Wednesday, December 30, 2009

The Making of.......

Video promosi......

Emmmmmm...Untuk nak buat gelak-gelak di hari terakhir tahun 2009. Memang kelakar time buat VC ni. Lagi-lagi bila kena kutuk buat pelem low budget..wakakakakaaaa.....tak kisahlah derang nak cakap apa pun, janji hepi!!!!.

Just enjoy the video.

">

Video Clip "Aku jatuh cinta"

Hai Alzzz...

Saja nak tayang video ni..haa..haaaa..walaupun aku tahu suara liyana ni tak semerdu atau segemersik mana, tapi boleh laaaa jugak.

Bukan lagu atau suara yang aku nak ceritakan, tapi video clip ni. Walaupun banyak campur-campur dengan scene dari filem Duhai Si Pari-pari..tapi still, video clip ni cantik.

emmmm..dah lama tak tengok video clip artis Malaysia yang bagus since ramai penyanyi senior hybernate. Hee..heee..

So, tak pe la...ENJOY je la!!...

video credit to: ghazTHEMEDIAHUSTLER

">

Tuesday, December 29, 2009

Azam tahun baru???

Hai Alzzz..

Esok adalah hari terakhir dalam 2009. Hari Jumaat......dah masuk tahun baru, 2010. So..............persoalannya, adakah azam tahun ni berjaya?
Haa..haa..Tu memang persoalan yang sangat susah nak dijawab. Aku tak rasa aku perlukan azam untuk 2010 sebab azam 2009 ni pun tengah diawang-awangan lagi. Aku nak biarkan hidup ni go with the flow. merancang banyak-banyak pun tak membawa manfaat pun.
Apa yang aku akan buat tahun depan aku akan consider sebagai bukan azam. Hanya aim untuk hidup yang lebih baik.
Maybe tahun depan aku akan seriously berfikir tentang nak beli benda yang ada 4 tayar, berbumbung & boleh berjalan diatas jalan raya. Haa..haaaa.....Kereta!!!. Penat dah aku menyusahkan kawan-kawan menghantar aku balik. Kalau nak balik malam je, mesti benda yang pertama datang dalam kepala aku...siapa yang nak hantar balik? So..............tahun depan kena lebih bersedia.

Lepas tu, aku ingat nak berjalan ke luar negara lagi. Setakat ni hanya 3 negara je yang pernah aku lawati. Insya-Allah, ada rezeki mungkin nak cari sebuah negara lagi.Wahhhhhhhhhh.......tinggi nya cita-cita aku.

Maybe melancong dalam negara pun akan jadi agenda aku tahun depan. Kesian Phan, dah berkali-kali dia ajak aku pergi penang. Kalau tak ada apa aral...aku nak juga pergi kesana jumpa dia. Emmmmm......Linda pulak dah pergi Dungun. Aku doakan Linda dapat balik KL..hee..heeee....Dah lama tak jumpa partner in crime aku tuh. Huhuhuhuhuu.

FC? Yang ni memang kes naya. Tapi naya tak naya jugaklah......tahun depan cabarannya menjadi lebih besar. Kenapa aku masih stay? It's not because of him if you ask me. Aku hanya doing a favour....for a friend. Doakan saja semuanya akan berjalan lancar.Nak kata aku yakin sangat, tak juga.Tapi kadang-kadang tu yakin sangat pun tak guna la jugak.......emmm...tak tahu nak cakap apa laaaa...Que sera sera...

Hal lain? Yang tu akan ku consider as time goes by. Buat masa ni................aku terima saja apa yang datang. By the way..ini gambar-gambar Adam yang telah dianayai oleh mama nya. Apalah nasib budak ni dapat mama kepala sengal macam tu.wakakakakaaa..
Model barang plastik??? model bakul? atau fesyen tahun 2010???...Haa..haaaa....Bayangkan dia boleh berlari dengan selambanya pakai bakul ni kat kepala. Ingat topi keledar ke hapa? Adoyaiii anak aku!!!!!...haa..haaa...Ini pulak akibat menangis berguling-guling merajuk sambil pakai songkok.Tak pasal-pasal kena letak bunga. Dah macam krisis identiti dah ghupenye.

Haa..haaaa.saja je kannnn mummy dia kannnnn.....Nasib ko lah Dam dapat mama & mummy macam ni. Sabar je ye....hee..heee..

Sunday, December 13, 2009

Natrah

Hai alzzz...

Friday, 11th Dec, aku pergi tengok NATRAH. Haa..haaaa..haaaaaa....Akhirnya dapat jugak tiket walaupun dapat kat upper circle. Kena la ngan harga tiket nye plak kannnn...RM30 sorang.Bukan senang nak book tiket wooo....ini booking hari Isnin ni. Kalau booking lewat sehari je, langsung tak dapat kekdahnya.

Petang tu, aku jumpa dengan YB kat Old Town Bangsar. Sempat jugaklah kami makan sikit sementara menunggu Edna. Gigih minah tu jalan kaki dari opis pi Old Town.Haa..haa..haaaaaa...Punyalah nak cepat sebab takut jalan jem. Pepaham je la kan, orang Selangor cuti hari Jumaat tu.

Dalam kol 7.45, kami sampai kat Istana Budaya. Agak ramai la orang kat luar tu. Pergi ambil tiket dulu, lepas tu kami lepak-lepak ambik gambar. Haa..haaaaaa..Nak dijadikan cerita, bateri kamera aku dah agak uzur. So, tak bleh tahan lama sama sangat, tengah bergumbira ambik gambar..tetiba bateri habis!!! Hampesss sungguh. Yang si YB plak, kamera dia, bagi kat kete dia posing sakan kat luar tuh.Wakakakakaka.Maka, tak la dapat nak bergambar banyak-banyak.

Kami masuk ke Panggung Sari dalam kol 8.20 cam tu. Memang penat gile naik tangga. Bukan rendah upper circle tu. Dah nak sampai ke bumbung. Wakakakkaaaa.....Nampak la pentas IB tu sepenuhnya. Tapi muka pelakon hampess tak nampak apa-apa. Jadiklahhh..janji nampak. Yang penting, permulaan teater ni di mulakan dengan lagu NEGARAKU.Hee..hee...bila berdiri kat tempat duduk tu, terasa sayup je kebawah.Adehhh ngeri!!!

Bagi aku, aku bukan orang teater. Aku pun tak faham hukum hakam teater. Yang aku tahu, aku enjoy jugaklah dengan teater ni. Kalau nak judge dengan jualan tiket & jumlah penonton, memang tak rugi la pelakon yang berlakon dalam teater ni. Penuh giler uolsss walaupun pementasan yang aku tengok ni extension.

Picture credit to Syed's Facebook
Habis persembahan, kami keluar & cari Syed. Haa..haa..haaa..Punyalah lama tak jumpa Syed. Last jumpa masa show TM kat Seremban dulu. Lepas tu dah tak jumpa lagi. Sekali jumpa, macam jejak kasih la pulak siap dengan group hug...huhuhuhuhu...“kami ni dah lama terpisah” bak kata Syed bila dia mintak ada sorang adik tu snap kan gambar kami. Haa..haaa..haaaaaa.....

The best part kat IB ni....curi gambar pelakon nya. Wakakakkaaa..Ini memang kelakar tahap gaban. Dah lama sangat aku tak buat keje macam ni. Mula ingat nak balik, tapi lepas tu, aku ngan Edna pergi menyelit ditengah-tengah orang ramai semata-mata nak ambik gambar pelakon NATRAH. Yang kelakarnya, kamera aku kan dah abes bateri, aku dok gasak snap pakai handphone. Dalam cahaya yang kureng tu, semua gambar nampak blur. Tiba-tiba aku rasa nak test balik kamera aku. Alhamdulillah, menyala balik...Kami pun apa lagik, snap je la bagai nak rak. Sampai orang tah siapa-siapa pun masuk jugak....haa..haaa
Emmmmmm.....Tiba-tiba rasa rindu dengan situasi tu......dah cukup lama aku tak ambil gambar curi-curi macam tu.Ambil gambar orang yang tak kenal aku. Wakakakkakakaaa.

Lepas tu, kami pergi makan kat kampung baru.Lapar punya pasal, kami sebat kaw-kaw punya. Lepas makan, YB hantar aku & Edna balik rumah ambil baju dan kami pergi lepak rumah YB malam tu...Kat rumah YB, tak payah ceritalah..banyak makan tido je sampai aku jadi terlebih tido..haa..haaa......

Thursday, December 10, 2009

Friends & Foes

Hai alzzz...

