Tuesday, February 10, 2009

Adam frust menonggeng

Haa.haaa..Aku bet, kalau Adam dah pandai bercakap, gerenti dia akan kata aku "mummy jahat!!!". Inilah kerja aku hari Isnin cuti Thaipusam tu...Mengacau Adam yang tengah merajuk. Dia marah sebab dia kena marah. Dia yang cari pasal, mengacau orang nak cat pintu. So, untuk tunjuk kan yang dia tengah marah,dia decided untuk menonggeng atas sofa. haa..haaaaaaaa..


Nak mengelakkan dari dia mengamuk lagi & menonggeng sambil buat-buat terseksa.........so, aku bawak kamera & kacau dia.........
Baru bangun dari menonggeng. Baru je aku nak snap, dia bingkas bangun. Haa..haaaaaa....Tahu plak segan tuh.
"No camera pleaaseeeeeeee!!!!"

Aku tahu ni. Ini senyum terpaksa....Haa..haaa..haaaaa....Dalam hati...terbakar tengok mummy buat keje bodow ni!!!
Kena paksa posing ngan kain langsir. Walaupun hati nak marah, tapi Adam terpaksa akur dengan gelagat mummy yang tak puas-puas lagi mengacau dia yang tengah merajuk.
Last sekali, Adam dah tak tahan........"Tolonglaaaaaa mummy!!!!!..kenapa tak insaf lagikkk???"

Haa.haaaaaaaa...Kesian Adam. Nak merajuk pun tak jadik. Baru je nak mintak perhatian, mummy dah potong stim.

No comments: