Thursday, February 26, 2009

Notes

okey friends...this is going to be short & quick.......My last entry before I'm going off to Bali .

* I'll be in Bali from 1-4 Mac 2009. So, kalau aku tak balas SMS tu, pepaham jelah ye.....hee..heee...

* Tomorrow ada bowling kalau aku tak salah. But Maybe aku tak join because I'm going to meet my old friend coming from Kedah. loonnggg time no see lorrrrr...

* To those yang pergi JB for HotFM big jam & Melaka for Jom Heboh......drive bebaik. Kirim salam aku kat Nubhan ye....pesan kat dia, perform bebaik....hee..heeee...

*Enjoy yourselves & take tonnes & zillion of pictures kay

* Doakan aku selamat pergi & selamat balik.........

Okey, See yaaaaaaaaaaaaaaaa.....


Back to work!!!!

Sad...........

Sad....

Feel like crying outloud...........But I can't.............

I hate this place!!!!!..I really do......

Sunday, February 22, 2009

If One Day



If one day you feel like crying...
Call me.
I don't promise that I will make you laugh,
But I can cry with you.

If one day you want to run away--
Don't be afraid to call me.
I don't promise to ask you to stop...
But I can run with you.

If one day you don't want to listen to anyone...
Call me.
I promise to be there for you.
And I promise to be very quiet.

But if one day you call...
And there is no answer...
Come fast to see me.
Perhaps I need you

Thursday, February 19, 2009

The Two People

Hari ni hari Jumaat.Alhamdulillah…..habis pun minggu ni.So, esok cuti!!..Yeay!!!!

Memandangkan hari ni aku tak de apa nak buat, meh aku buka cerita sikit. Nubies mesti tak tahu kan, kenapa aku dulu join Adam FC. Sampai aku boleh tahan dengan diaorang selama 5 tahun. Errrkkk!!! Betul kan..5 tahun!!! Dan AFCM pun tak tahu kenapa tiba-tiba out of the blue, aku boleh join Nubies. Apa istimewanya Nubhan sampai aku ikut dia merata-rata dari hujung sini ke hujung sana semenanjung ni?

Okeh, mari kita cerita sikit.

Aku mula “berminat” tengok Adam time konsert pertama lagi. Masa tu dia nyanyi lagu KRU, jangan lafazkan. Haa..haa..Aku tak kata sedap ye. Aku kata HAZAB!!!. Tapi yang buat aku suka tengok dia, is cara dia menari menuju puncak tu. Pandai ghupenye budak tu menari. Dari situ, aku tengok je dia menari. Sebab suara dia bukan extraordinary sangat pon kannnn.tengok dia move lagik merembes!!..haa..haaaaa…

Tapi percaya tak, aku mula notice dan suka dengan dia time dia nyanyi “kencorong untuk Ana” Haa..haaa..ironik kan, aku suka dia menari.tapi aku tersangkut dengan dia time dia tak menari. Kenapa aku suka? Sebab aku rasa sedap pulak dia nyanyi lagu tu walaupun kaedahnya macam kena kejar hantu lajunya.

Mula dari situ, aku suka tengok dia. Sampailah final konsert. Tak best pun dia kat final tu sebenarnya. Tapi aku mati-mati dok mengundi. Nak jugak dia menang walaupun setakat no 3. Haa..haa..dah niatnya no 3 kan……no 3 la Adam dapat!!!..wakakakakkakaaa….Sebenarnya tak layak pun, sebab Bob, Farah lagik best!!!. Tapi aku puas hati!!...Bangga misi berjaya tu.

Aku mula “ikut” Adam time dia ngan Kaer & Linda buat show “karnival kaki pancing” kat Putrajaya. Just a few weeks lepas dia kuar AF. Mula dari situ, aku terus ikut dia sampailah kali terakhir di rumah terbuka KRU raya lepas. Lepas tu nan ado. Sebab apa? Sebab…………..Lu pikirlah sendirik!!…haa..haa..haaaaaa…

Kenapa aku minat Adam? It’s not because of “Adam” himself. It’s because of his performance. Setiap kali dia naik kepentas, dia macam menyerap tenaga dari audience. Dia akan buat performance dia orang ingat!. Itu power Adam walaupun dia tak terjerit-jerit. Kalau nak cakap pasal Adam nya, percaya tak kalau aku cakap, dia tak kenal aku by name or by apa-apa pun. Aku macam satu dari beribu batang jarum. Semua nampak sama. Tapi aku tak kisah…….Aku suka kan performance dia je. Kalau nak diikutkan, macam tak logic, dah bertahun2 ikut kesana kemari tapi tak kenal lagi.Tapi nak buat cam no….itulah hakikatnya. Hee..heee…

