Aku cakap aku tanak review kan?...wakakkaka.Tetiba aku rasa rajin sebab aku tadak keje. Meh la aku cerita serba sedikit pasal gath ni. Yang korang tak tahu, yang korang dah tahu....aku gasak je semua dalam ni.Hee..heee
Okeh, mari kita start dengan pagi Jumaat. Aku ambik cuti jumaat tu, so kol 8.30 lagik aku dah kuar jumpa ngan Tira kat Masjid Jamek. Mission kami?Pergi beli barang-barang untuk goodie bag. Pergghhh!! Berpeluh jugaklah berjalan kaki dalam KL dalam panas-panas bute tu.Untuk meringankan sedikit beban, kami terpaksa panggil Bad untuk tolong angkat barang. Tak larat nyahhh...
Small cup in the making. Jenuh jugaklah nak menunggu kakak ni siapkan semua. Psssttt!!! Kakak ni fans Nubhan jugak ghupenye. Kalau tak sebab dia bukak kedai, dia dah datang dah BTS.Hee..heee. Actually chinese tempat aku cuci gambar tu pun ske gak kat Nubhan. Walaupun tak kenal siapa dia. Huhuhuhuhhuhu...Minah tu kata dia hensem!! Hampir pengsan mak donga!! Syyyhhh!! Jangan bagitahu dia!!!!haa..haa..haaaa...
Tengoklah muka setepek Tira ni....penat punya pasal, tenung gelas macam nak tembus dah..wakakakakkaa..Ampuuunnn Tira!!!!!!....
So, lepas siap glass ni semua, aku, Tira & Bad gerak ke BTS dengan teksi. Jam wwwwoooo. Gerak macam siput sedut!! Kalau tak mengenangkan barang2 ni nak kena simpan kat BTS. Tak nak aku rempuh jam tuh.Lagipun aku & Tira kena brief Nubhan tentang perjalanan majlis. So, kena jumpa dengan dia pulak kat sana.
Kami jumpa dalam kol 3.30. Tengok ballroom & parking dalam holding room kat sebelah tu.Tak lama lepas tu Tira & Bad pergi ambil kereta mak Tira kat Pandan Indah. Tinggal aku, Nubhan & Ady (sales BTS) dok tengok2 ballroom. Tapi pas tu V datang.Yeaaayyy!!! Walaupun dia lepas tu parking baeeekkk punya atas sofa dan zzzzzzzzzz. Gasaklah V...janji dia datang jugak jenguk preparation kami.
Then Fit sampai, tak duduk lama, dia dah nak pergi ambil barang printing dengan Tira. Edna & Tokwan pi ambil barang jugak. Berterabur AJK kesana kemari. Nasib baik HP aku bill. Kalau tak, memang kering kredit dok call sana call sini. Hee...heee...Tak per.....aku tak kisah,Janji gath ni berjalan lancar.
Tuuu dia Nubhan dengan backdrop sebesar alam. kalau korang nak tahu, backdrop ni saiznya 8 X 16 kaki. Muka separuh tu pun dah besar dari yang empunya diri. Kalau muka penuh....sure menakutkan!!! wakakakkaka.Ni first time aku kerja dengan backdrop sebesar alam ni. Sampai petugas BTS pun terkejut tengok benda ni. Haa...haaaaa....
Dalam kol 6.30, harney, Nora, Sue, KT, Mia & Kak Lady sampai. Emmmm..tugas bermula!!! Diaorang kena pam belon!! Dah la 200 biijik!! nasib baik kena pam.Kalau kena tiup, mahu nye semput tak cukup angin. Janji nak brief Nubhan pukul 3...akhirnya aku & Tira hanya dapat brief dia kol 7 malam. In the middle of it...ada satu berita gembira yang membuatkan kami bersorak sakan. Wakakakakkaa.Tak pernah rasanya jadik segembira itewww!!!!.Sukooooo!!!!
Dekat-dekat kol 8....AJK berpecah lagik. Ada yang pergi beli barang, ada yang ambil barang. So, aku ditugaskan untuk brief VIN plak. Eeeemmmm..so, aku ajak diaorang angkat barang dari holding room bawak ke bilik tingkat 40. TINGKAT 40 ko!!! Punyalah tinggi!!!!. Kami ambik troli sendiri & kami tolak sendirik. Gigih sungguh!!!..Cayalah korang!!!!
So, inilah hasilnya....sambil-sambil briefing...aku dok ajak dak2 tu packing goodie bag. yang ini untuk Nubies.
Semuanya siap dalam kol 4 lebih pagi. Mata dah tak boleh bukak dah. Aku ended tido separa duduk atas sofa. Fit pun tido duduk. Si Tira & Edna kongsi sofa panjang.Yang lain berhimpit-himpit atas katil. Yang tido atas lantai pun ada.Wakakkakakaka. Janji lelap jer ni!!!
Esoknya pagi2 lagik semuanya dah bagun dan sambung kerja kat ballroom. Dak2 ni sambung tiup belon. Semua AJK berterabur lagik. Aku tinggal ngan dak2 ni kat situ tengok2 kan petugas hotel menghias ballroom. I must say, The big gigantic backdrop nampak giler cantik bila dah ditegakkan. Thanks kat Razi of BTS yang sangat memberi kerjasama. Mintak apa pun dia tolong siapkan.