Things had been so quiet lately. I don't know,peace is much in demand I guess. Too much noise in my head and all goes haywire!!!..And now, I realize that some peoples obviously need overhauls.

Remember I told you guys about “telefon rosak” ? Satu cerita yang melalui “jalan” yang sangat panjang. Dihujungnya, cerita sudah bertukar rupa. Sekarang ni baru aku tahu bahaya nya mulut yang sebegitu dan aku minta maaf kalau aku terpaksa limit kan apa yang aku selalu kongsi dengan “sahabat-sahabat” itu. Tak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah sekali mereka menghuru hara kan hidup aku.

Perkara ni dah berlaku lama dulu, tapi masih belum reda-reda lagi. Masih diperdebatkan oleh kawan-kawan rapat aku. Permulaanya mudah, hanya perselisihan pendapat & perasaan antara dua sahabat. Tapi yang agak peliknya, benda tu merebak ke telinga orang-orang yang tidak sepatutnya in a blink of the eyes. I don't believe it!!!!!

Aku hanya tahu bila si mangsa tiba-tiba call aku, calm & cool bertanya kenapa. Dan aku berani kata, hanya dia saja yang sudi bertanya soalan tu selain dari seorang lagi sahabat yang concern. Dekat 2 jam aku cuba explain apa yang berlaku sampai panas telinga....well, plus bill yang agak melambung bagi pihak dia lah kan. It's a damai antara kami. Aku tak pernah merajuk pada dia, aku tak pernah marah dia & aku tak kisah pun apa yang berlaku. Terus terang aku kata, aku tak mahu buat musuh dengan dia.

Tapi.......damai yang kami harapkan, tiba-tiba tanpa hujan tanpa ribut..Aku dapat call dimalam buta. It's a friend yang concern tu lah. Baru aku tahu, cerita semudah itu dah sampai ke telinga seorang manusia yang tak sepatutnya. The last person on this God green earth yang aku expect akan tahu cerita budak-budak ni. Mengucap panjang aku!!! This is too much!! Nak je aku pergi cilikan mulut yang membawa cerita tu!!!.Kurang ajar punya orang!!!!

Bukan aku nak marah, tapi aku kesal..tak seorang pun dari manusia-manusia yang mendengar cerita tu bertanyakan pada aku apa yang sebenarnya berlaku. Tak ada seorang pun!!!! Hanya si mangsa & that friend..err.....dan sorang lagi yang tak terlibat dalam cerita. Dah aku yang dikatakan punca masalah, sepatutnya yang mendengar, bertanya pada aku. Bukan telan apa yang si mulut busuk penyampai cerita tu kata. Semuanya damn idiots!!!!.. I couldn't believe I used to call them friends.Pemikiran tahap komunis, macam tu lah, main angguk je!!

Yang lagi aku tak boleh tahan, kenapa cerita peribadi antara aku & kawan aku jadi perdebatan hangat sampai ke pihak yang tak sepatutnya? Sebab dengki? Sebab tak puas hati? Aku tak faham kenapa manusia boleh jadi macam ni. Kisahnya hanya antara aku dan dia dan antara kami lah sepatutnya diselesaikan. Bukan membawa cerita sampai ke orang yang tah apa-apa tu.Emmmm...tapi, aku gembira jugak la kan....at least I made it big on this year's calendar. Wakakakkaa..Stupid me!!

Eemmm..to those yang membaca, korang rasa benda ni berlaku dalam Mahkamah Perusahaan, AFCM, NFC, kat rumah aku, kat kampung aku, sekitar setiawangsa atau just tepi jalan kat dataran merdeka ni.....itu korang punya pasal la. Fikir la sendiri!!! Yang aku tahu, aku fed up dengan mulut tahap hanj ni!!! Jangan kerana nak melangkah jauh, tebas sekeliling sampai botak. You wont get very far my dear!!

** Tetibe terharu bila ada orang kata, ada orang rindu dengan kami berempat. Hee.heeee...kami dapat yang “miskin” & kami telah menerima seadanya dia, bak kata tokti, apa pun yang terjadi,berjalanlah tanpa henti.....hee..heee........

**Errrr..ada mimpi odd malam semalam. Aku & dia bermimpi tentang aku, dia & dia.aku mimpi kami bertiga lepak di station bas & dia mimpi kami lepak dia station LRT. Bottom line is, kami lepak bertiga & lepak di public transport....MOTIP????????...Masih mencari motif mimpi kami ini.....Haa..haaa...haaaa....

NATRAH!!! HERE I COME!!!!!

Thursday, December 3, 2009

Adam & Aisy

Hai Alzzz...

Dah lama aku tak update gambar 'anak-anak" aku kannn....

Ni dia Adam Danish, yang sekarang ni dah 2 tahun 3 bulan.

And Aisy Danish.....4 bulan
My little Angels.......Tak sabar nak tunggu diaorang membesar.....

Monday, November 30, 2009

Show @ Seremban

Hai alzzz...

cerita basi!! Tapi nak jugak cerita.

Hari Ahad 29 November, aku pergi show Nubhan kat Seremban. Show untuk TM. Jangan tanya kenapa aku gigih sangat pergi show tu sensorang. Sebab hanya orang yang tahu saja tahu kenapa aku jadik sampai cenggitu. Haa..haaaa...haaaaaa....Sungguh complicated!!!

Aku sampai sana dah pukul 1 lebih, jumpa lah dengan dak-dak Nubies yang tengah bersidai kat MCD. Sorry la ye korang, senang hati je aku sebat makanan korang. Kenyataannya, aku lapar tahap gaban ketika itu.

Show start dalam pukul 2 lebih macam tu. Nubhan nyanyi 4 lagu,Cari Jodoh ( Kelakar siott lagu nih...haa..haaaaa), Fall For you, Tercipta untukku & Seadanya aku. Frankly speaking, aku tak berapa puas ati dengan show yang ini. Tapi considering some factors...eeeemmmm...Yeahh!!Ignore je lah kecacatan yang sikit-sikit tuh.

Lepas show, aku naik tingkat 2 kat parking. Yelah,terpaksa mintak belas ehsan Zaly untuk hantar balik.Heee..heeeee.....Kebetulannya Nubhan ada kat situ, so opportunity lah untuk Nubies yang datang untuk berjumpa & bergambar dengan dia dalam keadaan yang aman sikit. Eemmmm...motip tetiba vending machine kat sebelah tu “bercakap”??? Haa..haaaa...macam-macam pulak cakapnye, nak amik gambar jugak datanglah...errr..keluarlah dari situ!! errrkkk!!!!!!

So....kami balik KL jelah lepas tuh.Tujuan aku kesitu tak kesampaian sebenarnya atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.Tapi aku dapat cara lain untuk itu. (Cepatlah semua ni berlalu, aku dah penat giler ni!!!.)

Esok Insya-Allah, aku akan lepaskan apa yang lama sangat berada dalam tangan aku. Hampir 2 bulan terperap!!! Bagaimana caranya untuk aku lepaskan, jangan tanya. Mungkin aku dalam keadaan mood baik, aku akan cakap baik-baik. Tapi kalau aku dalam mood tak baik.....Emmmm, tapi rasanya aku tak akan tembak sesapa. It's not going to be a personal attack. Walau macam mana terkilan pun aku, aku akan jaga air muka orang lain. Aku tahu macam mana rasanya kena tembak bertubi-tubi dan aku tak akan sampai hati buat orang lain macam tu.

So, untuk sesapa yang berkenaan, jumpa esok. Mungkin yang terakhir dalam tahun ni & yang terakhir untuk aku berada didalamnya....It's December by the way.

Me ...............Thinking of climbing......I need to start on something. Kang tak lopeh naik kang....Haa..haa..haaaaaa....

*Picture credit to Tira's facebook. Gambar-gambar lain, sila lah melawat Nubhan FC, dah tahap kilo dah ada kat situ...hehehhehee...

Thursday, November 26, 2009

Semi Final Ketiga Muzik-Muzik

Hai Alzzzzz...

Aku pergi ke semi final ketiga Muzik-muzik minggu lepas. Kenapa aku pergi? saja je..!! Haa..haaaaaa..

**Kami pergi bertiga. Aku, Fit & Edna. Aku jumpa Fit kat mid valley & lepas tu gerak ke office Edna. Kami pergi sri pentas tanpa tiket...haa..haaaa...ni memang stok nak langgar je ni!!!

** Trick nak masuk? tengok pak gad dulu.....agak-agak dia tak nampak, cepat-cepat masuk sambil buat muka tak bersalah. Haa..haaaaaaa...

