Monday, January 25, 2010

My current work

hai Alzzzz...
Introducing!!! New look of Nubhan Ahamad's official myspace.

I know...myspace ni dah agak yesterday dah. Sekarang yang pemes pun Facebook kan. Tapi untuk promosi, tak kenal baru ke lama. Sebab myspace ni ada total of 33,410 friends!!!...(fuh!! gilerr ahhh!!!...hahahahahaa). So, penambah baikkan untuk myspace ini adalah sangat penting!!!.

Currently, kerja aku adalah mengedit dan mendelete apa yang tak sesuai didalam tu sebab nak jadi kan myspace ni setanding facebook yang sentiasa update tu ha. Sekarang ni masih dalam percubaan sebab aku pun tak pandai sebenarnya. Terpaksa tanya kat pakcik gugel. Nasib baik pakcik gugel tu rajin membantu.Hahhahahahhaaaa.

Anyway, memang mengemaskini myspace ni adalah keje hakiki aku. Tapi, from time to time...kami akan usahakan untuk bawak tuan punya myspace untuk menulis disitu. Tapi setelah semuanya selesai la ye.....

So, untuk yang rajin berjalan-jalan di alam maya tu...sila la ke NUBHAN AHAMAD OFFICIAL MYSPACE . Banyak kerja-kerja pembinaan yang masih berjalan kat situ ek. Hati-hati sikit...kang ada konkrit jatuh lak kang...hahahahhahahahahahahaaaa....

My Sammy

Hai alzzzzz...

Today, I bought something for my dear sammy. Errmmmm....wonder who Sammy is?

This is Sammy!!!!
Some of you might already familiar with this little friend of mine. Hehheheee.....It's square, black & definitely can't talk.Hahahhaha. I never buy anything for Sammy since I own him. Well, I bought a broadband for him to go worldwide. Then my bro in law bought this little fella a friend.....a small orange mouse. Hehheheee......It fits him the best!!!!..hahhahaaa...

So...................notice scratches on his skin? Poor fella. So, to give Sammy some new year look..I bought this anti-scratches laptop skin and cover him. Hahhahaaa..I'm not good in doing such thing, so...the baju seems to be a bit in mess. Ermmmmm.......Like you don't know me la Sammy..hahahhahahaa
And I bought this for him......A cover, a bag or...anything you want to call it...yeahhhh!!! better late than never!!!..
There!!!!! Sammy in his new case!!!!.....Hehheheee..a new year present for my best friend!!!!!!..
Thanks Sammy for being my friend when I'm happy, when I'm sad, when I need a friend the most!!!!..You never complaint!!!!....Luv u!!!!
Apahal la pulak aku feeling-feeling ngan lappy aku ni plak????.......hahhahaaa...adehhhhh...wayar orang yang putus ke wayar aku yang dah bersepai2 ni?....wakakakaa

Monday, January 18, 2010

Cerita Hantu

Hai Alzzz..

Emmm..tak tahu apa nak tulis dah ni. sebab kepala aku tepu sebab terlalu banyak berfikir.

Err....kenapa tajuk entri ni "cerita hantu"? ...haaaaaaaa..sebabnya, dah banyak hari dah aku dengar cerita hantu. Ada yang betul-betul seram, ada yang hanya suam-suam kuku je seramnye.

Antara yang paling seram, yang aku dengar malam tadi. Siottt je la..!!! Sampai aku tak boleh nak tidur sebab terbayang-bayang.

Agaknya memang musim kot..Kat TV cerita hantu, kat cinema pun cerita hantu. Yang bercakap lepak-lepak kedai makan pun cerita hantu..adehhhhhhh.....pening kepala dengar cerita hantu.


Pasal marah aku hari tu? emmmmm.....selesai dah. Walaupun masih ada sisa-sisa nya lagi, tapi aku ambil keputusan untuk mendiamkan diri je. Bukan nak bagi dia besar kepala...tapi aku rasa itulah perkara paling baik.lagi banyak aku bercakap, aku akan mengeruhkan keadaan. so...........diam je lah buat masa ni...Adehhhhhhh

Wednesday, January 13, 2010

Emmmmm...

Hai alzzzzz.....

Just wanna tell you a short story....

Loonggg time ago...I got these 3 little stooges...A, B & C

One day, someone asked me about who's better between A, B & C..so I answered B intead of A & C....Emmm..I'm not going to tell you why I choose B...my secret!!

And that someone asked me again...........who do you like the most?...again I answered B.

Questions after questions....most of my answers was..............."B"..Darling of mine..hahhahaha

But yesterday, after so many years,I realized that A & C never throw words to me but B did and it's hurt like hell. So now, who is the one I misjudged? Those I never care about or the one I care the most???

Emmm..I'm going to put on my thinking cap again & think hard.......I need time to be alone.So.....................Meet me next week. Need to solve this puzzle A.S.A.P...

Chow!!!!!!

Sunday, January 10, 2010

Bila aku...MARAH!!

Hai Alzz...

Emmmm.....inilah pertama kali rasanya aku menunjukkan perasaan marah aku didepan orang. Kepada dia yang tak pernah sekali pun aku marah.

Selama aku mengenali dia, tak pernah aku memalingkan muka dari dia, tak pernah aku tinggi suara, apatah lagi nak lari dari dia. Walaupun dulu, dia pernah hentak kaki depan aku, dia pernah jerkah aku depan orang ramai & dia pernah merungut tak tentu pasal. Tapi aku still diam. Aku tahan jugak....semua atas sebab KERJA. Aku merungut masa tu je.....dua tiga hari kemudiannya, aku dah ok. Jumpa dia, aku senyum balik.

Tapi sampai satu tahap....kesabaran aku dah sampai limitnya. Tak sangka bila nampak je muka dia, aku rasa nak belasah!!!!. Dia datang aku lari, dia tanya aku diam........Inilah kali pertama aku tak pandang langsung muka dia. Haa..haaa....Honestly, aku tak tengok pun apa yang dia pakai, macam mana dia buat rambut ke apa. Tak macam selalu, aku riuh jugak la komen itu ini......Entah kenapa!!!.... Aku rasa marah sangat!!!.

Aku bukan nak sentap, bukan nak garang tak tentu pasal. Tapi aku harapkan dia menghargai apa yang aku buat untuk dia selama ni...........Tapi kalau perkara sekecil tu pun dia tak boleh buat, aku dah tak ada solution lagi.........Terpulanglah pada yang empunya diri. Fikirlah sendiri...

Emmmmm...baru 10 hari Aida, baru 10 hari masuk 2010..........Macam mana aku nak harung lagi 11 bulan???????....**sigh**

Thursday, January 7, 2010

Jom Jalan-Jalan...

Hai alzzzz..

