Thursday, May 28, 2009

Teaser

Gambar ni cantik???

ini sweet?



Atau ini gorgeous?

Nantikan di gathering nanti............................

Ada yang lebih cantik daripada yang ini!!!!


Ini hanyalah teaser untuk koleksi yang akan berada di Gathering minggu depan. Stok adalah terhad dan hanya mereka yang berada disana sahaja boleh mendapatkannya....so........

See you there!!!





Nota: Gambar adalah hakmilik exclusive Nubhan FC.Tidak dibenarkan edit, crop atau menggunakan gambar-gambar ini untuk tujuan peribadi.Terima kasih.....

Tuesday, May 26, 2009

New Promo Banner


This is what we called MELETUUPPPP!!!!....haa..haaa..haaaa...


New Promotion banner from NFC.........And it's official.

credit banner : Edna

credit photo : ENCHANTEDFOREST STUDIO

Note : To all Nubies....tolong jangan crop atau edit whatsoever gambar diatas. Gambar adalah hakmilik Exclusive Nubhan FC dan hanya digunakan untuk tujuan promosi.

Terima kasih.

Monday, May 25, 2009

Busy lagi...

Hai alllzzz..

Ha..haaa..Suka hati aku je kan kata aku bz. Actually aku tak lah sebusy mana. Pada mana yang perasan tu, nampak je aku melepak kat YM, kat website, kat cari.emmmm.....Free giler, macam tadak kerja.

So, dok dendiam tu, aku surf facebook. Emmmm..aku kecoh gak kat FB hari ni kan. Tapi sebenarnya aku tak cari apa-apa.aku cari kawan-kawan lama satu U dulu. almaklumlahhhh....dah berapa tahun dah tinggalkan alam tu.Yang tinggal hanya Nisa & Arif saja yang masih ada dalam contact list aku.

Nisa tu kawan baik aku since first day masuk class. Sebab dia nak kawan dengan aku? sebab nak belajar Bahasa Inggeris. Wakakakaka.belajar dari aku yang tak berapa pandai ni...bukan aku yang pandai. Dia yang pandai!!

Arif plak weird case. Dah bertahun tak jumpa, akhirnya aku contact dengan dia tahun lepas. Disebabkan Salyn yang beria-ia sangat nak buat reunion, barulah semuanya berjumpa balik. Tapi yang aku pelik tu, punyalah ramai dalam kelas tu, hanya arif saja yang sudi tegur aku balik. Tapi.......dia banyak komplen!!!! sebab dia kata, dia dah tak kenal aku!! cam no tu???.Adakah sebab aku dah melebar? Dah tak macam bini popeye cam dulu?? eeeemmmm...

okey, aku admit....time aku study dulu, aku NERD!! Bayangkan pakai cermin mata bingkai besar gedabak. Disebabkan kat kampus aku wajib pakai tudung time pergi kelas.so, aku pakailah. Tapi.....rasanya baik korang tak payah tengoklah muka aku time tu!! hopeless!! Paling aku ingat, aku pakai lipstik kaler merah menyala. Ingat lawa sangat lah tu. Adeeehhhh...sungguh ugly betty.

Sembang ngan arif dalam setahun ni, dia asyik tanya aku, sejak bila aku jadik macam ni. Aku pelik mula-mula nya. Akhirnya baru aku faham. Dulu aku pendiam sangat. Percaya tak, Arif adalah satu-satunya student lelaki yang pernah tegur aku. Itupun....sepanjang study kat situ......Sekali sahaja & we both tak ingat apa yang kami cakap kan time tu. Sadis tak??? sungguh sadis!!!

berbalik pada FB tadi.....aku dapat lah trace beberapa member aku yang ada FB jugak. So, aku add.tapi korang..........................aku sedeeeyyy, kenapa lah diaorang tak approve!! Diaorang lupa aku ker, atau diaorang tak kenal aku? Tapi aku rasa yang pertama tu lebih relevan. senang je nak lupakan sorang nerd dalam satu kelas yang besar. Tak significant!!!. So, aku cakap balik ngan arif...........sah!! Memang aku tak pemes time study dulu. haa...haa..haaaa

So, kesimpulannya, dulu kononnya aku pendiam. Nak bukak mulut pun payah. Maybe kejutan budaya pun ada jugak kot. Dunia kampus aku tak glamer, kami dok dalam hutan belantara. Maybe itu puncanya aku jadi macam tak tentu arah. Elok-elok time sekolah aku aktif, tapi tetiba masuk U, aku hanya aktif masa first year. lepas tu.............aku layan blues jer!!!!...haa..haaaa.Asyik hilang dari radar...!!