** Kami dok ngan fans Tomok.Thanks to KT & Nora sebab allowed kami dok sekali ngan derang.Korang memang agak giler la!!!

**Mula-mula ingat Nubhan masuk ke AJL...ghupenye tidak. Haa..haa..haaaa..tak per la, bukan rezeki dia nampaknya tahun ni.

**Lepas semi final tu, kami terus keluar & lepak makan kat pelita. Tempat yang sama kami lepak last week nya.Tapi kali ni, kami bertiga je la.....hee..heeee..

**Thanks Fit sebab hantar aku balik kerumah. Kali ni tak selama minggu dulu. Agak awal la kami balik, walaupunnnnnnnnn...haa..haaaaa...

Okeh, tu je la pasal Muzik-Muzik Semi Final last week.Tak ada apa pun, kami pergi suka-suka je. Kadang-kadang pergi tanpa menyokong sesiapa pun ok jugak.Hee..heee..

Sunday, November 15, 2009

Muzik-Muzik Separuh Akhir

Hai Allzzzz...

Tahun kedua aku ke separuh akhir muzik-muzik. Tahun lepas untuk Ada Untukmu dan tahun ni untuk Seadanya Aku.

**Aku pergi ngan beckham naik tren dari masjid jamek. Janji ngan Fit & Edna kat NSTP, opis Edna. Boleh tu aku ngan Beck jalan kaki dari station bangsar ke NSTP. Sambil jalan...sambil sembang. Nasib baik hujan dah berhenti.Heee..heeee..

** Sampai kat NSTP, call Edna & kami duduk di cafe sementara menunggu Edna salin baju & Fit sampai.Terima kasih banyak-banyak kat Fit sebab sudi tumpangkan kami ke Shah Alam....Terima kasih!!!!!!

** Sampai kat sana, kami pergi jumpa zaly dulu untuk ambil tiket sebab kebetulannya aku yang in charge tiket.Lepas tu kami pergi cari makan walaupun hanya Edna & Fit saja yang makan.Aku hanya minum teh O & Beck, errr..aku lupa dia minum apa.Haa..haaaa...

**Kami masuk ke dalam Sri Pentas jam 9 lebih..masa tu dah separuh penuh,terpaksa la duduk dibelakang. Belakang pun...............belakang la.

** Nubhan perform no 2...Walaupun tangan dah macam parkinson, tapi suara maintain sedap woooo. Haa..haaaa....Just, proud of him.!!!

** Lepas habis tu, kami lepak-lepak sekejap, aku jumpa dengan geng-geng AFCM yang datang untuk Adam. Sembang-sembang sket...lama tak jumpa derang.

** Lepas tu kami off ke section 9, pergi melantak roti canai. Huhuhuhuhu..dah nak pagi, tak selera nak makan, Lagipun tekak kembang sebab milo ais terlampau manis.

** Dalam kol 2 pagi, kami bersurai....Terima kasih lagi sekali kat Fit sebab sudi hantar aku balik sampai depan pintu pagar. Walaupun sebelum tu Beck dok shower ngan cerita hantu.Huhuhuhuhuhu.

** sampai rumah, aku bukak FB....ada dah yang online. Adehhh..derang ni tadak keje lain la, FB...FB...FB....wakakakakaaa. Samalah kan ngan aku ni!!!!

Thanks kepada semua NUBIES yang sudi turun padang malam tu. Teriakan korang memang semangat giler walaupun bilangannya kecik je. Banner tu yang tak tahan...besar giler sampai kena lipat.haa.haaaaaa..

Congratulations & Good Luck Nubhan!!!!..May Luck be with you!!!!

Thursday, November 12, 2009

Boss-less............again!!!

Hai alzzz...

Today I got a bird telling me the good news & the bad news

The good news is.....My boss get promoted

The bad news is.......She's out of this court.

Mix feelings sekarang ni. I like her actually. Kami kat sini panggil dia..”ratu cantik” or “model of MP”.Well....obviously, she's pretty lah. Bergaya tahap meletuupp punya. The Interpreter & PA pun tak macam tu. Wakakakkakakaa.

Happy tu happy jugaklah sebab dia tu kadang-kadang angin putting beliung. Haa..haa..Biasalah, perempuan. Tapi memang happy for her sebab dia get promoted.

One thing paling odd pasal boss-boss aku yang keluar dari court ni, semuanya berlaku pada 13 haribulan, hari Jumaat. Orang putih panggil Friday the 13th. Bukan aku percaya pun pasal tu, tapi kelakar kan.....dua-dua kejadian berlaku pada tarikh yang sama. Cuma boss pertama aku je yang aku lupa bila dia transferred out.Yang aku ingat, dia bagi aku sejadah dari mekah. Tuan Fred pulak bagi aku bunga satu vase...emmmmm....tapi dah nak meninggal pun dah bunga tu.Haa..haaa..haaaa...

So, from 1 Dec 2009..I'll be officially boss-less........Again!!! So..........................Emmm...tak tahu la nak cakap apa dah. Pasrah je la aku....

Tuesday, November 10, 2009

Hobin Jang Hobin

Hai Alzz..

Haa..haa..gelak dulu!!

Ini memang out of this world punya keje. Selama hidup aku, belum pernah aku pergi stadium tengok bola. Habis kawan-kawan aku keluar tanda soal bila dapat tahu aku pergi tengok bola.Haa..haaa...

Actually it's coincidence je. Aku memang nak jumpa YB berkaitan hal FC. Tapi memandangkan dah jumpa tu, YB ajak aku sekali pergi tengok Negeri Sembilan lawan kelantan kat bukit jalil sekali ngan Edna & Fit. Memandangkan aku memang tak pernah tengok bola, aku setuju je la. Haa..haa.sebenarnya aku tak tahu pun berapa harga tiketnye. Main terjah je.

Lepas lepak-lepak kat Times Square, kami gerak ke bukit jalil. Sampai kat bukit jalil dalam jam 5.30 petang.Sebab jalan ke bukit jalil tak jem lagik, kami ingat ok laaaa...sekali tengok, stuck sampai tak bergerak.Dah la tu...ujan lebat jugak la.
Sampai kat sana, kami cari parking....dapat la satu slot kat depan pangsapuri seberang stadium. Huhuhuhu..kena meredah lumpur sebab hujan belum berenti. Siap berpayung-payung lagik.Sungguh hazab masa tu. Kasut pun dah mula menunjukkan ciri-ciri nak kotor. Sangat merimaskan!!!
Kat stadium......yang kami nampak hanya merah je. Tak tahu kat mana warna kuning. Lepas beli makanan, kami jalan masuk dalam.....mata dok mencari geng-geng penyokong negeri sembilan.Langsung tak nampak. Dah sampai atas baru nampak few of them.Cuak giler time tu. Dah la tu, kena berjalan jauh untuk nak menyampaikan ke pintu biru dimana penyokong negeri sembilan masuk stadium. Cet!!! Tadak orang sangat. Kami boleh masuk senang lenang je.

Tetiba, dicelah-celah tiang stadium, kami dah nampak lautan merah di dalam. Bertambah cuak.Apa nak jerit ni...macam gajah lawan ngan semut je kekdahnya. Cari punya cari tempat duduk....dapat la satu row yang agak baik untuk kami berempat. Hee..heee..Beshhhh!!!..nampak padang dengan jelas.
So, duduk je la sementara menunggu perlawanan mula.Biasalah, bila pemain-pemain masuk padang untuk warm up....penyokong macam histeria la. Penyokong kelantan yang sangat ramai tu, bunyi macam Orc dalam LOTR. Seriau mendengar nya. Haa..haaaa...Penyokong Negeri Sembilan plak, dah 8.30 baru filling up. Sangat slow masuk stadium. Maybe diaorang datang dari dekat...so...lambat sebab jem.Tapi yang best..semua bawak bendera. Termasuk kami yang tetiba rent bendera dari pakcik kat depan tu.Time kasih la pakcik yeeee!!!

Perlawanan mula slow tapi makin rancak lepas gol pertama. Aku yang tak pernah tengok bola tetiba melebih-lebih pulak. Siap naik atas kerusi. Cam no tu? Tak sedar sakit belakang. Ha..haa..haaaaa..
Walaupun hujan dan padang licin, tapi aku suka tengok diaorang main. Kiranya puas hati la....Bayar RM20 rasanya sangat berbaloi.

Tapi seperti yang semua tahu...Incident penyokong Kelantan bakar kerusi, baling mercun, baling botol sangat menakutkan. Ada jugak mercun yang landing baeeekkk punya kat penyokong Kelantan sendirik. Yang paling teruk, diaorang baling mercun ke tengah padang. Lepas tu dari atas, baling kat penyokong N9. Isshhhh...Nak cakap tak bertamadun kang marah. Tapi relex la....bola sepak je. Bukan the matter of life & death. Gila lah!!!

