Saturday, June 13, 2009

Ikan Terubuk Bakar

Hai allzzzz...

Yesterday My sis & me decided nak buat projek ikan terubuk bakar. Sebenarnya aku tak makan sangat ikan ni. Sebab nye, aku dah naik phobia dengan ikan yang banyak tulang. Aku ingat lagik, time kecik-kecik balik kampung aku makan ikan sungai yang banyak tulang. Lepas tu tercekik!! Terpaksa pak su aku tonggeng kan aku .Wakakakkaka...nasib baik keluar. Rasanya sekarang kalau tercekik lagik, pak su aku dah tak mo tonggeng kan lagik sebab masalahnya aku dah sama tinggi dengan dia. Heee..heee...

So, berbalik kepada projek kami dua beradik.Ini ikan terubuk ye kawan-kawan.Ikan ni giler banyak tulang. Kalau tak pandai makan, baik jangan makan la.....Dari nak makan sepuluh minit...jadik makan satu jam.
Mula-mula bersihkan ikan ni sampai putih suci macam ni. Kalau beli kat pasar, suruh la orang yang siang ikan tu belah siap-siap kat belakang ikan ni.Supaya senang nak sumbat dengan penyumbat nye.
Haa!! Inilah penyumbat yang aku maksudkan. Ini adalah kelapa. Dalam tu letak cili kering, bawang putih, bawang merah, serai, kunyit,jintan & asam jawa. Tumbuk tau!! jangan nak blend. Sebab kalau tumbuk lagik syiokkk.
Lepas tu, ambik ikan tu dan mekap kan dia sikit. Mekap kaler kuning je ngan kunyit. Tak payah nak letak eye shadow semua. Hee..heeee...Yang tu tangan kakak aku, dia yang jadi mak andam.
Abeh mekap, sumbat la kelapa tadi tu kat belakang. Sumbat sampai penuh. Selagi ada, gasak jer!!! Hee..heeee....Jangan lupa letak ikan ni diatas daun pisang. saje jelah kannn..nak dapatkan bau nye je.Lepas tu jangan pulak pi makan daun pisang tuh...hee..hee..
Dah siap semua, sumbat je dalam oven. Suhu 240 darjah celcius dalam masa 45 minit. Ni kalau umah macam umah aku lah, kalau umah ada laman....sila lah bakar dengan kayu etc. Lagik mengancam tu weh!!!!
Lepas tu........................melantak la!! apa lagik!!!! wakakakkakakaa.
So, sekian saja acara masak memasak kita ye.......len kali kita masak lagik. Kalau aku rajin la....haa..haaaa...

2 comments:

Unknown said...

sodap tuh..terliur..huhu

Kikey said...

wakakakkaka..memang sodappp!!!