Monday, August 31, 2009

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 52

Hai Alllzzzz..

Nothing to say actually, saja nak ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 52. kalau keje gomen, dah nak bersara dah ni. Haa..haaa..

By the way, kalau boleh hari yang macam ni, cuba jangan tengok sangat entertainment. Cuba tengok dokumentari yang menceritakan detik-detik kemerdekaan tu.Sebenarnya banyak yang kita tak tahu. Maybe kita tak merasa, tu sebab kita tak faham. Kalau kita berada ditempat orang-orang yang memperjuangkan kemerdekaan tu, maybe kita akan lebih menghargai erti kemerdekaan yang kita ada sekarang.

Emmmm...Cerita lainnye, actually aku dah ok ngan satu hamba ALLAH ni. Aritu tu bukan gaduh, tapi miscommunication sket. So, sebagai tebusannya, dia kena belanja aku. Haa..haaa...Mintak rasuah kekdahnya.Tak der la, aku saja je nak mengusik. Kalau dia tak bagi pun aku tak kisah.Tapi kalau nak bagi pun apa salahnya kannnn....haa..haa..haaaa..Bukan mahal sangat pon....!!!. Siapa dia? haa..haaa......jiran sebelah umah aku!!!....waakakkakaka.

Aku dok pening fikir ni, nak beli baju raya ke tak? Baju yang aku beli untuk majlis aidilfitri ngan dak2 AF tahun lepas pun baru pakai sekali. Sayang la plak. Maybe beli baju kurung je kot sepasang. Lepas habis raya, gasak bawak pi keje. Aku lebih excited nak beli barang untuk Adam & Aisy jer.Lagipun zaman beraya sampai beli baju raya berpasang-pasang ni dah berlalu pada aku. Beli banyak-banyak pun buat bazir je. baik aku pi makan.Hee..hee..

Saturday, August 29, 2009

Gambar terbaru anak-anakku

Hai Alzzz..

Tak tahu apa nak cerita, just nak share gambar-gambar terbaru anak-anak aku yang sedang membesar & baru nak tengok dunia tu.
Adam baeeekkk punya landing kat atas bola. Sebagai seorang yang suka bergambar, Adam tak kira kat mana nak amik gambar. Sampai dalam tempat permainan ni pun dia nak bergambar jugak. Ikut suka hati dia lah....heee..heee..
Ini Aisy yang dah pandai senyum. Dia ni tak banyak karenah. Selalunya dia diam je main-main kat atas katil. Kengkadang je ada masanya angin dia tak betul. Yang peliknya, hanya mak aku je sorang tahu macam mana nak betulkan hangin dia tuh.

The brothers. Surprisingly, Adam yang manja & gediks tu pandai jaga adik. Paling dia rajin, buang diapers adik dalam tong sampah. lagik satu, pantang dapat peluang, dia mesti nak cium adik. Sampai tak senang hidup orang tu dibuatnya. Hee..heee..Tapi dia akan jadi abang yang baik satu hari nanti, insya-Allah. Hanya satu jelah....dia kuat jeles!!!!...wakakakaka. Normal la tu kan....kecik lagik.

Tuesday, August 25, 2009

Berbuka Puasa

Hai Alllzz...

Emmmm....dah 5 hari puasa ni, Alhamdulillahhhhh....

So, semalam aku pergi berbuka ngan kawan-kawan. First time ni berbuka kat luar. Selalunya berbuka kat umah je. Yang bestnya, cadang nak keluar berdua jer. But suddenly ada sorang lagik nak join. jadi bertiga. Lepas tu sorang lagik plak nak join, jadik berempat. Akhirnya datang lagik sorang. Jadik la berlima. Wakakakaka. Meriah!!!!

Semalam kami berbuka kat Sushi King Berjaya Times Square. Bukan makan Sushi sangat pun, aku makan nasik gak. Kebuloq sebab tak makan sahur. Makan sambil ambik gambar dan sembang-sembang. Lama tak jumpa Shark...Sejak dia balik ke Kedah ni, jarang dah dia datang KL. Kalau datang pun sebab ada urusan. Kalau tak, jangan harap la minah tu nak datang sini. So, sesekali dia ada kat sini, aku paksa gak dia datang berbuka ngan aku. Hee..heeeee...teruk tol aku..!!!!

Time tu jumpa gak ngan sorang lagik kawan yang dulu hanya tegur-tegur kat forum. First time jumpa and she gave a VERY BIG surprise!!!! Haa..haaaa..haaaaaa....Dunia ni kecik je korang. Pusing la cam ner pun, balik-balik kesitu jugak perginya. Hee..hee...

Lepas makan, kami jalan-jalan tengok barang. Shark nak beli baju sebab katanya kat Kedah tak der design yang best-best. Emmmm..gasak la ko shark, beli la!!!

Kami tak lama kat situ sebab tiket bas shark nak balik kedah kol 10.30. Aku, Shark & Rina balik naik tren pi KL sentral. Budak dua beradik yang lagik dua tu balik naik tren lain. Huhuhuhuhuuu...korang memang nak kena gigit kannnn!!!!!! haa..haaa..haaaa...

Pagi tadi time sahur, Shark SMS...dia dah sampai Jitra. Huhuhuhuhuuuu..Lamaaannyaaaa dia naik bas. Hee..heee...

** Shark janji Baskin Robbins kat aku & Rina bulan November nanti...Haa..haaa...akan aku tuntut nanti....wakakakaka

Thursday, August 20, 2009

Our so called BIRTHDAY CELEBRATION

Hai Alzzzz...

Laugh first...then look at this two pieces of our so called birthday cakes. Wakakakakkaa. It's macam kelakar, tapi rasanya....memang kelakar!!!...haa..haaa..

Yesterday, Tira & Me decided to celebrate our birthday yang sebenarnya minggu lepas. Saja je.......tahun ni tak makan cake lagik. So, makan jelah sendirik punya. Order sendirik, makan sendirik. Agak ngong gak la..... This is my chocolate banana. Entah kenapa semalam mende ni tak sedap. Patutkah aku relate kan ngan guruh, kilat & hujan malam tu? Haa..haa..haaa. aku makan cake nye saja. Banana nye, I dont know kenapa, rasa kurang manis. Kerrrr kurang masak? Gasak lah....So, aku tak makan.Emmmmm...maybe aku rugi setengah harga.
This is Tira's Brownies with ice cream. Sedapppp je tengok dia makan. Hee..hee.Aku nak makan, tak bleh sebab aku dah having too much chocolates kat opis. Badan dah la dalam fasa membesar ni. Huh!!!!
And today......It's one of my friend punye beday. Kenape gambar ni? Gambar ni banyak kenangan wooo. Inilah pertama kali aku jumpa Muzi. Jumpe kat masjid tuh...Berkat sunguh!!..hee..hee...
Happy Birthday Muzi!!! Even kita jarang jumpa, tapi aku harap persahabatan kita akan kekal lama.........Semoga ko bahagia selalu!!!..

Monday, August 17, 2009

Aisy Danish

Hai Alzzz...

Semalam aku tak snap lagik gambar mamat ni.....nih baru aku snap.Hee.heeeee....Inilah Aisy Danish bin Mohd Hasani. Umo......3 hari. Lahir kat Hospital Bersalin Kuala Lumpur jam 9.25pm pada 14 Ogos 2009. Dua hari je lewat dari beday mama dia.

Mak aku yang pangku ni, sebab mama dia pergi mandi...hee..heee..heeee..Suka-suka aku jer snap gambar anak orang.wakakakaka. Anak aku jugak lah kannnnnn.......
Badan dia besar lagik dari Adam masa lahir dulu. adam just 2.8 kg. Dia nih 3.42 kg. Budak kecik kan....tido jelah kejenye ha...
Haaaaaa...yang ni plak buah hati jantung pisang aku...Adam. Hee.heee..lagik 2 minggu nak masuk 2 tahun ni. Macam besa, obses ngan kamera.....Bajet cun la tuh!!!!....Haa..haaaa..
Okeh, tu je gambar anak-anak sedara aku. Yang lebih suka aku refer sebagai anak-anak aku.Tak tahulah Aisy nanti dah besar akan jadi vain macam abang long dia ke tidak...sama-sama kita tungguuuu...hee..heeee...

Sunday, August 16, 2009

Reconstruction

Pardon me if this blog nampak macam kelam kabut sket....

It's under reconstruction...will back to normal soon.

In the mean time, just wanna share my happiness in welcoming a new family member.

Lots of love to AISY DANISH!!!!

Picture??....later lah...hee..heee...

Wednesday, August 12, 2009

Dia gagal lagi


Hai allzzz...

What the ****???? Haa..haaa.haaa...This is the second time dia gagal. Err..maybe he did try, but....ada aku kesah? Pada aku, apa saja ucapan dia, kena datang dari hati, kena ikhlas. Not because somebody told him to do it or being forced to say it. I don't want him to think that it is his obligation.If he think it is not important, It's up to him. Anything I did for him....I never ask anything in return. Enough said!!

Don't worry lah, maybe he don't have to bother calling me again next year. Haa..haaa..haaaaa.......Kurang sket keje!!!

Okey, forget that phone call. Today I'll be on leave. Because my sis dah nak bersalin. Doakan dia dan anaknya selamat. Tak kisahlah lelaki ke pompuan, janji selamat kedua-duanya.Tak sabar nak tengok muka anak sedara kedua aku.Hee..heeee...

Tu jer..............Thanks everybody. I'm still overwhelming by your wishes. Doakan kehidupan aku dalam usia ini lebih bermakna dari usia lama aku kelmarin.Sayang korang semua!!!!

Tuesday, August 11, 2009

Happy Birthday To Me!!!


Do I have to write back all my list??? Just go to my facebook.....you'll see a very long list!!..That's the list laaaa..haa..haaa
Thanks everybody!!! Love you guys so much!!!!.....
Well..memandangkan tahun ni aku dah tua lagi setahun, so....I'll make my decision now. I will not think about anybody else's business anymore. Kalau benda tu tak buat aku kaya atau papa kedana, aku tak payah fikir...merosakkan sistem saraf & otak saja. Baik aku fikir macam mana nak jaga kedudukan aku supaya aku lebih stabil dalam usia ni.
***I've got a couple of things in store.......I'll take them out one by one later.
Dalam umo ni....aku nak kebahagiaan...Nak kata aku jeles dengan kawan2 lain? come on darling, aku pun manusia yang ada hati & perasaan. Bukan Robot kannnnn.... So, help me to accomplish my dream.But don't expect my little tiny version. Not helping!!!!
I'll step back a step behind this year end. Well.....just a step. I'll be here as long as needed. But you know.........Emmmmm....lu pikir la sendirik!!!...
Nampak nye tu sajalah aku nak tulis on my very special day.
To My dearest Sis....Happy Birthday tooo youuu!!!!!!!...Lurrvveeee you soooo muccchhh!!!! Muaaaahhh!!!

Monday, August 10, 2009

Show, Bowling & Birthday

Hai Allzzzz.....

Aku malas nak tulis banyak-banyak pasal weekend ni. Semua dah tahu kan,. weekend ni memang ada aktiviti. So, aku just make it brief...

*** Saturday, pergi Shah Alam...Show Nubhan @ Twin Festival. Well, tak jumpa pun show nye sebab salah venue. Haa..haaa..Tak per, tak kisah sangat pun. Bukan tak pernah tengok show budak tu pun. Abaikan..!!!

*** First time in don't know how many years, aku makan balik Sushi (last time aku makan, hanya satu ketul jer...wakakaka)Ni semua Edna & YB punya pasal. Emmm....boleh laaaaa....dah lama tak makan kan, kena cuba balik, macam pelik mula2 nya. tapi jangan risau, aku ok jer...haa..haaaaa...
*** Lepak kat umah YB......ada citer best!!! ( NOPE!!! bukan pasal Nubhan atau sekutunya).

*** YB told me that she's actually hate my short hair dulu.Wakakakkaa. Agreed!! memang HIDEOUS!!!...I'll keep it long this time.
*** Motip aku snap gambar Chaq instead of Nubhan? Suka ati aku lahhhhh...haa..haaaa..haa... Chaq, Nubhan, Riz & sorry lupa nama dak bintang RTM tu, jadi guest artistes di Santai @ Menara KL. Chaq & that girl je yang perform. Nubhan & Riz hanya di interview. Gila lama rakaman ni. Kata nak start kol 10....jadik start kol 11. Agak lembbbsss jugak lahhh..
*** I told Nubhan that somebody not even his fans, don't know him & live too far away.......loves his song. Emmmmm....Sukeeeeeeeeeerrrrrrrr gila dia!!!! Haruslah kannnn..
*** On Sunday, bowling inter-FC anjuran Isma FC....An early snappy...Tak ramai lagik masa ni. Nubies tak menang apa2, not even menang sorak. Tapi we had so much fun!!!!....It's all that matter!!!
*** Happy Birthday to my dear friend Tira....May all your dreams come true. Hee..heeee....This is the second time kita celebrate beday bersama kan.You turned 21 and I turned? Aiyyyooo very big number woooo!!!!...haa..haaaaa..
Ok, that's all la.....Aku malas nak tulis banyak-banyak. Thinking of what to give to my dear sis on our beday tomorrow....eeemmmm....a set of baju baby & mandian? Wakakakakakaa....bad idea!!!

