Hari ni hari Jumaat.Alhamdulillah…..habis pun minggu ni.So, esok cuti!!..Yeay!!!!
Memandangkan hari ni aku tak de apa nak buat, meh aku buka cerita sikit. Nubies mesti tak tahu kan, kenapa aku dulu join Adam FC. Sampai aku boleh tahan dengan diaorang selama 5 tahun. Errrkkk!!! Betul kan..5 tahun!!! Dan AFCM pun tak tahu kenapa tiba-tiba out of the blue, aku boleh join Nubies. Apa istimewanya Nubhan sampai aku ikut dia merata-rata dari hujung sini ke hujung sana semenanjung ni?
Okeh, mari kita cerita sikit.
Aku mula “berminat” tengok Adam time konsert pertama lagi. Masa tu dia nyanyi lagu KRU, jangan lafazkan. Haa..haa..Aku tak kata sedap ye. Aku kata HAZAB!!!. Tapi yang buat aku suka tengok dia, is cara dia menari menuju puncak tu. Pandai ghupenye budak tu menari. Dari situ, aku tengok je dia menari. Sebab suara dia bukan extraordinary sangat pon kannnn.tengok dia move lagik merembes!!..haa..haaaaa…
Tapi percaya tak, aku mula notice dan suka dengan dia time dia nyanyi “kencorong untuk Ana” Haa..haaa..ironik kan, aku suka dia menari.tapi aku tersangkut dengan dia time dia tak menari. Kenapa aku suka? Sebab aku rasa sedap pulak dia nyanyi lagu tu walaupun kaedahnya macam kena kejar hantu lajunya.
Mula dari situ, aku suka tengok dia. Sampailah final konsert. Tak best pun dia kat final tu sebenarnya. Tapi aku mati-mati dok mengundi. Nak jugak dia menang walaupun setakat no 3. Haa..haa..dah niatnya no 3 kan……no 3 la Adam dapat!!!..wakakakakkakaaa….Sebenarnya tak layak pun, sebab Bob, Farah lagik best!!!. Tapi aku puas hati!!...Bangga misi berjaya tu.
Aku mula “ikut” Adam time dia ngan Kaer & Linda buat show “karnival kaki pancing” kat Putrajaya. Just a few weeks lepas dia kuar AF. Mula dari situ, aku terus ikut dia sampailah kali terakhir di rumah terbuka KRU raya lepas. Lepas tu nan ado. Sebab apa? Sebab…………..Lu pikirlah sendirik!!…haa..haa..haaaaaa…
Kenapa aku minat Adam? It’s not because of “Adam” himself. It’s because of his performance. Setiap kali dia naik kepentas, dia macam menyerap tenaga dari audience. Dia akan buat performance dia orang ingat!. Itu power Adam walaupun dia tak terjerit-jerit. Kalau nak cakap pasal Adam nya, percaya tak kalau aku cakap, dia tak kenal aku by name or by apa-apa pun. Aku macam satu dari beribu batang jarum. Semua nampak sama. Tapi aku tak kisah…….Aku suka kan performance dia je. Kalau nak diikutkan, macam tak logic, dah bertahun2 ikut kesana kemari tapi tak kenal lagi.Tapi nak buat cam no….itulah hakikatnya. Hee..heee…
Ok, cerita pasal Nubhan pulak. Yang ni kelakar sebenarnya. Aku rasa , dikalangan Nubies, aku lah orang terakhir tersangkut dengan dia. Dengan reason yang paling bodow dalam dunia ni. Haa..haaaa… Aku suka Nubhan di konsert 9. Time dia ter”angsa” tahap dewa tu jugaklah aku mula berminat dengan dia. Sebab apa? Sebab baju dia & sebab tetiba dia angkat kaki. Menyanyi sungguh-sungguh. Haa..haaaaa…Sebab lain? Nan Ado!!!..hee.hee…
Tapi Nubhan ubah persepsi aku pada dia bila dia sing his heart out lagu Ada untukmu kat konsert akhir. Tiba-tiba aku rasa, this is the voice!!!!...(Koma sekejap!!!) Tiba-tiba aku rasa budak tu boleh jual, tiba-tiba aku rasa aku nak dengar lagi suara dia & tiba-tiba aku jadi ahli FC dia…huhhuhuhuhuhuu…..Semuanya berlaku terlampau cepat!!..Bengong tol!!!
Mulanya aku malu jugak nak join gath pertama NFC. Tapi lepas di “mandrem” oleh Edna, Tira & Fit, aku mengalah jugak. Diam-diam aku berjanji….this is it!! This is my first & my last. I’m not going to sink myself in another FC. Tapi masalahnya, aku tak berjaya. Akhirnya, here I am….Aku pun tak tahu nak explain dah macam mana keadaannya. Huh!!
Kenapa Nubhan? Kenapa ek? Best sangat ke dia? Aku tak tahulah apa orang lain fikir. Tapi aku suka sangat dengan suara dia. Rasanya dah tak terbilang dengan jari dah berapa kali aku dengar dia dia menyanyi. Samada rakaman, live with music ataupun live tak de music. Pada aku yang buta music ni…dia menyanyi sikit pun dah boleh buat aku goosebumps. Something yang agak extraordinary. Tak payah menjerit sampai nak terkeluar anak tekak pun dia dah buat lagu jadi sedap. Selesa telinga aku dengan suara dia.
Tak macam Adam, Nubhan in the other hand…..at least tahu nama aku. Tak logic la kan kalau dia tak tahu one of the “Legendary Tegarians”…wakakkakakakaa..Legend dah!!!. Haruslah legend kan…..siapa yang tak kenal Tegarians. Tapi itu ajelah. Antara artis & fans mesti ada boundaries kan…so, we keep it that way. I’m happy with that…..Dia tahu aku sapa pun aku dah ok dah.
Ok..itu ajerlah. Aku happy aku ada choice.Nak tengok persembahan yang meletoppp dengan dance steps yang energetic. Aku tengoklah Adam. Nak tengok persembahan lagu yang mendayu meleleh sampai terguling-guling, aku tengok Nubhan. Apa susah!!!..haa..haaaa…
***Korang bayangkan kalau satu hari diaorang shift genre..wakakkakaa..Adam gerenti idup laie, tapi Nubhan??? Sure patah sana sini…wakakakkakakaaa…(((Ampunnnnnnnn…haa..haa..haaaa…))))
panjang siottt entri aku!!! Tak per, aku tak akan update apa2 sampai isnin depan. Sebab aku ada something to do this weekend.So……….bye for now!!..muuuuuuaaaahhhhhssssss!!!!
3 comments:
Wah seronoknya baca entry kau kali ini.... ceritala lagi... tak puasla membacanya.....
Salam..
wah kak kikey
gitu citernya ye
x sangka akk tersangkut ngan nubhan sbb tu..
hihi
ajym - kalau nak cerita abes2, penuh satu blog ni kang....wakakakkaaaa
Anis - Hee..hee..A very simple reason kannnn...Agaknya kalau Nubh tak "berubah" kat konsert 9 tu, sampai bebila la akak tak tersangkut ngan dia..haa..haaaa...
Post a Comment