi TKVDW dalam setting tahun 30an, jadi memang mengena. Indahnya bahasa sampai bila marah pun masih bersastera.




* Pevita Pearce sebagai Hayati boleh lah dikatakan menjadi. Aku tak nampak kenapa watak Hayati tu dikatakan lembik. Dia bukan lembik, tapi lemah lembut. Cara dia bercakap memang perempuan habis. Hayati dalam filem ni memang sangat cantik. Kena marah cantik, menangis cantik, terjun ke laut pun cantik. Hahahhahaa. Dah namanya pun "kecantikan ciptaan alam".Yang cacat sikit cuma ada masanya dia menangis macam tak sampai ke hati. Terlalu plain. Aku macam, eh? dia ni nak ketawa ke nak menangis? Hhehehhee...


* Aku banyak membaca review TKVDW ni dari internet. Banyak yang kata lakonan paling lemah adalah di bahagian Herjunot Ali. Aku ulang, aku tak pandai teknikal. Memang aku bukan orang filem. Tapi pada aku, tak ada apa yang lemah dalam watak Zainudin di tangan Herjunot Ali. Ambil aku sebagai orang yang tak pandai berbahasa minang, makassar, bugis atau apa pun loghat selain bahasa melayu biasa. Aku tak nampak kelemahan dari segi bahasa. Cuma mungkin muka Herjunot agak lembut dan kurang dendamnya. Atau maybe memang Zainudin orang nya macam tu. Entah!! Tapi aku suka je Herjunot tu Zainudin. 


* Ini orang yang tak banyak skrip. Hahhahahha. Reza Rahadian ni kalau berlakon bisu pun menjadi agaknya. Ketika Aziz berdiri di tepi pintu melihat Zainudin merayu isterinya, tak payah berdecit satu perkataan pun sorotan mata tajamnya dah bercakap sendiri yang dia marah, cemburu, jengkel dan benci yang membuak-buak.( Aku tak boleh bayangkan kalau dia buat muka ala sinetron yang besar-besarkan mata, herot-herotkan muka sebab nak tunjuk marah tu..kekkekekeke). Aziz memang handsome. Terlalu handsome untuk bunuh diri. Sampai dah mati pun handsome jugak.... Hahhahahahahhahaaa..

* Setting zaman 30an yang terasa sangat 30an nya. Walaupun ada masa-masanya nampak macam orang tak berapa ramai. Tapi tak pe. Ini kan filem. Yang penting aku dah jatuh cinta giler dengan kereta Zainuddin & Aziz. kikikikiki...

* Dialog Zainuddin masa dia marahkan Hayati diruang tamu rumahnya. Fuh!!! Panjanggggg nye skrip!!!! Kalau aku jadi Hayati, aku dah buat-buat pengsan dah. Tak mampu nak dengar Zainuddin keluarkan satu-satu kesalahan diri sendiri macam tu.

* Aku suka.. Ngehngehngeh...... aku SUKA Aziz campak buku, campak sudu, buang gelas, terajang kerusi kebelakang, berjudi, menengking, merepek, merapu... (Hahhahahaa... Dah kenapa?? ) Hahhahahhaha. Rasa nak tangkupkan rice bowl tu atas kepala dia, diikuti dengan lauk pauk..lepas tu ngap hidup-hidup. (Hahhahahahahaha apakah kegilaan ini??
-----> AKU....  :  Suka Reza as antagonist  a.k.a penjahat a.k.a badass.. ;p

* Skrip filem ini banyak yang sama dengan yang dibuku. So, sebelum komen apa-apa, baca dulu bukunya. Walaupun aku baca manuskrip yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, tapi penterjemahan itu hanya dalam bentuk ejaan. Tak mengurangkan susunan bahasa asal. So, korang boleh jumpa "Skrip" filem ni dalam buku tu. Sampai bila korang baca, korang akan terdengar-dengar dialog itu diucapkan oleh pelakon-pelakonnya. Seriously, agak meremangkan jugak. Hahhahaha

* Cuma masalah yang ada sikit mengganggu mata adalah filter warna biru di awal filem. Sakit mata dibuatnya. Aku tak faham kenapa ada filter biru. Dah jadi tak nampak lokasi yang cantik disebabkan oleh filter tu.huhuhuhuhhu

Yang lelain aku tak nak komen lah. Ini filem yang baik sebenarnya. Tidak menyimpang dari buku asalnya kecuali di part ending. Pengalaman yang menarik menonton filem seperti ini. Kenyataannya, aku memang dah penat dihidangkan dengan filem rempit, gangster, komedi bodoh etc..etc..etc. So, ini pelarian yang cukup menyenangkan.

Untuk yang belum menonton, subscribe lah kat Astro First. Tak rugi RM 15 korang tu. Sebab boleh ulang sampai 3 hari sampai hafal dialog. Hehhehehehhe


p/s : Aku ADA menonton produk tempatan...Hehehhehee

Tuesday, October 7, 2014

Kenapa NFC dah lama tak ada event??

Haaaaaa... Ini soalan yang Harney report kat aku, banyak ditanyakan oleh fans Nubhan kepada dia. Kat aku pun ada gak yang bertanya. Lama tak jumpa Nubhan katanya. 

Okay adik-adik, kakak-kakak, abang-abang semua... Memang kami tak buat dah event selepas Showcase pada bulan April dulu. Bukan tak mahu, tapi kami aim trip ke Bali pada bulan December. In between memang tak ada apa-apa event. Sebabnya??