Sunday, August 2, 2009

Family day out

Hai Aaaallzzzz....

Emmmm...dah berapa lama dah hujung minggu aku giler busy!!! Haa..haaa..this week aku habiskan masa dengan family pulak. Happy sesangat sebab minggu ni semua berkumpul kat sini. Lagi-lagi on Saturday adalah ANNIVERSARY Parents aku yang ke 33!!!...Fuh!!! lama tuh!!!

Sabtu tu, kami pergi shopping sampai lebam. Haa..haaaaa....Aku yang lebam sebab dok layan Adam kat tempat permainan kanak-kanak. Sesiapa yang pernah pergi Jusco AU2, mesti pernah tengok wonderland tuh. Untuk kanak-kanak sahaja ye tuan-tuan & puan-puan. Tapi aku redah jerrrrrr....Takut plak Adam tergulik dalam tu, mampuih kena belasah ngan mak bapak dia..hee..heeee..

Malamnya diaorang ni reramai pi redah pasar malam.Termasuklah mak buyung tu ha.Aku plak, lepak atas sofa sebab sakit perut. Hish!!!!! Baru je nak berjimba-jimba pergi pasar malam. Terpaksa tinggal kat umah.....Sengal sungguh!!!

Ahad plak, pergi Sungai Congkak!!! Haa..haaa....Kenangan mengusik jiwa tol kat situ. Tapi kami tak masuk kedalam. Kami hanya park kat luar, lepas tu dok santai-santai kat pondok.

Mak, Abah, Ayah Teh, Zaya & Alang.....tak tahu kenapa muka semuanya macam ni...wakakakkakaka. Pondok ni kami sewa RM 5 je. Very the kampung one la......lagi-lagi ayam dok berkeliaran kat tepi tu. Don't worry, ayam tu tak kaco pengunjung. Diaorang dok memperkenalkan diri je kot...
My Bro, Adam & his papa. Budak kecik tu, dalam air pun nak posing daaaaaaa.......
**Sesapa yang pergi Sungai Congkak last week...mesti kenal bola merah tu kan...haa..haaa....
Mummy plak.....waarrggghhh haaa..haaaaaaa...Tak berjaya nak mandi. nasib baik minggu lepas dah hentam habis habisan.
My Sis & her hubby.........Diaorang ni expect second child this month.....tak sabar nak tengok lagi sorang dioarang punya tiny version...hee..heee...
Me & My sis...Agak-agak sama tak???? Hee..heee.....
Pasangan yang agak sengal.....Budak berdua ni tak habis-habis nak bergaduh. Diaorang jarang jumpa sebenarnya. Adik ipar aku ni tengah ambik post basic kat Melaka. So........don't expect diaorang punya tiny version la tahun ni......haa...haaa....haa...
Happy family. Adam mandi sampai kecut jari jemari semua. Bibir dah lebam tapi tak nak naik.Sampailah mummy terpaksa umpan nak pergi beli baju upin ipin baru nak naik. Hee..hee..mummy pun tak tahu nak carik kat mana laaa..Nasib baik dia tak tuntut.
Tengoklah budak ni....lepas mandi, dia gasak bubur McD plak...duduk dah la macam orang tua haa....
Pas tu eskrem plak...Adehhhhhhhhh.......
Lepas penat mandi manda...kami balik umah. Tapi tak end kat situ, kami pi Nilai 3 plak....wakakakakakkaa..Disebabkan adik ipar aku si Zaya tu nak sangat menghias umah dia kat Hospital Jempol tu, so.....kami pi mengkayakan orang kat Nilai 3. Siyes!!!! Memang murah!!! Boleh dapat banyak barang dengan hanya RM 250.00. Sampai naik rambang mata tengok barang kat situ. Hee..heee...
Kami balik KL dah 11.30 malam.....penat??? Penat la jugak. Tapi seronok dapat luangkan masa dengan family macam ni.Sesekali kan.....bukan senang semua nak berkumpul reramai macam ni.Walaupun kekdahnya tak ramai pun..haa..haa.haaa...
By The Way...HAPPY ANNIVERSARY to MY PARENTS...33 years is very looonnggggggggg...Kalau aku dikurniakan rumah yang bertangga tu satu hari nanti. Aku harap aku akan sampai ke situ. Aminnn........