Thursday, April 2, 2009

Happy 23rd Birthday Nubhan!!!


Semalam diadakan celebration untuk birthday Nubhan yang ke23 di Chicken Hartz Buffet times square. Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti yang dirancang. Walaupun perancangannya hanya dibuat beberapa hari je sebelum 2 april, & details hanya di delegate beberapa jam sebelum.tapi hasil dari kerjasama AJK, VIN & Nubies…..majlis tu berjaya jugak dilaksanakan.

Hee.hee..adooiiii!! apa lah ayat aku skema sangat ni weeeii!!!

Okeh,ayat tak skema….Actually I didn’t bring my camera. Errr..I did!! But kamera aku rosak!! Snap boleh, tapi tak store gambar. Sakit jiwa tak???? SAKIT!!!!!!!!!

Aku datang ke Times Square dalam pukul 5.20 petang cam tu. On the way ke sana, aku stop kat kedai buku beli board. Lepas tu dengan board besar tu, aku naik tren.Haa..haaaaa…dah la bawak dua beg. Punyalah payah nak masuk monorel sebab orang ramai. Sampai kat stesen, terjumpa ngan Eila yang bawak dua kotak cup cakes. Nasib baik Eila panggil.Kalau tak, aku memang stok menonong jer.

Kat restoren tu, YB, Fit, Tokwan, Tegarettes & beberapa Nubies yang sudi membantu dah ada tengah buat deco. Aku letak beg & terus tolong diaorang lekatkan alphabet “ NUBHAN 23rd BIRTHDAY” yang aku buat tengahari tu. Sorry la korang kalau tak sepertinya, aku pun buat kelam kabut. Almaklumlah….dalam mahkamah ni ha.

Tepat jam 6.00 petang…kami bukak kaunter pendaftaran. First time aku dok kaunter pendaftaran ni. So, semua yang dah ada dalam tu kena daftar & bayar RM 25.00. Seriau jugaklah aku nak pegang duit ni. Entah berapa kali kira tah. Siapa yang daftar & bayar dapat sudu, garfu & pisau. Haa..haaa…..boleh bawak masuk, tapi tak boleh bawak keluar. Barang-barang tu chicken Hartz yang punya!!!...

Sementara menunggu Nubhan & para jemputan lain datang, Nubies semua dipersilakan makan. Konsep makan sebanyak yang boleh sebab buffet kan..so, makan jelah!!!. Aku je yang tak larat nak makan. Sejak tengahari lagik aku tak larat nak makan. Nak kata kurus, dah gemuk!!...adoooiiiiiiii!!!!!!!.

Nubhan sampai dekat-dekat kol 8.00 malam. Akhirnya sampai jugak birthday Boy.Haa..haaaaaaa…Sebelum makan, Nubhan jumpa dulu dengan Nubies yang hadir. Lepas tu terus amik pinggan & duduk makan. Lapo gamaknya.Hee..hee…

MC bidan terjun malam tu…YB!..haa..haaa..terima kasih YB, walau bidan terjun, tapi ok gaklah tu. Banyak jugak pesanan & leteran yang sempat dia bagi.Wakakkaa. Nama pun YB kannnn.Tapi jangan pakat dengar je ye, sebab apa yang dia kata tu..memang ada benarnya.

Actually majlis ni bukan formal, majlis ni dibuat atas permintaan Nubhan. Yelah, kan aritu dia tak join bowling. So, birthday dia adalah hari yang sesuai untuk dia tebus balik. So, majlis ni kami buat secara santai. Supaya Nubies boleh berkenalan & beramah mesra antara satu sama lain. Ada jugak nubies yang hadir, aku baru first time jumpa. Semua ok………….macam satu family dah.

Macam biasalah, setiap sambutan birthday, ada acara potong kek. Nubhan ada 2 kek & banyak cup cakes. Hee..heeee…Aku hanya join sekejap tengok Nubhan dok tiup lilin, potong kek & kena siram dengan confetti, party poppers semua tu. Penuh satu badan.Hee..heee.Lepas tu aku dok tepi je sambil tengok-tengok kalau ada jemputan yang baru sampai.Takut terlepas pandang pulak.
Kemudian ada acara bukak hadiah. Banyak hadiah mamat tu dapat. Bukan main suka lagik dia, siap announce siapa bagi apa. Kebanyakannya bagi baju, ada coklat etc. Aku pun tak nampak sangat, sibuk dok layan MOD cari.com kat meja lain.Wakakkakaka.Huru hara la hidup ko lepas ni piah oooii..

Atas permintaan Nubies, Nubhan nyanyikan la chorus Seadanya aku. Nak nyanyi banyak2, tak da music. Lepas tu dia pergi dera Nora & YB. Haa..haaaaaa…..Tapi Nubies pun sporting gak. Semua dok menyanyi sekali. Seronok la tu YB, tak payah nyanyi sensorang.

Majlis kami habis dalam kol 10.30 malam. Selesai semua acara, tinggal acara mengambil gambar je. Biasalah, kalau dah ramai macam tu, macam-macam posing la keluar. Tapi it’s good seing Nubies having so much FUN.Thanks to Nubhan sebab rajin & pandai layan Nubies. Rasanya yang first time jumpa pun akan datang lagik ni. Kannn..kannn..kannnnn

Thanks pada Nikki, Ika & Naim yang sudi luangkan masa datang ke majlis ni. Ahli keluarga Nubhan yang sudi datang memeriahkan majlis. Nubies semua…sayaannnggg korang!!!!.

Insya-Allah, nanti kalau ada gath atau aktiviti lain…korang semua datanglah ye. Errrrr TEGARIANS, to Klang this sunday???...
all pix credit to Tira.......I will update them from time to me.....haa..haaa.......lagik banyak tira upload, akan makin banyak la aku download..hee.heeee..

No comments: