Yeap!! After all hustle bustle through out these years, this is the biggest prize I ever won. Alhamdulillah!! It’s a prize yet it’s a responsibility…(**sigh**)
Tomorrow I’ll be at PICC Putrajaya for APC. For those yang tak tahu apa APC…It’s Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Haa..haaaaaaa..cemerlang ke? Boleh laaaaaaaaa…..Bukan cemerlang mana pun. I just do what ever I should do. Orang nak recognize ke tak nak, bukan masalah aku. Kalau aku keje tak ikhlas pun aku yang rasa bersalah sendirik. Tapi setakat ni aku ikhlas je la. Walaupun ada masanya aku malas nak datang keje. Hee..heee..heeee…
About keje, actually masa aku mula-mula masuk keje dulu, tak sampai setahun dah ada penilaian SKT. Errrrrr….macam appraisal la kalau keje swasta. Masa tu, markah aku so-so jer. Sebab kata boss aku,umur aku muda lagik ( errrrrrrr….muda lagik ko????) dan ada banyak masa lagik.Kalau sekarang markah dah tak hingat, nanti yang banyak-banyak tahun tu, tak kan aku nak static macam tu je. Kalau markah rendah dari tu, aku jugak yang susah dan secara logiknya, markah aku tak kan naik tinggi dari tu. So, itu jelah yang aku dapat. Jadikkklaaaaaaaaaa…..haa..haaa….
Then, Tuan Fred laks yang buat appraisal. Dia pun bagi takat ok jer, tapi pas tu dia tanya aku ok tak. Haruslah aku kata ok…Wakakakkakkaka. Sebab aku tak kisah sebenarnya, aku nak apa yang aku dapat setimpal dengan apa yang aku buat. Kalau aku buat keje ala kadar and yet aku dapat recognition, aku plak yang rasa bersalah kan……
So, this is the third time actually. Kali ketiga aku berhadapan dengan appraisal. Lepas dapat surat, aku call Tuan Fred & he was really overwhelming. Berkali-kali dia kata “I’m proud of you” . Haa..haa..He’s the one yang mengajar aku. Errrrrr…pas tu aku ajar dia plak. Mana yang kami sama-sama tak tahu, kami pi tanya orang lain mintak ajar. Hee..heee..bekerjasama kekdahnya. So, kalau aku bagus, dialah yang menjadi kan aku bagus.
Hee..hee..korang ingat keje jurubahasa bercakap je ker? Aku jurubahasa yang multi tasking eberibadi. Aku lah yang angkat fail, akulah yang betapa dalam mahkamah, aku lah yang jadik kaunter pertanyaan. Yang lagik best, aku jugaklah yang jadik technician mesin Photostat, fax machine & paper shredder. Kertas A4 pun aku jugaklah yang kena tengok. Walaupun bukan keje aku, tapi nak buat macam mana kalau dah “ Aidaaaaaaaaaaa…….Tolong!! kertas lekat” …”Aidaaaaaaaaaaa….Kenapa tak boleh on?” “Aidaaaaaaaaa…..nak fax macam mana” Hee..hee…itulah yang aku dengar hari-hari dari kakak-kakak tersayang kat sini sampai aku digelar technician….pasrah jelah ye……Terima kasihlah kat Mr Bernard Siow yang banyak mengajar aku dari A-Z dulu. Good implementation around here mister!!
Actually aku tak ambik pusing sangat dengan apa yang aku buat. Kadang-kadang aku rajin, kadang-kadang aku malas. Datang rajin kang, clear meja aku. Tapi kalau datang malas, meja jadik hutan belantara pun aku buat tak tahu je. Hee..heeeee…Aku bukan jenis yang terlampau serius kalau bekerja. Mana-mana yang kenal aku tahulah, tengah keje pun aku masuk forum cari. Pas tu call orang sana sini. Tapi prinsip aku satu jer, kalau dah mula…..habiskan!! Tengah giler excited tu, baik siapkan cepat.Nanti dah tak excited, mula la semuanya jadi cam tapai basi.Bertepek atas meja.
Okeh la korang, aku off esok. Akhirnya!!!!!! Aku keluar dari opis ini.Wakakkakakkaa. Sojuuukk macam peti ais dah ni.
Jangan lupa undi SEADANYA AKU kat Hot FM ye kawan-kawan…..hee..hee..sempat jugak berkempen tu.!!
** Baju batik……….please!!!!
No comments:
Post a Comment