Dalam dekat kol 12, aku ngan YB balik umah aku kejap ambik pulut kuning untuk acara memotong pulut kuning. Time kasih banyak2 la kat mak aku sebab sudi masak pulut ni!! Huhuhuhuhuu. Ada jugaklah sumber kami untuk melantak sebab sorang pun tak breakfast!!!.Lapar campur kebuluran!!!!
Majlis mula kol 3. Aku & Tira bertindak sebagai MC. Maaf le korang semua kalau MC ni carca marba sikit.Almaklumlah......first timer. Kalau dah besa lain citer kannnnn.Mulanya ok jer. Tapi part microphone buat hal tu memang aku hangin!!!! Dah la Nubhan nak nyanyi tak kuar sore. Nasib baik pihak hotel bagi rent satu cordless in just a few minutes!! Thanks lagik le kat Razi!!!
Nubhan nyanyi berapa lagu pun aku tak tahu. Aku betul2 jadik blur lepas kejadian mic rosak tu. rasa nak belasah orang pun ada. So, aku memang empty kejap. Bila habis je show, aku & Tira take stage untuk games. Yang ni baru aku rasa havoc sebab semuanya sporting nak main. Sampai ada yang siap tanggal kasut untuk senang nak berlari.Jangan marah ye yang kena rap lagu ada untukmu, kena mensyair kan lagu summer of 69. Tu nasib baik tak kena menyanyi lagu jalur gemilang!!!.haa...haaaaa..
Time majlis tu, pihak NFC sambut birthday Nubies yang lahir dari bulan Jan-Jun. Dapat sorang satu kad birthday, satu keping gambar exclusive, sekuntum rose untuk yang pompuan & sesuap kek dari Nubhan.Weeeeeeeeeee.....suker tak????? Haruslah semua suker kannnn!!!
Majlis habis dalam jam 7 cam tu. Kami lepaskan nubies untuk beramah mesra dengan Nubhan, Nak ambik gambar ke, nak bagi hadiah ke, nak apa ker...suker atilah!!!. janji hepi!!. Time tu aku diam-diam pi carik makan. Kebuluran tahap gaban dah. Aku tak heran dah nak terlingkup ke hapa....janji aku kenyang.Tapi yang paling best, lepas tu aku...Aku, Harney, YB & Tykah menari poco-poco. Giler tak???....Saja je kannnnnn..
Dah 8.30 baru kami hangkut plak barang-barang dari ballroom balik ke tingakt 40. Wakakkakakaa. Hazab!!!. Tak larat wwooo nak kemas malam tu. Macam tongkang pecah la kekdahnya kami tido kat situ. Nak buek cam no....maha penat!!!!
Esoknya, kami bangun awal sebab katanya Nubhan ada kat Hujung Minggu Malaysia. rancangan kat TV1 tulah.....so, dengan mata separa terbukak separa tertutup tu...kami hadap jugaklah TV.Huhuhuhuhu...dah macam duta pokok2 kayu dah Nubhan kat RTM tu. haa..haaaa..haaaaaa...Sapa tengok taulah.....dok menyanyi penuh perasaan pun, nampak hujung jari jer. Cam no tuh???
Kami check out dalam kol 1 cam tu. Yang ni lagik satu hazab!!! Kami kena sumbat SEMUA barang dalam satu kereta. Nasib baik lah yang dok dalam tu, aku, edna, tira & Fit drive. Tapi...........korang tengoklah sendirik!! wakakakkakaa
okeh, tu je yang aku ingat. Sebab aku ni short term memory lost!!!!. Thanks (thanks lagikkkkkk) kat semua yang terlibat. Aku secara personal nya mintak maaf la kalau ada yang terkasar bahasa, yang tersilap buat ke hapa kat korang semua. Especially kat yang 4 orang tuh. Tak sia-sia lah berfikir sampai nak pecah kepala & kejadian on Wednesday banyak mengajar kita tentang pentingnya kerjasama.Thanks again.
To AJK semua & VIN.......tanpa korang tak ada gath ni. Korang memang sangat supportive & Komited. Thanks banyak2.
Untuk Nubies yang sudi tegur aku tu, sorry korang kalau aku tak dapat nak layan panjang2...sebab aku busy giler!! Nanti kalau jumpa aku lagik, jangan plak serik nak tegur.
Kepada yang tak sempat nak bercakap tu, ampuuunnn!! len kali kita sembang ye.
To Nubh.......hee..heeeee...enuff said la. Abih sumo dah cakap aritu....Haa..haaaaa. Just keep up the good work & the good performance. jangan nak cepat cuak kay.
3 comments:
woitttt!!!!
Wat gambaq cheq yang muka hazab tu kuaq naa??? hehhehe!! takpo doo, den leh cilok!
Neway, thanks for everything ekk! Agree with you, kejadian hari Rabu tu buat tira sedar gak pentingnya kerjasama tu.. hehe!
wakakakkaka.Gambar tu priceless!!! Sangat mengujakan hoccay!! Mak sukeee nyah!!!
Kannnnnnn....Thanks to you too. My partner in crime!! Hee..hee..Sorry kalau terkasar bahasa.almaklumlahhh stress tahap gaban!!
Tulah....kejadian tu mengajar kita untuk bersatu. Benda yang tak disangka akan datang tiba-tiba. So, it's up to us untuk sama2 mengadapnya.
Alhamdulillah...semua dah selesai.
glad to hear semuanya berjalan lancar. congrates to you & all the team!!
again, am so sorry couldn't join the event.. :(
Post a Comment