So, lepas habis perlawanan & N9 bawak balik Piala Malaysia tu...kami pun balik la jugak. Tapi macam orang buta. Edna depan, YB, Fit, aku...berpegang-pegang baju. Takut terhilang plak dalam crowd. Lagipun bahaya, sebab keadaan tegang. Sampai dekat dengan station LRT tu, terjadi pulak pergaduhan kat situ antara penyokong-penyokong. Kami cepat-cepat lari ikut jalan lain. Seram jugak walaupun nampak macam ada polis & FRU kat situ.

Sampai kat kereta, kasut dah teruk sangat kotornya sebab lumpur. Kami ikut jalan lain untuk balik sebab jalan kat depan tu sangat jem. Kami pergi pelita bangsar untuk makan & lepas tu hantar Fit ke KL sentral untuk ambil kereta dia.

Aku & edna ikut YB balik ke Putrajaya..tapi tak tidur sampai 5 lebih dok sembang pasal perlawanan bola tu.Haa..haaa..Tetiba ada orang tu dah ada idola baru & tetiba aku minat dengan bola....cam no tu??? YB la ni!!!!..ha..haaa..haaaaa...

Makan @ Rose 911

Hai Alzzz...

Sangat seronok hujung minggu ku.

Hari Sabtu tu, aku, Edna, YB, Fit, Muzi pergi makan kat Rose 911 kampung pandan....bawak atok. Hee..heee..Sesekali Atok datang KL, kami bawak dia makan masakan Negeri Sembilan yang baeeekkk punya.
Order apa? Biasalah, daging salai masak lemak mesti ada kannnn. Lepas tu gulai lemak ketam, ikan bakar, sambal udang, sambal tempoyak, sambal daun kayu dan juga badak berendam 11 ekor. Haa..haaaa....giler banyak wooo. Tapi kan...kami makan sampai licin. Yang lagik best, atok hirup kuah masak lemak macam hirup sup. Padahal aku, muzi & Fit dah merah padam muka sebab kepedasan. Issshhh...bukak kedai masakan N9 la tok kat Brunei...wakakkakakakaa...
Lepas makan, kami gerak pi Times Square. Jalan-jalan je.....lepak-lepak kat Starbucks dan jumpa kawan-kawan Atok si Meth & kamal. Boleh tahan gila-gila gak derang tu.

4.30pm....kami dah mula nak gerak ke bukit Jalil untuk tengok bola....hee..heeee...tetiba hujan lebat dalam perjalanan. Citer pasal bola? Nanti aku citer.

Wednesday, November 4, 2009

Merapu..............

Hai Allzzz..

Haa..haaaa..actually aku tak da apa nak tulis. Aku hanya pening kepala ngan paper work yang sangat rumit ni. So.................merapu la jawabnya.

Actually aku nak cerita, tadi aku google gambar majalah sensasi.

Kenapa aku google?

Sebab aku dah lupa macam mana rupa majalah tu.

Kenapa aku nak ingat rupa majalah tu?

Sebab budak-budak ni ada photoshoot dengan Nubhan untuk majalah tu. So, aku hanya nak refresh my mind on how the magazine looks like.

Aku jumpa la dengan gambar majalah tu.

Tapi......the picture leads me to somewhere else. Tiba-tiba macam naik DeLorean ikut Marty McFly.........

Sampai ke SINI...

Ke"rumah" lama.....(((Spook!!!))..........Where's Sam & Dean?????

Well, actually....Website ni was established pada 2004 ketika AF2. 5 years back...tapi still ada kat situ & masih boleh digunakan, lagi best...masih boleh reply.Haa..haaaaa....Bravo Doc Brown!!!!

So now.....I'm smiling la sekarang baca posting sendiri & kawan-kawan lama. Haa..haaa.caya tak? ramai yang masih contact & ada yang jadi BFF dah sekarang ni...hee..heeee..way to go Paris Hilton!!!!!!!!!...Haa..haaa..

Errr...Apa aku merapu ni....

I'm totally loosing my mind now. Mata dah nampak nombor je....."Aku bukan robot...aku bukan robot!!!" Ahaksss!!!

*** Teringat pulak baju levi's gambar robot......"play time"...haa...haaa...haaaaa...

Saturday, October 31, 2009

Disebalik Temasya

Hai Alzzzz...

Haa..haa...berapa lama dah baru aku rajin nak menulis kan, aku busy this few weeks.Lagipun, eeeeemmm...ada satu incident yang buat aku kena tekan break selama seminggu. But..........here I am. Aku akan cerita point by point je la ye, malas nak mengarang cerita. Otak dah jammed dah ni.here we go.....

**Untuk Temasya ni, kami meeting banyak kali. Bermula dari meeting pertama untuk bahagi kerja sampailah meeting terakhir untuk Briefing Nubhan 4 hari sebelum Temasya.Boleh kata, kami meeting setiap minggu dan venue nye...merata2.

**First time aku dipertanggungjawabkan untuk mengetuai gathering. Mula-mula pening, tapi lama-lama...I'm having fun!! Thanks kak Deng & YB yang banyak membantu & memberi sokongan.Dan juga AJK kerja yang sangat komited walaupun aku banyak memekak kat telinga korang.Haa..haaa...

** Nama Temasya ni datangnya dari Nubhan sendiri. Dengan tokok tambah dari Tokwan, kak Deng & aku sendiri. Haaa..haaa..Sangat catchy kannn...

**AJK yang terlibat mula bekerja seawal hari Sabtu jam 9 pagi sampailah ke 4.30 pagi Ahad. Tahu la kenapa muka AJK macam pintu pecah kat Temasya tu kann. wakakakkaaa.Ngantok siooottt!!Balik rumah, tak sempat nak kol 9 aku dah selamat tido.
**Kerjasama Nubhan untuk Temasya ni sangat bagus, well...except for one or two things la kannnn. Tapi, over all, sangat memuaskan..Thanks bro. Kalau selalu macam ni kan best!!!!

**Nak tahu sapa punya idea nak shooting video tu? Haa..haaa..It's Nubhan's. Aku hanya cadangkan video promosi macam the last gathering. Tapi dia yang elaborate sampai jadi macam tu. Kak Deng plak come out with the script.Tira datang sebagai jurugambar last minutes & aku yang put them together sampailah la jadi cerita merapu tuh. Hee..hee..Thanks to Nubh,Tokwan & Badri sebab sudi jadi pelakon tak berbayar.

**Dalam banyak-banyak kerja, kerja shopping barang adalah time paling seronok.Haa..haaaaa.... Sampai masuk chow kit, masuk pasar keramat!!!.Yang bestnye, nampak daun pisang macam nampak emas.Haa..haaa.Bayangkan betapa susahnye nak cari daun pisang dalam KL ni!!!

**Percaya tak? selain tokwan, badri, KT dan Nora....Tak seorang pun AJK kerja tahu keadaan sebenar lokasi temasya tu. Kami hanya depends on gambar, gambaran dari tokwan & badri serta gambaran dari Edna & YB yang dulu pernah datang kesitu. Hari kejadian baru kami betul-betul tahu keadaan lokasi. Hee..heee...sangat kampung!!!..I like!!!
**Malam before temasya, bermulalah kerja-kerja yang merumitkan. YB & Tokwan sibuk didapur memasak. Rebus telur, buat sambal belacan, goreng ikan masin. Satu rumah kak deng bau ikan masin. Kak Deng sibuk dengan kerja yang lagi rumit. Sampai mamai kena ubat nyamuk.Haa..haaa. Tira pulak buat speech MC nye & mencari lagu.Ehsan, Edna & harney kena balik rumah Harney ambik barang dan aku....packing goodie bag, packing hadiah, buat costing & paper works.

** Aku, harney, Tira, Edna & YB tidur kat ruang tamu. Harney lagi best, lepak atas single sofa. Aku terjaga pukul 6 sebab terdengar abang Yadi buka pintu nak pergi beli ulam.Hee..hee..time kasih abang yadi!!!..Dengan tak sengaja nye telah mengterkejutkan aku. Haa..haaa..

**Kerja-kerja merebus ulam pagi tu memang kelakar, macam nak kenduri kekdahnye.Sebab ulam banyak giler!! Thanks la kat harney, tokwan & ehsan yang banyak menolong.Walaupun jarang-jarang merebus ulam, tapi kita buat jugak..haa..haaaa...Not bad!!

**Kami sampai kat lokasi jam 10 pagi. Nubhan sepatutnya dijadualkan untuk buat sound check, tapi last minutes tak dapat datang sebab dia letih. Paham jelah kan, dia baru balik dari kluang pagi tu. So.....aku je la yang sound check...errr tak, check sound jer!!! haaa..haaaaaa..

**Aku & Kak Deng adalah AJK terakhir yang tukar baju.Tapi tak sempat aku nak sikat rambut, abang yadi kata ehsan nak kunci keretanya. Berlari-lari aku turun hantar kunci dengan rambut ala-ala singa lapar tu. Wakakakkaaa. Serius, muka aku out giler hari tuh!!!

**Majlis habis jam 5.30 petang. Sepatutnya jam 4.30 dah wrap up, tapi terpanjang sebab Nubhan sibuk melayan permintaan lagu. Which was...GOOD lah kan. So, disebabkan permintaan lagu ala-ala pilihan bersama tu, dia dah "ter" nyanyi 10 lagu!!! haa..haaaa.....Chaiyoookkk Nubhan!!!

** Bila semua Nubies dah balik, kami duduk lepak-lepak sementara menunggu orang lelaki berkemas. Dahaga giler!!! So, belah kelapa!!! Yang tukang belah ialah Nubhan.Haa..haa...Pas tu kami minum ramai-ramai. Walaupun tak hilang dahaga, tapi at least ok jugaklah..

** Selepas so many months, akhirnya aku ambik jugak gambar dengan encik artes ni!! I hate this pic, but I have to like it. Why??? It's my pic maaaa. Haa..haaa..haaaa...Walaupun Nubhan ada didalam gambar ini, tapi........it's the sawah padi that makes this pic nampak so hijau. Haa..haaa..apa pulak kaitannya dia dengan sawah padi???.

Okey, enuff of that pic...sebelum aku start cracking my head mengingati apa yang berlaku, aku nak mintak maaf le pada semua AJK kerja yang terlibat kalau ada aku tersalah cakap ke hapa ngan korang sepanjang temasya ni. Pepaham jelah ye, kerja yang rumit macam ni memang menyakitkan kepala. Sorry la kalau aku asyik nak panggil meeting. Terutamanya Nubhan. Walaupun busy, tapi tak missed meeting. Kengkadang seronok explore pemikiran dia, sebab actually dia banyak jugak idea bernas.So, keep up the good work untuk future event ye.

Emmmmmmmm....Tahniah to both Nubhan & Adam sebab terpilih ke semi final muzik-muzik. So, jom kita pergi memeriahkan semi final 13 Nov ni. Hee..heeee....tetiba plak cerita pasal MM.

**Semua gambar adalah dari HP aku sendiri kecuali yang bawah sekali, which is belongs to harney..

Wednesday, October 21, 2009

Short story....

Hai alzzz...

Maleh la plak nak cerita pasal gathering tu. Haa..haaaa...Nantilah, bila ada masa, aku akan cerita. Tapi bukan on location, it's dibelakang tabir. Jangan ingat gath kecik kerjanya kecik. Sebenarnya sangat meletihkan. So..nantilah, nanti aku rasa nak cerita, aku cerita.

Sebenarnya aku banyak berfikir pasal sorang manusia yang aku kenal selama 24 tahun, 3tahun dulu. So, tolak campur, kali bahagi......umo dia 27 laaa..Seorang yang aku sayang tak berbelah bahagi, yang aku dahulukan walau aku tak ada duit pun. Pendek kata, sayang bagai nak mampus la ni. Bayangkan, yang jadi kembar bukan aku ngan akak, tapi aku ngan dia. Gila rapat!!!

Tapi...3 years ago, dia melarikan diri dari rumah for some stupid reason. Hanya recently aku dapat khabar dari dia. Itupun thru facebook.Pandai lak kan cari aku kat situ. So, aku accept dia jadi kawan, walaupun sebenarnya status dia bukan kawan. Tapi sumpah!! Tak pernah sekali pun aku berinteraksi dengan dia. Entah kenapa, aku dah maafkan dia, tapi aku tak nak tengok muka dia. Boleh??? Haa..haaaaaa...

So, one day...aku nampak status dia pasal dia kena tipu. Aku pun saja nak test market, aku tulih kat status aku, “padan muka kena tipu” something along the line la...wakakakkakakaa. Ghupenye jerat aku mengena. Dia balas balik kat status dia...sentap!!!Haa..haaa...Nak pengsan aku ketawa!!!!. Secara logiknya, ada lebih 200kawan aku kat FB tu.....aku boleh je tujukan kat sesiapa dalam jumlah tu. Tapi kenapa dia yang melenting? Haaaaaa..tu yang orang kata, siapa makan cili, dialah yang rasa pedasnya.

Kenapa aku anti sangat ngan dia? Tak...aku tak anti pun.Aku tak marah pun dia. Just dia tu aku dah humban pi planet lain. Buat la muka manis cam ne pun ngan aku, cantik macam bidadari apa pun la...boleh jalannnnn. Aku dah serik mengenali orang yang macam dia. Selama 24 tahun aku kenal dia, aku tak sure tang mana yang dia bercakap benar atau tang mana yang dia menipu aku. Sebab aku rasa, kalau tipuan dia tu air dan bleh curah dalam tangki......harus boleh guna satu flat banyaknya!!!

Aku bukan nak bukak aib hamba ALLAH yang sorang tu, tapi korang fikirlah sendiri. Sometimes forgiving is something yang sangat mudah. Tapi forgetting tu tak banyak orang boleh buat. Aku boleh forgive & forget. Sebab aku ada black hole. Aku campak je semuanya kat dalam tu & lepas tu benda tu hilang. Tapi ada sesuatu yang aku tak boleh campak dalam black hole tu. Lagi-lagi bila perkara tu melibatkan darah daging aku. Macam pukul paku ke dinding la, walaupun dah cabut..........kesan tu tetap ada. Kecualilah kalau pi simen balik kannnnn. Tapi hati orang boleh simen-simen ker?????

Emmm..kali terakhir aku jumpa dia, kat LRT masjid jamek, aku bagi sijil-sijil dia sebab dia nak cari keje. Itu..........2 tahun setengah dulu. Sampai sekarang aku dah tak jumpa dia lagi.

Sunday, October 18, 2009

Penat

Hai Alzzzzz...

Just wanna say....

To those yang pergi ke Gathering hari ni, TERIMA KASIH banyak-banyak. Tak tahu macam mana nak ucapkan terima kasih atas sokongan korang semua.

To those yang tak dapat hadir, jangan terkilan, sebab lain kali akan ada lagi event NFC. Hee..hee..pepaham je la ye, kitaorang memang suka buat event.Hee..heee..

To the team.........

Kak Deng - Sorry sebab banyak susahkan kak Deng, huru hara kan umah akak, lepas tu kacau akak siang malam.Tapi it's priceless!! Never thought keje ngan kak deng ni gle best!!!..hee..heee..

Abang yadi - Thanks banyak-banyak sebab banyak membantu kami.Walaupun bukan ahli kelab, tapi banyak sangat tolong kami.Thanks ye...

YB - Walaupun ko kejap ada kejap tak de macam beskot, tapi sokongan ko sangat kami hargai. Jangan risau pasal ko ada ke tak de...sebab we know we can always count on you...bila-bila masa saja.

Tokwan - Thanks tokwan.Aku tau banyak yang ko buat untuk gath ni. Terima kasih banyak-banyak ye. Ko memang betul-betul "tokwan" laaa...haa..haaaa...

Tira - It's always fun working with you. Sorry kalau ada kata-kata akak yang agak tak sedap sepanjang kita work on this. Hee.hee..besa laaaaa.kengkadang stress.

Harney - Terima kasih banyak-banyak ye harney sebab banyak tolong buat benda-benda remeh.Hee..hee..bukan semua orang boleh tahan dengan benda-benda macam tuh.

Ehsan - Haa.haaaaaaaaaaaaa..Yang ni memang akak nak gelak. Kesian ehsan, kami stuffed kete ko dengan barang-barang sampai sarat.Terima kasih ye, jangan serik keje ngan kami lagik...hee..hee..

To the rest of the AJK's :- Edna, KT & Nora, kami paham situasi korang, thanks sebab bagi jugak komitmen walaupun banyak komitmen lain. Dyla, Ucu....terima kasih ye.Terima kasih banyak-banyak!!

errrrrrrrrrr lupa lak!! Hang Nubhan!!! Thanks for everthing, your commitment and all. 10 lagu tu bro!! I likeeeee..haa..haaaa..

Okeh...Tu je yang aku mampu tulih. Aku dah mengantuk gila, lapar, penat, panas, sakit satu badan dan semua sekali!!!..haa..haaaaa...

Anyway...tadi aku buat sesuatu yang dah laaaaamaaaaaaaaa sangat aku tak buat!!! Haa..haaa..buat apa? buat bodo!!!..errr..tak de la bodo sangat. Tapi agak kelakar la, sebab sorang mengaku gambar lawa sebab dia punya gambar, sorang lagi sebab dia yang snap, sorang lagi sebab dia yang empunya kamera & sorang lagik sebab dia pun ada dalam gambar tu!!!..huhhh!!!..tak de yang nak kalah!!!!..haa..haaaaa.

Gambar & cerita serba sedikit nanti aku citer once aku dapat gambar.

zzzzzzzzzzzzzz

Sunday, October 11, 2009

Banner & Video Promosi Event Raya Nubhan FC






Banner & Video adalah hak milik Nubhan FC, sebarang cut paste dari banner & penggunaan video untuk tujuan komersil atau peribadi adalah dilarang sama sekali. Terima kasih

JOM KITA BERKAMPUNG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, October 7, 2009

Mari kita balik kampung!!!

Hai Alzzzzz....

Anda dijemput untuk menghadiri MAJLIS HARI RAYA NUBHAN FC. Butiran adalah seperti berikut :-

Tarikh : 18 OKTOBER 2009 (AHAD)

Tempat : TAMAN PERTANIAN MALAYSIA, BUKIT CAHAYA SERI ALAM, SEKSYEN 8, SHAH ALAM, SELANGOR

Masa : 12:00 pm - 4:30 pm

Bayaran : DEWASA- RM15.00 / KANAK-KANAK- RM10.00

Cara Pembayaran : BANK IN TO CIMB 1420-0067435-52-1 (SALIHAH BINTI IDERIS)

**PLEASE PM/SMS TIRA ONCE YOU'VE BANK IN. THANK YOU

Tema : KAMPUNG. Anda bebas datang dengan berpakaian apa sahaja. Tetapi anda dikehendaki membawa kain batik & baju kurung Kedah (bagi perempuan) atau baju kurung biasa (asal jangan bling-bling udah), kain pelikat & T-shirt (bagi lelaki) dan anda dikehendaki menukar pakaian kepada pakaian yang anda bawa (WAJIB).

Pihak Nubhan FC juga akan membuat POTLUCK RAYA sebagai acara sampingan pada hari kejadian. ANDA INGIN NUBHAN MERASA MASAKAN ANDA? So, kepada sesiapa yang ingin makanannya dirasai oleh Nubhan, anda boleh membawa makanan anda pada hari kejadian. Jenis masakan or makanan terpulang kepada anda. Makanan utama untuk majlis ini tetap akan disediakan oleh pihak pengurusan Nubhan FC. Tapi kepada sesiapa yang ada nak kongsi masakan anda, amatlah dialu-alukan.

*Kepada sesiapa yang ingin menghadiri majlis ini, sila beri nama anda kepada Tira samada melalui SMS di 016-9482962 atau PM (private message) di forumotion atau Facebook.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Tira - 016-9482962
Harney - 012-6341952 / 019-3016301
Ktcats - 012-8659189
Dyla - PM Forumotion atau PM di Facebook

Hee..heee...marilah bersama-sama memeriahkan suasana!!!!

Tuesday, October 6, 2009

Bakal Team Futsal ku....haa..haaa

Hai Allzzzz...

Aku tak ada apa nak cerita, Hanya nak perkenalkan "anak-anak" kesayangan aku. 3 darinya brothers.Parents diaorang ni dah macam anak angkat parents aku. Hari sabtu aritu diaorang sefamily datang beraya kat umah.

Pepaham je lah bila ada 5 budak lelaki dalam rumah (except Aisy yang still tak paham apa-apa tu)..Memang tonggang langgang la satu umah. Haa..haaaa....
Along nye....Baru 4 tahun. Nama dak ni Haziq Hakim. Aku dok tengok Haziq ni dari dia lahir sampailah dah besar macam ni. Walaupun jarang jumpa...tapi tak lama, kejap je dia dah mesra balik. Gigi depan tu dah rongak sket sebab banyak makan gula-gula kekdahnye.
Abang ngah yang hensem. Nama dia Hafi. sangat hensem hoccay!!!..Tapi juga sangat ganazzzz...Dia ni sebaya ngan Adam...2 tahun lebih.Birthday dia sama tarikh ngan mak aku.
Yang ni?? Buah hati pengarang jantung pisang volcano aku. Adam!! Haa..haa..haa...Kami panggil dia Jepun!! Sebab perintah dia perintah jepun!!. Pada Adam, semua benda kena spesifik. Sampai botol susu pun kena ikut mood. Cam no tuh????Ini namanya Darwisy. Umo 1 tahun. Baru dapat kaki...so, merayap kesana kemari. Kejap tanggal baju, kejap masuk dalam kotak permainan Adam.....Hee..heeee..sakit perut dok gelakkan dia ni berjalan. Macam robot pun ada...
Yang paling kecik dalam team ni. Aisy!!...Buah hati pengarang jantung pisang volcano aku jugak. Dia ni tak banyak hal pun.Maybe sebab dia kecik lagik. Kalo dah besar tak tahu la.Hee..hee...Oh ye, Aisy kalau nak tido..mengamuk dulu sampai lebam. Lepas tu baru tido.haa..haa.
Emmm..I'm working on an event.Agak menakutkan jugak la..tapi aku akan make sure semuanya in order. To those yang bekerja bersama-sama aku, Let's do it!!!...chaiyookkk!!!

Wednesday, September 30, 2009

Selamat Bersara Kak Chem & Kak Pah

Hai Alzzzz..

Hari ni aku macam sedih sikit. Sebab dua orang kakak yang selalu jaga aku kat office dah pun bersara. Dua-dua sekali pulak tu. Pada hari yang sama. huhuhuhuhuu.....

Aku doakan diaorang berbahagia disamping keluarga.........Dah pencen ni boleh la rehat banyak sikit ye...

aku? BANYAAKKK tahun lagi nak kerja. Tengok kakak-kakak (atau sebenarnya dah pangkat emak) tu berkemas, terdetik jugak kat hati aku..dan juga Nani, satu hari nanti kami akan pencen jugak macam tu. Kami akan lalui juga benda yang sama macam kak Chem & Kak Pah...atau mungkin tak? Eeeemmmmm.....Don't know!!!...Time will tell...

Sunday, September 27, 2009

Cerita Raya Aku

Cak!!

Selamat hari raayyyaaaa!!!!..

Punyelah lama raya kan, langsung tak bukak blog ni. Aku bukan apa, saja nak lapangkan fikiran sempena hari raya ni. Lepak-lepak sambil melayan anak-anak yang tengah nakal itu.

Okeh, sempena raya ni, aku nak cerita pasal raya aku. Tapi sorry la, tadak gambar yang berkaitan. Hee..heee...

Meh aku nak cerita pasal tiga tempat yang pernah menjadi port aku untuk beraya.

Pertama sekali, kat KUALA LUMPUR ni ha. Jangan kata aku tak pernah beraya kat sini tau. Kalau korang ada baca paper, adelah terbaca kot ada artes2 yang pernah beraya kat seting-garden keramat tu ha. Haaaa...aku sekeluarga adalah salah satu family yang beraya kat situ jugak. Time tu atok aku keje kat JUPEM jalan gurney. So, setiap raya, kami akan beraya di KL saja. Meriah ke raya kat bandar??? Sapa kata tak meriah? Malam-malam main mercun perrr.. Haa..haaaa.Ingat lagi bapak-bapak sedara aku selalu mengusik kami dengan mercun katak.Lintang pukang lari. Time tu, raya-raya pun kami pi jejalan. Tapi tadak la nak pi Mid Valley, Pavillion, KLCC, Lot 10 semua tu. Untuk bebudak yang masih muda atau yang baru dok KL, maybe tak tahu keramat supermarket atau Batu Road supermarket kat Chow Kit. Haa..haaa...Zaman aku dulu pemes tuh!!!!. So, raya kat situ-situ jelah. Orang-orang keliling umah ramai orang luar. Orang luar yang berasal dari Indonesia. Kalau korang besa campur ngan orang-orang sebelah keramat....mesti dah besa dengan orang “Boyan”. Diaorang memang le tak balik kampung.Haa..haaa...Isk!!! Rindu plak nak panjat pokok ubi gajah depan umah atok tuh!!! Wakakakaka. Malangnya dah tak ada.Dah lebih 20 tahun pun dah tempat tu lenyap dan kini bertukar jadi Jalan Jelatek dan sekitarnya...huhuhuhhhu.

Tempat kedua, kat PAHANG. Yang ni memang super duper BEST!! Sebab apa? Sebab kampung aku tu kat tepi sungai. Boleh nampak sungai pahang yang sangat luas dan panjang didepan umah. Lagik best kalau raya hujung tahun time musim tengkujuh!! Sebab sungai akan melimpah...senang cakap, banjir!!! Haa..haaaa. Aku suka banjir. Sebab boleh main air kat tangga. Yang tak best nye just mak selalu jadi penyanyi rap yang berjaya je lah. Haa..haaaa.Biasalah tuuuu. Raya kat Pahang ni best sebab atok sedara aku pandai memasak. Kalau raya jer, dia suka buat mee kari. Sampai masak kat luar macam kenduri lagik. Memang best!!. Kalau balik kampung pahang....nak jadi jin ke, nak jadi hantu ke...parents aku tak boleh cakap apa dah. Sebab ramai peguambela. Dah la umah kampung tu besar, so...marathon dari depan kebelakang....belakang ke depan. Buat lah sesuka hati asalkan jangan jatuh ketanah. Hee..heeee...Almaklumlah...rumah tak pernah bertangga, jumpa tangga...macam..heheh, korang pepaham sendirik sudahla..

Tempat ketiga dan yang telah menjadi pujaan hatiku.....beraya kat NEGERI SEMBILAN. Wakakakaka. Inilah lah tempat yang paling senang dihatiku. Walaupun tahun ni aku kena tinggal dan kena balik sendirik naik bas gara-gara tak dapat cuti awal, tapi aku suka je naik bas balik kampung. Adventure giler!!! Haa..haaa..haaaaa...Balik N9 ni, walaupun atok & wan dah tadak.....tapi bapak-bapak, mak-mak sedara ramai. Sepupu sepapat ramai...semua otak weng. Ada yang dah setahun tak jumpa, tetiba muncul dihari raya. Paling aku suka, raya-raya ni pergi merayap kat town. Bukan beli apa pun..saja je jalan-jalan tengok-tengok orang. Yang lagik best, aku ngan abang ipar aku bertukar jadi pekerja Alam Flora. Tak tahu kenapa, balik kampung je aku suka bakar sampah. Habis semua sampah aku bakar. Kat KL tak dapat nak buat cenggitu...so, balik kampung balas dendam!!. Hee..heee.Makanan pulak..memang la kat N9 tu heaven kannnn..Semua nye sedap kat tekak aku. Emmmmm... Tak boleh lelama la balik kampung, nanti meletup timbang!!!..Hee..heee..I gained 3 kg..seriously!!

Yeah..itu sajalah tempat-tempat yang banyak meninggalkan kenangan kat aku.Sama ada time raya, ataupun time tak raya. Ketiga-tiganya ada keistimewaan tersendiri. Raya di bandar lain rasanya, raya di kampung lain rasanya. Tapi selagi dikelilingi oleh orang-orang yang tersayang, raya kat GURUN pun best agaknya!! Haa..haaaa..

Thursday, September 17, 2009

Kawan-kawan aku


Hai Alzzzz...

Best tak tajuk? Haa..haaaa...Macam tajuk karangan zaman budak-budak dulu je kekdahnya.Tapi benda ni subjek yang sangat dekat dengan semua orang. Means, semua orang ada kawan, kalau tak rapat pun, mesti ada somebody yang kita percaya datang dari luar family kita.Aku pun ada kawan jugak. Tapi kadang-kadang ada yang salah anggap bahawa kawan-kawan aku hanya datang dari dua FC yang aku sertai tu. Emmmm..SALAH!! Ramai lagi kawan aku berada diluar FC & they don't even know yang aku terlibat dengan something yang dipanggil FC ni!!!

Orang kata, berkawan biar seribu, bercinta biar satu. Hah!!!..sometimes salah jugak la tanggapan tu. Berkawan ni, lagi ramai lagi sakit kepala. Percayalah cakap aku. The most yang boleh kita berkawan is berdua. Bila berdua, senang-senang je boleh jadi kawan baik. TRUE!! Sebab bila ramai, lagi banyak perangai & lagi payah nak deal dengan banyak perangai manusia.Lama-lama bergaduh, bermasam muka. Lepas tu......no more kawan-kawan. Sakit hati lepas tu!!

Untuk aku, aku berkawan masa susah dan senang. Aku tak offer duit, aku tak offer kesenangan. Sebab aku tahu aku sapa, I work for peanuts!!. Aku berkawan ikhlas. Susah sama susah, senang sama senang. Aku ada kawan, dulu memang best friend la...orang kata kan, macam kembar siam. Mana ada dia, situ ada aku. Kalau aku tak der..dia pun tak ada. Aku ingat lagik, dia susah.....aku ikut menangis dengan dia, padahal aku tak rasa pun apa yang susah tu sebenarnya. Aku dok tak bleh nak tido malam mengenangkan dia yang dalam kesusahan tu. Tapi.................sekarang ni dah tak ada lagik. Sekarang aku ada, dia tak der. Aku tak der, dia...eeemmm..Entah!! Aku dah tak contact dia lagik. Sedih kannn...Maybe salah aku jugak.

Cukup kah berkawan hanya untuk berlibur? aku rasa tak cukup. I got these peoples yang pernah sekelas time kat ITM. Masa study langsung tak bertegur. Tapi kami jumpa last year...macam jejak kasih la gitu kan. Yes, they're guys. semua dah kahwin. Bila aku rasa down, aku akan mengadu ngan diaorang.Walaupun cara diaorang memujuk aku tu sangat kasar, tapi selalunya berhasil buat aku ketawa. Lepas tu aku lupa semua nya. Itu yang aku panggil kawan. Walau apa pun terjadi, akan terus menyokong antara satu sama lain.

Ada juga kawan aku yang suka buat touch & go. Bila nak mintak tolong, bukan main manis lagik ayatnya. Kalau ada yang aku boleh offer, melekat macam gam basikal. Tapi bila dah tak ada, bye..bye...!!! Batang idung entah kemana. Aku tanya soalan satu ayat panjang....jawabnya sepatah. tak pun langsung tak berjawab.Macam mana tu? Aku pasrah sajalah....dunia ni pun tak lah seindah mana kalau nak difikirkan.So, diam sajalah ubatnya....

Tapi tak semua macam tu. ada jugak kawan aku yang sangat bagus. Yang sentiasa ada untuk aku. Kalau aku dalam kesusahan, merekalah orang-orang yang akan membantu. Ada jugak yang bila diajak keluar je, terus setuju. Yang boleh berkongsi pendapat, yang boleh menerima baik & buruknya aku.

So, macam tu la adat berkawan. Nasihat aku, jangan berlebihan..nanti lama-lama tak cukup. Memadailah hanya apa yang patut saja. Tak salah nak berkawan, tapi pandai-pandailah memilih. Jangan sampai terjerat....

Anyway, sebelum aku bercuti seminggu ni, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua kawan-kawan aku dimana saja korang berada. Aku mintak maaf kalau ada salah silap aku sepanjang berkenalan dengan korang.Memang la ada kan...tipu la tak ada. Haa..haa. So, lepas ni kita mula kan lah kehidupan yang baru yang lebih tinggi semangatnya...

Jumpa lepas raya!!!!

Friday, September 11, 2009

Winter sonata - anime

Hai Alzzzzzz...



Ingat tak Winter Sonata yang pernah buat invasion 7 tahun lepas (7 tahunnnn?????). Hee..hee..It was on 2002 when Winter Sonata make it big here in Asian region. Inilah permulaannya drama korea jadi pemes giler kat Malaysia!!! Maybe ada yang tak suka cerita ni sebab slow sangat, tapi aku suka.Sebab nampak sejuk!!..Hee..heeeee...

Sekarang drama ni dah ada dalam versi animasi. Yang aku dengar, voice over untuk leading male dibuat oleh pelakon asal.Kalau tengok scene-scene anime tu, memang sebijik la dengan apa yang kita tengok kat drama.Muka kartun tu pun dah macam muka pelakon nye.

Emmmmmm.....Maybe kita tak dapat la tengok, so..tengok kat youtube pun ok gak la kannnn....huhuhuu..

p/s: still simpan soundtrack drama ni..sangat best!!!

video credit to yarosa11

Friday, September 4, 2009

Full Moon

Hai Allzzzz..

Just wanna share gambar bulan yang sangat cantik malam ni......sorry, pic nampak blur sket, tapi masih nampak kan bulan yang macam spotlight tu. Emmmmmm...dah lama aku tak buat keje ni, amik gambar tengah-tengah malam. Tapi alhamdulillah, setakat ni tak jumpa lagi mana-mana UFO melintas. Hee..heeeee...Mintak-mintak jangan la kan.
Gambar ni aku ambik dari bilik aku, kat tingkap. Yang bersinar bercahaya bagai nak rak kat sudut kanan tu adalah JUSCO AU2....Tengah sale tu ha, tapi aku malas nak pergi.

Wednesday, September 2, 2009

Happy 2nd Birthday Adam Danish

Hai Allzzz...

Semalam kami sefamily menyambut birthday Adam yang ke DUA tahun. Tak buat apa-apa pun, just a small party & panggil sedara mara terdekat serta jiran sebelah-sebelah umah.

Here, enjoy his pix....
Mak aku buat rendang, opah buat sambal udang & kari ayam. Lepas tu opah buat dadih. Tu jer untuk berbuka puasa. Hee..heee...Adam tiup lilin ngan papa jer, sebab mama muka tak sudah...wakakakka.
Kek ni kecik sebenarnya, tapi sedap.......Adam plak, teruja tengok strawberry.
Bike ni hadiah papa & mama Adam. Lepas ni boleh bawak kat taman permainan kat bawah tu...
Motip aku bagi laptop kecik ni? haa..haaa...supaya Adam boleh "online" sendirik & tak kaco mummy chatting.Haa..haaa..haaaa...
Opah bagi baju.......dua pasang sebenarnya, lagi satu untuk Aisy.
Ada lagik hadiah lain, tapi tak sempat nak snap. hadiah dari mak aku awal-awal dah wasalam, tak sempat nak balut pun dia dah jumpa. Maka tak sempat jadi hadiah, Adam dah buat main dah truck tu...hee..heeee...
HAPPY BIRTHDAY MY ANGEL......LOVE YOU!!!!

Monday, August 31, 2009

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 52

Hai Alllzzzz..

Nothing to say actually, saja nak ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 52. kalau keje gomen, dah nak bersara dah ni. Haa..haaa..

By the way, kalau boleh hari yang macam ni, cuba jangan tengok sangat entertainment. Cuba tengok dokumentari yang menceritakan detik-detik kemerdekaan tu.Sebenarnya banyak yang kita tak tahu. Maybe kita tak merasa, tu sebab kita tak faham. Kalau kita berada ditempat orang-orang yang memperjuangkan kemerdekaan tu, maybe kita akan lebih menghargai erti kemerdekaan yang kita ada sekarang.

Emmmm...Cerita lainnye, actually aku dah ok ngan satu hamba ALLAH ni. Aritu tu bukan gaduh, tapi miscommunication sket. So, sebagai tebusannya, dia kena belanja aku. Haa..haaa...Mintak rasuah kekdahnya.Tak der la, aku saja je nak mengusik. Kalau dia tak bagi pun aku tak kisah.Tapi kalau nak bagi pun apa salahnya kannnn....haa..haa..haaaa..Bukan mahal sangat pon....!!!. Siapa dia? haa..haaa......jiran sebelah umah aku!!!....waakakkakaka.

Aku dok pening fikir ni, nak beli baju raya ke tak? Baju yang aku beli untuk majlis aidilfitri ngan dak2 AF tahun lepas pun baru pakai sekali. Sayang la plak. Maybe beli baju kurung je kot sepasang. Lepas habis raya, gasak bawak pi keje. Aku lebih excited nak beli barang untuk Adam & Aisy jer.Lagipun zaman beraya sampai beli baju raya berpasang-pasang ni dah berlalu pada aku. Beli banyak-banyak pun buat bazir je. baik aku pi makan.Hee..hee..

Saturday, August 29, 2009

Gambar terbaru anak-anakku

Hai Alzzz..

Tak tahu apa nak cerita, just nak share gambar-gambar terbaru anak-anak aku yang sedang membesar & baru nak tengok dunia tu.
Adam baeeekkk punya landing kat atas bola. Sebagai seorang yang suka bergambar, Adam tak kira kat mana nak amik gambar. Sampai dalam tempat permainan ni pun dia nak bergambar jugak. Ikut suka hati dia lah....heee..heee..
Ini Aisy yang dah pandai senyum. Dia ni tak banyak karenah. Selalunya dia diam je main-main kat atas katil. Kengkadang je ada masanya angin dia tak betul. Yang peliknya, hanya mak aku je sorang tahu macam mana nak betulkan hangin dia tuh.

The brothers. Surprisingly, Adam yang manja & gediks tu pandai jaga adik. Paling dia rajin, buang diapers adik dalam tong sampah. lagik satu, pantang dapat peluang, dia mesti nak cium adik. Sampai tak senang hidup orang tu dibuatnya. Hee..heee..Tapi dia akan jadi abang yang baik satu hari nanti, insya-Allah. Hanya satu jelah....dia kuat jeles!!!!...wakakakaka. Normal la tu kan....kecik lagik.

Tuesday, August 25, 2009

Berbuka Puasa

Hai Alllzz...

Emmmm....dah 5 hari puasa ni, Alhamdulillahhhhh....

So, semalam aku pergi berbuka ngan kawan-kawan. First time ni berbuka kat luar. Selalunya berbuka kat umah je. Yang bestnya, cadang nak keluar berdua jer. But suddenly ada sorang lagik nak join. jadi bertiga. Lepas tu sorang lagik plak nak join, jadik berempat. Akhirnya datang lagik sorang. Jadik la berlima. Wakakakaka. Meriah!!!!

Semalam kami berbuka kat Sushi King Berjaya Times Square. Bukan makan Sushi sangat pun, aku makan nasik gak. Kebuloq sebab tak makan sahur. Makan sambil ambik gambar dan sembang-sembang. Lama tak jumpa Shark...Sejak dia balik ke Kedah ni, jarang dah dia datang KL. Kalau datang pun sebab ada urusan. Kalau tak, jangan harap la minah tu nak datang sini. So, sesekali dia ada kat sini, aku paksa gak dia datang berbuka ngan aku. Hee..heeeee...teruk tol aku..!!!!

Time tu jumpa gak ngan sorang lagik kawan yang dulu hanya tegur-tegur kat forum. First time jumpa and she gave a VERY BIG surprise!!!! Haa..haaaa..haaaaaa....Dunia ni kecik je korang. Pusing la cam ner pun, balik-balik kesitu jugak perginya. Hee..hee...

Lepas makan, kami jalan-jalan tengok barang. Shark nak beli baju sebab katanya kat Kedah tak der design yang best-best. Emmmm..gasak la ko shark, beli la!!!

Kami tak lama kat situ sebab tiket bas shark nak balik kedah kol 10.30. Aku, Shark & Rina balik naik tren pi KL sentral. Budak dua beradik yang lagik dua tu balik naik tren lain. Huhuhuhuhuuu...korang memang nak kena gigit kannnn!!!!!! haa..haaa..haaaa...

Pagi tadi time sahur, Shark SMS...dia dah sampai Jitra. Huhuhuhuhuuuu..Lamaaannyaaaa dia naik bas. Hee..heee...

** Shark janji Baskin Robbins kat aku & Rina bulan November nanti...Haa..haaa...akan aku tuntut nanti....wakakakaka

Thursday, August 20, 2009

Our so called BIRTHDAY CELEBRATION

Hai Alzzzz...

Laugh first...then look at this two pieces of our so called birthday cakes. Wakakakakkaa. It's macam kelakar, tapi rasanya....memang kelakar!!!...haa..haaa..

Yesterday, Tira & Me decided to celebrate our birthday yang sebenarnya minggu lepas. Saja je.......tahun ni tak makan cake lagik. So, makan jelah sendirik punya. Order sendirik, makan sendirik. Agak ngong gak la..... This is my chocolate banana. Entah kenapa semalam mende ni tak sedap. Patutkah aku relate kan ngan guruh, kilat & hujan malam tu? Haa..haa..haaa. aku makan cake nye saja. Banana nye, I dont know kenapa, rasa kurang manis. Kerrrr kurang masak? Gasak lah....So, aku tak makan.Emmmmm...maybe aku rugi setengah harga.
This is Tira's Brownies with ice cream. Sedapppp je tengok dia makan. Hee..hee.Aku nak makan, tak bleh sebab aku dah having too much chocolates kat opis. Badan dah la dalam fasa membesar ni. Huh!!!!
And today......It's one of my friend punye beday. Kenape gambar ni? Gambar ni banyak kenangan wooo. Inilah pertama kali aku jumpa Muzi. Jumpe kat masjid tuh...Berkat sunguh!!..hee..hee...
Happy Birthday Muzi!!! Even kita jarang jumpa, tapi aku harap persahabatan kita akan kekal lama.........Semoga ko bahagia selalu!!!..