Ok, cerita pasal Nubhan pulak. Yang ni kelakar sebenarnya. Aku rasa , dikalangan Nubies, aku lah orang terakhir tersangkut dengan dia. Dengan reason yang paling bodow dalam dunia ni. Haa..haaaa… Aku suka Nubhan di konsert 9. Time dia ter”angsa” tahap dewa tu jugaklah aku mula berminat dengan dia. Sebab apa? Sebab baju dia & sebab tetiba dia angkat kaki. Menyanyi sungguh-sungguh. Haa..haaaaa…Sebab lain? Nan Ado!!!..hee.hee…

Tapi Nubhan ubah persepsi aku pada dia bila dia sing his heart out lagu Ada untukmu kat konsert akhir. Tiba-tiba aku rasa, this is the voice!!!!...(Koma sekejap!!!) Tiba-tiba aku rasa budak tu boleh jual, tiba-tiba aku rasa aku nak dengar lagi suara dia & tiba-tiba aku jadi ahli FC dia…huhhuhuhuhuhuu…..Semuanya berlaku terlampau cepat!!..Bengong tol!!!

Mulanya aku malu jugak nak join gath pertama NFC. Tapi lepas di “mandrem” oleh Edna, Tira & Fit, aku mengalah jugak. Diam-diam aku berjanji….this is it!! This is my first & my last. I’m not going to sink myself in another FC. Tapi masalahnya, aku tak berjaya. Akhirnya, here I am….Aku pun tak tahu nak explain dah macam mana keadaannya. Huh!!

Kenapa Nubhan? Kenapa ek? Best sangat ke dia? Aku tak tahulah apa orang lain fikir. Tapi aku suka sangat dengan suara dia. Rasanya dah tak terbilang dengan jari dah berapa kali aku dengar dia dia menyanyi. Samada rakaman, live with music ataupun live tak de music. Pada aku yang buta music ni…dia menyanyi sikit pun dah boleh buat aku goosebumps. Something yang agak extraordinary. Tak payah menjerit sampai nak terkeluar anak tekak pun dia dah buat lagu jadi sedap. Selesa telinga aku dengan suara dia.

Tak macam Adam, Nubhan in the other hand…..at least tahu nama aku. Tak logic la kan kalau dia tak tahu one of the “Legendary Tegarians”…wakakkakakakaa..Legend dah!!!. Haruslah legend kan…..siapa yang tak kenal Tegarians. Tapi itu ajelah. Antara artis & fans mesti ada boundaries kan…so, we keep it that way. I’m happy with that…..Dia tahu aku sapa pun aku dah ok dah.

Ok..itu ajerlah. Aku happy aku ada choice.Nak tengok persembahan yang meletoppp dengan dance steps yang energetic. Aku tengoklah Adam. Nak tengok persembahan lagu yang mendayu meleleh sampai terguling-guling, aku tengok Nubhan. Apa susah!!!..haa..haaaa…

***Korang bayangkan kalau satu hari diaorang shift genre..wakakkakaa..Adam gerenti idup laie, tapi Nubhan??? Sure patah sana sini…wakakakkakakaaa…(((Ampunnnnnnnn…haa..haa..haaaa…))))

panjang siottt entri aku!!! Tak per, aku tak akan update apa2 sampai isnin depan. Sebab aku ada something to do this weekend.So……….bye for now!!..muuuuuuaaaahhhhhssssss!!!!

Wednesday, February 18, 2009

Congrats Nubhan & Adam

TOP 5 ABPBH 2009
Artis Baru Lelaki Popular
1. Aiman
2. Fizzow Omar
3. Nabil
4. Nubhan
5. Riz
Penyanyi Lelaki Popular
1. Adam
2. Aizat
3. Amy Search
4. Mawi
5. Nubhan
Tahniah to both Nubhan & Adam. Hee..hee..Tak sia-sia kami tonggang langgang terbalik terlentang dok mengundi Nubhan hari tu. Walaupun sumbangan dari NFC tak seberapa, tapi akhirnya berbaloi jugak usaha tu. Untuk kategori pertama tu, aku tak ada masalah..tapi kategori kedua tu....eeeeeemmmmmmmm....adooiii!!! yang itu sakit sikit!!! Haa..haaaaaaa....NAK UNDI YANG MANA SATOOOOOOOO??????..Haa..haa.haaaa...
So, NFC & AFCM...Bila keluar je borang nanti..mari kita sama-sama mengundi ye.Menang tak menang tu belakang cerita. Janji kita usaha. Masuk Top 5 ni pun dah best sangat dah sebenarnya....

Tuesday, February 17, 2009

My Adam...My boss' Birthday

Actually tak ada apa yang menarik hari Ahad tu. Aku dok umah, main dengan Adam, makan, tido...Petang tu kami pergi Taman Metropolitan, kepong. Saja tengok orang main layang-layang. Abang ipar aku pun main jugak. Memang best!! Tapi aku tak bawak kamera, so..tak adalah gambar layang2. Tapi bagi sesiapa yang suka tengok layang2, tempat tu memang best. Lagi-lagi bila dah petang..sebab bila dongak kelangit....you can see soooo many layang2. Macam pesta!!!. tapi amaran awal......SANGAT JAMMED!!!! Kalau tak tahan nak rempuh jam, janganlah lepak kat situ. Hazab!!!

Disebabkan tak ada gambar layang2, so here, enjoy a couple of pix of my angel....."tolong kemas" taman mini kat balkoni.......hee..heee...
Lepas tu paksa aku naikkan dia atas kerusi..sebab nak cucuk kunci....hee..heee..nasib baik aku tak ada apa nak buat, so...aku layaaannnnnn.....
Isnin..16 Februari 2009, kami raikan birthday Yang Arif Tuan Fredrick, judge aku. Antara aku, dia & kak Kiah jer. Sebab kami je yang satu team. Hee..hee..last year kami belikan dia tie. Tahun ni memang dah tak ada idea, so kami decided untuk order bunga & buah-buahan.
Aku suka team dengan diaorang ni. Setiap tahun kami akan raikan birthday masing2, hari raya & krismas. Hee..heee...Setiap kali mesti ada surprise antara kami bertiga. Paling best last year, bila Tuan panggil aku masuk chamber dia dengan muka marahnya. Aku ingat apalah salah aku.Sampai aku prepare semua kemungkinan. Ghupenye dia nak bagi duit...ganti birthday present. Waaaarrgggh!! Rasa nak lari je...Hee..he...
Bungeeeeeee...hee..hee..aku suka orkid!!!
Take a closer look.........cantik kan...

Lately aku stressed sikit. Banyak sangat yang aku fikirkan sampai nak tidur pun fikir lagi. Aku benci berfikir...tapi kena jugak fikir. Entah bila nak abes entah!!...

Ada something yang tengah aku pertimbangkan. Tak tahu samada aku akan langsungkan saja atau akan aku batalkan. Kadang-kadang rasa nak menjerit je. Tapi tak tahu nak menjerit kat siapa. Semua orang ada hidup masing-masing. Walau macam mana aku anggap orang lain keluarga aku, tapi orang-orang tu tetap orang lain. Aku tak ada kepentingan pun. Tak payah la aku beratkan otak orang dengan cerita aku. So, aku jerit la sorang-sorang...huhuhuhuhuu

Entah mengapa aku rasa dah penat. Aku rasa nak lie down jer. Entah!!! Tak tahu kenapa.......Aku harap keputusan aku tu nanti akan bagi aku ketenangan. Samada positif atau negatifnya, It's not not significant to anybody...believe me!!!Dunia tak kiamat kalau aku tak der...haa..haaaaa...

Next week will be the best week ever in my live. Happy siottt!!! Last time aku pergi negara orang was in 2006. Lepas tu dah tak de. My aim is to see all the 7 Wonders of the world. Tapi rasanya cukuplah dapat satu je setakat ni...haaaaaaaa..haaaaaaa...
So, I'll be in Bali from 1-4 March.....Bye bye Hot FM Big jam. Hee..heeeeee...

Sunday, February 15, 2009

2008 cute's blogger award


Berikut saya senaraikan "Peraturan untuk menerima Award hebat ini :
(1) 'Copy badge' "2008 Cute's 3logger Award" dan letakkan di blog anda.
(2) 'Link'/ceritakan kembali siapa yang menganugerahkan award ini kepada anda.
(3) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.
(4) Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda. (Cabaran ni...)
(5) Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di TAGged. (Amalan biasa ni)
**sapa yang bagi? kak Lady. Hee..hee..Sorry kak lady, baru nampak tadi.hee..heee...Punyalah lama kannnnn....
**10 fakta?..amboihhh!!! banyaknya fakta. Nak tulis apa?..Ok, here we go...aku bagi apa yang aku ingat je la....Fact!!
1) Kembar!!...Aku ada sorang kakak kembar yang aku panggil akak. Saaayyaaannngggg akak!!!
2) Panggilan kat umah...ADIK, dah tua bangka ni, tapi adik la jugak
3) Aku panggil lappy aku...."sammy"......I can be kinda crazy sometimes....
4) Addicted & overdosed to internet....
5) Lebih banyak yang aku tak makan dari yang aku makan.
6) Dulu aku pandai melukis, sekarang ni dah tak boleh..
7) Aku+ kucing.....kucing+ aku........Hee..hee...Aku suka sangat dengan kucing!!!
8) Suka baca paper....bukan je yang baru, yang dah jadik bungkus ikan masin pun aku baca jugak.
9) Kalau nak tahu, aku peminat Linkin Park!!..hee..hee..macam mana aku boleh mellow dengar lagu Nubhan pun tak tahulah......
10) Panggilan kat "U"......Bini popeye. Adehhhhhhhhhh..
* Yang tu tak payah la.........Maleh la aku nak menyusahkan orang. hiks!!!
*Yang tu pun aku maleh....so....
the end!!..hee..heeee...Terima kasih kak lady!!!!!!!!

The Silent Bidder

Memandangkan satu DUNIA dah tahu siapakah silent bidder tu, so aku rasa tak perlah kot kalau aku cerita kat sini sikit pasal apa yang berlaku behind the scene.

Actually bidding thing ni dibuat by phone saja. Aku pun tak tahu menahu pasal ni sebab aku tak terlibat sama masa diaorang bid dengan Vern. Tahu-tahu aku diberitahu yang Tegarians decided untuk "beli" Nubhan. It's for the good cause kan...so, aku setuju jerlah. Lagipun kan seronok kalau dapat mengenakan dak tu. So, diaorang bincang punya bincang...maka inilah hasilnya.

Seperti yang diarahkan, kami semua berkumpul di depan Saloma jam 7.30 malam. Ada yang cepat, ada yang lambat...biasalahkan...traffic kat KL ni kadang-kadang tak boleh nak predict. Aku ngan Tira, saja main kamera sementara menunggu semuanya datang. Aku terlambat sebab susah nak dapat cab kat depan umah aku tu. Untuk mengelakkan aku lagik lambat, terpaksa lah aku berjalan kaki sampai kebawah semata-mata untuk cari cab. Tapi aku manage to be there before 7.30. fuh!!!!!!!..nasib baik!!!
Budak-budak ni main selendang YB. Baru je aku basuh tu weiiiiiiiiiii.....wakakkkakakakakkaa Haa..haa..Inilah MANGSA PENDERAAN tu. You should see his face time mula-mula dia sampai .Priceless!!!!!.
Mulanya aku nampak satu cab masuk. Aku ngan Tokwan ingatkan tu Edna. Tiba-tiba nampak budak ni dok bawak bunga dalam gelap & mata melilau-lilau. Aku dah gelak dah time tu, tetiba dia nampak Tokwan, nampak aku...warrrggggghhhhh!!! lagiklah besar gelak . Haa..haaa..Kesian dia, kena buli. Memang aku rasa nak gelak guling-guling je tengok muka separa sentap dia tu. Haa..haaaaa....Lawak..lawak....Tapi Nubhan memang cool la..Mood excellent malam tu.Inilah bunga yang Nubhan bawak. Hee..hee..Satu je tuuuu....macam mana???. Haruslah akan kena cerai-ceraikan ni...
Tira plak pi snap dekat dekat......lawa la jugak bunga ni.
Ini spaggeti aku. Tak habis aku makan....sebab tak berapa sedap..syyhhh!!!..hee..heeee...Lagipun aku kenyang ketawa je. Budak-budak ni kalau dah jumpa, mula lah keluar semua lawak diaorang. But it's fun.......
Nubhan bahagikan bunga-bunga tu kepada beberapa bahagian supaya dapat kat semua orang. Yang aku punya dia letak daun paling besar. Yelah........aku tahulah aku "makcik'!!!..haaa..haaaaa....Tak habis-habis dengan "filem" murah dia tu...hee.heee
Ini dia!! masih ada kat umah.Tapi dah layu sikit.......Aku rasa daun tu tahan jugak kot....tapi bunga tu tak tahu la setakat mana je boleh tegak macam tu.Hee..hee..
Malam tu Nubhan nyanyi kan lagu "seadanya aku" versi "no music". Sedap lagu baru dia....entah bila lah agaknya nak keluar radio ek...eeemmmmmmm........
Ok, that's all happened kat saloma malam valentine dulu. It's a memorable dinner. It's for charity & we take it the FUN way...........

Thursday, February 12, 2009

Makan..Makan...

Aku asyik makan je semalam. Nasib baiklah aku tak bawak kamera, kalau tak, tah berapa banyak foods yang akan aku snap agaknya.

Mula dengan bReAkFasT........makan nasi lemak!!...Nasi lemak yang aku suka, kat "mak" di Agro bank. Hee..heee...Best!!!

Lepas tu lUncH, aku pergi beli pisang goreng & keledek goreng. Kat tepi opis aku ni ada kedai makan nama "rimba". Kat situ ada jual makanan macam ni waktu tengahari. Alternative la...selain makan nasi kan....

PukUL 3 - Makan lagik.Jamuan untuk tahun baru cina. Aku sebat bihun goreng, roti jala (Kari nye nyumm..nyummmm...), pulut panggang & chocolate cake. Semuanya sekali makan. Hee..hee.....Memang kenyang giler!!!

PEtaNg - Balik umah mak masak sambal udang...so, aku sebat dulu sepinggan nasi. Belum mandi, belum apa...dah terkam nasi dulu...Hee..heeeee...

MalAm - Pi makan sate kat AU5 satu family...kehhh...kehhh..kehhhhh......Lepas tu boleh pulak pi lepak titiwangsa bawak Adam main-main kat taman permainan tu....Bukan Adam jelah main kannnn..mummy pun main jugaklah....best apa main buaian.Hee..heeee.....Masalahnya rambut tak cukup nak buat ala-ala iklan syampoo. Hiks!!!

So, itulah aku semalam...makan..makan..makan................Kang kot gemuk, bising!! Dah bising...kena bisingkan lagik...Sendirik cari pasai....

Tetiba aku rasa RUGI TAK BAWAK KAMERA.....huuhuhuuhuuuhuhhuuuuuuu...................

Wednesday, February 11, 2009

Tagged From Fit

Sebelum apa2...........jangan gelak!!!!!!! Wakakakakaka. The truth is, aku tak tahu apa tagged ni. So, aku tanyalah Tira. Lepas dia explain...baru aku paham.Haa..haaaaaaa....Nak kata bodow tak jugak. Just blurrrr...

Bila aku paham, aku teringatkan tagged kat blog fit lama dulu..kat sini..(http://myfizly.blogspot.com/2008/12/ive-been-tagged.html). Hee..heeeeeeeee...So, aku decide to answer all those questions:-

1. What is the relationship of you and him/her?
Which her?...which him?....haa..haaaaa....alahhh!!! Difficult la!!!!

2. Your 5 impressions towards him/he.
That chap? Just one word.....Scumbag!!

3. The most memorable things he/she had done for you.
Giler excited bila "terjumpa" ngan aku.....I never thought that somebody would be that excited seing me!!..Compius tollll!!

4. The most memorable things he/she have said to you?
Errrrr..yang tu tak bleh cakap la.....kalau cakap sekarang, sure aku muntah ijooo

5. If he/she become your lover, you will...
Gone with the wind....Please not that scumbag anymore!!

6. If he/she become your enemy, you will...
Forget him........haa..haaaa....

7. If he/she become your lover, he has to improve on...
Don't know...

8. If he/she become your enemy, the reason is...
I don't want any enemy...

9. The most desirable thing to do on him/her is?
Tak tahu....adehhhh..stop la question pasal him ni. Sakit jiwo den!!!

10. The overall impression of him/her is...
Boleh blah!!!

11. How do you think the people around you will feel about you?
I really don't know. Orang yang berada dikeliling aku ada macam2 level. Masing2 ada cara pemikiran masing2. So, terpulanglah....Terimalah aku....SEADANYA AKU.

12. The character of you for yourself is?
Manja......dependent & lembut hati.....hee..heee..aku senang nak forgive & forget.

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
Lembut hati. Sampai aku bagi ruang untuk orang pijak kepala aku.


14. The most ideal person that you wanna be is?
My mom.......She can do almost everything.

15. For the people who likes you, say something about them.
Thank you!!! Tak pernah terfikir akan dapat jumpa orang-orang macam korang. Lurrrveee you all!!

16. Ten people to tag
1. Feeda
2. Harney
3. Atok
4. Tira
5. Tokwan
6. Ajoy
7. Badri
8. Eila
9. Eina
10. Deeda

17. Who is no. 2 having a relationship with?
Haa..haaa..Tak tahu......

18. Is no. 3 a male or a female?
Male..namanya pun dah Atok..Hee..heee..

19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
I don't think they know each other.....haaaa.haaaaaa..

20. How about no. 5 and 8?
Tokwan & eila? haa.haaaaaa........tanya Tira!!

21. What is no. 1 studying about?
Errrr..Tak bertanya la pulak...

22. Is no. 4 single?
I think so.....Errrr..I don't know lorrr

23. Say something about no. 6
Pendiam kalau tak kenal....Ada sket otak senteng kalau dah kenal...haa..haaaa..

Okeh korang..............tak payah answer kalau korang dah answer tagged ni. Aku yang ketingalan zaman...dah lama aku tulis blog, sekarang baru pandai nak bertagged...hee..heeeee..

okeh...c yaaaaaaaa........

p/s : a person I talked about up there got nothing to do with my present life. He came from my past.......

Tagged from ajym

Kenyataan Pelik ttg diri 'KU'

Peraturan2nya adalah :

1. Setiap pemain mesti menyenaraikan 15 kenyataan2 pelik/tabiat2/ttg dir anda yg tdk diketahui org.
2. Sesiapa yg mendpt tagged perlu menulis 15 kenyataan2 pelik/tabiat2/ttg dir anda yg tdk diketahui org & menulis peraturan permainan ni dgn jelas (apa la ulang2 ni).
3. Dipenghujungnya, anda perlu memilih 10 org (mangsa, hehehe) utk ditagged dan senaraikan nama2 mereka.
4. Tak dibenarkan utk tag balik org yg tagged anda (jgn tagged org yg tagged anda, lebih kurangla maksudnya, huhu).
---------------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya aku tak tahu sangat pasal tagged ni.So, aku gasak jelah...Apa ye?? Banyak nye nak senaraikan ni….huhuhuhuu…ok, here we go!!

1) Diam. Bukan aku pendiam. Tapi ada masanya aku lebih suka diam. Tak tahu kenapa. Tapi selalunya sebab aku tak de idea nak cakap apa. So, janganlah salah terkam...cakap aku sentap ke apa. Aku diam just sebab aku tak ada idea.Haa.haaaa...

2) Suka simpan barang. Sampai tiket bas rapid tu pun aku nak simpan jugak. Sekali sekala aku berkemas, penuh tong sampah MPAJ tu dengan barang aku.

3) Aku pemalu sebenarnya. Tak caya? Tunggu bila korang nampak aku shopping ngan mak aku. Nak pergi kaunter cashier pun aku tetiba malu…errrrrrrr tu malu ke mengada2 ek? Haa..haaa…

4) Bila aku makan timun untuk buat ulam, cuba perhatikan…..sebab aku akan malam sekeliling je..tengah2 yang lembik tu aku tak akan makan. Dah jadik tabiat sebenarnya!!

5) Tak boleh tanam bunga, pokok etc. Apa kata orang tu? “tangan panas”? haaa…aku kalau tanam pokok, gerenti semua mati. Buat bazir jer...

6) Paling aku suka, masak kicap!!. Masak kicap daging, ayam, sotong, ikan, ikan bilis….semua lah!!!...Asal masak kicap jer, memang aku akan makan banyak!!!. Tapi dengan syarat. Home cooking!! Aku tak makan masak kicap kat kedai.

7) Tembikai & Honey Dew are my biggest enemy. Kalau tak nak buat rombongan ke spital……..jauhkan menda2 tu dari aku…TROUBLE!!!!

8) Food allergic to sea foods & chicken. Tapi tu jugaklah yang aku sebat!!!..Rugi weehhh kalau tak makan.

9) Aku tido tak guna bantal. Tegarians yang selalu out station ngan aku tahulah……..aku hanya perlukan bantal kalau tido atas lantai. Sebab pernah sekali kepala aku terhantuk kat lantai sebab tersalah berpaling. Lebam seminggu!!!

10) Semudah aku ketawa, semudah tulah aku menangis.

11) Aku akan berbahasa Inggeris kalau aku marah. Tak tahu kenapa…..Kalau tak marah, elok je cakap melayu!!!..Haa..haaaa…

12) Hampir kesemua barang peribadi aku berwarna hitam. Dari cellphone, purse, camera, laptop,kasut, beg tangan,bingkai spek,planner.........semuanya hitam!!.

13) Takut gelap. Black out pun boleh buat aku nangis. Haa..haaaa..dululah, time budak-budak.Dah tua ni lain plak gayanya. Kalau black out je, aku mesti bangun berdiri. Haa….haaaa….Rimas!!!

14) Ada 6 soft toys kesayangan. Nemo,Max, Normie, Spongebob,Shane & Nubie. Semua ni lepak sama2 ngan aku atas katil…wakakkakaka. Dah la katil kecik, aku plak dok berhimpit-himpit dengan “kawan-kawan “ tu.

15) Accident prone. Satu hari aku tak langgar furniture, memang tak sah!!!...Nasib baik kulit aku jenis degil.Kalau tak, dah macam mangsa penderaan dah aku kot.Haa..haaaa…

10 orang untuk ditagged?

tira, jimmie, fit, Deeda, iela, kak lady, ajoy, tokwan, Feeda & Eina..okeh cukup!!...haa..haaa...

Tuesday, February 10, 2009

Adam frust menonggeng

Haa.haaa..Aku bet, kalau Adam dah pandai bercakap, gerenti dia akan kata aku "mummy jahat!!!". Inilah kerja aku hari Isnin cuti Thaipusam tu...Mengacau Adam yang tengah merajuk. Dia marah sebab dia kena marah. Dia yang cari pasal, mengacau orang nak cat pintu. So, untuk tunjuk kan yang dia tengah marah,dia decided untuk menonggeng atas sofa. haa..haaaaaaaa..


Nak mengelakkan dari dia mengamuk lagi & menonggeng sambil buat-buat terseksa.........so, aku bawak kamera & kacau dia.........
Baru bangun dari menonggeng. Baru je aku nak snap, dia bingkas bangun. Haa..haaaaaa....Tahu plak segan tuh.
"No camera pleaaseeeeeeee!!!!"

Aku tahu ni. Ini senyum terpaksa....Haa..haaa..haaaaa....Dalam hati...terbakar tengok mummy buat keje bodow ni!!!
Kena paksa posing ngan kain langsir. Walaupun hati nak marah, tapi Adam terpaksa akur dengan gelagat mummy yang tak puas-puas lagi mengacau dia yang tengah merajuk.
Last sekali, Adam dah tak tahan........"Tolonglaaaaaa mummy!!!!!..kenapa tak insaf lagikkk???"

Haa.haaaaaaaa...Kesian Adam. Nak merajuk pun tak jadik. Baru je nak mintak perhatian, mummy dah potong stim.

Monday, February 9, 2009

Voting time!!!

As I promised earlier........Some pictures to share ketika group Ad-Hoc untuk ABP menjalankan tugas meng "tick" untuk ABPBH dua tiga minggu lepas!!


Step 1 : Angkut semua newspaper dari rumah tokwan kebawah. & longgokkan sekali macam ni
Step 2 : Checking some meals. Hee..heee..Thanks to Fit for nasi lemak, Muzi for sandwiches, Tira for spaggeti, YB for KFC, edna for brownies....semuanya delicious!!!..and tokwan for bottled water & me for some snacks!! (nak jugak!!!!..wakakakaka)
Step 3 : keluarkan borang & sort ikut bilangan borang 1-7...huhuuhhhuhu...Painfull process I tell you!!
Step 4 : Potong elok-elok..tinggalkan borang je...
Step 5 : Longgokkan paper yang dah tak guna ketepi.
Step 6 : The longest process of all........tick..tick..& tick......Tengok jelah gelagat masing-masing.


Macam ni ada......... Macam ni pun ada.........
Kusyuk ada...........
Heboh punnn ada.............Haa..haaa..haaa...Inilah brownies yang Edna dedicated untuk semua yang telah bersusah payah hari tu. Sedaaaaapppppp!!!!
Lepas siap semuanya, kami gerak ke Menara KL untuk rancangan Santai Di Menara KL. Ada Nubhan obviously!!!.
Ini Edna & tokwan doing the Titanic thing..........walaupun tadak kapal...flag pole pun boley la kannn....(((larikkkkkkkk!!!!!!!!))))
Nubhan singging GENERASIKU. Sorry tadak gambar clear. Aku jauh sket dari pentas tu. hee..hee..Tapi boleh recognize kan tu Nubhan. Kwang..kwang..kwang...
Ok, that's all..............gotta go!!!...
Thanks to all yang bersusah payah turun padang untuk sama-sama mengisi borang ABPBH....lurrvessss you all!!!!