1- Aku dan Harney sibuk kerja. Aku sibuk outstation, Harney dia Pharmacist. Dua-dua kami kerja kerajaan. Jangan kata orang kerja kerajaan ni tak ada kerja, kalau kamu buat kerja kamu bebetul.... memang banyak kerja sebenarnya. Hehhehe

2 - Faktor kewangan. Lepas showcase yang banyak makan belanja dari pihak kami dan pihak fans. Rasanya baiklah kami rehat dulu. Jangan nanti ada pulak yang kata FC terlalu banyak buat event, makan duit fans.

3- Kesibukan Nubhan. Ye, dia sibuk, Bukan senang nak get tru jadual dia pada hari minggu,

Actually nak buat event bukan senang. Orang yang attend memang nampak mudah jer semua tu. Tapi untuk dapatkan satu event yang betul-betul sesuai dengan kehendak peminat adalah sesuatu yang sangat rumit, Banyak yang kami kena fikirkan. Okay, untuk yang nak buat event, atau yang bercita-cita untuk buat event...... ini apa yang korang kena fikirkan dulu.

1- Konsep : Sebelum apa-apa, ini adalah yang paling crucial. Memandangkan NFC dah ada banyak giler event dan aktiviti, memang susah kami nak fikirkan konsep event baru. Selalunya permintaan Nubhan, tak nak konsep yang sama diulang. Susah?? Memang susah nak cari konsep yang sesuai. Kadang-kadang kami sampai terbengkalai berhari-hari. Nak tido pun fikir hal tu jugak.

2- Duit : Untuk charge orang bukan perkara yang boleh buat main-main. Ada masanya kita nak charge tinggi, takut membebankan peminat. Tapi dalam masa yang sama, kos juga tinggi. Korang kena tahu, untuk menjalankan sebuah event, banyak kos yang kena kami fikirkan. Jadi, apa yang kami charge tu sebenarnya merangkumi semuanya. Kadang-kadang langsung tak membawa untung. Dan kadang-kadang kami kena keluarkan duit poket sendiri jugak.

3 - Tarikh & Masa : Seperti yang dah aku katakan, hujung minggu ni susah nak dapat tarikh yang sesuai. Nak buat weekdays, artis free, peminat pulak ada yang bekerja, ada yang belajar. Nak mencari tarikh tu ada masanya buat kami bertiga bertengkar sama sendiri jugak.

4 : Attendance : Ini masalah yang selalu buat kami pusing sendiri. Nak jumpa peminat yang melting, mencakar tanah jatuh cinta dengan artis tu memang mudah. Tapi nak jumpa yang sanggup keluarkan duit dan datang berjumpa face to face memang sangat mencabar. Marilah jadi crew. Korang akan rasa sakitnya nak accommodate even satu hall pun.

5 - Promosi : Part paling makan masa. Untuk buat satu-satu event, kena ada promosi yang sangat baik. Ingat lagi masa kami buat TEMASYA dulu. Itu memang event berkonsep dengan promosi yang giler ibab punya. Sampai Nubhan sekali terlibat dengan lakonan ala tak de bajet bawah pokok pisang kat taman tasik titiwangsa tu. Hahhahahhaaa.

6 - Sponsor : Nak mintak duit atau product orang memang susah!! Kadang-kadang tu ada jugak yang cam nak mintak penampo free je. Hahhahhaa. Tapi ada juga yang kita mintak berkali-kali pun masih bagi. Tapi bila dah dapat, tu yang buat pening kepala tu. Nak pi collect satu persatu tu yang buat penat tu. Cam masa buat AN EVENING WITH NUBHAN dulu. 12 jam semata-mata nak collect barang sponsor jer. Nak buat apa barang sponsor? Letak dalam goodie bag korang aaa...

7- Tenaga kerja : Haaaaaaa... Ini memang kami selalu kurang. Selalunya yang buat semua ni hanya kami berdua. Dengan approval oleh Nubhan. Bila sampai ke tempat event, baru crew lain akan turut bekerja. Kami kekurangan orang, tu sebab kami akan minta tolong VIN untuk membantu apa yang patut. Selalunya yang ringan-ringan je la, Yang tak melibatkan part-part yang crucial.

8 - Aturcara / Perjalanan majlis : Sebelum satu-satu event dibuat, ini perkara penting. Lepas ni nak buat apa, nak buat ini, nak buat itu. Jangan nanti ada pulak yang tak betul. Selalunya kami akan rombak berkali-kali aturcara ni. Sampailah sesuai dengan keadaan. Kami juga kena susun crew. Yang ni buat apa, yang tu buat apa. Bukan main terjah je, Nasib kami baik sebab semua crew boleh dihantar kemana-mana pun. Mereka ni multi tasking.

9 - Support Instruments : Bukan semua event hall ada  PA system dan microphone. Ada jugak hall yang provide, tapi tak sesuai dengan kehendak artis. Jadinya...nak mencari orang yang boleh menyewakan PA system dengan harga yang berpatutan serta menepati piawaian adalah hal yang sanngaaattttt susah. Kadang-kadang tu ok, murah. Tapi bunyi cam dalam tong. Nak yang bunyi bagus...mahal berdentung-dentung.

10 - Event itu sendiri : Yeah.......Ini korang paham sendirilah.

Soooooooooo.... Itulah sebab kami tak buat event selepas Showcase tempohari. Untuk yang nak jumpa Nubhan, datanglah ke show-show dia. Selalunya dia akan inform kat twitter. Boleh la kalau nak bergambar ke..apa ke. Kalau nak tunggu event, memang kami tak buat sampailah habis trip ke Bali December ni kay... ;)

Okay, tu jer...

p/s : Tahniah Nubhan atas pertunanganmu... ;)