Seperti yang aku katakan semalam la kannnn.....jom ikut aku jalan-jalan ke Bali... Table setting kat Jimbaran.........aim nye, mengadap laut tunggu matahari terbenam.
Seperti yang korang dah tengok, Festival di Budugul......Nampak sejuk kannn..Memang sejuk!!!
Tanah Lot!! Pada aku, inilah lokasi paling cantik sepanjang 4 hari aku berjalan-jalan ke Bali. Walaupun panas sampai nak cair otak, tapi terkesima dengan kecantikan alam semulajadi, buat kita lupa dengan panas tu.
Kalau tinggal kat Bali Dynasty, boleh nampak kereta kuda ni. Sampai ke malam aku nampak derang ni lalu lalang.
Haa......Inilah peminat aku!!! Haa..haa..haaaa.....Tak sangka, sampai Bali..aku jadi ala-ala artes hollywood. Nasib baik tak patah riuk je aku kena terjah ngan depa ni. He..hee..Penjual-penjual T-Shirt ni ada kat depan restoren Kintamani, kat Gunung Berapi Batur.
Ini namanya Barong. Kalau bawak anak-anak kecik, aku suggest jangan bawak la tengok show ni, takut malam-malam tak boleh tido pulak. Kitaorang yang dah dewasa ni pun seram sendiri tengok barong ni.Hee..hee..tulah kan, siapa suruh duduk depan sekali.
Nak mengeluh??? Mengeluh la dalam kotak ni....hahahahhaha
Ketam ye tuan-tuan & puan-puan...........
Budak berdua ni datang naik bot ke Budugul untuk pesta tu. Tertarik dengan diaorang, kami ambil gambar.Comel kannn..
Inilah bot yang diaorang naik untuk ke Budugul. Tengok hujan tu........dan kabus-kabus yang cantik...emmmmmm...
Haa..haa...nampak sangat lain budaya. Inilah pakaian orang-orang kat situ....lebih kurang sama je, yang lain nya hanya warna.
Aku dah lupa kat mana ni. Tapi..............breathtaking!!!!!!!....
Shopping time!!!!!!!!!!!!..wakakakakkaa....kalau tak gila, tak tahulah!!.Korang boleh bargain sampai 80% kat sini. just, be nice....I mean, very nice!!..lepas tu be cruel, I mean, very cruel....hee..heee.....lepas tu, balik dengan beg penuh van,kereta atau bas parawisata, mana-mana la yang korang guna kannn...hee..hee..
Bali Galleria. Masuk kesini, baru aku sedar aku berada di tahun 2009. Balik ke tamadun yang aku berada sekarang ni. Apa yang dijual kat dalam ni, sama je dengan yang kat mana-mana di sini.So, tak payah beli!!!
Bali sangat terkenal dengan lukisan macam ni. Kat mana-mana pun korang boleh dapat lukisan. Kalau nak yang mahal, boleh beli kat gallery macam ni, Kalo nak yang murah..........kat tepi-tepi jalan pun banyak.Boleh dapat dengan harga yang sangat murah.
Kat Goa Gajah.. Ini hanya susunan batu dari runtuhan pura. Maybe dah tak tahu cam ne nak jadikkan pura tu satu pura balik...so, susun je leee..hee..hee..
Tingkat bawah hotel kami. Cuba tengok siling nye...huhuhuhuuuu...malam ke, siang ke..tetap la nampak bintang uolsss!!!
Bali Dynasty di waktu malam.....Emmmmm.....sangat cantik!!!
Aku dah lupa nama Pura ni. Tapi kat sini punyalah banyak monyet. Ada besar ada kecik. Hati-hati jelah sebelum kena dukung monyet kesana kemari.Hee..heee...
Uluwatu...Tempat pertama aku pergi. Tak tahu nak komen apa masa sampai kesini. Sebab sepanjang hidup aku, belum pernah aku sampai kat cliff...
Aku respek ngan Phan sebab berani meninjau sampai kesini.....hee..hee..kalo jatuh tu sure berkecai.Kat Uluwatu gak ni........on the way ke pura diatas bukit sana.
Tangga yang disediakan untuk naik keatas sana tu...nampak tak macam pokok krismas hujung cliff tu? itu la pura nye. Punyalah jauh berjalan. tapi tak terasa sebab leka tengok laut.
Kat mana-mana pun di sini, korang tak akan dapat mengelakkan patung-patung macam ni. Ada yang pakai kain kotak-kotak macam kain pelikat dan ada yang pakai kain kuning. adalah kepercayaan diaorang tu kan....Kita pakat tengok je la.