Thursday, February 5, 2009

Fotopages

Aku nak memperkenalkan satu Fotopages milik kawan aku. Still tak banyak gambar dalam ni, sebab dia baru saja start mengambil gambar dengan penuh intensivenya.Hee..heeee...So, kalau free, check this fotopages for some majestic pictures of UTARA TANAHAIR...




Itu saja.........Emmm, I have some pixies during tick...tick & tick nama Nubhan di rumah Tokwan dulu & our trip to Menara KL untuk rancangan santai. Nanti kalau aku free, aku akan paste kat sini all of them..well, not all lah kan...some pixs & stories lah...Ada gambar ala-ala titanic tau. So, tunggggguuuuuuuuu..haa..haaa..
So, chow dulu for now. Hee..heeeee..

Tuesday, February 3, 2009

Kelas Poco-poco

Today I went for my second class. Kelas Poco-poco. Kalau tak tahu poco-poco tu apa, itu tarian.Hee..heee..Asalnya dari mana aku tak tahu. Indonesia kot rasanya. Hee..hee..I love this class. Interesting sangat!!.Mulanya dulu judge aku yang suruh sangat aku join. Aku liat jugak nak suruh buat aksi-aksi ala-ala mak datin ni. Tapi dah dua tiga kali paksa, aku mengalah lah jugak. Nasib baik it turn out..GOOD!!. Step yang diajar pun dah macam senamrobik. So, daripada tak exercise langsung, at least kelas ni ada lah jugak untuk mengeluarkan peluh seminggu sekali.

Habis kelas kol 5.35 petang. Memang malas tahap dewa nak tempuh hujan & orang yang ramai balik keje tu.Tapi nak buat macam mana kan.....rempuh la jugak. Sampai kat station Setiawangsa, aku duduk kejap tunggu bas. Tapi memandangkan bas tu macam tak nak bergerak je, aku decided to walk my way home. Jauh tu.....tapi on my way, somebody called. So, we talked until I reached home. Haa...haaaaaaa...We talked on a very interesting issue!!. tu sebab tak sedar, cakap punya cakap,aku dah sampai umah.

Ok, citer lain......Jalan-jalan di alam siber, aku terbaca posting Feeda pasal dia rindu dengan semua. Heee.heee..Sebenarnya aku rindu jugak!!!. Lama rasanya tak lepak-lepak dengan geng AFCM ramai-ramai.

Kalau nak dikirakan, aku kat AFCM sama jelah dengan aku di NFC. Ranking nya….TEGAR!!. Haa..haaaaa…Cuma kat NFC aku dah terlebih sket. Terlebih exposed kot!! But, who cares kan. Tak ada orang care, selain diri aku sendiri. Haa..haa…

Aku ingat lagi, hari-hari yang banyak kenangan dalam AFCM. Teringat macam mana aku, Shaz & Azhar (KRU VIP) bersila kat LRT Bukit Jalil. Betul-betul tepi landasan sebab dah penat berdiri kat konsert kemuncak AF. Lepas tu dengan penuh selambanya naik Putra balik umah masing-masing. Pakai baju FC!!!. Wakakakkaa. Sungguh la bodownya!!

Then, pergi cari baju ala-ala 60’s sebab nak ikut tema Hi Tea. Kelakar pun ada, tak pernah aku pakai skirt , sekali aku pakai gaun. Haa..haaaaaa..Kaler ijau lagik!!!. Rasa sejuk je kaki. Menyesal tak pakai sarung kaki time tu. Tak sangka plak ballroom tu boleh sesejuk tu. Walaupun sejooook...Tapi masih boleh kontrol macho lagik. Haa..haaaaaa...

Paling aku rasa kelakar, kami sanggup berdiri depan pentas hampir sejam semata-mata sebab tak mahu duduk belakang. Masa tu show KRU & Adam. Untuk F1 kat KLCC. Kaki dah cramp berdiri, tapi tegar jugak. Tapi ada jugaklah hasil. At least Shaz dapat T-Shirt. Haa..haaa.

Banyak kenangan dengan AFCM . Nak cerita kat sini, memang tak cukup ruang dalam blog ni. Rindu sangat dengan member-member yang sama-sama bermula kat situ. Sekarang ni ramai yang masih ada lagi & end up jadi kawan. Phan, Ila, Linda, Feeda, Shaz,Adik, Wan, kak wiena, iena, murnie, Hanis, Ayue, deeda & ramai lagiklah….semua tu aku memang tak akan lupa sampai bila-bila. sayang korang semua!!!

Bila agaknya nak jumpa semua ek?......huhuuhuhuhu