Actually tak ada apa yang berubah pada aku. Aku adalah orang yang sama dari skolah, masuk U sampailah sekarang ni. Maybe kawan-kawan kat U terjumpa aku yang berlainan sebab aku yang pull back. Aku yang tiba-tiba jadi reserve kat situ. Padahal, keluar je dari pintu pagar tu, aku dah awal-awal tumbuh tanduk. Haaa..haaaaaaa....

Dan maybe jugak usia dah mematangkan aku. walaupun aku nampak kebudak-budakkan, tapi dalam banyak perkara, aku serius. Ramai yang tak tahu aku ada side lain yang lebih dari hanya nak bersuka ria. Tapi...aku hanya nak enjoy this life dan tak nak beratkan kepala lagi dengan isu-isu remeh temeh dan tidak matang.

Maybe itu yang membuatkan aku berbeza dengan aku di alam kampus dulu kot...Maybe lah.....

Note : Jom pi gath...................!!!!...Ahaksss!!!

Sunday, May 24, 2009

Gathering Promotion - By Nubhan

Seperti yang dikatakan oleh Nubhan....

Tarikh : 6 June 2009

Masa : Mulai 2 petang

Tempat : Berjaya Hotels & Convention Centre, Berjaya Times Square

Bayaran : RM 55.00

Maklumat lanjut : http://www.nubhanfc.forumotion.com/

Tema dia lupa cakap...hee..hee.."Black & White Smart casual"

Kepada sesiapa yang masih tak paham apa itu smart casual...pakaian tu sebenarnya santai, tapi tak boleh pakai jeans. Jangan la pulak ada yang pakai suit ye. Tak payah pakai dress bagai. Memadai dengan baju biasa. Just jangan pakai jeans kay.

see you there!!!!

p/s : Venue asal di The Zon telah kami batalkan kerana......................Haa..haaaaaaaa..Sebab ada suprise le kat tempat baru!!. So, datang lah beramai-ramai. hee..heee...

Sunday, May 17, 2009

Busy

Busy.....Bukan busy giler, tapi busy sikit la.....Haa...haaaa...Biasalah tu, ada masa tak banyak kerja, ada masanya banyak. So, dalam beberapa hari ni, memang banyak kerja. Tapi aku enjoy jugaklah.

By the way...AF7 dah pun wrap up last Saturday. Semua dah tahu Hafiz Juaranya, Aril coming second dan Akim third. Kesian jugaklah kat isma sebab dapat trofi je sebijik walaupun berjaya masuk final. Hee..heee..Nak buat cam ne kan, bukan rezeki.

Emmm..aku tak nak lah cakap pasal AF7, sebab seperti yang semua tahu, I dont give a damn pun pasal AF7 ni. Walaupun aku tengok konsert almost every week kat TV dan pernah once pergi tengok kat stadium. Tapi...eeeeeeeeemmm entahlah, not that those kids tak bagus, tapi tak berminat. Tu jer..

So, aku malas nak tulis apa-apa, just nak diingatkan pada fans Nubhan, gathering kita 6 Jun ni receive a very good response. So, to all yang teragak dan masih berkira-kira nak pergi tu, aku nak cakap awal-awal lah, cepat buat keputusan. Sebab numbers nya increse every day. Silap-silap nanti, tak ada tempat.........jangan menyesal pulak..hee..heee...

Kalau nak tahu lebih lanjut, just SMS aku atau hanya PM je aku kat Nubhan FC. Nanti aku akan jelaskan panjang lebar. Yang biasa ngan Tira, boleh do the same on or before 22 Mei 2009. Nak bagi nama after tu pon boleh jugak, tapi make sure before 31 Mei okey.

Kita jumpa di sanaaaaaaaa!!!!!!!!!!

Tuesday, May 12, 2009

Sambutan Ulangtahun Pertama Nubhan FC


First of all...Aku tahu banner ni huduh!! He..heee..tapi tak per, banner ni akan di replace kan dengan yang lebih elok bila dah ada nanti.
Okeh, berkenaan dengan event ni. Besarlah harapan aku agar Nubies bersama-sama meraikan ulangtahun pertama Nubhan FC ini nanti.( Wahhhhh..ayat apa ni weiii???..haa..haaa..)
Apa-apa pertanyaan lanjut, boleh la PM aku di sini.Tak tahu yang mana aku? sila cari Kikey.Hee..heeee...
Nak lagik senang....boleh lah SMS atau call aku kat 012-2444290. Hee..hee..jangan nak miskol ye. Kalau sesak sangat tadak kredit, sms, nanti aku call lerrr...
Pertanyaan lanjut jugak boleh dibuat kepada Tira di website yang sama. Semua details ada kat situ. Tapi kalau tak paham jugak lagi, jangan malu jangan segan....sila tanya kat aku atau Tira kay.
Okeh..itu sajalah.......Mari kita sama-sama memeriahkan majlis ni nanti. Hee..hee..banyak surprise yang menanti korang.Lagipun inikan event Nubies, so....it's time for you to BULI Nubhan ataupun.....................kena BULI dengan Nubhan.wakakkakakakaka
See you there!!!

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari IBU

Hai allllllzzzzz...

Hari ni 10 Mei adalah Hari IBU. So, aku nak ucapkan selamat hari Ibu kepada dua orang IBU yang paling aku sayang dalam dunia ni...
This is My Mother. ..... She's also my my chef, my teacher, my advisor dan yang paling best, she is my friend. Aku & mak lebih dari mak dan anak. Kami memang macam member kamceng. Apa saja yang berlaku dalam hidup aku,tak satu pun mak tak tahu...and yes!!! mak tahu dan aku gilos dengan Adam & Nubhan. Haa..haaaaaaaa.....dioarang pun boleh jadi topik sembang kami aper!!! wakakakakaka. Best!! sebab mak tak akan jadi pengutuk.

Jadiknyaaaa...I just wanna say, adik sayang sangat sangat sangatttttt kat mak!!!!. Muahhhh!! muahhhh!!! muahhhh!!!!!!!!!!!...
This is my sister. Mother of Adam Danish. She's more than a sister. Whenever I'm in trouble, she come to the rescue. Kalau kami dua-dua in trouble, kami akan back up each other. Tapi dia tak selalu get into trouble..sebab dia tak nakal sangat!. Hee..heee..
Di hari yang mulia ini, adik nak tell you that, adik sayang sangat kat akak!!! Luuurrvveeesss you a lot!!!. Happy mothers day kak!!
by the way, SELAMAT HARI IBU juga pada Mak di bukit antarabangsa, mak lang kat setiawangsa, semua ibu-ibu yang aku kenal di merata-rata ni...
To my friends, Mummy Nicky, Faza, wonbin, Murnie (err...dah jadik ibu lom murnie ni??) & Fit...Selamat Hari Ibu, semoga berbahagia selalu dengan keluarga masing-masing!!

Thursday, May 7, 2009

Tangan siapakah ini???

Tangan-tangan siapa ni????? Gelang buy 1 get 4 free ke??? Haa..haa..haaa..Bukan!! Gelang ni pemberian Nia a.k.a Bwicked dari Brunei. Dia datang ke KL bawa buah tangan untuk kawan-kawan kat sini. Semuanya ada berapa aku dah lupa. Tapi pada hari kami ambil gambar ni....ini sajalah yang ada.

Gambar ni aku tak ingat siapa yang snap.Hee..hee..tapi it's just of one those days bila kami mula ambil gambar tangan dan kaki. Lepas tu,boleh pulak mummy Adam terlibat sama dalam gambar ini. Mummy Adam....Adam ha ha tak tahu tu lerrr. Kebetulan bwicked pun beli satu untuk dia. Hee..heeee....

Kami mula kenal ditahun 2004 dan masih berkawan sehingga sekarang.Ada satu yang teramat istimewa tentang mereka ini. Mereka simple!! Memang sangat simple. aku suka kesederhanaan diaorang ni.Emmmmmmmm....time passes by kan. Ila pun dah kawen, anak faza pun dah besar mana pun tak tahu la. Dah sekolah menengah kot. wonbin pun...anak-anak dia dah besar kot. Linda dah jadi engineer. Phan dah tukar kete, Feeda pun kannnnn. Haa..haaa...Si Shaz dah abes belajar, aritu dia sambung study. emmm...Ayue pun nak jadik doktor dah.Tapi yang tak bestnye, budak-budak sabah semuanya dah senyap sunyi.Huhhhuhuuu.Rindu gilerr ngan korang!!!


Apadaaaaaaaaaa aku merepek ni. okeh!! aku nak pergi PD jap gi for kursus. Aku tak akan join bwoling kot. Sebab tak tahu kol baper balik hari ahad tu. But, to those yang nak in touch ngan aku...kalau adalahhhhhhhhhh....Boleh je, sebab aku bawak lappy ni pi PD!!!!


okeh!! selamat berkursus kat aku!!! Haa..haaaa

Wednesday, May 6, 2009

My dearest Adam


Ellloooo all!!

Dah lama aku biarkan blog ni tumbuh kulat kan....eeeeeeeemmm. Aku tadak benda nak citer, no activity, no nothing!! Just pergi kerja, balik kerja. Tu saja.Haa..haaa..Bosan sungguh hidup ini!!!


Tapi sebenarnya, aku sangat suka kalau bercerita pasal Adam. Adam Danish tauuu, bukan Adam ha ha tak tahu, joget lambak, robot etc tu. Mengenali Adam, buat aku faham tentang kasih sayang ibu bapa. Walaupun Adam bukan lah anak aku, tapi tetap jugaklah darah daging aku kannnnnnnnnn. Aku tengok Adam dari just a few hours keluar dari labour room. Kecik sangat and very RED!! Tiba-tiba aku rasa, hidup aku sudah berubah. Aku dah ada nephew. Someone here akan panggil aku mummy. Maknanya satu stage up!!


Lepas tu....Hari-hari aku tengok Adam.Dari terlentang, meniarap, merangkak dan akhirnya berjalan. Haa..haaa.. Kenapa aku rasa kelakar ha??? One day dia akan jadi manusia dewasa macam aku. Dia akan hidup macam orang lain jugak. Tapi aku plak nak biar dia kecik macam tu selama-lamanya. Haa...haaa...Aku suka Adam yang kecik tu. So much fun!!.


Nak tahu satu cerita? Early this week, aku dengan penuh semangat kepewiraan nya telah ke carrefour. Sorang-sorang pergi beli laci. Nak buat apa? Nak isi barang-barang aku yang bersepah-sepah tu lah. So, dengan susah payahnya dan dibantu akak, aku bawak balik kerumah. Nak tahu apa yang Adam buat bila aku heret laci besar gedabak tu? Dia tolong tolak!!! Nasib baik lah tak berat. Aku jadi ketawa tengok dia beria-ia sangat nak menolong.


Sampai dalam bilik, aku pun dengan semangat kepewiraan lagik, doklah berkemas. Perwira la katakan.....so, terus nak buat la. Adam was there. Apa yang aku keluarkan, dia sepahkan lagi. Tiba-tiba, tengah tolak-tolak barang dalam bilik, terkenalah sikit kaki aku. Emmm..aku macam bisalah, saja exaggerate konon kaki dah nak patah sebab nak tarik perhatian Adam yang dok selongkar beg duit aku.


Adam yang duduk kat tepi aku, tiba-tiba bangun dan pergi ke meja solek aku. Ingatkan dia nak buat apa, dia capai minyak angin & hulur kat aku. sambil tuding-tuding jari cute dia kat kaki aku, dia dok membebel dalam bahasa sanskrit dia tu.Haaa..haa..hambek ko!!!! dari saja nak mengusik dia, aku plak yang tergolek-golek ketawa.


Akhirnya aku realise yang anak aku dah besar. Dia dah grown up sebagai anak yang baik. Kalau pergi kedai, dah boleh diharap bawak plastik sayur. Walaupun plastik lebih pajang dari kaki. Tapi Adam bawak jugak sambil berlenggang-lenggang kangkung.Rasa nak tendang je kasi tergolek. Haa..haaaaaaaaa...ganas giler mummy dia!!!!


Kadang-kadang ada masanya aku akan marahkan Adam. Tapi emmmmmmmmmmm......selalunya aku tak sanggup nak cubit pun. Tapi kenapa ada manusia yang sanggup buang anak ye?sedangkan itulah anugerah TUHAN yang sangat-sangat CANTIK. Regardless macam mana rupa anak tu,comel ke, tak comel ker, putih, gelap, kurus, gemuk. Anak adalah anugerah ALLAH. Maybe satu hari aku akan ada anak sendiri, atau mungkin tak. Kalau ada, alhamdulillah..kalau tak, aku puas ati aku ada anak macam Adam.


By the way....my dearest sister is now 6 months pregnant. Another nephew coming soon in August. Aku dah tak sabar nak tunggu kelahiran dia. Aritu tengok kat gambar scan. Hee..heee...tak tahu nak describe perasaannya. Tapi yang nyatanya........AKU HAPPY!!!..Yeeehaaaaaaaaaaaaaa.....