Taman depan hotel. See statue putih tu?? Yang tu angels..hee..hee..kalau malam-malam, agak menyeramkan jugaklah.haa..haa...Interior.............Pada aku, enough la, bukan nak duduk sampai setahun kat sini pun. Aku suka jerrr..selesa!!!
Haa..haaaaa...katanya bebas biaya yeee..kalo kita, namanya toilet free. Hee..heee...Toilet ni kat Airport, sampai-sampai je, cari toilet dulu.
Motip??? Motipnye, nak citer kami dok kat sayap...Ini sebelum kapal terbang ni naik tinggi lagi, masih nampak awan.
Errr..balik ke gunung berapi Batur.....selain pertama kali tengok cliff, inilah pertama kali aku tengok gunung berapi. Hee..hee.yang belum, hanya tengok benda alah ni meletus jer..
Ini adalah kechak dance........tarian ni sangat popular kat Bali dan macam dah jadi identiti Bali tu sendiri. Walaupun persembahan ni panjang, tapi aku suka jugak tengok.Tak bosan.
Another cliff..aku pun dah lupa kat mana. Kalau buat terjunan bebas, sure lama baru sampai ni...wakakakkakaa
Tengok pusaran air tu.....Boleh imagine macam mana dalam nye kannnn.....
Gambar terakhir.......jualan ni ada kat hotel dari hari jumaat sampai hari minggu...diaorang la kata, kita kata hari Ahad. Hee..heeee....Boleh tahan murah & kualitinya pun bagus jugak. Boleh je korang tawar menawar kat sini. Jangan risau, kakak-kakak ni sangat friendly..hee..hee...
okeh, setakat ni, ini je yang dapat aku bagi korang tengok. Ada banyak lagik...tapi aku dah tak larat nak keluarkan, kecikkan & upload..hehehhehehee....pi la sendiri ke Bali..senang citer!!!..haa..ahaaa...

Wednesday, January 6, 2010

Aku dah dapat gambar!!!!!

Hai Alzzz..

Haa..haaa..gile excited kan!!!!..


Actually, semalam baru aku dapat beribu-ribu lemon gambar kami pergi Bali bulan March tahun lepas. Haa..haaa..Dah dekat setahun dah rupanya!!!. Rasanya aku tak akan print kot semua gambar ni, kopak beribu-ribu lemon jugaklah kalo aku buat jugak...hee..hee..heeeee.....

Emmmm..just to share 2 keping dari kamera canggih phan & kamera tak berapa canggih hana. Hee..hee..hee..Nanti kalo aku rajin, aku share gambar-gambar yang best sepanjang aku di Bali...eeemmmm..rasa nak pergi balik kesana....sapa nak ikottt?????...hahahahahha Salah satu dari beribu-ribu Pura kat Bali. Sangat colourful sebab ada festival. Tak sangka masa kami datang kesini, hujan tiba-tiba turun. Walaupun leceh sikit nak berpayung-payung dalam orang ramai macam tu, tapi yang peliknya aku suka. Hujan kat kawasan ni rasa nyaman sangat. Nampak kabus atas tasik, atas gunung........iskk!!! Memang cantik la....
Satu senja yang indah di Bali...wahhhh gitu!!! . Tapi serius aku cakap, senja kat sini memang cantik. Bayangkan angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa bali tu, layan dengan seafood bakar..(hee..hee..yang lepas tu buat aku bergaru) & yang lagi best, persembahan dari live band yang menyanyikan lagu-lagu oldies. Rasa macam nak duduk kat situ sampai esok...haa..haaa..haa..
Okeh, sementara ni..ini saja la dulu.Nanti aku share gambar-gambar lain. Lepas aku khatam membeleknye...hee..hee...

Saturday, January 2, 2010

Happy New Year

Hai Allzz..

Cam ne sambut new year?????

Aku?? Emmmmm...mula dengan lepak kedai mamak dalam sesi meluahkan perasaan, lepas tu pergi melalak dan buat sampah dalam bilik karaoke, lepas tu lepak lagi kat kedai mamak minum segelas teh tarik sampai 3.30 pagi.

A blast??? boleh laaaaaa...Aku hepi saja. Yang penting, apa yang terbuku dalam kepala aku dah lepas. Sesi meluahkan perasaan yang sangat bagus..haa..haa..haaaaaa...

to harney, sorry la kalo umah den macam tongkang pecah. Wakakakkakaaaa...Tapi ok gak la kan dari balik ke somban pagi-pagi bute tu.

*** Tahun ni, aku pi sambut tahun baru dengan baju kurung....lagik!!!! Perempuan melayu terakhir katanya!!!...poodahhhh cettT!!!!