Sunday, August 2, 2009

Family day out

Hai Aaaallzzzz....

Emmmm...dah berapa lama dah hujung minggu aku giler busy!!! Haa..haaa..this week aku habiskan masa dengan family pulak. Happy sesangat sebab minggu ni semua berkumpul kat sini. Lagi-lagi on Saturday adalah ANNIVERSARY Parents aku yang ke 33!!!...Fuh!!! lama tuh!!!

Sabtu tu, kami pergi shopping sampai lebam. Haa..haaaaa....Aku yang lebam sebab dok layan Adam kat tempat permainan kanak-kanak. Sesiapa yang pernah pergi Jusco AU2, mesti pernah tengok wonderland tuh. Untuk kanak-kanak sahaja ye tuan-tuan & puan-puan. Tapi aku redah jerrrrrr....Takut plak Adam tergulik dalam tu, mampuih kena belasah ngan mak bapak dia..hee..heeee..

Malamnya diaorang ni reramai pi redah pasar malam.Termasuklah mak buyung tu ha.Aku plak, lepak atas sofa sebab sakit perut. Hish!!!!! Baru je nak berjimba-jimba pergi pasar malam. Terpaksa tinggal kat umah.....Sengal sungguh!!!

Ahad plak, pergi Sungai Congkak!!! Haa..haaa....Kenangan mengusik jiwa tol kat situ. Tapi kami tak masuk kedalam. Kami hanya park kat luar, lepas tu dok santai-santai kat pondok.

Mak, Abah, Ayah Teh, Zaya & Alang.....tak tahu kenapa muka semuanya macam ni...wakakakkakaka. Pondok ni kami sewa RM 5 je. Very the kampung one la......lagi-lagi ayam dok berkeliaran kat tepi tu. Don't worry, ayam tu tak kaco pengunjung. Diaorang dok memperkenalkan diri je kot...
My Bro, Adam & his papa. Budak kecik tu, dalam air pun nak posing daaaaaaa.......
**Sesapa yang pergi Sungai Congkak last week...mesti kenal bola merah tu kan...haa..haaa....
Mummy plak.....waarrggghhh haaa..haaaaaaa...Tak berjaya nak mandi. nasib baik minggu lepas dah hentam habis habisan.
My Sis & her hubby.........Diaorang ni expect second child this month.....tak sabar nak tengok lagi sorang dioarang punya tiny version...hee..heee...
Me & My sis...Agak-agak sama tak???? Hee..heee.....
Pasangan yang agak sengal.....Budak berdua ni tak habis-habis nak bergaduh. Diaorang jarang jumpa sebenarnya. Adik ipar aku ni tengah ambik post basic kat Melaka. So........don't expect diaorang punya tiny version la tahun ni......haa...haaa....haa...
Happy family. Adam mandi sampai kecut jari jemari semua. Bibir dah lebam tapi tak nak naik.Sampailah mummy terpaksa umpan nak pergi beli baju upin ipin baru nak naik. Hee..hee..mummy pun tak tahu nak carik kat mana laaa..Nasib baik dia tak tuntut.
Tengoklah budak ni....lepas mandi, dia gasak bubur McD plak...duduk dah la macam orang tua haa....
Pas tu eskrem plak...Adehhhhhhhhh.......
Lepas penat mandi manda...kami balik umah. Tapi tak end kat situ, kami pi Nilai 3 plak....wakakakakakkaa..Disebabkan adik ipar aku si Zaya tu nak sangat menghias umah dia kat Hospital Jempol tu, so.....kami pi mengkayakan orang kat Nilai 3. Siyes!!!! Memang murah!!! Boleh dapat banyak barang dengan hanya RM 250.00. Sampai naik rambang mata tengok barang kat situ. Hee..heee...
Kami balik KL dah 11.30 malam.....penat??? Penat la jugak. Tapi seronok dapat luangkan masa dengan family macam ni.Sesekali kan.....bukan senang semua nak berkumpul reramai macam ni.Walaupun kekdahnya tak ramai pun..haa..haa.haaa...
By The Way...HAPPY ANNIVERSARY to MY PARENTS...33 years is very looonnggggggggg...Kalau aku dikurniakan rumah yang bertangga tu satu hari nanti. Aku harap aku akan sampai ke situ. Aminnn........

No comments: